Anda di halaman 1dari 3

BI

AGENDA

TEKS

L
1.

Ketibaan
jemputan dan
ibu bapa

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG


________________diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke
tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku

Nyanyian

dengan iringan muzik.

lagu
Negaraku

2.

Ucapan alu-

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Melati kuntum menghias gelas,

aluan

Tumbuh melata di tepi kali,

Pengerusi

Anugerah Cemerlang 2015,

Majlis

Murid-murid cemerlang kita hargai.


Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Yang Berusaha ___________selaku Guru Besar SK ______,
Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG SK
______________________________________ ,
Para jemputan khas,
Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK ----ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita pada pagi hari ini , kerana dengan limpah Rahmat dan
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Hari

Anugerah Cemerlang SK______2015.Pihak sekolah mengalu-alukan


kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis pada
hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK ______ini
diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid-murid yang
mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum sepanjang tahun 2015 ini. Diharap agar dengan
penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat
murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masamasa akan datang.
Ucapan
Guru Besar

Hadirin yang dihormati,


Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
______selaku Guru Besar SK ____untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Penutup

Hadirin sekalian,
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,

&

Terima kasih sekalung budi,


Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Jamuan
ringan.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK _____2015, para ibu-bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan malis ini.
Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan
menjamu selera di khemah yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai