SOALAN TIGA :
Dewasa ini, anda sering mendengar dan terlihat berita mengenai kes
pembunuhan kejam yang berlaku di dalam negara kita samada di media
elektronik atau media cetak. Kejadian yang berlaku ini, seolah-olah sudah tidak
ada lagi sifat penyayang di dalam jiwa seseorang manusia. Pelbagai usaha
dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani perkara tersebut dari terus
berleluasa sehingga tidak terkawal.
Sebagai salah seorang ahli masyarakat yang beriman dengan Allah yang
bersifat al-Rahim, bagaimanakah cara untuk menyuburkan sifat penyayang
dalam kalangan masyarakat di tempat anda ?
SOALAN EMPAT :
Malaikat sering dikaitkan dengan perkara kebaikan manakala syaitan dikaitkan
dengan perkara kejahatan.
Apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah institusi pekerjaan itu tidak
menitikberatkan perkara kebaikan di dalam pengoperasiannya ?
SOALAN LIMA :
Kewajipan mengeluarkan zakat harta menunjukkan bahawa Islam menganjurkan
umatnya berusaha memantapkan ekonomi. Umat yang mantap ekonomi akan
dihormati dan dimuliakan.
Sebagai seorang Islam yang prihatin, kemukakan dua cadangan untuk
meningkatkan kesedaran umat Islam mengeluarkan zakat harta.
SOALAN ENAM :
Amalan solat berjamaah adalah disukai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat
baginda. Amalan ini boleh menzahirkan syiar Islam terutamanya jika diadakan di
masjid. Walaubagaimanapun, ibadat ini kurang mendapat sambutan dalam
kalangan remaja hari ini.
Pada pandangan anda, apakah yang akan terjadi jika amalan solat berjamaah
ini semakin dipinggirkan di dalam sesebuah masyarakat ?
SOALAN TUJUH :
Sayidina Bilal bin Rabah adalah contoh teladan terunggul dalam
mempertahankan kesucian akidah walaupun menerima pelbagai tawaran dan
siksaan oleh pihak kafir Quraisy.
Mengapakah generasi muda hari ini begitu mudah menggadaikan akidah ?
SOALAN LAPAN :
Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan antara
golongan Muhajirin dan Ansar. Persaudaraan tersebut menjadikan kedua-dua
golongan tersebut seolah-seolah sebagai adik beradik sehingga sanggup
berkorban demi kebajikan golongan Muhajirin serta perpaduan sesama umat
Islam.
Pada pendapat anda, bagaimanakah perkara di atas boleh dilaksanakan dalam
sesebuah negara seperti Malaysia ?