Anda di halaman 1dari 29

2

2.0 ANALISIS IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu
profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. Mereka berperanan membentuk
sahsiah pelajar. Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar
terhadap perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia.
Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana
mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai
masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak
ansur, penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai
cabaran yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak
murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah.

Sistem

pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua


rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini
kepada anak didik.
Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada
sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat
pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru,
murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan
konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana,
sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai
murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di
peringkat sekolah.
Implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap pembelajaran dibahagiakan kepada
beberapa jenis seperti:
SEKOLAH
GURU
MURID

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

GURU
Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai
latar belakang

murid-murid sebelum merancang pengajaran.

Ini penting supaya

objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang
akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar.
Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya,
latar belakang keluarga, dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza yang mana ia
sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks
kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu
mempunyai kesanyang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia
juga adalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang
mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari
segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan
kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan
terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan
menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman kita perlu meneroka bagi
menampung perbezaan perbezaan
individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik
kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami
dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan di sekolah
yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam
dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu
iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya
pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini akan dapat di atasi
dan ditangani. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap
kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid murid yang lambat.
Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan
berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Individu yang berbeza menyebabkan
kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar yang sama umur tidak
semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan
oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman
pembelajaran. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan
guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.
Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil
objektif yang sesuai dengan murid. Contohnya :

Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan
yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan

murid yang pandai tidak merasa bosan.


Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain.Tingkah laku ini
mempunyai perkaitan yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar
untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap

murid muridnya.
Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap
pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi

yang negatif terhadap pembelajaran.


Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan

atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif.


Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskan sesi
interaksinya

SEM 5

itu.

Guru

itu

mungkin

mengelompokkan

murid

atau

mengagihagihkan murid-muridnya mengikut kesukaan mereka.


Guru mengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan kepada mereka.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas, Antara perkaraperkara yang boleh dibuat oleh guru ialah:
Kaedah Kumpulan
Pengayaan dan pemulihan
Pengajaran terancang
Pembelajaran Koperatif
Pengajaran dan Pembelajaran individu
Mempelbagaikan bentuk penilaian
Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Peneguhan Positif
Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan

Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus meneroka
sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu cara untuk meneroka
adalah dengan mencuba. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami
pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah stail pengajarannya,
apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benarbenar berasaskan gaya pembelajaran murid. Contohnya :
Kita seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik
murid-murid untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina
insan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir dengan
mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran murid-murid. Sebenarnya semua
tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah kepada stail pengajaran
masing-masing.

Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha


bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar
SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru
dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang indentiti
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail
pembelajaran dan sebagainya.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan perlu
sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang
wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai
budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di
dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru
perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar
belakang.
Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan kemahiran
apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapat
mengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatu
kumpulan tersebut. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu
mengajar. Alat bantu mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah
faham. Contohnya :

Guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang dapat menarik pelajar untuk
belajar dan membuatkan mereka mudah untuk mengingati. Contohnya seperti
menunjukkan gambar dan lain-lain lagi dengan menitikberatkan kesamarataan
antara semuanya..

SEKOLAH

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

Menurut laporan Razak Tujuan dasar pendidikan dalam negara ini unutk
menyatukan budak budak daripada semua bangsa dalam negara dengan
menggunakan satu peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama dengan cara
beransur - ansur .
Kenyataan ini disebut semasa kajian dilakukan bagi mengkaji Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang pada ketika itu Dato Abdul Razak Bin Hussein sebagai Menteri
Pelajaran Malaysia. Beliau mencadangkan beberapa perkara seperti:

agar semua sekolah menggunakan kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama
tidak terkecuali pada semua Sekolah Jenis Kebangsaan yang pada waktu itu
dinamakan dengan Sekolah Jenis Umum.

bahasa Melayu hendaklah diajar di semua sekolah rendah mahupun menengah


kerana bahasa menjadi alat perpaduan antara kaum.
Pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong

sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. Kewujudan Sekolah Wawasan buah fikiran
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah ditentang hebat oleh Persekutuan Persatuan
Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan guru-guru Sekolah Cina
atau Dong Jiao Zhong sama sekali tidak selari dengan hasrat kerajaan dalam membina
sebuah masyarakat majmuk yang mampu menjamin keharmonian negara dan
menyediakan pemangkin dalam merealisaikan impian wawasan 2020. Penubuhan
sekolah wawasan ini banyak implikasi positif kepada negara. Dengan berobjektif untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara seharusnya kita
melihat penubuhan ini sebagai batu loncatan dalam membentuk bangsa Malaysia yang
bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. Selain itu, dengan adanya
pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah, pemupukan nilai nilai murni akan wujud
secara semulajadi. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga
dengan baik dan sempurna.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

Tujuan lain sekolah ialah seperti :

menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan


pendapat.

Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama


seperti perasaan kasih sayang, toleransi, saling bantu membantu, berbudi
bahasa, cintakan keamanan, dan sebagainya.

Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklah


digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktivitiaktiviti di sekolah. Melalui pendekatan ini sekolah akan melahirkan rakyat
Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat
walaupun berlainan etnik.
Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi

mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan pihak sekolah dalam mengintegrasi


anak bangsa seterusnya akan mendatangkan impak jangka masa panjang. Contohnya,
pergaulan antara kaum serta isu persengketaan etnik akan mudah timbul.

MURID

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah lebih majority kepada murid kerana


murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Sebagai guru, mereka
perlulah membersihkan hati murid melalui pendidikan yang terbaik. Ini adalah kerana
kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid lain. Jadi
guru perlulah peka dan mendalami hati pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga berperanan menggunakan kemahiran
optimum dalam pengurusan bilik darjah serta guru perlulah memahami tingkah laku dan
budaya murid supaya tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang tepat dan betul.
Guru perlulah menyemai sikap percaya antara guru dan murid serta murid dan murid
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Antara langkah
yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah menyediakan aktiviti yang boleh menyemai
semangat saling mempercayai dalam diri murid. Contohnya membuat aktiviti gotong
royong di rumah murid mengikut kaum. Contohnya murid bangsa cina bermalam dan
menjadi

anak

angkat

kepada

keluarga

kaum

melayu.

Ini

sekaligus

dapat

mengembangkan proses sosialisasi antara kaum seterusnya perpaduan dapat dijalin


dalam masyarakat.
Seterusnya , walaupun murid tinggal di negeri yang mempunyai dialek yang
tersendiri, tetapi penggunaan bahasa yang standard adalah sangat digalakkan (Syed
Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Penggunaan dialek
adalah perlu dielakkan. Ini boleh dibentuk apabilag guru menggunakan bahasa yang
betul walaupunguru tersebut berasal daripada negeri yang sama. Aktiviti yang bercorak
ke arah peningkatan bahasa adalah sangat digalakkan seperti Minggu Bahasa.
Keempat, interaksi adalah sangat penting dalam membina perhubungan. Oleh yang
demikian aktiviti yang melibatkan rakan berlainan jantina adalah digalakkan.Namun
demikian kesedaran batasan dalam perhubungan adalah perlu dititik beratkan agar
tidak timbul masalah sosial.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

10

Murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi yang dijelmakan melalui cara


bertutur, bahasa badan, penulisan, penggunaan alat seperti komputer. Ini adalah
supaya pembentukan akhlak mudah dilakukan dimana murid mudah terima motivasi
secara berhemah. Salah satu cara untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan
kepada murid melalui komunikasi adalah melalui senyuman. Murid perlulah mengalami
budaya belajar ceria. Budaya belajar yang ceria adalah seronok, kreatif, inovatif,
penyertaan aktif. Kemahiran belajar caa belajar kini adalah lebih mementingkan aspek
nilai murni dan hubungan mesra supaya murid kembangkan potensi diri dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Terakhirnya ialah murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi seperti guru
membuat peraturan dan pendekatan yang yang digunakan perlulah berhemah tegas
bukan tujuan mendera tetapi pengajaran. Murid juga perlulah diberi pengiktirafan
apabila ada peningkatan.

