Anda di halaman 1dari 1

Pengebumian Perahu ini mula diamalkan oleh masyarakat prasejarah dan berlanjutan ke zaman

protosejarah diantara 1800 hingga 3000 tahun.Hal ini disebabkan perkembangan teknologi
pembuatan perahu dan peranan sungai sebagai jalan perhubungan utama yang menghubungkan
masyarakat pendalaman dengan masyarakat persisir pantai.Keadaan ini menjadikan
pengkebumian perahu sebagai elemen utama dalam bentuk spiritual kerana ianya dianggap
sebagai pengangkutan simbolik yang menghubungkan dunia nyata ke alam lain.Di
Malaysia,amalan pengkebumian perahu diamalkan oleh masyarakat pesisir pantai di Kuala
Selising di Perak dan Gua Niah,Sarawak.Penemuan ini membuktikan wujudnya kelas-kelas
sosial dalam masyarakat yang akhirnya membentuk satu entiti bangsa yang lebih
tersusun.Upacara pengebumian perahu mempunyai dua cara yang bebeza.Hal ini dapat dilihat
pada masyarakat protosejarah di Kuala Selinsing Perak,iaitu dengan meketakkan mayat didalam
perahu bersama-sama periuk tembikar dan barang-barang perhiasan seperti manik kaca dan
batu.Kemudiannya perahu ini akan dihanyutkan di sungai.Manakala,upacara pengebumian
masyarakat protosejarah di Gua Niah pula,mereka menjalankan upacara pengebumiannya dengan
meletakkan mayat diatas perahu bersama barang perhiasan dan dikemudiannya disimpan didalam
gua batu kapur.Mayat ini dibiarkan reput dengan begitu sahaja dan yang menariknya ialah
dinding gua tersebut akan dihiasi dengan lukisan dari bahan hematite berwarna
merah.Sebahagian besar lukisan yang dihasilkan didinding gua tersebut menggambarkan
pengembaraan roh-roh bersama pengiringnya ke dunia akhirat.Selain itu,pengebumian perahu
juga ada terdapat di Seram dan Papua Barat,diamana mengikut kepercayaannya menganggap
perahu ini sebagai tempat arwah nenek moyang dalam perjalanannya ke alam barzakh.Kemudian
terdapat lukisan-lukisan seperti orang berperisai dan ada juga lukisan yang menujukkan orang
menari bertalian untuk upacara tertentu.Lukisan perang ini juga ditemui bersama kubur perahu
ini dan dianggap sebagai peringatan bagi masyarakat dalam mempertahankan diri terhadap
gangguan atu serangan dari luar