Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersykur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapat juga saya menyiapkan tugasan projek EDU3063 Budaya dan Pembelajaran ini
dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr.
Razali bin Shafie kerana telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sepanjang proses
melaksanakan kerja kursus ini. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah saya
peroleh terutamanya dalam skop tugas tersebut.
Kami dikehendaki melaksanakan satu klip video mengenai adat resam sesuatu kaum
dan saya telah memilih adat resam masyarakat Melayu dalam perkahwinan iaitu adat
bersanding. Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, ia secara tidak langsung telah
menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai adat masyarakat Melayu sendiri dalam
perkahwinan. Jika sebelum ini saya hanya melihat sahaja adat-adat perkahwinan ini
berlangsung, tetapi kali ini saya telah membuat kajian dan analisis yang lehih terperinci
tentang adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ternyata banyak lagi
perkara yang saya belum ketahui walaupun saya sendiri telah banyak melihat upacara
tersebut.
Selain itu juga, saya juga berpeluang mengenali adat budaya masyarakat lain seperti
cina dan india kerana ramai rakan-rakan saya dari golongan kaum ini. Oleh itu jika ada masa
terluang untuk berbincang bersama mereka, kami telah berkongsi mengenai adat-adat
budaya masing-masing terutamanya dalam perkahwinan. Sesuatu adat yang dilakukakn itu
bukanlah keseluruhannya berasal dari masyarakat itu sendiri, tetapi ada juga sedikit
sebanyak pengaruh daripada kaum lain. Contohnya adat bersanding yang dikatakan
berpengaruh dari budaya kaum India. Oleh sebab itu, saya membuat analisis yang terperinci
mengenai adat ini agar ianya dapat menguraikan persoalan di benak fikiran selama ini.
Namun sebelum analisis dilakukan, saya telah menghasilkan satu klip video
mengenai adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Semasa proses memilih
beberapa klip video untuk digabungkan saya dapati banyak perbezaan yang dilakukan oleh
masyarakat Melayu dalam persandingan. Contohnya ada yang merenjis dan menepung
tawar serta ada yang bersanding sekadar untuk mempertontonkan kepada orang ramai akan
kedua-dua mempelai. Ia berlangsung berdasarkan pemahaman dan pegangan agama
masing-masing. Saya juga telah memilih beberapa pendapat daripada ulama mengenai adat
bersanding untuk dimuatkan ke dalam klip video tersebut. Secara tidak langsung saya juga
mendapat ilmu yang bermanfaat dari penghasilan klip video tersebut.

26

Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan
sekumpulan dan rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu saya semasa proses
penghasilan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan walaupun ada
yang berlainan budaya telah menyemai banyak nilai murni dalam diri saya. Saya mendapat
contoh teladan yang baik dan dapat menghakis sikap perkauman dalam diri. Di samping
dapat mengenal adat mereka saya juga dapat mencontohi nilai-nilai murni yang ditunjukkan
oleh mereka. Saya juga telah banyak mengetahui adat-adat masyarakat lain secara tidak
langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Namun, terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi semasa penghasilan kerja
kursus ini seperti masalah komputer dan perisian Movie Maker yang saya gunakan untuk
menghasilkan klip video tersebut. Masalah tersebut sememangnya menguji kesabaran diri
saya kerana saya terpaksa melakukan klip video berulang kali kerana komputer sering kali
mengalami masalah yang membuatkan klip video yang dihasilkan tidak dapat disimpan atau
ditukar kepada format video. Tapi hal ini tidak membuat saya berputus asa dan berusaha
mencari jalan penyelesaiannya walaupun saya terpaksa membuat pengubahsuaian
beberapa kali. Rakan-rakan yang lain juga telah banyak membantu saya dan memberi
semangat.
Saya bersyukur kerana kerja kursus ini dapat juga disiapkan walaupun saya telah
berdepan dnegan pelbagai masalah. Namun hal itu telah banyak mendidik saya menjadi
seorang yang sabar dan lebih gigih berusaha. Banyak pedoman yang saya perlu ambil pada
masa ini untuk dijadikan iktibar di masa hadapan. Setiap masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan baik dan ia tidak pernah membuat saya berputus asa kerana saya
percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada pensyarah
pembimbing yang banyak memberi tunjuk ajar dan mengambil berat tentang keadaan dan
masalah yang dihadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada
rakan-rakan yang memberi bantuan serta banyak berkongsi idea dan bahan rujukan.
Kesimpulannya, daripada kerja kursus ini saya telah mendapat banyak ilmu yang bermanfaat
dan nilai-nilai yang murni secara langsung mahupun tidak langsung.
Sekian, terima kasih.

27