3.0 PEMBINAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MESRA


BUDAYA

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

11

Pembinaan persekitaran proses P&P mesra budaya bergantung dengan beberapa


aspek seperti :

PERSEKITARANN FIZIKAL

PERSEKITARAN SOSIO
EMOSI

HUBUNGAN KELOMPOK
ETNIK
PERSEKITARAN P&P
MESRA BUDAYA
PENGURUSAN P&P

PADAGOGI RELEVAN
BUDAYA DAN
KEPELBAGAIAN
KELOMPOK

SOSIOLINGUSTIK

3.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

12

Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan


kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu
gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah
pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Guru seharusnya
memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian
dalam

pengajaran

dan

pembelajaran,

kebijaksanaan

interpersonal,

kemahiran

berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK).
Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi dengan
keceriaan dan kebersihan. Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi
aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah.
Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Ruang dan
pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibel. Penyediaan ruang yang sesuai akan
memberikan

keselesaan

kepada

murid

ketika

belajar.

Aspek

pencahayaan,

pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan
tumpuan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Bagi aspek fizikal, terdapat 3 cara yang boleh dilaksanakan. Cara yang pertama
ialah susun atur meja dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai etnik dalam kalangan
pelajar. Setiap murid perlu dicampur dalam satu kumpulan meja dan tidak
membenarkan mereka berkumpul mengikut etnik mereka sendiri. Guru perlu
mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Apabila dicampur,
mereka akan berinteraksi dan berhubung sesama mereka. Mereka akan menggunakan
satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan secara tidak langsung memberi lathan kepada
etnik lain untuk berlatih dalam bahasa Melayu.
Cara yang kedua ialah guru perlu mewujudkan satu sudut pembelajaran dan
bacaan dalam bilik darjah. Sudut-sudut pembelajaran dan bacaan adalah penting dalam
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

13

sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid. Di
samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan.
Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi
sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini bertujuan memberi
pengetahuan kepada murid-murid mengenai pelbagai agama, adat resam, kebudayaan
serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini.
Cara yang ketiga ialah mewujudkan sebuah peraturan dalam bilik darjah. Peraturan
ini bertujuan menjaga kelakuan dan mendisiplinkan murid-murid. Peraturan yang dibuat
ini akan diikuti oleh murid dan lama kelamaan akan dijadikan budaya dalam bilik darjah.
Antara peraturan bilik darjah yang boleh dilakukan ialah memberi salam setiap kali guru
masuk ke bilik darjah dan memberi salam setiap kali bertemu dengan guru di sekolah.
Peraturan yang lain ialah memberi pujian seperti kepada rakan-rakan yang berjaya
menjawab soalan guru. Budaya memberi pujian ini akan menyebabkan murid tidak
takut untuk mencuba dan akan menjadi lebih aktif.

3.2 PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO EMOSI

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

14

Bagi aspek sosio emosi, terdapat dua langkah untuk membina suasana mesra
budaya yang ingin saya cadangkan. Langkah yang pertama ialah mewujudkan suatu
keadaan yang harmonis dan ceria agar

pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Sebelum melakukan pengajaran, guru perlu melihat


bagaimana suasana emosi dalam bilik darjah. Langkah ini akan mempengaruhi
pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan
tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Guru perlu menggunakan
strategi bermain sambil belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
perlu kreatif dalam mengajar dan mengaitkan isi pelajaran dengan permainan yang
menarik dan menyeronokkan. Kajian membuktikan bermain itu adalah satu keperluan
kanak-kanak dan juga membenarkan mereka melakukan aktiviti yang kreatif. Kanakkanak yang suka bermain menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi
murid itu secara semula jadi dan ini adalah kerana bermain adalah proses spontan
yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.
Langkah yang kedua pula ialah, peranan guru sebelum melaksanakan pengajaran.
Guru perlu merasai atmosfera emosi dalam bilik darjah tersebut. Guru sendiri perlu
menunjukkan emosi yang positif semasa masuk ke kelas. Guru perlu membuang emosi
negatif sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Hal ini kerana murid boleh
dipengaruhi oleh riak wajah guru itu sendiri. Sebelum memulakan pengajaran, guru
memastikan semua murid menghadap ke arah guru dan berada dalam keadaan
gembira. Perlu diingatkan bahawa suasana pengajaran dan pembelajaran semasa itu
tidak terlalu germbira. Hal ini boleh menyebabkan tumpuan murid mudah lari ke tempat
yang lain. Perlu ada masa yang serius dan perlu ada masa yang ceria semasa proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku.

