Anda di halaman 1dari 7

kemungkinan masyarakat yang berbeza agama, ideologi, budaya, dan warna kulit untuk berinteraksi, bekerjasama,

dan hidup bersama walaupun untuk tempoh yang pendek, iaitu sepanjang tempoh sesuatu pertandingan bertaraf
antarabangsa berlangsung akan mengubah persepsi mereka terhadap dunia.
Tuntasnya, sukan banyak membawa kebaikan kepada negara dan kepentingan sukan di sesebuah negara
sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, pihak kerajaan harus berganding bahu dengan badan-badan kerajaan atau
persatuan-persatuan sukan swasta dalam memajukan bidang sukan negara untuk melahirkan pemain-pemain negara
yang berkualiti tinggi, berdaya saing , bersemangat waja dan mampu meningkatkan nama baik negara. Seandainya
atlet dan golongan pelapis bertaraf antarabangsa dapat dilahirkan nescaya Jalur Gemilang akan berkibar dengan
bangganya dan lagu Negaraku akan berkumandang di seluruh dunia, tidak kira di mana acara sukan itu diadakan.
Malaysia akan disegani oleh semua negara dan masyarakat dunia tidak lagi dapat mengetepikan pengaruh Malaysia
dalam bidang sukan.
Tay Xiau Wei (5S7)

Tajuk 8: Demonstrasi atau tunjuk perasaan yang telah menjadi cara yang digunakan oleh rakyat untuk
meluahkan perasaan tidak puas hati banyak menyusahkan semua pihak. Jelaskan kesan-kesan buruk akibat
daripada demonstrasi oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

Dewasa ini masalah demonstrasi di negara Malaysia semakin berleluasa dan membimbangkan masyarakat
Malaysia. Kegawatan masalah demonstrasi jalanan yang melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu menimbulkan
pelbagai kesulitan kepada kerajaan dan orang ramai. Demonstrasi atau tunjuk perasaan telah menjadi cara yang
digunakan oleh rakyat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati. Misalnya, rakyat telah mengadakan demonstrasi untuk
membantah kenaikan harga petrol, dan kenaikan harga tol. Jadi, apakah kesan buruk akibat daripada demonstrasi oleh
kumpulan-kumpulan tertentu?
Demonstrasi telah mengundancj banyak masalah kepada pembangunan negara. Misalnya, sektor pelancongan
negara akan terjejas akibat demonstrasi jalanan yang menakutkan. Pelancong-pelancong dari luar negara tidak akan
berkunjung ke negara kita lagi jika terlihat demonstrasi yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan yang tidak berpuas
hati terhadap kerajaan. Maruah dan imej negara akan terjejas jika masalah tersebut diuar-uarkan di seantero dunia.
Kemelut yang diakibatkan demonstrasi telah membimbangkan seluruh dunia. Misalnya, Thaksin Shinawatra yang telah
menang besar dalam pilihanraya Thailand untuk penggal keduanya telah dijatuhkan oleh demonstrasi jalanan dan
Thailand berakhir dengan pemerintahan tentera. Justeru, demonstrasi memang banyak membawa kesan buruk
terhadap pembangunan negara.
Seterusnya, masyarakat kita akan menjadi huru-hara jika demonstrasi sering diadakan. Demonstrasi yang
menjadi wahana rakyat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati banyak menyusahkan semua pihak. Dengan
keadaan yang huru-hara, kes jenayah nescaya akan berlaku dan sukar diatasi. Keselamatan rakyat akan terjejas.
Sebagai contohnya, kes-kes jenayah seperti merompak, merogol, mencuri dan

14

Tiembunuh yang diakibatkan oleh kegiatan demonstrasi meningkat dengan hebatnya.. Hal ini demikian
kerana kumpulan-kumpulan yang mengadakan demonstrasi telah menjejaskan keamanan masyarakat
dan memberikan peluang kepada penjenayah untuk membuat jahat. Jadi, kegiatan demonstrasi perlu
diberhentikan supaya kemakmuran negara dapat dikekalkan. Ternyatalah bahawa demonstrasi
merupakan faktor dominan terhadap kejadian huru-hara masyarakat.
Apa yang lebih burk lagi ialah perpaduan kaum kita lenyap begitu sahaja kalau masalah
demonstrasi masih tidak dapat diselesaikan. Perpaduan penting kepada kesejahteraan masyarakat
sama ada di peringkat glokal mahupun global. Melalui demonstrasi, kaum yang berbeza akan
berpecah-belah dan saling bergaduh akibat pertelingkahan serta pendapat yang tidak sama. Dua
pihak yang tidak berganjak setapak tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka. Malah,
hubungan dua pihak tersebut akan dijejaskan dan seterusnya lenyaplah perpaduan dalam
masyarakat. Tuntasnya demonstrasi atau tunjuk perasaan akan memecahbelahkan kaum negara kita
dan menjejaskan kesejahteraan masyarakat negara.
Selain itu, demonstrasi akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara Malaysia. Beritaberita yang melaporkan demonstrasi yang diadakan akan tersebar di peringkat global. Pelabur asing
yang mendapati keadaan huru-hara berlaku di negara kita akan berhenti melabur di negara kita.
Sumber ekonomi negara kita akan terjejas jika tawaran untuk melabur di negara kita tidak mendapat
sambutan. Seterusnya. barangan eksport kepada negara asing tidak akan mendapat sambutan yang
baik. Pengaliran wang ke luar negara akan berlaku jika negara kita tidak dapat mengaut keuntungan
daripada barangan yang dieksport. Demonstrasi yang disebabkan oleh kemerosotan ekonomi sentiasa
berlaku kebelakangan ini. Misalnya, masalah kenaikan harga barang dan harga minyak telah
menyebabkan rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kerajaah menyuarakan bantahan mereka.
Sesungguhnya, masalah demonstrasi di negara Malaysia membawa banyak kesan buruk.
Masalah ini tidak harus dipandang enteng dan perlu ditangani sebelum nasi menjadi bubur.
Seandainya rakyat Malaysia tahu menghargai kedaulatan dan ketenteraman yang dinikmati selama ini
sudah pasti mereka tidak akan bertindak secara tidak rasional dan mengadakan atau melibatkan diri
dalam demonstrasi jalanan. Kemakmuran dan kesejahteraan negara amat penting kerana muafakat
membawa berkat. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk menghapuskan budaya
mengadakan demonstrasi yang bukan budaya rakyat Malaysia demi merealisasikan Wawasan 2020.
Loh Kai Xin (5S7)
Tajuk 9: Rencana
Kesan Lumba Motosikal Haram dan Langkah Menqatasinya Oleh : Letitea Lee Ping Ping Entah
bila 'penyakit' lumba motosikal haram atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit menular. Memang
nyata sekali, setiap malam minggu di laluan tertentu pasti bingit dengan deruman serta aksi gila
penunggangnya yang tidak mempedulikan nyawa sendiri atau orang lain. Perlumbaan motosikal
haram ini merupakan aktivit perlumbaan bermotor yang diadakan di jalan raya awam tanpa permit
daripada pihak berkuasa. Golongan yang terlibat dalam aktiviti haram ini kebanyakannya merupakan
pemuda dan yang paling menyedihkan, golongan berani mati ini juga terdiri daripada remaja yang
masih bersekolah. Mengikut statistik, sejak 2001 hingga Mei 2004, 3182 orang penunggang
ditahan. Daripada jumlah itu, 2970 orang berusia antara 16 tahun dan 25

