Anda di halaman 1dari 30

SALAH SEORANG DARIPADA PASANGAN SUAMI ISTERI

MENINGGALKAN SOLAT.

Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja, sedangkan dia


masih mengakui kewajipannya, maka dia telah kafir dengan kekafiran
yang besar menurut pendapat ulama. Tetapi, jika dia tidak mengakui
kewajipan, maka dia telah kafir.

Sabda Rasulullah SAW.

Perbezaan antara seorang (muslim), musyrik dan kafir adalah


meninggalkan solat

WANITA SUCI DARI HAID ATAU NIFAS MENINGGALKAN


SOLAT.


Sesiapa yang mendapatkan satu rakaat daripada solat subuh sebelum
matahari terbit, sesungguhnya dia telah mendapatkan solat subuh.
Sesiapa yang mendapatkan satu rakaat dari solat asar, sebelum matahari
terbenam, sesungguhnya dia telah mendapatkan solat asar

DIAM DAN TIDAK MENGGERAKKAN LISAN KETIKA


SOLAT

Ada sebahagian muslimin ketika menunaikan solat hanya diam dan tidak
menggerakkan lisan dengan bacaan al Quran ataupun zikir. Mungkin juga,
membaca sambil menutup mulutnya.

Dalam hadith yang diriwayatkan Bukhari dari Abu Mamar, dia berkata,
Kami pernah bertanya kepada Khabbab, Adakah Nabi SAW membaca

ketika solat Zohor dan Asar? Dia lalu menjawab, Ya. Tanya kami lagi,
Bagaimana kamu semua boleh tahu? Dia menjawab, Dengan gerakan
janggutnya.

MEMEJAMKAN MATA KETIKA SOLAT TANPA ALASAN.

Ibnul Qayyim r.a berkata, Tidak termasuk dalam apa yang ditunjukkan
oleh Nabi adalah memejamkan mata ketika solat. Pada waktu tasyahud
beliau memusatkan pandangannya pada jarinya dalam berdoa dan
pandangan beliau bukan melalui isyaratnya.

Jika membuka mata dapat membawa kekhusyukan, perkara itu lebih

utama. Namun, jika perkara itu menghalangnya dari kekhusyukan


lantaran di depannya terdapat keindahan, aneka hiasan atau selainnya
yang mengganggu hatinya, maka tidak makruh memejamkan mata secara

mutlak.

TIDAK BERPUASA DAN SOLAT SELAMA 40 HARI DARIPADA


WAKTU NIFAS MESKIPUN TELAH SUCI SEBELUM WAKTU
TERSEBUT.

Wajib bagi wanita menunaikan solat, berpuasa serta suaminya pun telah
halal menyetubuhinya apabila dia merasa telah suci meskipun setelah 20

hari. Jika darahnya keluar lagi, maka darah itu dianggap darah nifas
selama 40 hari.

Tetapi ibadah yang dilakukan sewaktu suci itu, adalah sah.

WANITA YANG MEMBACA DENGAN PERLAHAN KETIKA


SOLAT JAHRIAH.

Sunnah ketika wanita menunaikan solat jahriah adalah dia membacanya


secara jahr (kuat) yang cukup didengar oleh dirinya sendiri.

Kecuali jika ada lelaki selain mahram yang mendengar, maka dibolehkan
untuk memperlahankan bacaanya lantaran bimbang berlaku fitnah.

Demikian juga, wanita membaca bacaan perlahan ketika solat sirriyah


(bacaan perlahan)

SOLAT SAMBIL DUDUK PADAHAL MAMPU BERDIRI



Bahawasannya aku menghidap penyakit buasir. Lantas aku bertanya kepada
Nabi SAW tentang solat ( dalam keadaan seperti itu). Beliau lalu
menjawab, solatlah dengan berdiri dan jika kamu tidak mampu, maka

duduklah. Jika kamu masih tidak mampu, hendaklah kamu mengiring.

MENGUSAP KERIKIL DAN MERATAKAN TANAH KETIKA


SOLAT

Dari Muaiqib, dia berkata, Nabi SAW mengatakan mengusap di dalam


masjid, yakni mengucap kerikil sambil bersabda, Jika kamu perlu
melakukan, maka lakukanlah sekali sahaja.
Kata Imam Nawawi, Sabda Rasulullah SAW, Jika kamu perlu
melakukannya, maa lakukanlah sekali sahaja maknanya jangan kamu
lakukan. Jika perlu, lakukan sekali sahaja.
Larangan ini hukumnya makruh tanzih.
Ulama sepakat tentang makruhnya mengusap kerana perbuatan itu
menganggu rasa tawadhuk dan menyibukkan orang yang solat.
Al Qadhi berkata, Para Salaf mengatakan makruh mengusap dahi ketika
solat dan sebelum meninggalkan masjid. Yakni, membersihkan dahi dari
tanah dan lainnya yang menempel padanya.

SENDAWA KETIKA SOLAT

Sabda Nabi SAW kepada seorang sahabat,


Jauhkan sendawamu itu dari kami

TIDAK MENAHAN DIRI DARIPADA MENGUAP KETIKA


SOLAT

Apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahan semampunya dan


meletakkan tangan pada mulutnya sehingga tidak mengeluarkan suara.

Sabda Rasulullah SAW,


Apabila salah seorang di kalangan kamu menguap ketika solat, maka

hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya. Sebabnya, syaitan


akan turut masuk ketika dia menguap

MENGUATKAN SUARA KETIKA TAKBIRATUL IHRAM

Syeikh Ali Mahfuz mengatakan Di antara bidah yang dibenci dalam solat

adalah menguatkan suara yang sepatutnya dibaca sirr (perlahan).


Misalnya membaca istiazah, doa iftitah atau membaca tasbih dengan jahr
(kuat). Sebabnya perkara itu tidak pernah berlaku, pada zaman

Rasulullah, sahabat dan salafus soleh.

TIDAK MEMBACA ISTIADZAH DAN BASMALLAH

Dengan istiadzah, seseorang bebas dari daya dan kekuatannya kepada

daya dan kekuatan Allah.

Yakni, berserah diri kepada zat yang menguasai Azza wa jalla agar Dia
yang melindungi dan mencegah dari syaitan dan tipu dayanya.

Sesungguhnya Rasulullah SAW, selesai membaca iftitah, baginda akan


membaca istiadzah dan diikuti dengan basmallah.

MENDAHULUI IMAM KETIKA TAKBIRATUL IHRAM

Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan Apabila ada seorang makmum yang

mendahului imamnya ketika solat, sedangkan dia mendahuluinya ketika


takbiratul ihram, maka solat makmum tersebut tidak sah.

Sabda Rasulullah SAW,


Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikut. Oleh kerana itu, janganlah

kamu semua mendahuluinya. Jika dia bertakbir, maka bertakbirlah.

MELIHAT LANGIT KETIKA SOLAT

Perkara ini dilarang oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda :



Hendaklah segolongan orang benar-benar menghentikan pandangan
matanya yang mendongak ke langit ketika berdoa dalam solat atau
pandangan mata mereka benar-benar tidak akan kembali padanya

MEMPERMAINKAN PERKATAAN AMIN

Adalah satu kesalahan, membaca panjang seperti membaca mad badal

(sepanjang enam harakat) menjadi aaaaaaamiin. Tidak diwajibkan


memanjangkan lafaz tersebut kecuali sepanjang dua harakat sahaja. Yakni
Amin

Kadangkala, melakukan kesalahan dengan mentasydid huruf mim,


menjadi ammin.

MELETAKKAN TANGAN PADA PINGGANG KETIKA


SOLAT


Nabi SAW melarang orang yang menunaikan solat dengan meletakkan
tangan pada pinggang

Termasuk dalam perbuatan orang yang menyombongkan diri.

TERLALU BANYAK BERGERAK KETIKA SOLAT

Sabda Rasulullah SAW, Sesuatu yang pertama kali diangkat dari manusia

ialah kekhusyukan

Nabi SAW memerintahkan umatnya agar bersikap tenang ketika


menunaikan solat.


Tenanglah kamu semua ketika menunaikan solat

MENOLEH KETIKA SOLAT

Aisyah r.a berkata, Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang

menoleh ketika solat.. Beliau menjawab, Sesungguhnya itu adalah


suatu rampasan yang dilakukan oleh syaitan terhadap solatnya seorang
hamba.

TIDAK MELURUSKAN SAF

Nabi SAW bersabda, Luruskan saf kamu semua. Demi Allah, kamu semua

benar-benar

luruskan

saf

kamu

atau

Allah

benar-benar

akan

memalingkan hati kamu semua

Sabda Nabi SAW lagi, Luruskan dan rapatkan saf kami semua. Demi zat

yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya aku benar-benar melihat


sekumpulan syaitan berada di antara saf kamu semua seakan-akan
mereka seperti kambing putih.

