Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA SIFIR 2 HINGGA 9 DALAM KALANGAN MURIDMURID MASALAH PENDENGARAN TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR

ZIG
ZAG
Oleh : Mohd Imran Bin Hussin
Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga
9 dalam kalanagan murid-murid masalah pendengaran tahun 4 dengan menggunakan Kotak sifir Zig
Zag. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid masalah pendengaran dari Tahun 4 Maju di sebuah
sekolah yang terletak di Negeri Pahang. Mereka memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran
Matematik dalam ujian semester yang lalu. Data dikumpulkan melalui Ujian Diagnostik, Ujian Pra,
Ujian Penilaian dan Ujian Pasca. Selain itu, data dikumpul menggunakan rekod pemerhatian dan data
temubual. Hasil analisis data mendapati keempat-empat subjek kajian menunjukkan peningkatan
markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Semua subjek kajian menunjukkan
jumlah peningkatan markah yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kotak
Sifir Zig Zag adalah sangat berkesan dalam membantu subjek kajian bagi menguasai sifir 2 hingga 9
dengan baik dan dapat membantu menyelesaikan soalan pendaraban dengan betul.
1.0

PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam
kalangan murid-murid tahun 4 masalah pendengaran dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag.
Penggunaan Kotak Sifir Zig Zag ini digunakan untuk menjawab soalan Matematik dalam operasi
darab.
1.1 Pengenalan
Pendidikan khas masalah pendengaran adalah pendidikan untuk murid-murid yang menghadapi
kecacatan pendengaran. Menurut Abdul Halim (1997), kaedah komunikasi yang lazimnya digunakan
untuk murid masalah pendengaran meliputi kaedah bacaan bibir, ejaan jari, dan bahasa isyarat. Murid
pendidikan khas masalah pendengaran mempunyai tahap kehilangan pendengaran yang berbeza.
Setiap tahap kehilangan pendengaran akan diukur dalam bentuk decibel (dB) bedsarkan intensity
bunyi yang dapat mereka dengar. Menurut K.A Razhiyah (2006), terdapat empat tahap kehilangan
pendengaran yang diklasifikasikan iaitu ringan (20dB hingga 90dB), sederhana (30dB hingga 60dB),
teruk (60dB hingga 90dB) dan sangat teruk (90dB ke atas). Murid-murid masalah pendengaran yang
terdiri daripada keempat-empat tahap tersebut sememangnya menghadapi kesukaran dalam
kemahiran bahasa yang melibatkan lisan, mengeja dan menulis. Hal ini kerana murid masalah
pendengaran tidak menerima input bahasa daripada deria pendengaran. Deria pendengaran
sememangnya memainkan peranan penting dalam pemerolehan, pembelajaran dan penguasaan
bahasa (Safani Bari, 2007).
Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk membantu meingkatkan kemahiran membina sifir 2
hingga 9 dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran tahun 4 dengan menggunakan Kotak
Sifir Zig Zag. Kemahiran mengingat dan membina sifir merupakan asas yang penting dalam
Matematik. Seramai empat orang murid tahun 4 telah terlibat dalam kajian ini.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang disukai oleh murid- murid
bermasalah pendengaran di sekolah ini. Namun yang demikian, murid-murid bermasalah
pendengaran di sekolah ini masih belum dapat menguasai kemahiran asas Matematik seperti
menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
Apa yang dikenal pasti dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah ini adalah
murid-murid sukar untuk menguasai kemahiran mengingat sifir dengan baik. Murid-murid bermasalah
pendengaran yang dikenal pasti semasa menjawab soalan-soalan yang diberi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas adalah murid-murid ini tidak dapat
menjawab soalan yang melibatkan operasi darab yang diberi dengan betul.
Sebagai seorang guru Matematik yang mengajar murid-murid bermasalah pendengaran,
pengkaji mendapati empat orang murid dari tahun 4 menghadapi masalah dalam menguasai sifir 2
hingga 9. Pemerhatian pengkaji juga mendapati bahawa murid boleh menyelesaikan operasi darab