15

tahun. Menurut Menteri Pengakutan ketika itu, Datuk Chan Kong Choy, Mat Rempit telah dikelaskan
sebagai golongan yang berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan jalan raya. Walaupun begitu,
pernahkah padah akibat daripada perlumbaan motosikal haram terlintas dalam fikiran remaja yang
bakal menerajui negara?
Antara kesan buruk perlumbaan motosikal haram, peningkatan kadar kemalangan jalan
raya merupakan kesan yang paling ketara dan membimbangkan. Hal ini berlaku kerana golongan Mat
Rempit sentiasa ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan melakukan aksi-aksi yang
membahayakan. Antara aksi yang dilakukan ialah 'Wheelie', iaitu menunggang motosikal dengan
laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan, 'Wikang', menunggang motosikal sambil
mengangkat tayar di bahagian belakang, 'Scorpion', menunggang motosikal sambil kaki menghala di
bahagian atas dan 'Superman', menunggang motosikal dengan laju sambil terbaring di tempat duduk.
Mereka juga mengadakan perlumbaan di jalan raya awam yang sentiasa digunakan oleh orang awam.
Statistik kematian membabitkan penunggang motosikal mencatat 57.9 peratus. Statistik 'Ops Sikap
IX' menunjukkan sebanyak 56 peratus atau 3487 kes daripada 6223 kes kematian akibat daripada
kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal. Kata pepatah, "sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." Oleh itu, insaflah dan utamakanlah keselamatan diri.
Selain itu, lumba motosikal haram juga salah satu penyumbang utama kepada peningkatan kes
kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Berdasarkan laporan-laporan pihak polis,
kebanyakan Mat Rempit terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Oleh itu, untuk mendapatkan kenderaan untuk berlumba, mereka terpaksa terlibat dalam kegiatan
mencuri motosikal. Kadangkala, segelintir pelumba motosikal haram mencuri motosikal kerana
mahu mendapatkan kenderaan baru setelah kalah. Hal ini berlaku kerana dalam sesetengah kes,
pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang. Yang paling
teruk sebahagian besar daripada mereka mencuri motosikal setelah kenderaan mereka dirampas oleh
pihak berkuasa dan ada yang ingin menggunakan kenderaan orang lain supaya tidak mudah dikesan.
Kata orang, jangan bercermin di air yang keruh. Perbuatan sebegini memang tidak patut diikuti.
Di samping itu, lumba motosikal haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral
dan maksiat dalam kalangan remaja. Golongan remaja terdedah kepada terlalu banyak unsur negatif
apabila terlibat dalam kegiatan buruk ini. Kesannya, keruntuhan moral dan maksiat semakin serius.
Dalam perlumbaan motosikal haram, penganjur atau penaja menyediakan hadiah-hadiah dan ingin
mengaut keuntungan daripada pertaruhan lumba haram. Hadiah-hadiah yang disediakn termasuk wang
tunai yang tinggi dan gadis-gadis bohsia untuk ditiduri. Semua ini secara tidak langsung
menggalakkan perjudian. Perlumbaan ini juga akan mendedahkan remaja kepada dadah.
Sesetengah Mat Rempit mengambil dadah jenis syabu yang mudah diperoleh daripada penaja lumba
haram bagi menimbulkan perasaan berani. Jadi, gejala negatif ini tidak patut dipandang enteng dan perlu
diatasi hingga ke akar umbi.
Memandangkan betapa seriusnya kesan lumba haram, pelbagai langkah wajar diambil untuk
membendung masalah ini. Antara langkah yang wajar diambil adalah menguatkuasakan undangundang. Dengan undang-undang yang tegas, amaran depat diberi kepada golongan pelumba haram.
Kesalahan lumba haram yang pertama boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau
dendan maksimum RM15000 atau kedua-duannya, manakala bagi kesalahan buat kali kedua,
pesalah boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun atau denda RM20000 atau kedua-duanya sekali. Jika
kesalahan lumba haram melibatkan kematian, pesalah akan dipenjarakan seumur hidup dan lesen
memandunya digantung. Bagi Mat Rempit yang belum cukup 18 tahun, remaja itu akan dikenakan
perkhidmatan komuniti untuk tempoh lebih kurang lima bulan
16