3.3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

15

Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi
dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra Budaya ini
merupakan Budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka
mengiktiraf Budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama. Perlembagaan
Persekutuan perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap
rakyat Malaysia. Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang ditentukan menerusi
perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya..
Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk
persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi ini sebahagian daripada Kontrak
Sosial.

Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti

sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain. Sifat
Akomodasi serta kesanggupan menerima

etnik lain yang berbeza cara hidup,

kebiasaan, adat-resam dan agama adalah penting sebagai pembuka jalan kepada
kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni. Interaksi lebih
rapat antara kelompok dan etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh sikap
saling menghormati dan menghindari konflik dalam segala bentuk Setiap program serta
aktiviti yang dilakukan haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu
mengguris perasaan mana-mana pihak. Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

3.4 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

16

Melalui kaedah pengajaran yang betul dan sesuai dapat mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran mesra budaya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yan pertama yang boleh diguna pakai oleh guru dalam mewujudkan kelas yang mesra
budaya ialah pembelajaran secara kooperatif. Melalui kaedah ini, guru menjadi
pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dimana semua murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat
disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan
sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan
bangsa dan budaya.
Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam satu
kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang,
bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid
dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi seasama mereka
dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang melibatkan asal usul bangsa
mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang, bangsa,
agama dapat direalisasikan dengan jayanya.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penglibatan murid secara
aktif dan menyeluruh. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira bangsa memberi penyumbang kepada
kewujudan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran secara aktif mengikut kehendak mereka sendiri dengan bantuan guru
sebagai pemantau, fasilitator dan penilai.
Sebagai tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan
dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru perlu
merancang dan menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai
kepada murid yang berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat bantu
mengajar(ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana ABM itu
perlulah mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM
tersebat sebagai alat untuk tujuan pembelajaran.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

17

Suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan tahap
pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang kepada semua murid dimana
mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa mengira
perbezaan. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum
dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Oleh itu iklim
kelas yang mesra budaya akan mengurangkan peratus murid yang terpinggir
dikalangan golongan tertentu apabila hak kesaksamaan diamalkan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim kelas yang mesra
budaya justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
sempurna jika guru dan murid berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan untuk
mewujudkan kelas yang mesra budaya juga ialah guru perlulah merancang aktiviti
yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru menyediakan permainan bahasa,
kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam mewujudkan kelas yang mesra
budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang sebutan sesuatu
perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan apa khabar, orang
Melayu menyebut apa khabar, orang Cina menyebut ni hao ma dan orang India
menyebut wanekem.
Bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya, isu yang sensitif tidak boleh
dibangkitkan didalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pendekatan dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan bagi mengawal iklim
kelas yang mesra budaya perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid dan
latar belakang mereka kerana hal ini boleh mempengaruhi minat mereka dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran justera itu proses untuk mewujudkan iklim dan
persekitaran yang mesra budaya dikalangan murid tidak dapat dilakukan dengan
jayanya.
Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran
kelas yang mesra budaya, guru perlulah memainkan peranan yang penting dan
menjadi contoh kepada pelajar dalam mewujudkan situasi atau persekitaran yang

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

18

mesra budaya antara pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah yang boleh
dipraktikan oleh guru ialah kaedah membuat persembahan oleh pelajar. Dalan kes ini,
pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka dari pelbagai
bangsa dan mereka membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru.
Sebagai contoh jika guru mengajar tentang pakaian tardisional, murid-murid perlu
membuat

persembahan

tentang

pakaian

tradisonal

bangsa

mereka

dengan

menamakan pakaian mereka contohnya orang Melayu baju kurung, orang Cina
chong sam dan India sari.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, kaedah yang boleh digunakan oleh
guru ialah menyerap budaya dari pelbagai kaum mengikut kesesuaian aktiviti yang ingin
dijalankan. Sebagai contoh, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
memasukkan unsur budaya sesuatu bangsa dalam aktiviti yang dijalankan dengan
penjelasan bersama campuran unsur budaya justeru murid-murid akan mengetahui
dengan lebih lanjut tentang sesuatu bangsa dan mereka akan cuba untuk
menghormatinya. Disamping itu, guru juga digalakkan memberi dorongan kepada
murid dengan mengatakan bahawa sesuatu bangsa mempunyai kelebihan masingmasing.
Di samping itu juga, kaedah yang boleh digunakan ialah menyediakan ruang
belakang kelas yang dikenali sebagai red carpet. Di ruangan ini, guru dan murid
berbincang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil membuat
bulatan diatas karpet merah. Melalui kaedah ini hubungan silaturahim antara murid
dapat dilakukan dengan jayanya dengan kata lain mereka boleh belajar tentang cara
untuk belajar dan berbincang sesama mereka tanpa mengira bangsa.

3.5 PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

19

Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan


pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.
Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang
dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Menurut
pandangan ahli Fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai Proses Sosialisasi
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat. Modal Budaya merujuk kepada
seseorang individu yang mewarisi dan memperoleh keupayaan Bahasa dan Budaya
dari keluarga dan masyarakat. Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan teknik
dalam pedagogi pendidikan telah dinyatakan.
Antaranya

KAEDAH DIREKTIF
Murid belajar melalui

penerangan dan diikuti ujian

kefahaman dan

latihan, Kaedah Mediatif- Guru menggunakan bahan media dalam


pembelajaran, Kaedah Generatif- Guru boleh menjana idea murid,
Kaedah Kontekstual- Murid mengaitkan bahan P&P kepada situasi dunia
sebenar, Kaedah Metakognitif- Ia memberi peluang kepada murid-murid
memikirkan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan
dan penilaian kendiri tentang tugasan yang diberi.

KAEDAH KAJIAN LUAR/ KONTEKS LUAR Aktiviti P&P yang dilakukan oleh guru di luar bilik darjah, Kajian Masa
Depan- Murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan
dan Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi
murid-murid dari pelbagai Budaya supaya mereka dapat belajar secara
berkumpulan dalam keadaad harmonis.

KAEDAH KOLABORATIF
Kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Murid berusaha untuk
mencapai matlamat pembelajaran.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

20

PEDAGOGI KELAS BERCANTUM


Diwujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan
adalah kurang daripada 15 orang.
Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid tidak melebihi 145 orang
dan bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi 5 orang.
Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan
secara serentak dalam kelas bercantum.
Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan yang
dibina.
Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana terdapat aras
perbezaan yang agak ketara dalam diri murid.

3.6 SOSIOLINGUSTIK
Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik. Sosiolinguistik adalah
ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan
masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian. Maksud istillah

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

21

masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak


yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok,
pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi
bahasa. Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan
sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dan lain lagi.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Bidang ini memberi
pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum (Soekanto, 1982).
Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikel,
kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa Ahli linguistik Antropologi
berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang bersifat
Monolitik (Satu) (Fishman, 1968). Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial
seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan, perancangan bahasa. Sosiologi Bahasa
pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya. Aspek-aspek ini terdiri daripada
norma dan nilai masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam
masyarakat.

4.0 PROGRAM MESRA BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH


Saya memilih Program mesra budaya melibatkan pengurusan persekitaran fizikal
bilik darjah iaitu program Pengubahsuai semula bilik darjah.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

22

Tujuan program ini adalah bagi pengubahsuaian setiap bilik darjah di sekolah.
Melalui ini, fizikal sekolah akan kelihatan bersih dan kemas. Murid juga akan lebih
selesa belajar di bilik darjah dalam keadaan yang selesa. Matlamat program ini adalah
dapat mencapai usaha menceriakan bilik darjah.
Aktiviti yang pertama dalam program ini adalah mewujudkan iklim persekitaran
fizikal bilik darjah yang kondusif.

Dengan kebijaksanaan seseorang guru dalam

mewujudkan iklim fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuai, dapatlah mewujudkan
suasana sosioemosi yang selesa dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Perkara-perkara yang perlu seorang
guru perlu lakukan dalam aktiviti pertama ialah :

Kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah seimbang.


Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa
cina ataupun india.
. Di setiap baris dan lajur kedudukan di dalam bilik darjah perlulah
mempunyai variasi murid agar kemesraan antara setiap budaya dapat

diwujudkan.
Hal ini dapat menunjukkan bahawasanya guru tersebut sangat peka dan

prihatin terhadap anak muridnya yang berbilang kaum dan juga budaya.
Jadi, mereka dapat membiasakan diri dengan berinteraksi dengan rakanrakan yang terdiri dari pelbagai kaum.
Dengan aktiviti ini, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan
dengan jaya dan berkesan. Iklim pembelajaran yang kondusif ini sangat bergantung
kepada kebijaksanaan guru dalam memainkan peranan sebaik mungkin bagi
menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya.
Aktiviti kedua pula ialah, membina sudut-sudut pembelajaran. Ini kerana Dalam
bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu
perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut
kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

23

cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan
multimedia.
Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru
kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya
tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal
pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti
yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang
kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka.
Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat
memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung
guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra
budaya.
Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan
oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan, Kumari
serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk
tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong
oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment
of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions
interact to shape classroom culture
Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru
seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid
dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang
merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum .Guru juga boleh
menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut
pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di sudut budaya ini

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

24

Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar
terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu
sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid
dari Sabah dan Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong
oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to
include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and
discover knowledge.
Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut
ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari
pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan
makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya
dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh
menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau
risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi
mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.
Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar
belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru
seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati
nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat
dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan, sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam
keadaan yang bersih dan ceria. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria
hasil daripada kerjasama sihat diantara pelajar dan juga guru sekolah.
Aktiviti terakhir ialah Membentuk Pengajaran Bestari Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama atau core-business

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

25

dalam profesion perguruan. Tidak ada makna segala tindakan untuk menjadikan iklim
dan budaya sekolah serta bilik darjah yang kondusif sekiranya tugas perguruan sebenar
diabaikan. Oleh yang demikian, seseorang guru mesti melaksanakan tugas pengajaran
dan pembelajaran sebaik mungkin dan bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan
Negara. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah
sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari
keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca
kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya (Shuib & Johari,
2001).
Saya boleh menjadikan pengajaran lebih berkesan dengan menggunakan bahan
audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti
dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh
diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan
maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan
membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada
rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara
satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui classnet dalam
bilik darjah bestari itu. Semua perancangan pengajaran dan pembelajaran saya akan
tercapai dengan dibantu oleh suasana bilik darjah kondusif seperti yang dihuraikan
sebelum

ini.

Crow & Crow ( 1983 ), melihat pembelajaran ialah satu proses yang cergas dan
perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran
yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang
dibuat, soalan yang ditanya, alat bantuan mengajar yang digunakan dan semua
prosedur yang digunakan untuk membangkitkan minat dan kegiatan belajar.
Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa proses mewujudkan iklim dan budaya
sekolah merupakan elemen penting dalam pembinaan bilik darjah yang kondusif.
Kedua-dua item ini saling melengkapi dan memberi impak yang besar terhadap kualiti
pembelajaran murid. Iklim dan budaya yang menarik akan melahirkan suasana yang

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

26

tenang dan harmoni di kalangan ahli yang berada di dalamnya. Para guru dapat
menjalankan tugasnya dengan baik manakala murid pula sentiasa berada dalam
suasana belajar walau di mana mereka pergi dalam kawasan sekolah. Pembinaan
hubungan mesra samada guru dengan guru atau guru dengan murid juga merupakan
intipati dalam pembentukan iklim dan budaya positif di sesebuah sekolah.
Sekolah juga perlu mengambil berat tentang prasarana yang diperlukan bagi muridmuridnya. Hal ini bukan sahaja merujuk kepada kecantikan taman atau kolah air terjun.
Pengambilan

murid

yang

ramai

menyebabkan

bilik

darjah

menjadi

sesak

mengakibatkan keadaan menjadi panas, pencahayaan yang tidak mencukupi,


kebisingan bilik darjah menjadikan murid gelisah, kemudahan asas seperti tandas tidak
sempurna, kantin yang kecil, kerusi meja tidak mencukupi, dan sebagainya.
Fenomena ini merupakan kekangan utama yang akan membantutkan proses
pembinaan iklim dan budaya sekolah serta gagal menghasilkan yang benar-benar
boleh

dikategorikan

sebagai

kondusif

untuk

pengajaran

dan

pembelajaran.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa seorang guru perlu memainkan
peranan penting bagi menyuntik dan mendidik murid didalam menjaga hubungan dan

