Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

PENGENALAN
Kemahiran bernilai tambah membawa maksud kemahiran yang diajarkan dalam
bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan juga
dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah ini juga melibatkan aktivitiaktiviti yang memerlukan pemikiran secara kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar,
bertutur, membaca serta menulis.
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik
darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia
yang

global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu juga menyepadukan pelbagai

kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.


Berdasarkan kepada definisi yang diberikan tersebut, dapatlah kita fahami bahawa
kemahiran bernilai tambah ini merupakan suatu kemahiran yang boleh diajarkan
kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu
seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap
murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid
untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan
seharian mereka.
Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian
kurikulum, selain itu juga mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada
seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan serta patriotisme dan peraturan
sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan
secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti. Antara kepentingan
pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salah satu cara untuk memenuhi konsep
pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan juga pelajar dapat
bersedia untuk menghadapi segala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini
1

kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang
mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku
pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna pelajar dapat
membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan.
Selain itu juga, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian
kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid secara
tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran
berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap
pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran
Bernilai Tambah juga merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemahiran bernilai tambah juga
merujuk kepada dunia sebenar seseorang murid tersebut. Kemahiran ini juga turut
merangkumi kemahiran

berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,

kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme danpembelajaran kontekstual. Kemahiran ini juga wajar untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya dapat
mewujudkan suasana yang harmoni serta dapat merangsang murid-murid untuk terus
belajar

KEMAHIRAN BERFIKIR
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer
(1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses
asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk
mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses
berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu
seperti :

Apakah objek yang berwarna merah itu ?


Bagaimanakah bentuk objek itu ?
Bagaimanakah hendak menggunakan objek itu ?
Di manakah kita dapat memperoleh objek itu ?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu,
anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari
dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan
jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa
kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia
dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.
Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu
yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu,
pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut
pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan
kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti
pemikiran seperti :
Menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan
sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau
pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan
sebagainya.
Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan
pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat
kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal,

membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal


dan sebagainya.
Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan,
menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari
perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan
sebagainya.
Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan,
mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan
kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.
Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat
andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji
ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan ideaidea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran

ialah

membuat

penyataan

umum

berdasarkan

pola,

membuat

generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.


Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat
perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri
persamaan, dan sebagainya.
Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk

lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran


mental, dan sebagainya.
Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan
bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif,
dan sebagainya.
Kemahiran Berfikir Kritis pula ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat
sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses
membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau
elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera
sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosiobudaya

bangsa

berkenaan

sebagai

kayu

pengukurannya.

Menurut

Pusat

Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan


beberapa aktiviti pemikiran seperti;
Mencirikan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu,
mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
Membandingbezakan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk,
sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.
Mengumpul dan mengkelaskan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori,
fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
Membuat urutan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor,
kriteria tertentu, dan sebagainya.
Menganalisis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab,
5

menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat
atau data, dan sebagainya.
Menilai - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan,
membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan
sebagainya.
Membuat kesimpulan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat
hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik


dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat
penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat
kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian
memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut).
Aktiviti menaakul melibatkan :
i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi
contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau
kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.

Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis.
Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan
menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah:
i. Mengkonsepsikan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat
rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan
masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan,
alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR


Kemahiran Belajar Cara Belajar Pusat Perkembangan Kurikulum (2001)
menegaskan BCB sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru
mahupun belajar tanpa bersama guru.Belajar Cara Belajar juga merupakan kaedah
belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun
secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknikteknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan,
cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai
amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan
sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin
berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan
maklumat.

Belajar Cara Belajar melibatkan aspek :


Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa,
pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan
menggalakkan perbincangan.
Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota - antara contoh aktiviti yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami
dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi
pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan
sebagainya.
Kemahiran membaca - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran seperti membaca tajuk,
subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan, membaca secara imbasan seperti
membaca pantas pendahuluan atau rumusan, bacaan intensif secara terperinci dan
tekun, dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan.
Kemahiran menulis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat
peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.
Kemahiran mengingat - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan
kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.

KEMAHIRAN KECERDASAN PELBAGAI


Kemahiran

Kecerdasan

Pelbagai

(KKP)

merujuk

kebolehan

murid

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya


kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan
diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian
8

kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan


sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001) mencadangkan lapan jenis
kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid,
iaitu :
Kecerdasan Verbal-Linguistik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan
kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan
yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan
ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status
sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.
Kecerdasan Logik-Matematik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan
dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya,
kebolehan menjangka, dan sebagainya.
Kecerdasan Visual-Ruang - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,
ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik,
hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.
Kecerdasan Kinestetik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan
dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran,
menyelesaikan masalah, menyampaikan hasrat dan sebagainya.
Kecerdasan Muzik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu.
Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.
Kecerdasan Interpersonal - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat
serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama
9

melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan
atau melakonkan tugasan yang diberikan.
Kecerdasan Intrapersonal - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi
kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan
memboleh

individu

berkenaan

mengawal

kemarahan

atau

menangani

kekecewaan,

kelemahan,
dan

memilih

menjanakan
aspek

yang

kekuatan,
mampu

dilaksanakan.
Kecerdasan Naturalis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan
memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri
dan orang lain dan mengamalkanya, dan sebagainya.

10