Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PELANCARAN PROGRAM ASEAN KOMUNITI

Program Asean Komuniti adalah satu program yang dicadangkan oleh Kementerian
Luar Negara sebagai persediaan awal bagi menghadapi Mesyuarat ASEAN 2015
bermula peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi.
Objektif Program ASEAN Komuniti
1. Melaksanakan program kesedaran , publisiti dan promosi berkaitan ASEAN
komuniti di sekolah.
2. Melaksanakan program berfokus melibatkan Negara ASEAN peringkat
sekolah.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid berkaitan ASEAN Komuniti.
Matlamat utama program ini adalah untuk memasarkan maklumat maklumat
mengenai ASEAN kepada masyarakat. Penyebaran maklumat ini bertujuan
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai ASEAN., peranan dan
sumbangan ASEAN kepada kesejahteraan rantau Asia Tenggara. Disamping itu,
pelaksanaan program ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat pemimpinpemimpin negara ASEAN kearah pembentukan serta mencapai ASEAN Komuniti
pada tahun 2015.
Bagi menjayakan objektif dan matlamat program ini, tiga aktiviti utama akan
dilaksanakan di peringkat sekolah iaitu Laluan / Sudut Asean Komuniti ( telah
disediakan di laluan utama murid berhadapan Galeri Sejarah ) , Pertandingan
menulis esei dan Program 5 minit. Program 5 minit akan dilaksanakan sekali dalam
setiap bulan iaitu pada hari Jumaat minggu pertama. Program ini adalah
penyampaian maklumat tentang negara-negara ASEAN yang meliputi semua aspek
politik, ekonomi dan sosial
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa pelancaran dan Pelaksanaan Program ASEAN komuniti kerana telah
bertungkus lumus dan berganding bahu bagi menjayakan program yang menjadi
agenda Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru itu , saya berharap semua murid
memberi kerjasama dan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang telah
dirangka.

Dengan Lafaz Bismillahirahirahmanirahim..


Saya merasmikan Program Nilam dan Program Asean Komuniti peringkat sekolah.