3an perlu memastikan pelajarannya tidak terganggu. Penonton lumba haram serta oenaja
juga perlu dikenakan hukuman berat. Undang-undang yang telah digubal ~estilah
dikuatkuasakan supaya betul-betul membawa impak positif kepada remaja.
Bagi aspek pendidikan pula, kerajaan perlu memperkenalkan pelbagai program jntuk
mendidik generasi muda tentang keburukan perbuatan merempit. Bak kata pepatah,
meluntur buluh biarlah dari rebungnya, didikan tentang cara penggunaan jalan raya yang betul
dan selamat patut disampaikan mulai peringkat sekolah rendah. Sebagai contohnya, Program
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ( PPKJR) diajar kepada murid tahun satu. Kesedaran
juga patut diberi melalui pameran, ceramah dan kempen-kempen. Pihak berkuasa
seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya patut mempamerkan foto-foto Mat Rempit
yang terlibat dalam kemalangan dan mengundang penceramah yang merupakan bekas Mat
Rempit yang cacat supaya objektif ceramah itu tercapai. Selain itu, kempen pemanduan
berhemah perlu diadakan di sekolah menengah dan kawasan tumpuan awam. Untuk
memastikan matlamat tercapai, kita hendaklah berusaha kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.
Remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram kerana kekurangan pendedahan serta
sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan mereka yang berbakat memilih jalan raya
sebagai medan mempamerkan kebolehan. Jadi, untuk menghapuskan budaya Mat Rempit,
pihak yang tertentu seperti Persatuan Penunggang Motosikal Malaysia (Prorider) boleh
menggilap pelapis pelumba motosikal berbakat melalui program Akademik Sukan
Bermotor. Aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian Club Prix dan Pesta
Pasti Honda juga boleh dianjurkan, termasuk menganjurkan bengkel untuk mencungkil
bakat baru dalam sukan pemotoran. Sehubungan dengan itu, untuk menggalakkan lebih
ramai remaja menyertainya. Bayaran yang dikenalkan mestilah rendah serta subsidi diberi
kepada peserta baru. Dengan bayaran yang rendah, impian Mat Rempit untuk menyertai
pertandingan profesional tercapai. Dengan itu, mereka akan menjauhi aktiviti lumba haram.
Sehingga hari ini, masih terdapat banyak orang yang memandang rendah
terhadap kesan gejala Mat Rempit ini. Ombak yang kecil jangan diabaikan, sebelum masalah
ini bertambah serius sehingga tidak dapat ditangani lagi, kita patut bekerjasama memainkan
peranan masing-masing. Jangan dibiar cacing naik ke mata. Sementara usaha dilakukan
bersama, pihak kerajaan perlu sentiasa mencari alternatif baru untuk membendung masalah
ini dan segala dasar yang ditetapkan perlulah dilaksanakan dengan ketat.
Tajuk 10: Rencana
Punca-punca Gejala Mat Rempit dan Langkah-lanqkah Mengatasinya
. 'Mat Rempit' merupakan istilah baru yang muncul dalam diari kehidupan anak- anak
muda. 'Mat Rempit' merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda yang terlibat dalam
kegiatan lumba motosikal haram. Isu Mat Rempit dan kerenah buruk mereka sering kali
dipaparkan oleh media negara. Kes yang melibatkan Mat Rempit yang sering menghias dada
akhbar telah memeningkan masyarakat termasuk pihak polis. Mereka tidak pernah serik
ditahan polis, dijatuhkan hukuman oleh makhamah atau melihat rakan 'seperjuangan' maut di
depan mereka. Mereka terus menjadi raja di jalan raya dan terus angkuh memperlihatkan
aksi akrobatik seperti dirasuk syaitan. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan,
budaya kumpulan motosikal 'Hell-Angel' itu ditiru secara tidak langsung oleh Mat Rempit
sehingga mereka turut terjerumus dalam kegiatan jenayah. Statistik polis pula menunjukkan
bahawa majoriti golongan berani mati ini terdiri daripada remaja yang masih bersekolah
hinggalah remaja berusia 20-an yang bakal

17

menerajui negara. Masyarakat kita haruslah sama-sama berganding bahu mengenal pasti
punca-punca gejala Mat Rempit dan mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk
membanteras masalah ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media massa merupakan punca
dominan kepada masalah Mat Rempit yang semakin berleluasa pada masa ini. Pengaruh
budaya luar yang diserap ke dalam media massa telah meracuni fikiran belia. Perbuatan
tidak bermoral Mat Rempit seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol,
jenayah ragut, dan sebagainya sebenarnya ditiru daripada budaya 'Hell-Angel' dari Amerika
Syarikat. Budaya tersebut telah disanjungi oleh remaja kerana menganggap ilusi 'cool'
mereka sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, filem-filem yang mengandungi
unsur-unsur perlumbaan juga terus mempengaruhi minda remaja. Contohnya, filem-filem
seperti Tokyo Drift', 'Fast And The Furious', 'Intial D', dan 'Kuala Lumpur Menjerit' telah
mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aksi pelakon yang dianggap bergaya dalam
filem-filem tersebut. Golongan Mat Rempit yang dipengaruhi oleh media massa pula ghairah
mengubahsuaikan motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga
mengabaikan ciri-ciri keselamatan. Mereka juga bersikap memberontak dan sengaja tidak
mahu memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.
Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan anak mereka juga
mengakibatkan gejala Mat Rempit. Pasa masa ini, ibu bapa yang bersikap materialistik telah
menyebabkan mereka begitu asyik untuk mencari wang demi meningkatkan taraf atau status
kehidupan mereka. Akibatnya, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
ibu bapa untuk mendidik anak mereka. Mereka tidak mengambil berat tentang keselamatan
anak mereka dan membiarkan anak mereka menunggang motosikat tanpa berlesen.
Situasi ini amat berbahaya kerana anak mereka yang tiada lesen tidak arif tentang
keselamatan dan kemungkinan besar terlibat dalam perlumbaan haram. Selain itu, mereka
juga akan merayau-rayau di jalan raya. Mat rempit ini juga ibarat kutu rayau yang suka
merayau-rayau dan menganggu ketenteraman pada waktu malam. Di samping itu,
sesetengah ibu bapa yang terlalu liberal dan tidak pernah menegur tingkah laku buruk
anak mereka sudah tentu mengeruhkan keadaan ini. Sekiranya ibu bapa tidak berupaya
memberi tunjuk ajar yang betul, sudah tentu jati diri anak yang dibentuk amat rapuh.
Isu Mat Rempit yang semakin berleluasa juga disebabkan oleh kelonggaran
penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, usaha polis yang mengadakan sekatan jalan
raya dan mengawasi pengerakan Mat Rempit seolah-olah diperlekehkan oleh golongan Mat
Rempit. Hal ini menyebabkan mereka semakin mendabik dada untuk mencabar kewibawaan
undang-undang. Mereka yang bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa
akan cuba beberapa kali untuk berlumba di jalan raya. Mereka tidak berasa jemu masuk
lokap apabila ditangkap kerana mereka berupaya membayar kompaun atau saman yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Mereka akan memberanikan diri
untuk memperjudikan nyawa diri di atas jalan raya semata-mata demi keseronokan.
Menurut statistik yang dikeluarkan, gejala Mat Rempit bukan sahaja tertumpu di Kuala
Lumpur tetapi telah merebak hampir ke semua negeri di Malaysia. Suasana hening malam
minggu juga bertukar menjadi bingit dan bising dengan deruman motosikal. Aksi-aksi
mereka yang memperlihatkan aksi 'willy' dan 'wikang' amat berbahaya sekali bukan sahaja
kepada diri, malah kepada pengguna-pengguna jalan raya yamg lain.
Bagi membendung masalah Mat Rempit ini daripada terus berleluasa, langkahlangkah proaktif haruslah diambil dengan secepat mungkin. Undang-undang yang lebih ketat
dan sistematik haruslah dikuatkuasakan. Pihak polis haruslah meningkatkan langkah
penguatkuasaan dan tidak berkompromi dengan golongan ini serta

