Anda di halaman 1dari 82

PEMBANGUNAN EKONOMI

DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran
Menerangkan konsep modenisasi.
Menghuraikan konsep dan proses

pembangunan di Malaysia.
Menjelaskan hubung kait antara

pembangunan ekonomi dan hubungan


etnik di Malaysia.

Liputan Kuliah
BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
4.1 PENGENALAN
4.2 KONSEP MODENISASI
4.3 MODENISASI MALAYSIA
4.4 ISU-ISU UTAMA EKONOMI
4.5 KESIMPULAN

Pengenalan
Hubungan timbal balik antara pembangunan
ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.
Alat analisis :
o modenisasi
o pembangunan ekonomi
o pembangunan politik

KONSEP MODENISASI
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau
perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara
berencana atau tidak berencana.
Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan)
adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan
ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum
suatu perubahan dilaksanakan.
Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu
pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi

untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan


sebuah masyarakat industri.
Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk

pembangunan ekonomi ;
o Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan canggih.
o Pembangunan pertanian : sara diri - komersial
o Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.
o Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.

Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Ukuran pencapaian bagi pembangunan
ekonomi adalah pertumbuhan yang lazimnya
diukur dengan ukuran ekonomi seperti GNP
(gross national product).
Proses pembangunan ekonomi akan
membawa kepada perubahan sosial yang
menyeluruh kepada masyarakat, iaitu,
daripada kehidupan yang bersifat tradisional,
miskin atau mundur kepada kehidupan maju

Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Konsep dan proses modenisasi yang kita
kenal hari ini memang bermula di Eropah
Barat akibat daripada dua revolusi besar :
o Revolusi Perancis (politik feudal)
o Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah


ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Persoalan modenisasi dapat ditinjau
daripada dua sudut :
Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman
tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya
melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan
sosial.
Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk
kepada kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.

Sudut falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh

dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat.


Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa

perkembangan negara miskin ke arah menjadi


masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan, sehingga dapat diramalkan.
Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :
o Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan
manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.

Sudut praktikal
Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya

kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya


mencorakkan semula hubungan antara manusia
dengan alam sekitar.
Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi,

masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara


untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha
mengumpul kekayaan.
Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

Matlamat modenisasi
di Eropah Barat
Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan
teknologi sehingga dapat melaksanakan
industrialisasi.
Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara
untuk meningkatkan perekonomian dan
kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan
kaedah-kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar
pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah
Bukan Eropah
Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi
dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah
Barat.
Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan
menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta
mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang
diperlukan.
Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir
dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika
dan Asia.
Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan
pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Dalam proses jual beli dan pertukaran barang, pedagang dan
penjajah Eropah Barat mula menyusun ekonomi dunia,
dengan daerah jajahan mempunyai peranan sebagai
pengeluar bahan mentah.
Negara Eropah Barat pula berperanan memproses bahan
mentah tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan
dan pakaian untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat
dan negara-negara lain termasuk di tanah jajahan.
Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini dapat
disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau internasional.

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap
kematangan pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi
lama dan baru semakin meningkat sehingga memerlukan
peningkatan hasil di wilayah jajahan.
Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh
dari wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi
keperluan industri di Eropah Barat.
Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan
sosial dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.
Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran
dan kegagalan negara membangun untuk berkembang maju
seperti yang dikemukakan oleh
o teori imperialisme - Lenin,
o teori pergantungan - Paul Baran
o teori dependency - Andre Gunder Frank.

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap
sebagai ketinggalan.
Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih
maju dan moden.
Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa
masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus
mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat
Eropah Barat.
Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau
mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti
masyarakat Eropah Barat dianggap sebagai

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah
Barat telah menjadi model atau contoh bagi
pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara
membangun.
Dua proses yang tampak serupa walaupun
sebenarnya tidak sama:
o Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua
aspek kehidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian.
o Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup
Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha
perubahan secara berencana.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah
Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi
pembentukan negara.
Ada dua aspek utama yang ditiru :
o Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik.
o Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan
teknologi.

Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang


ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai
struktur baru namun masih mengekalkan model Eropah Barat
atau model Barat.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh
perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada
falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala).
Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan
membezakan antara masyarakat tradisional dengan
moden.
Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya
nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan
unsur moden.
Termasuk dalam perspektif ini adalah :
o teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963),
o teori difusi - Moore dan Feldman.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang
bersifat universal pada era selepas Perang Dunia Kedua
setelah negara-negara baru merdeka bergabung dalam
komuniti dunia dan mengejar pembangunan.
PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa
berdasarkan perspektif modenisasi kerana negara baru
mendapat bantuan pinjaman kewangan dan nasihat daripada
Bank Dunia atau Dana Kewangan Antarabangsa (International
Monetary Fund - IMF) bagi melaksanakan pembangunan.
Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea projek
pembangunan, mempengaruhi negara membangun supaya
meniru dan mengguna pakai model pembangunan industri dan
teknologi Barat yang berintensifkan modal.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan
yang terarah, mungkin dalam bentuk :
o mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang
bersifat agama kepada sekular),
o dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar
bandar kepada masyarakat bandar),
o dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada
tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan


sosial dan pertumbuhan ekonomi yang terancang
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20,
pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi
antarabangsa.
Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat
antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah
Barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat
dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan
peringkat antarabangsa atau global.
Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan,
sosial dan teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan
ekonomi mereka dengan negara kuasa besar, agensi

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana
dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia
memasuki zaman peradaban global.
Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang
menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
o Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi
yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di
dunia.
o Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang
diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi.
o Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk
pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah
bukan-industri.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan
ekonomi global adalah golongan kapitalis.
Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan
dirinya melampaui batas negara dengan cara
o mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi.
o mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran
kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta
yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi
secara jarak jauh.

Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan


proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran
kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan
negara baru dalam hubungan politik dan ekonomi
antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan sebagai
globalisasi.
Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak
menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.
Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah
PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik
berjalan di seluruh dunia.
Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah
golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations
(MNC) atau transnational corporations.

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk
mengejar pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun
semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi
dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat.
Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat
pinjaman daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan
biasanya diperolehi pada Bank Dunia.
Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia
kepada negara membangun :
o melaksanakan reformasi tanah,
o meningkatkan infrastruktur,
o meningkatkan taraf pendidikan,
o meningkatkan pelaburan awam,
o melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pengalaman di negara-negara membangun

memperlihatkan bahawa pemodenan dan


pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah
Barat telah menjadi model atau contoh untuk
mengorak langkah ke arah pemodenan.
Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa,

proses pemodenan ekonomi dijalankan secara


berencana dan langkah-langkah yang diambil pula
disesuaikan dengan keadaan di dalam negara
tersebut.

MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan

kehadiran kolonial Inggeris.


Sebagaimana negara baru yang lahir setelah

Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk


melakukan pembangunan politik dan pembangunan
ekonomi.
Projek modenisasi yang diasaskan sejak

pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan


dengan melakukan pelbagai perubahan dan

Komponen Ekonomi:
Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan
Dan Peningkatan Kualiti Hidup

Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau


matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah
masyarakat industri.
Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal
pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan
infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri
gantian-import.
Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan
ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan
peralihan daripada industri gantian-import kepada industri
berorientasikan eksport.
Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan

Komponen Politik:
Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian
Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah
mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9
% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia
tidak hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi
juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup,
berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang
rendah.
Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah
negara-bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada
gabungan daerah yang berbeza, gabungan bangsa yang
berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza, isu pembinaan
negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi impian atau
sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu

Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi
Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran
(tanah, buruh, modal).
Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting
untuk membangunkan ekonomi negara mereka.
Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya
untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi
landasan pembinaan negara-bangsa.
Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau
pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita
saksikan berlaku di Afrika.

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui
pengalaman dijajah kolonial Inggeris.
Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman
seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan
industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.
Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang
kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas,
misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan
yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of
labour mengikut kumpulan etnik.

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi
Malaysia hasil peninggalan era penjajahan
terus bertahan hingga saat ini.
Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua
perkara yang saling mempengaruhi dan
tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain
dalam kehidupan di Malaysia.

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks


Majoriti Demografi, Politik dan
Ekonomi
Dalam aspek demografi, secara
statistik, Melayu merupakan
etnik yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok
minoriti.

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada


18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada
tahun 2000.
Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000
menunjukkan :
o Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.
o Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.
o Etnik India sebanyak 7.7 peratus

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti


Demografi, Politik dan Ekonomi
Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak
hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi
kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan
secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya.
Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina
tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik
Cina mengalami kemerosotan.
Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin
memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa
politik.
Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat
tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional,
iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti


Demografi, Politik dan Ekonomi
Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek
demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu
turut majoriti dalam bidang yang lain.
Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang
menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi
ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.
Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana
mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding
etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks
pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca


berlakunya rusuhan kaum paling berdarah
dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu,
pihak kerajaan telah berupaya menjalankan
dasar yang mengutamakan keseimbangan
kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.
Di sebalik tumpuan kerajaan untuk
mengutamakan pembangunan ekonomi dan
menjadikan Malaysia salah sebuah negara
moden dan maju di Asia, aspek keharmonian
dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial
Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali
Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan
tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik
dan ekonomi.
Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya
dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union.
Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya
memperkenalkan institusi perancangan pembangunan di
Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang
dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman

Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama
Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama
Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan
moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa
depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia
First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan
diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri
melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan
kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Second Five Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.
Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan
ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun
daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan
dan penyesuaian.

Perancangan Pembangunan
Lima Tahun

Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan


pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat
Malaysia.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan
pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah
perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan
politik dapat dicapai.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan
pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada
Rancangan Malaysia Kedua.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima
(1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan
rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan
teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan
(2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan Kekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan

Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi
sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor
pertanian masih diutamakan.
Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang
bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan
menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti
FELDA, FELCRA dan MARA.
Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih
diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar
Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini,
beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan
ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.

ISU-ISU UTAMA EKONOMI


Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
terutama berkaitan dengan isu kemiskinan
dan agihan pendapatan menurut golongan
etnik.
Beberapa isu penting :
o Antara Pertumbuhan dan Agihan
o Antara Equality dan Equity

Antara Pertumbuhan dan Agihan


Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat
dilihat dua sudut,
o antara kelas sosial yang berbeza.
o antara kelompok etnik yang berbeza.

Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi


yang berkaitan dengan agihan kekayaan
adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh
Dasar Ekonomi Baru.

Antara Equality dan Equity


Isu equity atau keadilan dan equality atau
kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah
dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
menegaskan bahawa semua orang adalah sama
rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Antara Equality dan Equity


Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah
pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan
kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di
Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang
berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera.
Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya
mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang
dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan
Malaysia menyatakan: kecuali sebagaimana dibenarkan
dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh
ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata
oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris
menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara
wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang
perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.
Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8)
Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang
dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru
dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik
Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak
ketinggalan berbanding kelompok etnik lain.
Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3%
daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua
keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar
dan 14% di kawasan bandar.

Pendapa
Kada
tan
Ka r
Purata
u Kemi
Keluarga
m skina
Sebulan
n (% )
(RM)
M
el
64.8 172.00
ay
u
Ci
26.0 392.00
na
In
di 39.2 304.00
Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970
a
La

Pemilika Juml %
n
ah
Pemi
likan
( RM
Juta
)
Bumiput
era
Perseora
4.
279.6
ngan dan
3
Agensi
Amanah
Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970
a.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970
pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan
ketidakseimbangan.
Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan
meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik
India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.
Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah
58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5
% dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.
Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam,
pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi
42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok
sebanyak 1.2 %.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab
utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga
mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial
ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya
satu pendekatan baru dalam rancangan
pembangunan negara yang melibatkan program 20
tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar
yang diperkenalkan dengan tujuan untuk

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
o mengurang dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira etnik
o menyusun semula masyarakat untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.
Antara matlamat DEB ialah menyusun semula
pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan
saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l ekonomi


dan projek pembangunan :
o Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
yang menganggur.
o Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
o Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang
rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
o Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelopmpok
etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara
wilayah.
o Memodenkan kehidupan di luar bandar.
o Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
Bumiputera.
o Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi
kelompok etnik di Malaysia.
o Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik

Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:

o Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan


miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
o Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga.
o Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia
dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan
ekonomi.
o Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
di kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya
dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
o Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
o Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan
dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan
negara yang kukuh.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak
kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap,
tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor
swasta.
Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30
% pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 %
pemilikan saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar
Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang mempunyai
berbilang etnik seperti Malaysia adalah menentukan bahasa
kebangsaan.
Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negarabangsa kerana ia berkait dengan persoalan ideologi, nasionalisme,
integrasi nasional, dan identiti nasional.
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap dapat
menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah
satu alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan
politik.
Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium
komunikasi yang memupuk perpaduan nasional. Melalui pendidikan

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
telah dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam
tahun-tahun 60-an.
Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis
dan seterusnya menghapuskan bahasa, budaya dan
kepentingan pendidikan kelompok bukan Melayu.
Golongan elit yang terdidik dan terbiasa berbahasa Inggeris
pula khuatir pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan akan
menyebabkan prestasi pentadbiran negara dan sistem
pendidikan kebangsaan akan mengalami kemerosotan.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai
sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan
negatif tentang kemampuan bahasa Melayu adalah
tidak tepat.
Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa
kebangsaan.
Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat
bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan
membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan
dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk
"maksud rasmi" kerajaan.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila Perlembagaan
Malaysia dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya
sistem pendidikan vernakular.
Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila pihak
kerajaan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran
matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris dianggap
mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik di peringkal lokal
mahupun internasional.
Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris dianggap penting
sebagai "bahasa kemajuan". Pada masa yang sama, terdapat
pihak yang bertegas bahawa peranan bahasa Melayu tidak hanya
sebagai "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara tetapi

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris tersebut akhirnya terjelma dalam pelaksanaan
dasar tentang bahasa.
Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah
melaksanakan dua jenis dasar bahasa di Malaysia.
o Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
"bahasa perpaduan",
o Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa untuk mencapai kemajuan negara dengan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di
sekolah.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa
bahasa Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana ia
mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi terutama di
mata pihak swasta.
Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat
penggunaan bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam
atau sektor swasta.
o Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan
Bahasa Melayu
o Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain,
terutama bahasa Inggeris.
Keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa
Inggeris tidak perlu dipersoalkan kerana kerajaan

Globalisasi , Ekonomi Malaysia


dan Hubungan Etnik
Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an
dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang
antara lain ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing
dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.
Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga
menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia
mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan pada
tahun 1997-1998.
Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat
kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
usahawan Melayu dan bukan Melayu.

Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:


Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan
Bukan Melayu
Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai
pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih
berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.
Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya
lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan,
terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.
Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam
kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah
dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki
golongan Bumiputera telah muflis.
Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran
bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai
kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:


Implikasi terhadap
Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung
berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal,
tanpa mengambil kira faktor etnik.
Oleh yang demikian, pihak yang dapat
memanfaatkan daripada proses globalisasi ialah
pihak yang bermodal.
Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera
menghadapi cabaran yang cukup getir kerana
mereka merupakan golongan yang masih baru
dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai
modal yang cukup mapan.

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik
tolak daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia
iaitu Dubai Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank
Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975.
Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut,
penubuhan institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia
berlangsung dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985.
Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran
bertindak menukarkan sistem perbankan konvensional kepada
sistem perbankan Islam.
Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut,
masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam
di Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta
Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan diikuti
dengan penubuhan Bank Islam Malaysia.
Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia
terhadap perbankan Islam sangat positif sehingga membawa
kepada pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip
Islam dan lain-lain pengantara kewangan,
o Syarikat-Syarikat Takaful,
o Pasaran Modal Islam,
o Ekuiti Modal Islam,
o Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam,
o AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
o BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi
perbankan Islam, Syarikat-syarikat Takaful telah ditubuhkan.
Operasi syarikat-syarikat takaful dikawalselia di bawah Akta Takaful
1984.
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang ditubuhkan pada
tahun 1984 adalah syarikat takaful yang pertama di Malaysia.
Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang
kedua di Malaysia.
Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang
pesat, iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun
1986 hingga 2000.

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan
Islam telah menjadi penyumbang kepada
perekonomian negara.
Sistem perbankan Islam ialah sistem
perekonomian yang diidam-idamkan oleh
umat Islam di Malaysia setelah aspek
perekonomian Islam dipisahkan daripada
kehidupan mereka oleh pihak Inggeris pada

Dasar Penswastaan Dalam


Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri
keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan
hasrat untuk memulakan Dasar Penswastaan pada tahun
1983.
Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa
kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.
Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan
pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang
menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam
ekonomi.

Dasar Penswastaan Dalam Konteks


Hubungan Etnik
Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
o Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan.
o Meningkatkan persaingan, memperbaiki

kecekapan dan menambah produktiviti.


o Merangsang pelaburan dan keusahawanan

persendirian.
o Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
o Membantu pencapaian matlamat DEB.

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan
program Industri Otomobil Nasional.
Program ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur
yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai
matlamat pemindahan teknologi moden.
Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan
sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara.
Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi
wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian
umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil
khususnya.

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa
matlamat, iaitu:
o Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif
tempatan, khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar
kereta nasional.
o Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau.
o Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi
domestik.
o Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan
alat ganti ke pasaran antarabangsa.
o Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor
automotif tempatan.
o Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi
nilai wang, keselamatan dan kualiti produk serta
perkhidmatan.

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Program Industri Otomobil Nasional
dimulakan dengan penubuhan PROTON
(Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd)
pada 7 Mei 1983
Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara
komersial model kereta nasional yang
pertama, iaitu, Proton Saga dilancarkan.

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional
berjalan dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar
melindungi industri automotif negara melalui beberapa
mekanisme, seperti duti eksais dan beberapa insentif lain.
Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah
mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar
tersebut digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi
ekonomi dan persaingan global.
Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara
ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan
sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif
terhadap ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi
manfaat kepada pengguna.

KESIMPULAN
Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua
hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling
menentukan antara satu sama lain.
Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang
mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan
ekonomi Malaysia.
Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif
dalam konteks hubungan etnik.
o kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi.
o penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi
antara etnik adalah seimbang
Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses
perpaduan terus berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai