Anda di halaman 1dari 3

Apa itu FROG-VLE?

By Smktatb on October 10, 2012 at 10:00 am


Posted In: Uncategorized

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi
seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu
sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan
menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi
VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh
pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua,
pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di
mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu!

Apa itu Virtual Learning Environment (VLE)


Rabu, 26 September 2012 10:36 |

Apa itu Virtual Learning Environment (VLE)?


Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai
pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Bayangkan VLE sebagai
Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, guru-guru boleh
mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja
sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila
masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Terakhir dikemaskini (Rabu, 26 September 2012 12:16)

Kenapa perlu menggunakan VLE Frog?


Selasa, 25 Jun 2013 17:21 |

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka
khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog
memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan
teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan
alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk
memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama
rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem
pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada
usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan
yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh
mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!
Terakhir dikemaskini (Selasa, 25 Jun 2013 17:22)

1BestariNet
Rabu, 26 September 2012 10:29 |

Apa itu 1BestariNet?


1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL
Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan
tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses
kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di
Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan
pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan
Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua
sekolah seluruh Malaysia.

rog adalah ringkas, mudah


digunakan dan direka untuk
membawa dunia pengajaran ke
satu tahap baru. Beri tugasan
dan ikuti kerja-kerja dan markah
pelajar, hasilkan sumber
pengajaran, beri maklum balas
kepada pelajar dan gunakan
forum untuk menggalakkan
pelajar berbincang dan
berkongsi pandangan.
Rancanglah masa anda dengan
lebih baik dengan menggunakan
kalendar, yang membolehkan
anda melihat, membuat,

Maksimumkan masa dan


mulalah merancang dengan
kalendar, buatlah kerja dan
ikuti perkembangan markah
pada setiap masa, di mana
jua, peribadikan laman utama
anda, muat naik dan simpan
fail-fail di dalam Frog, dan
berkomunikasi atau
kongsikanlah idea-idea anda
dengan rakan sekelas atau
guru melalui forum.

Ikuti perkembangan acara


sekolah, laporan PIBG dan
notis sekolah dengan
menggunakan kalendar dan
papan notis sekolah, temui
semua butiran perhubungan
yang anda perlukan di
halaman Contact School dan
muat turun borang kebenaran
dan dokumen-dokumen
penting lain mengikut
keselesaan anda.

menyertai atau memasukkan


acara.

Anda mungkin juga menyukai