18

-engelakkan diri daripada amalan menerima rasuah semasa bertindak terhadap nereka.
Contohnya, polls trafik telah mengarahkan 5000 pegawai dan anggota ~>enjalankan operas!
secara besar-besaran untuk menangani masalah Mat Rempit bagi ^emastikan mereka tidak
menggugat ketenteraman awam menjelang Tahun Melawat Malaysia 2007. Cadangan untuk
merampas motosikal dan menggantung lesen mereka yang terlibat dalam gejala lumba haram juga
dilihat sebagai satu langkah yang dapat menangani masalah ini. Secara tidak langsung, langkah
ini juga akan memberikan tsyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius terhadap gejala
Mat Rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah drastik bagi menangani
masalah ini.
Sikap ibu bapa yang seharusnya prihatin terhadap kegiatan anak mereka juga dapat
mengurangkan gejala Mat Rempit. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa untuk
mendidik anak-anak mereka. Mereka juga harus dijadikan sebagai teladan yang baik kepada anakanak mereka supaya amalan-amalan bermoral dapat dicontohi oleh anak-anak mereka.
'Bagaimana acuan, begitulah kuihnya', begitulah kuatnya pengaruh ibu bapa terhadap anakanak. Ibu bapa juga harus menitikberatkan kebajikan anak mereka dan tidak kelihatan terlalu
liberal. Sikap begini secara tidak langsung dapat membantu dalam mengurangkan kes-kes salah
laku yang membabitkan Mat Rempit. Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah
tersebut. Mereka harus bersikap positif dan bekerjasama dengan masyarakat supaya dapat
membendung masalah ini. Sikap ibu bapa yang tidak endah akan apa-apa yang berlaku di
sekeliling mereka juga harus dielakkan. Hal ini dapat menjamin supaya gejala Mat Rempit dapat
diatasi dengan berkesan.
Kesimpulannya, masalah Mat Rempit haruslah dikekang secara bersepadu melalui
kerjasama daripada pihak ibu bapa, masyarakat dan kerajaan, bak kata pepatah "Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat." Sikap berganding bahu dan menggembleng
kudrat antara pihak tertentu amat penting untuk meminimumkan gejala ini. Hal ini
disebabkan Mat Rempit terdiri daripada golongan remaja belia yang bakal menerajui kepimpinan
sesebuah negara. Mereka ini merupakan modal insan yang sangat berharga sekiranya didekati,
dibimbing, dipupuk dengan nilai, dan akhlak yang mulia. Mereka perlu disemai dengan ciri-ciri
berhemah tinggi, bertanggungjawab, cinta akan negara dan bangsa. Kemungkinan dengan usaha
tanpa henti daripada semua pihak, deruman enjin motosikal dan aksi gila Mat Rempit tidak
akan kedengaran lagi pada suatu hari nanti. Oleh itu, isu Mat Rempit perlu diambil berat dan
dilenyapkan dengan segera agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging yang akan
membobrokkan pembangunan negara ini.

Tajuk 11: Anda terbaca satu iklan dalam sebuah akhbar tempatan yang ingin menganjurkan
pertandingan menulis cerpen dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas dengan
menawarkan hadiah yang lumayan. Cerpen yang ditulis hendaklah berkisar tentang
kehidupan remaja sekarang dan temanya hendaklah sesuai dengan persoalan tersebut.
Anda ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Karangkan cerpen anda itu
untuk dikirimkan kepada penganjur pertandingan itu.

Langit

Tidak Sentiasa Mendung Oleh:


Marissa Bt Mahmud

Malam itu, bulan tidak menampakkan wajahnya, masih menyembunyikan dirinya. Entah mengapa,
kegelapan malam itu menyebabkan diriku dipenuhi ketakutan, kemisterian yang tidak mudah kujawab.
Sesekali, kilat memancar di langit. Sesekali
19

juga, guruh bergema memecahkan kesunyian malam itu. Awan mendung semakin banyak berkumpul di langit.
Aku tahu hujan lebat akan turun sekejap lagi. Keadaan sedemikian, cuaca, dan kegelapan malam membawa aku
kembali kepada peristiwa lapan tahun yang lalu. Malam mendung, kegelapan seperti itu sama dengan apa yang
kualami dahulu.
Sebelum pemergian bapa dari dunia ini, hidupku cukup bahagia. Keluargaku hidup bahagia walaupun
bapaku buruh di tapak pembinaan. Emakku hanya seorang suri rumah. Kami bertiga dapat menikmati erti
kegembiraan dan kebahagiaan hidup berkeluarga walaupun tidak semewah dengan kehidupan sekeluarga jiranjiran kami.Walaupun hanya berteduh di rumah sewaan, rumah itu merupakan syurga bagiku.
it tidak. cerah sepan'ianq masa. Begitu iuga dengan hidup kami dan segalanya sudah
ditakdirkan. Bapaku menemui kemalangan di tempat kerja. Dia terjatuh dari bangunan dua belas tingkat yang
sedang dibina dan harapan untuk menyelamatkannya terlalu tipis.
Kesedihan dan kepiluan menyelubungi keluargaku. Aku terlalu sedih kerana telah kehilangan orang yang
menjadi kesayangan dalam hidupku. Emakku tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia pengsan apabila diberitahu
tentang kemalangan itu.
"Mah, mana bapannu?Mana!" emak bertanya apabila dia sedar semula.
"Mak, mak ... bapa dah tiada!" balasku sambil mengesat air mata yang menggenangi kelopok mataku.
Aku terperanjat apabila secara tiba-tiba emak menampar pipiku. "Mah, kau jangan cakap
bukan-bukan,"tengking emak.
"Mak, terimalah kenyataan ini. Benar apa yang Mah cakapkan,"aku cuba menydarkan emak yang dalam
keadaan yang tidak menentu.
Kulihat keadaan ibu masih seperti orang tidak siuman. Fikirannya cukup terganggu dengan tragedi yang
menimpa bapa.
"Mak, jangan mak berbuat demikian terhadap Mah. Mak, sabarlah dan Mah masih ada bersama mak. Kita
maesti tabah dan berani menghadapi dugaan supaya roh bapa tenang," aku menasihati emak.
Kematian bapa bagaikan satu tamparan yang hebat kepada emak dan aku. Tapi, kami menyedari batiawa
kejadian itu sebagai satu kenyataan yang perlu kami terirna. Mungkin ini satu takdir.
Dalam keadaan yang terdesak, emakku terpaksa mengahwini seorang lelaki yang sederhana umur, tetapi
sangat kaya. Pada suatu hari, emakku telah bertanya kepadaku, "Mah, engkau bersetuju tak jika mak berkahwin
dengan Pak Cik Karim?"
Aku terdiam sebentar sebelum dapat menjawab pertanyaan itu.
..
"Entahlah, mak ... Mah tidak berhak untuk memberi pendapat."
Kemudian, aku berlari masuk ke dalam bilik. Aku mengurung diri di dalm bilik. Aku tidak menyangka hal
itu akan berlaku. Kini, timbul perasaan curiga terhadap emak yang kusayangi.

20