Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Tarikh

: 25/03/2015

Masa

: 7.45-8-45 pagi

Tahun

: 2 Arif

Bilangan Murid

: 32 orang (16 L, 16 P)

Tajuk Pengajaran

: Pemakanan

Standard Kandungan

: 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.

Standard Pembelajaran

: 1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali
waktu makan.
: 1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman
yang berkhasiat.

Hasil Pembelajaran
1) Kognitif

2) Afektif

:
: - Membezakan makanan berkhasiat atau tidak yang perlu
diambil oleh seseorang untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan
cergas
- Menerangkan tentang kepentingan makanan dan
minuman yang berkhasiat.
: - Menunjukkan sikap bekerjasama dan toleransi semasa melibatkan diri
dalam aktiviti berkumpulan.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid-murid pernah makan makanan berkhasiat

Nilai-nilai murni

: Bekerjasama, jujur dan tolong-menolong.

KBKK

: Menghubung kait (menyenaraikan makanan yang diambil oleh orang


yang obesiti dan kurang berat badan)

EMK

: Keusahawanan (bertanggungjawab terhadap keputusan)

KBAT

: Menjana idea (pendapat mengenai makanan dan minuman yang


berkhasiat)

Penggabungjalinan

: Pendidikan Seni Visual (melukis gambar makanan )

Strategi Utama

: Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar

: Komputer Riba, Projektor, Kertas Mahjong, Marker Pen, Kertas Soalan,


Kertas Latihan

Langkah
(Masa)
Set Induksi
(+- 5 minit)

Isi Pelajaran

Mana Satu Pilihanku


Soalan guru :
Semua murid-murid sudah makan
sarapan pagi? Sekiranya belum,
yang manakah akan menjadi
pilihan anda?

Butiran Pengajaran dan Pembelajaran /


Aktiviti

1) Murid melihat sebuah kotak hitam yang


diletakkan di hadapan kelas.
2) Murid secara bergilir-gilir datang
kehadapan kelas dan memasukkan
tangan di dalam kotak tersebut.
3) Murid meneka apa yang terdapat di
4)

Jawapan murid :
Sudah / belum
Roti, telur, susu dll.

Langkah 1
(+-10 minit)

1) Tayangan gambar
2) Soal jawab

dalam kotak.
Murid didedahkan dengan bahan

maujud yang terdapat di dalam kotak.


5) Murid bersoal jawab dengan guru
mengenai bahan maujud tersebut
6) Murid meneka apakah tajuk pelajaran
pada hari tersebut

1) Murid duduk dalam kumpulan masingmasing iaitu 4 orang dalam satu


kumpulan.
2) Murid melihat tayangan gambar yang
mengandungi dua gambar tubuh
badan yang obesiti dan kurang berat

badan.
3) Murid-murid menyenaraikan dan
melukis makanan yang diambil oleh
orang yang obesiti dan kurang berat

badan dalam kertas tersebut.


4) Murid membentangkan hasil kumpulan
dengan menampalkan di atas papan
hitam.
5) Murid mengikut bimbingan guru untuk
membuat pengubahsuaian sekiranya
terdapat kesilapan.
6) Murid menerima pujian oleh guru
terhadap usaha yang telah dilakukan.

Slaid kepentingan makanan dan


Langkah 2
(+-10 minit)

minuman yang berkhasiat.

1) Murid melihat tayangan slaid tentang


kepentingan mengambil makanan dan
minuman yang berkhasiat.
2) Murid boleh mengemukakan pendapat
masing-masing mengenai slaid yang
dipaparkan.

3) Murid bersoal jawab dengan guru


mengenai kepentingan mengambil
makanan dan minuman yang
berkhasiat.

Penutup
(+-5 minit)

Membuat rumusan mengenai bahan yang 1) Murid-murid menerima lembaran kerja yang
diberikan oleh guru.
diajar
2) Murid ditekankan dengan pengambilan
makanan yang berkhasiat pada setiap kali
waktu makan.
3) Murid-murid membuat refleksi pembelajaran.
Refleksi pembelajaran
Murid yang lemah :
Jenis-jenis makanan

Murid yang lemah :


Menamakan semua jenis makanan yang

pernah dimakan
Murid yang sederhana :
makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat

Murid yang cemerlang :


kepentingan makanan berkhasiat

Murid yang sederhana :


Membezakan makanan berkhasiat dan tidak
berkhasiat
Murid yang cemerlang :
Menyenaraikan kepentingan makanan
berkhasiat

Anda mungkin juga menyukai