tetapi oleh kerana tidak menguasai sifir, murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi
dengan betul. Melalui ujian sifir yang dijalankan, kesemua empat orang murid tahun 4 Maju tidak
dapat mengingat dan menguasai sifir dengan baik. Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas gagal untuk menarik minat murid untuk
menghafal sifir. Hal ini adalah kerana murid bermasalah pendengaran mempunyai daya ingatan yang
sangat rendah dan oleh sebab itulah kaedah menghafal sifir untuk murid-murid bermasalah
pendengaran tidak sesuai untuk dipraktikkan.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pengkaji telah memilih Teori Konstruktivisme sebagai teori pembelajaran untuk memastikan kajian
yang dijalankan berkesan kepada murid-murid. Saunders (1992) menjelaskan bahawa
Konstruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap
sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan
pengetahuan lepas yang diadaptasikan olehnya. Pengkaji telah menggunakan Teori Konstruktivisme
sebagai rujukan dan panduan bagi memastikan subjek kajian boleh menjalankan aktiviti yang
diberikan oleh guru.
Teori Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan
bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah
digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), Konstruktivisme bukan
satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah,
sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, Teori Konstruktivisme ialah
satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan Teori Konstruktivisme sangat
penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada
pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk
menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid.
2.0

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid yang
tidak dapat menguasai sifir 2 hingga 9 dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag. Pengkaji telah
membuat kajian terhadap empat orang murid Tahun 4 Maju di sebuah sekolah yang terletak di
sebelah Timur Semenanjung Malaysia.
Penguasaan sifir adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh
murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan
yang berkaitan dengannya dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk
menguasai konsep ini, murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan
atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan
peperiksaan sekolah. Oleh itu, untuk membolehkan murid-murid bermasalah pendengaran ini
menguasai sifir, pengkaji menggunakan pendekatan kaedah Kotak Sifir Zig Zag dalam kajian ini.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dibahagikan kepada dua kategori iaitu objektif umum dan objektif khusus.
3.1
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid-murid tahun 4 masalah
pendengaran dengan menggunakan Kotak Ajaib Zig Zag.
3.2

Objektif khusus
3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam mengingati sifir 2 hingga 9
dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag.
3.2.2 Mewujudkan minat murid untuk meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9
dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag.

3.3

Persoalan Kajian
3.3.1 Adakah kaedah Kotak Sifir Zig Zag dapat membantu meningkatkan penguasaan murid
yang lemah dalam mengingati sifir 2 hingga 9?
3.3.2 Adakah penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dapat mewujudkan minat murid untuk
meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian melibatkan murid-murid tahun 4 masalah pendengaran di sebuah sekolah
pendidikan khas di Timur Semenanjung Malaysia. Seramai empat orang murid tahun 4 terdiri daripada
dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan telah dikenal pasti selepas analisis tinjauan.
Kumpulan sasaran yang telah dipilih oleh pengkaji merupakan murid-murid tahun 4 maju. Kelemahan
murid-murid yang dikenal pasti adalah murid-murid ini tidak dapat menguasai sifir dan tidak dapat
menjawab dengan betul soalan operasi darab berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Selain itu, murid-murid ini juga tidak menjawab dengan betul soalan latihan diberi yang
melibatkan operasi darab kerana disebabkan mereka tidak menguasai sifir.
Maklumat murid
______________________________________________________________________________
MURID
JANTINA
BANGSA
UMUR
TAHAP
PENCAPAIAN
(TAHUN)
PENDENGARAN
AKADEMIK
______________________________________________________________________________
A
L
Melayu
11
60 - 90dB (teruk)
C
B
P
Melayu
11
60 - 90dB (teruk)
D
C
P
Melayu
11
60 - 90dB (teruk)
D
D
L
Melayu
11
60 - 90dB (teruk)
D
______________________________________________________________________________
5.0

PELAKSANAAN TINDAKAN

Bahagian ini akan menerangkan tentang tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan
intervensi yang telah dijalankan berdasarkan model penyelidikan.
Kitaran Kajian
Kemmis dan Mc Taggart (1988) menjelaskan, bagi penyelidik yang sudah merancang tindakan,
mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh Model Penyelidikan
Kurt Lewin. Model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi (Rosinah Edinin, 2012)

MERANCANG
Merancang tindakan yang perlu dibuat untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh subjek
kajian

REFLEKSI
Membuat refleksi terhadap sesi intervensi yang
telah dijalankan

BERTINDAK
Melaksanakan intervensi menggunakan Kotak
Sifir Zig zag yang ditetapkan

MEMERHATI
Membuat pemerhatian terhadap tingkah laku
dan pencapaian subjek kajian semasa intervensi
dijalankan
Model Kajian Tindakan Kur Lewin 1946
.
5.1

CARA PENGUMPULAN DATA / ANALISIS DATA

Sagor (1992 dalam KhoiliAttar bt Rammelan, 2010), menyatakan bahawa setiap pengkaji dicadangkan
untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga cara yang berbeza sewaktu pengumpulan data.

Pengkaji telah memilih tiga jenis kaedah pengumpulan data sebagai triangulasi dalam kajian ini untuk
menambah kesahan dan kebolehpercayaan data. Oleh itu, pengkaji telah memilih tiga jenis kaedah
pengumpulan data sebagai triangulasi dalam kajian ini. Kaedah tersebut ialah ujian, pemerhatian, dan
temu ramah.
Ujian
Ujian merupakan salah satu cara untuk mengumpul data yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan keputusan ujian, pengkaji menggunakannya bagi melihat
perbezaan markah dalam setiap ujian yang diberikan kepada subjek kajian. Keputusan ujian dianalisis
mengikut format markah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ujian-ujian yang dijalankan ialah
ujian Pra, Ujian Pencapaian serta Ujian Pasca. Ujian Pra dijalankan pada fasa sebelum, ujian
Pencapaian pula pada fasa semasa intervensi manakala Ujian Pasca pula diadakan pada fasa
selepas intervensi.
Ujian rintis telah dijalankan bagi melihat kesesuaian kaedah pembinaan Kotak Sifir Zig Zag
yang telah direka untuk kajian ini. Seramai 4 orang murid telah dipilih secara rawak untuk
melaksanakan intervensi yang telah dirancang. Ujian rintis ini meliputi, ujian pra dan intervensi seperti
yang dirancangkan. Setelah tamat intervensi, ujian pasca telah dilaksanakan bagi melihat kesesuaian
dan perubahan tahap penguasaan sifir pada subjek yang dipilih secara rawak itu.
Jika bersesuaian, subjek kajian akan melalui ujian pra, intervensi yang sama seperti
dilaksanakan di dalam ujian rintis dan seterusnya menyelesaikan kajian dengan ujian pasca. Ini
bermakna, subjek kajian akan diuji dengan Ujian Illinois untuk menentukan tahap penguasaan sifir
mereka. Setelah selesai, subjek kajian akan menjalani Ujian Pasca yang sama seperti Ujian Pra
Pemerhatian
Pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur sebagai kaedah kedua, pemerhatian berstruktur
merupakan satu cara pengumpulan data di mana pengkaji telah mengetahui sepenuhnya perkara
yang ingin diperhatikan dan bersedia dengan instrument bagi merekodkan pemerhatian tersebut (Lim,
2007 dalam NurulIzzati, 2011). Oleh itu, pengkaji bertindak sebagai pemerhati malah melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti tanpa pengetahuan murid-murid. Pemerhatian yang dibuat melibatkan
aspek tingkah laku dan hasil kerja subjek kajian. Tingkah laku tersebut merangkumi keadaan subjek
kajian semasa intervensi dalam aktiviti P&P manakala hjasil kerja pula melibatkan kekerapan mereka
melakukan kesalahan ejaan semasa Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pengkaji membuat pemerhatian
dengan mengisi boring senarai semak semasa subjek kjian menjawab soalan.
Temu bual
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara
penyelidik dengan orang yang ditemu bual (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)
Pengkaji telah memilih instrumen temu bual berstruktur yang mempunyai item soalan yang mudah
berbentuk soalan tertutup. Pengkaji hanya memberikan soalan mudah disebabkan murid-murid terdiri
daripada murid bermasalah pendengaran yang mempunyai tahap penguasaan bahasa yang lemah.
Kenyataan ini disokong oleh Jamilah (2005), bahawa murid bermasalah pendengaran sememangnya
mempunyai gangguan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa.
Pengkaji juga menjalankan temu bual bersama subjek kajian kelas 4 Maju. Tujuan utama
pengkaji menjalankan temu bual ialah untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah yang
digunakan sama ada berkesan atau tidak serta P&P yang digunakan menarik atau membosankan.
Selain itu, temu bual bersama guru mata pelajaran Matematik turut dijalankan untuk mendapatkan
komen tentang penggunaan Kotak Sifir Zig Zag yang diaplikasikan kepada murid tahun 4 Maju. Selain
itu, pengkaji juga telah menemubual guru kelas subjek kajian iaitu guru Y untuk mengetahui kelakuan
subjek kajian ketika berada di dalam kelas.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Pada bahagian ini pengkaji menerangkan cara menganalisis data bagi ujian, pemerhatian dan temu
bual. Data yang telah dikumpulkan dianalisis sebelum pengkaji membuat rumusan tentang
keberkesanan kaedah intervensi yang digunakan.

Ujian
Bagi setiap ujian yang dijalankan, pengkaji menyemak jawapan dan markah yang diberikan adalah
berdasarkan rubrik pemarkahan sekolah. Pengkaji menilai markah bagi setiap subjek kajian dalam
skor peratusan (%) dan seterusnya peratusan bagi setiap ujian terebut dipersembahkan dalam bentuk
jadual. Pengkaji membuat perbandingan peratusan markah bagi setiap Ujian Pra, ujian Pencapaian I
dan Ujian Pasca dalam bentuk graf palang. Hal ini kerana hasil pemarkahan tersebut dapat
memperlihatkan perubahan prestasi subjek kajian dalam mata pelajaran Matematik sebelum dan
selepas intervensi khususnya dalam kemahiran penguasaan sifir.
Data yang diperolehi sewaktu ujian pra dan pasca akan direkodkan mengikut subjek. Ini bagi
memudahkan pengkaji melihat keberkesanan pembinaan Kotak Sifir Zig Zag yang dijalankan kepada
setiap subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan min sewaktu ujian pra dan ujian
pasca. Seterusnya, dapatan akan dikira secara peratusan bagi melihat dengan lebih jelas peningkatan
setelah intervensi dijalankan terhadap kajian.
Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi memudahkan
perbandingan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
Pemerhatian
Hasil pemerhatian dicatatkan dalam senarai semak tingkah laku semasa subjek kajian menjawab
Ujian Pra dan ujian Pasca. Dua aspek utama yang diperhatikan telah diterangkan dalam bahagian
instrument pengumpulan data. Berdasarkan senarai semak tersebut, pengkaji mengira kekerapan
tingkah laku dan hasil kerja subjek kajian yang menunjukkan mereka mempunyai masalah dalam
penguasaan sifir.
Temu bual
Pengkaji telah menemubual satu indviidu yang selalu bersama dengan subjek kajian iaitu guru Y. Guru
Y ialah guru kelas subjek kajian. Sesi temubual telah dijalankan secara separa berstruktur yang
meliputi soalan berkenaan dengan kelakuan subjek kajian sewaktu di dalam kelas. Pengkaji telah
membuat transkrip jawapan temu bual setelah selesai menemu bual keempat-empat subjek kajian
dan guru kelas Tahun 4 Maju. Tema yang wujud adalah hasil daripada temu bual dan transkrip temu
bual telah dibuat. Pengkaji juga menemubual subjek kajian untuk mendapatkan maklum balas tentang
kaedah yang digunakan sama ada berkesan atau tidak serta P&P yang digunakan menarik atau
membosankan
5.4

KEPUTUSAN KAJIAN

Ujian
Bedasarkan keputusan ujian yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas intervensi, pengkaji dapat
menilai tahap pencapaian subjek kajian melalui markah malah perbandingan dapat dilakukan dalam
setiap ujian yang dibuat. Markah yang diberikan adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
Ujian Pra
Jadual 6 Menunjukkan markah Ujian Pra Bagi keempat-empat orang subjek kajian. Hasil pencapaian
menunjukkan tiada subjek kajian yang mencapai tahap yang sangat baik, baik mahupun memuaskan.
Subjek kajian berada pada tahap yang lemah .
Markah Ujian Pra
__________________________________________________________________________
Subjek Kajian Bahagian A
Bahagian B
Peratusan Markah (%)
__________________________________________________________________________
Murid A
Murid B