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

27

menghormati sesama manusia. Hal ini kerana kita hidup didalam sebuah negara yang
pelbagai agama, budaya dan kaum. Oleh itu, guru sendiri yang akan mencorak murid
sama ada menjadi insan yang baik ataupun tidak.
Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan mereka.
Hal ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang sempurna.
Hakikatnya, jika guru dapat mengetahui kehendak murid dan permasalahan murid
didalam pembelajaran maka guru akan menghasilkan perancangan pengajaran yang
teratur dan baik.
Tambahan pula, seorang guru perlu bijak didalam sesi pengajaran. Apa yang ingin
dijelaskan ialah tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak mampu
menyelitkan elemen budaya. setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen moral yang
baik mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid.
Akhir sekali, pengetahuan tentang budaya perlu diperluaskan dan menghormatinya
perlu diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni dan bebas dari
keburukan dan perkauman. Sesungguhnya kita hidup di bawah satu bendera iaitu
Malaysia.

6.0 REFLEKSI
Selamat Sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Budaya dan
Pembelajaran (EDU 3106). Saya Sumithara a/p Manugaran sangat berbesar hati

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

28

kerana tugasan yang diberikan telah Berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan
berlaku jika kawan-kawan, pensyarah tidak memberi galakan dan dorongan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan tugasan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya telah melakukanya dengan baik. Saya juga telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat
beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Saya menghadapi
masalah dari segi pemahaman soalan yang dikehendaki. Walaubagaimanapun selepas
penerangan En. Shukor saya dapat memahami soalan dengan jelas dan beliau juga
telah memberi beberapa contoh yang dapat membantu saya dalam tugasan ini.
Saya juga mula mencari bahan dari perpustakaan IPTHO dan melalui internet.
Akhirnya saya berjaya mengumpul maklumat yang dikehendaki dalam tugasan ini. Saya
juga mula membuat tugasan ini tanpa membuang masa.
Sepanjang tugasan ini, saya telah banyak mempelajari mengenai konsep
kepelbagaian budaya. Saya juga sedar bahawa sistem pendidikan merupakan tonggak
utama dalam menyemai perpaduan. Melalui sistem pendidikanlah , kita dapat
mempelajari dan mengenali budaya yang ada di negara kita. Saya sebagai seorang
guru telah mempelajari cara bagi menerapkan konsep kepelbagaian budaya dalam diri
anak anak murid saya.
Sebagai seorang guru ia adalah tanggungjwab saya untuk menyedari kepentingan
kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mempelajari
mengenai kepentingan kesedaran seseorang guru dalam memahami kepelbagaian
budaya ini. Saya juga kini sudah mengenalpasti langah langkah menerapkan budaya
dalam pengajaran saya. Walaupun saya tahu perkara ini sebelumnya, tetapi ia tidaklah
sejelas sekarang.
Sebagai

seorang

bakal

guru,saya

hendaklah

berperanan

dalam

memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini
adalah untuk membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya
belajar kearah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

29

Akhir sekali saya dapat menyempurnakan tugasan ini pada tepat padda masanya.
Saya juga akan pastikan yang saya terapkan sikap dan kesedaran ini kepada pelajar
sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

Bibliografi
Arvid. (2015, march 22). Scrib. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/2882268/DasarPendidikan-Di-Malaysia

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

30
Asraf. (2011, March 23). Budaya Dan Pembelajaran. Retrieved from
http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid-Dan-Implikasinya-TerhadapPerlaksanaan-Kurikulum
Budaya pembelajaran. (2015, march 23). Retrieved from
http://www.scribd.com/doc/78635738/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-Budaya
Che Su Mustaffa, R. M. (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Utara
Malaysia.
Implikasi budaya pendidikan. (2015, march 22). Retrieved from http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=implikasi+pelbagai+budaya+pendidikan&source=web&cd=10&ved=0CFw
QFjAJ&url=http%3A%2F%2Fjpt.mohe.gov.my%2FRUJUKAN%2FPelan%2520Hala
%2520Tuju
%2520GTP.pdf&ei=ig9NT6ufKMS3rAfrmZGgDw&usg=AFQjCNEzwAcjC7xLdK1skKUjS8
jN2GDuqw
Mustapa, S. I. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati A.Rashid, B. P. (2011). Budaya Dan Pembelajaran . Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
W.Tyler, R. (1997). Prinsip Asas Kurikulam Dan Pengajaran. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

SEM 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

2015

Anda mungkin juga menyukai