Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan Jenis Definisi

Tajuk/Tema: Berjimat cermat


Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat

Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan
sesuatu dengan tidak boros. Sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami krisis ekonomi dan masalah
kejatuhan nilai mata wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh
setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi,
yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran
barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap borong dilarang oleh
Tuhan. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk
mematuhi ajaran agama , tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah
berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebihlebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh


Tajuk/Tema: Hubungan ibu bapa dengan sekolah
Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan ibu bapa dengan sekolah
renggang

Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak
ke sekolah berasrama gagal mewujudkan hubungan rapat dengan pihak sekolah terutamanya guru yang
sepatutnya boleh membantu mereka memantau kegiatan pelajar terbabit di asrama. Ketika mengulas
tentang kejadian seorang pelajar yang mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar
senior , Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, ibu bapa sepatutnya menjadikan perjumpaan dengan guru
dan pihak sekolah sebagai rutin untuk mendapatkan pandangan positif serta memantau perkembangan
anak-anak., terutamanya yang belajar di sekolah berasrama. Sekiranya ibu bapa dan guru saling
berhubungan serta mengenali antara satu sama lain, ibu bapa akan mendapat laporan yang terus
daripada guru mengenai pencapaian atau kegiatan terbabit di sekolah. Oleh itu, untuk mengeratkan
hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya anak-anak yang tinggal di asrama mendapat
perhatian, maka semua pihak haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pendahuluan Jenis Persoalan


Tajuk/Tema: Kemalangan jalan raya
Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan
raya

Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa,
terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri
atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun

ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah
kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspress berbanding dengan kenderaan
lain.? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah
dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya kita dapat mengawal kemalangan jalan raya?
Mungkin ada antara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya disifatkan sebagai takdir
daripada Tuhan. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan
raya
berlaku?

Pendahuluan Jenis Peribahasa

Tajuk/Tema: Semangat Kejiranan


Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat
Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan amalan gotong-royong semakin tipis dalam
masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti ringan sama dijinjing, berat sama dituruni, dan hati
gajah sama dilapah sama dilapah, hati kuman sama dicecah menjadi pegangan hidup masyarakat.
Dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, manusia tidak lagi mementingkan
semangat kejiranan. Bagi mereka amalan gotong-royong dianggap kerja yang membuang masa dan siasia sahaja. Mereka hidup seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan
masing-masing perahu, masing-masing kayuh. Jadi, bagaimanakah kita hendak memupuk semangat
kejiranan dalam sanubari setiap warganegara kita?

Pendahuluan Jenis Puisi

Tajuk/Tema: Kepentingan ilmu


Skop/Fokus Soalan: Faedah-faedah menuntut ilmu
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak di cari,
Mana yang dapat janganlah lupa.
Daripada pantun dua rangkap di atas, kita dapat melihat bahawa ilmu sangat penting dan setiap
orang digalakkan menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat diibaratkan seperti obor yang dapat
menerangi malam yang terang, bahkan ilmu dikatakan menjadi teman ketika keseorangan, dijadikan
teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika diperantauan, dan menjadi penyuluh dalam kegelapan.
Kini, kita mendapati bahawa orang yang berilmu mencapai kejayaan dalam hidup mereka, manakala
orang yang jahil terkial-kial entah di mana. Oleh itu, setiap orang digalakkan menuntut ilmu kerana ilmu

mempunyai

pelbagai

faedah

dan

manfaatnya.

Pendahuluan Jenis Gabungan

Tajuk/Tema: Kesesakan lalu lintas


Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu
lintas
Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh pihak berkuasa.
Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja menyusahkan para pengguna
jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial, pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada
penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan
sehingga segala tumpuan dan tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini
bertambah buruk apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah
seperti kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang disiarkan
dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur telah dilanda sindrom kesesakan lalu lintas
yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan menimbulkan kekucar-kaciran dalam
sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil
untuk membanteras masalah ini? Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa
sebarang kesan. Oleh itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya
kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.

Tajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala
sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota
masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada
masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk
pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang
membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta
benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya.
Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi
motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara
merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja.
Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang
membabitkan golongan remaja. 2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan
jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh
yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi
tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam
bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini
sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan
perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Caracara untuk memupuk minat membaca Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti

Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum
bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan
tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang
amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan
pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku
penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau
berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat
negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun,
Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita
nak baca dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca.
Kita perlu membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali
kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan.
Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak
serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak
melaporkan mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di
atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat Malaysia. 3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan
mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan fokus untuk
tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif.
Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat
kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk
menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai
Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang
menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu,
baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan
hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung
pasar raya itu terpaksa ber asak-asak masuk kerana pasar raya itu terlalu
sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di
kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti
yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke
setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap
berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat
cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros
berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan jenis Persoalan Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni
mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk
karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif. Tajuk : Kemalangan
jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan
raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa
ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi
akibat kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan
jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan?

Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak
membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain?
Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar
kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan
jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktorfaktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku? Pendahuluan jenis
Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau
cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak
dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi.
-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.
Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara Peribahasa Melayu dicipta
untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara peribahasa
Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan
masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini
membuktikan bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, generasi muda pelapis dan
peneraju wawasan, remaja penggerak wawasan, generasi muda wawasan bangsa, dan
banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada
golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah satu
matlamat,satu wawasan. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam
memajukan dan membangunkan negara ini.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwinTajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk
membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang
dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan
pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang
akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar
sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut
guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan
kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah
penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya.
Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan
Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa
sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk
membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja. 2)Pendahuluan jenis
Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan
dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau
yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh
kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni

dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif,
syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam
kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani
Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca
sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau
mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana
setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia.
Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti
Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba
jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan
penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya,
membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah.
Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca
ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius
dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita
semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan
dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor."
Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan
untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. 3) Pendahuluan
jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu
tempat yang akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai
untuk karangan jenis cerita dan dekriptif. Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika
masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah
Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh
empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya
mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan
keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu
sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina
dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asak-asak masuk kerana
pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati
menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan
pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin
meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di
kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut
diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua
rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan
jenis Persoalan - Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang
tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan.
-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif. Tajuk
: Kemalangan jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar
kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin

meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah


kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain?
Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun,
khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah
kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding
dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat
mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan
bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah.
Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya
berlaku? Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa
peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak
dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa,
pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan,
ceramah, syarahan, dan deskriptif. Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan
negara Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup
masyarakat Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam
pembangunan negara ialah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kedua-dua peribahasa ini menekankan
kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam
membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang
bergantung kepada golongan belia kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara, generasi muda pelapis dan peneraju wawasan, remaja penggerak wawasan,
generasi muda wawasan bangsa, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara
memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan
2020 seperti kata pepatah satu matlamat,satu wawasan. Oleh itu, setiap belia perlu
mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

1.
Pendahuluan jenis definisi
2.

Pendahuluan jenis persoalan

3.

Pendahuluan jenis suasana

4.

Pendahuluan jenis peribahasa

5.

Pendahuluan jenis pendapat

6.

Pendahuluan jenis puisi

7.

Pendahuluan jenis sejarah

8.

Pendahuluan jenis gabungan.

9.

Pendahuluan jenis statistik

10.

Pendahluan jenis lirik lagu.

Latihan:
1.

--------------------------------------------

Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa


maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela.
Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang
atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan
tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mereka melakukan
pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang
memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat
sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang
sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

2.

------------------------------------------------

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan amat


berharga kepada manusia. Walau bagaimanapun, keadaan beberapa
batang sungai di negara kita berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Terlalu banyak rungutan dilontarkan oleh setiap lapisan
masyarakat tentang kualiti sungai di negara kita. Persoalannya,
mengapakah rungutan-rungutan ini timbul? Adakah sungai yang
mengalir bersih sebelum ini mampu bertukar menjadi tercemar

dengan sendirinya atau berpunca daripada sikap dan perbuatan


manusia sendiri?

3.

---------------------------------------------------

Alangkah indahnya suasana ketika itu. Jeritan suara anak-anak


menikmati kesegaran arus sungai yang mengalir jernih kedengaran
memecah kesunyian. Semuanya terasa indah pada saat itu, namun
segala-galanya telah berubah. Kebanyakan sungai di negara kita
dikategorikan sebagai sungai yang berada pada tahap kritikal kerana
dihantui masalah pencemaran. Jika keadaan ini terus dibiarkan,
maka fungsi sungai sebagai nadi kehidupan akan tinggal kenangkenangan.

4.

------------------------------------------------------

Sering kali kita mendengar pengguna melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap kualiti barangan yang dibeli. Malahan ada yang membuat
aduan kepada Persatuan Pengguna di kawasan masing-masing.
Pada hakikatnya, jika pengguna sendiri mengamalkan sikap alah
membeli menang memakai pasti rasa tidak puas hati dapat dielakkan.
Sebagai pengguna yang bijak, utamakanlah kualiti barangan
walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana hasilnya pasti
memuaskan. Jadilah pengguna yang bijak dan anda pasti akan
terhindar daripada helah para peniaga.
5.

-------------------------------------------------------

Menurut Datuk Alimuddin Mohd. Dom, Timbalan Ketua Pengarah


Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan
menghantar sebanyak 30 orang pendidik terdiri daripada pengetua
dan guru besar ke Kings College, United Kingdom (UK) untuk
mendapat pendedahan tentang sistem Sekolah Kelompok (Cluster
School) di negara berkenaan. Langkah ini merupakan satu langkah
bijak kerana hasilnya, mereka yang dihantar akan kembali dengan
pelbagai maklumat yang pastinya dapat memberi manfaat kepada
dunia pendidikan kita.
6.

-------------------------------------------------------

Malaysia akan menyambut Jubli Emas kemerdekaan negara kali ke50 pada 31 Ogos 2007. Tema dan logo Malaysiaku Gemilang pada
tahun ini mengingatkan kita tentang peristiwa pengisytiharan
kemerdekaan negara oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj, mantan Perdana Menteri Malaysia
Pertama di Stadium Merdeka 50 tahun yang lalu. Laungan keramat
Merdeka yang berkumandang pada pagi 31 Ogos 1957 itu
merupakan detik bersejarah sekali gus negara kita bebas daripada
belenggu penjajah.

7.

-------------------------------------------------Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga,


Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa
.
Pantun lama ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa budi
bahasa amat penting untuk diamalkan dan seseorang yang berbudi
bahasa akan dipandang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, pelbagai
langkah perlu diambil bagi memupuk amalan berbudi bahasa dalam
kalangan generasi muda pada hari ini.

8.

-----------------------------------------------------

Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia, secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan
bahawa pencapaian murid Bandar melebihi tahap penguasaan
minimum (A, B, C ) bagi subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5 peratus
berbanding dengan murid luar Bandar, iaitu 51.9 peratus.
9.

--------------------------------------------------------

Jika kau fikirkan kau boleh,


Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.
Jika diteliti lirik lagu tersebut, jelas sekali bahawa keazaman dan
semangat menjadi penentu kepada kejayaan seseorang. Tanpa

keazaman yang kuat, sudah pasti kejayaan sukar dicapai sebaliknya


jika kita senantiasa berfikiran positif dan berazam untuk berjaya, pasti
kita dapat menikmati hasilnya.

Anda mungkin juga menyukai