2/10
1/10

1/10
0/10

15%
5%

Murid C
3/10
1/10
20%
Murid D
2/10
1/10
15%
__________________________________________________________________________
Ujian Pencapaian
Jadual 7 di bawah menunjukkan markah ujian pencapaian 1 bagi keempt-empat orang subjek kajian.
Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan dalam Ujian Pencapaian 1. Ini menunjukkan
peningkatan subjek kajian jika dibandingkan dengan pencapaian mereka semasa di Ujian Pra. Ini
membuktikan bahawa intervensi semasa dalam kitaran telah berjaya memberi peningkatan kepada
mereka. Namun begitu, pencapaian keempat-empat subjek kajian masih belum pada tahap yang
cemerlang.
Markah Ujian Pencapaian
________________________________________________________________________
Subjek Kajian Bahagian A
Bahagian B
Peratusan Markah (%)
________________________________________________________________________
Murid A
4/10
3/10
35%
Murid B
3/10
2/10
25%
Murid C
5/10
2/10
35%
Murid D
3/10
3/10
30%
________________________________________________________________________
Ujian Pasca
Jadual 8 di bawah menunjukkan keputusan pencapaian Ujian Pasca bagi subjek kajian A, B, C dan D.
keputusan tersebut adalah pencapaian prestasi yang baik seperti mana yang diharapkan oleh
pengkaji. Walaupun semua subjek kajian tidak mendapat keputusan yang cemerlang, namun pengkaji
tetap berbangga kepada mereka. Ini adalah kerana keputusan pencapaian Ujian Pasca menunjukkan
markah yang diperolehi oleh subjek kajian menaik dengan ketara berbanding dengan markah ujian
pra dan ujian pencapaian 1. Melaui keputusan pencapaian Ujian Pasca ini, pengkaji boleh membuat
kesimpulan bahawa penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dalam kemahiran mendarab nombor adalah
berjaya. Pengkaji juga berpendapat bahawa subjek kajian sudah menguasai sifir
denganmenggunakan Kotak Sifir Zig Zag.
Markah Ujian Pasca
________________________________________________________________________
Subjek Kajian Bahagian A
Bahagian B
Peratusan Markah (%)
________________________________________________________________________
Murid A
6/10
5/10
55%
Murid B
4/10
4/10
40%
Murid C
7/10
6/10
65%
Murid D
5/10
5/10
50%
________________________________________________________________________
Perbandingan Keputusan Ujian
Hasil analisis data menunjukkan peningkatan markah berdasarkan perbezaan dalamUjian Pra, Ujian
pencapaian 1 dan Ujian pasca. Peningkatan tahap prestasi sebelum dan selepas intervensi jelas
dilihat dengan ketara. Pada tahap ini murid berada pada tahap pencapaian yang memberangsangkan.
Pengkaji berasa gembira setelah melihat hasil dapatan markah yang cemerlang dalamUjian Pasca.
Ketiga-tiga subjek kajian memperoleh skor markah yang baik. Jadual di bawah menunjukkan
perbandingan markah Ujian Pra, Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pasca bagi keempat-empat subjek
kajian.
Perbandingan markah Ujian Pra, ujian pencapaian 1 dan Ujian Pasca
_________________________________________________________________________
Subjek Kajian
Ujian Pra (%)
Ujian Pencapaian 1 (%)
Ujian Pasca (%)
_________________________________________________________________________

Murid A
15%
35%
55%
Murid B
5%
25%
40%
Murid C
20%
35%
65%
Murid D
15%
30%
50%
_________________________________________________________________________
Rajah 18: Graf Carta bar perbandingan markah ujian pra, ujian pencapaian 1 da ujian pasca subjek
kajian

5.5 Rumusan Kajian


Kajian yang dijalankan ke atas murid masalah pendengaran Tahun 4 Maju dalam meningkatkan
penguasaan sifir dengan menngunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag sememangnya menunjukkan hasil
yang memuaskan. Hasil dapatan tersebut dikutip bersadarkan Ujian Pra, ujian Pencapaian dan ujian
Pasca yang dijalankan ke atas empat orang subjek kajian. Secara khususnya, kajian ini dijalankan
untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan berdasarkan permasalahan yang dikenal pasti. Hasil
dapatan kajian ini ternyata mampu menjawab semua persoalan kajian.
Persoalan kajian 1 : Adakah kaedah Kotak Ajaib Zig Zag dapat membantu meningkatkan
penguasaan murid yang lemah dalam menguasai sifir 2 hingga 9?
Keputusan Ujian Penilaian telah menunjukkan bahawa persoalan kajian 1 pengkaji terjawab. Jadual 7
(rujuk 52) yang ditunjukkan telah memaparkan peningkatan dalam penguasaan subjek kajian dalam
menjawab soalan operasi darab dengan betul. Selesai intervensi dijalankan menggunakan kaedah
jadual, subjek kajian dilihat lebih menguasai sifir 2 hingga 9 dengan betul. Subjek kajian telah boleh
menjawab soalan yang diberikan menerusi lembaran kerja yang diedarkan setiap kali selepas
intervensi dijalankan walaupun tidak mencapai tahap yang diingini. Pada awalnya keempat-empat
subjek kajian langsung tidak menguasai konsep asas ini iaitu dapat dilihat menerusi keputusan Ujian
Pra yang telah mereka duduki.
Persoalan ini terjawab dan disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Chan Yaw Jong (2011)
dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan Kotak Ajaib dan Lattice Dalam Meningkatkan
Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima, beliau menyatakan bahawa penggunaan kaedah kotak
ajaib ini berkesan dalam membantu murid membina sifir. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa
kaedah kotak ajaib ini mudah difahami dan dapat membina keyakinan murid dalam menyelesaikan
operasi darab. Ianya juga dapat menarik minat murid dengan topik darab setelah mempelajari kaedah
ini. Menurut Azizi bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) pula, mereka mendapati bahawa pengaplikasian

kaedah kotak ajaib telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam
menguasai sifir 6 hingga 9.
Persoalan kajian 2 : Adakah penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dapat mewujudkan minat murid untuk
meningkatkan kemahiran menguasai sifir 2 hingga 9?
Persoalan ini terjawab menerusi keputusan ujian, rekod pemerhatian dan data temubual yang telah
Berjaya dikumpul oleh pengkaji. Keberkesanan penggunaan Kotak Sifir Zig Zag ini dapat dilihat
dengan jelas menerusi keputusan skor ujian yang berjaya diperoleh dari keempat-empat subjek
kajian. Peningkatan yang sangat ketara dilihat pada skor Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Subjek
kajian telah mampu menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik. Selain itu, rekod pemerhatian
berpandukan senarai semak yang dibuat juga mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Rekod
pemerhatian menunjukkan pengurangan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh subjek kajian dan
peningkatan keyakinan subjek kajian ketika menjawab Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Perkara ini
adalah disebabkan kerana wujudnya minat yang mendalam dalam diri subjek kajian untuk menguasai
sifir 2 hingga 9 dengan menggunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag. Selain itu, subjek kajian juga dilihat
seronok dan gembira ketika berada di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
Matematik dijalankan oleh pengkaji. Berbanding dengan sebelum ini, subjek kajian kelihatan lebih
banyak mengelamun dan berkelakuan negatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini
membuktikan bahawa penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dapat memberi impak yang positif kepada diri
subjek kajian dan juga dapat menarik subjek kajian untuk terus belajar di dalam kelas.
Persoalan ini terjawab dan disokong oleh Zainudin Bin Abu Bakar dan Mohd. Rashidi Bin Mat
Jalil (2007) dalam kajian mereka membincangkan tahap penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai
oleh pelajar jika kaedah Petak Sifir diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya
menekankan kepada kaedah hafalan sifir matematik. Seramai 50 orang pelajar Tahun 4 diambil
sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan min markah
kaedah tradisional ialah 19.68 peratus (%) manakala kaedah petak sifir pula 42.96%. Kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah Petak Sifir lebih menarik minat pelajar berbanding dengan kaedah
tradisional yang hanya menekankan kepada kaedah hafalan sahaja.

5.6 REFLEKSI
Sepanjang menjalankan kajian ini, banyak yang telah dipelajari oleh pengkaji. Antaranya adalah
pengalaman dalam menyiapkan sepenuhnya kajian ini yang dianggap satu tugasan sukar untuk
pengkaji kerana ini merupakan pengalaman pertama pengkaji dalam menyiapkan tugasan kajian
tindakan. Pengkaji berharap agar Kotak Sifir Ajaib Zig Zag dapat digunakan untuk meningkatkan
kemahiran penguasaan sifir dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran di sekolah tersebut.
Pengkaji juga berharap agar penggunaan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag akan terus digunakan oleh guru
dan dijadikan amalan berterusan memandangkan keberkesanan kaedah tersebut yang sangat
membantu murid-murid.
Pengkaji juga membuat refleksi bahawa untuk meningkatkan cara pengajaran ke arah yang
lebih berkesan, seorang guru perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan proaktif dalammenghasilakan
cara pengajaran. Penggunaan pelbagai Alat Bantu mengajar (ABM) banyakmembantu guru dalam
mewujudkan cara pengajaran yang lebih baik. Pelbagai intervensi boleh dilaksanakan oleh guru
untukmemastikan murid sentiasa dapat member perhatian terhadap pengajaran guru. Seorang guru
perlulah sedar akan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan bagi memastikan murid mendapat
manfaat daripada pengajaran yang dijalankan oleh guru.
Selain itu, refleksi yang boleh pengkaji buat berdasarkan kajian tindakan yang dilaksanakan
ini ialah sebarang penyelidikan yang dilaksanakan oleh seorang guru ke atas system P&P menjadikan
kajian tindakan adalah satu proses tindakan yang penting dalam pendidikan. Pelaksanaan kajian
tindakan di dalam kelas dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru,meningkatkan prestasi
pencapaian murid, mengatasi masalah pembelajaran dalammenguasai kemahiran dalam sesuatu
subjek dan membantu murid mencapai kecemerlangan yang maksimum dalam satu-satu mata
pelajaran. Di samping bertujuan untukmengatasi masalah pembelajaran terutamanya bagimurid
mendapat pencapaian rendah, kajian tindakan juga boleh dijadikan satu cara untuk meningkatkan
pencapaian murid yang baik ke arah peringkat cemerlang.
Secara keseluruhannya, pengkaji membuat refleksi bahawa kajian tindakan adalah satu
pelaksanaan yang wajar dilakukan di sekolah untuk memastikan sistem pendidikan dapat

dipertingkatkan kea rah yang lebih baik. Kajian tindakan dalampendidikan ini bukan hanya dijadikan
bahan kajian tetapi untuk diaplikasikan oleh guru-guru dalam P&P sekiranya didapati member
kesanterhadap pencapaian murid. Sehubungan itu, sistem pendidikan dapat dipertingkatkan kea rah
yang lebih membanggakan.
6.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bahagian ini menerangkan tentang kajian lanjutan yang dicadangkan oleh pengkaji untuk kajian yang
seterusnya dengan merujuk kajian tindakan ini. Antara kajian seterusnya yang pengkaji cadangkan
ialah :
i)
ii)

iii)

iv)

Bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag dalam P&P
kajian ini boleh dilanjutkan lagi dengan menggunakannya ke atas subjek kajian lain.
Penyelidikan terhadap subjek kajian lain akan dapat membuktikan sama ada intervensi ini
sememangnya berkesan dalam bidang pendidikan secara menyeluruh. Pengkaji boleh
melaksanakan kajian ke atas mata pelajaran lain contohnya mata pelajaran Sains.
Sebagai contoh, guru boleh menggunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag dalam pengiraan yang
melibatkan pendaraban dalm mata pelajaran Sains.
Kajian ini juga boleh diteruskan dengan mempelbagaikan lagi aktiviti dengan
menggunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag supaya murid tidak berasa bosan dengan
perjalanan P&P. Pengkaji boleh menggunakan Kotak Sifir Ajaib ini untuk menjalankan
aktiviti di luar kelas bagi membolehkan murid mengalami sendiri pelajaran yang dipelajari
di dalam bilik darjah.
Pengkaji juga bercadang untuk menerapkan penggunaan teknologi iaitu media interaktif
dalam P&P Matematik agar subjek kajian lebih terdedah dengan penggunaan ICT yang
akan menjadi medium utama bagi semua pekerjaan dan aktiviti pada masa akan datang.
Media interaktif ini juga boleh dipelbagaikan dan digabungjalinkan dengan aktiviti
permainan agar P&P lebih menarik dan berkesan. Subjek kajian akan diberi peluang
untuk menggunakan ICT sebagai salah satu medium untuk mereka menuntut ilmu.