TIDAK MENGIKUT IMAM

Sebahagian muslim, apabila memasuki masjid dan mendapati imamnya

sedang sujud, duduk antara dua sujud atau tasyahud, maka dia menunggu
imam berdiri. Perbuatan ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan

baginda.

Sabda Nabi SAW,


Apabila salah seorang di kalangan kamu semua hendak mendirikan solat,

dan imam sedang berada dalam suatu keadaan, maka lakukanlah


sebagaimana yang dilakukan oleh imam

MENDAHULUI RUKUK IMAM ATAU


MENGAKHIRKANNYA


Adakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut jika

Allah mengubah kepalanya menjadi keldai.

TIDAK TAMAKNINAH KETIKA RUKUK

Dalam hadith, Nabi SAW memerintahkan orang yang nelakukan kesalahan

dalam solatnya supaya mengulanginya. Baginda berkata Ulangilah


kembali solatmu!. Sesungguhnya kamu belum solat.. Kemudiaan baginda

menjelaskan cara solat, Rukuklah sehingga kamu tamakninah dalam


rukuk, kemudian bagunlah sehingga kamu berdiri dengan sempurna.

Sabda Rasulullah SAW,


Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia meluruskan belakangnya
ketika rukuk dan sujud.

MENGIRA SEBAGAI SATU RAKAAT PADAHAL TIDAK


SEMPAT RUKUK

Sabda Rasulullah SAW,


.
Apabila kamu semua pergi pada solat dan ketika itu kami sedang sujud,
maka sujudlah kamu semua dan jangan mengiranya sebagai satu rakaat.
Dan sesiapa yang mendapatkan rakaat, sesungguhnya dia telah
mendapatkan solat.

MEMBACA AL QURAN DALAM RUKUK

Sabda Rasulullah SAW,


Sesungguhnya aku dilarang membaca al Quran dalam rukuk atau sujud

MENGUSAP MUKA SETELAH SELESAI MEMBACA


QUNUT

Sebahagian muslimin menganggap apabila telah selesai membaca doa

qunut mahupun selainnya, mereka perlu mengusap wajah. Perbuatan


seperti ini memerlukan dalil as sunnah.

Ibnu Taimiyyah mengulas, Adapun perihal Nabi SAW mengangkat kedua

tangan beliau ketika berdoa memang ada beberapa hadith shahih .


Sedangkan mengusap muka selesai berdoa itu, tidak pernah termasuk
dalam hadith, kecuali dalam satu dua hadith yang tidak dapat digunakan

sebagai hujjah.

MENYENTUH KEDUA LENGAN (KE LANTAI) DAN


MERAPATKAN KEDUA KETIAK

Perbuatan ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan oleh baginda.

Sabda Rasulullah SAW,


Apabila kamu sujud, letakkanlah kedua telapak tanganmu dan angkatlah
kedua siku lenganmu

TIDAK SUJUD DI ATAS TUJUH ANGGOTA BADAN

Sabda Rasulullah SAW,

:
Aku diperintahkan supaya sujud dia atas tujuh anggota tubuh, yakni dahi,
kedua tangan, kedua lutut dan kedua kaki.

MENINGGIKAN ALAS UNTUK DIGUNAKAN SUJUD DI


ATASNYA

Sebahagian orang tidak mampu sujud atas tanah kerana uzur atau safar, dia

meletakkan alas, ada yang menggunakan beg, menegakkan kakinya dan


meletakkan bantal. Ini adalah kesalahan. Yang betul adalah, hendaklah sujud

menggunakan isyarat.

Abdullah bin Umar r.a, Suatu ketika, Rasulullah mengunjungi seorang lelaki
sedang sakit. Ketika hendak menemuinya, baginda mendapatinya sedang

solat atas kayu, baginda menunjuk ke arah kayu itu dan membuangnya.
Setelah itu, lelaki tersebut mengambil bantal. Rasulullah berkata,
Jauhkanlah kayu itu darimu, jika kamu mampu sujud di atas tanah. Jika tidak,

gunakanlah isyarat dan jadikanlah sujudmu lebih rendah dari rukukmu

Anda mungkin juga menyukai