Anda di halaman 1dari 5

Pada 3 April 2015 yang lepas, pelajar-pelajar unit L telah menganjurkan satu Karnival

Permainan Tradisional yang telah berlangsung di padang hoki IPG Kampus Ipoh. Semasa
karnival tersebut, setiap kelas Unit L diminta untuk menganjurkan dua jenis permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia. Kelas saya iaitu Unit L6 telah memilih untuk
melaksanakan permaianan Galah Panjang dan Batu Seremban. Karnival Permainan Tradisional
tersebut telah bermula pada seawal jam 7.30 pagi dan para pelajar serta peserta yang terlibat
telah memenuhi padang hoki IPG Kampus Ipoh. Karnival tersebut turut dihadiri oleh pensyarahpensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Karnival dimulakan dengan aktiviti senamrobik
oleh pasukan senamrobik Unit L IPG Kampus Ipoh. Seterusnya, diikuti oleh upacara perasmian
oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu Tuan Haji Zulkifli. Selepas upacara perasmian,
setiap permainan pada pusingan pertama dimulakan.
Karnival Permainan Tradisional ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam
kalangan peserta yang terlibat. Semua peserta menunjukkan komitmen yang amat
memberangsangkan. Semua ahli setiap kelas wajib menghantar wakil untuk bermain setiap
permainan yang dianjurkan oleh kelas lain. Oleh kerana setiap pelajar Unit L yang berbilang
kaum, maka mudah untuk mereka lebih mengenali setiap permainan tradisional kaum lain
melalui penganjuran karnival seperti ini. Permainan tradisional telah berupaya membentuk
sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing.
Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan
diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak
dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada
juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu
termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
Namun, terdapat kelemahan yang saya perolehi semasa manjalankan tugas sebagai ajk
persiapan tempat, walaupun semua memberikan kerjasama yang baik, namun, terdapat
beberapa rakan kelas yang mengambil kesempatan untuk tidak datang pada petang sebelum
hari kejadian tersebut, alasan yang digunakan amat tidak munasabah dan hal ini menyebabkan
kami kekurangan tenaga kerja.

Kelemahan yang seterusnya yang saya dapat simpulkan ialah semasa habis acara
carnival berlangsung, saya selaku ketua AJK Persiapan tempat amat terkilan sedikit kerana
tempat tersebut tidak dikemas dengan baik kerana ada segelintir rakan kelas yang pulang awal
ke asrama dan tidak membantu mengemas semula tempat permainan. Tenaga kerja sewaktu
mengembalikan kerusi meja ke dewan juga tidak ramai dan masing-masing mahu melepas
tangan. Oleh sebab itulah, timbulnya sedikit pertelingkahan kerana tidak ada kerjasama yang
diberikan oleh beberapa orang rakan.selain itu, ajk kebersihan juga kurang memainkan
peranannya kerana tidak memastikan padang yang digunakan berada dalam keadaan yang
bersih seperti sedia kala. Namun , Alhamdulillah, kerana ada rakan-rakan lain yang merasakan
tanggungjawab itu lebih penting kerana kaita bergerak secara berkumpulan dan masing-masing
mempunyai tugas yang perlu diselesaikan.
Penganjuran karnival permainan tradisional seperti ini adalah untuk mendidik guru-guru
pelatih dalam usaha mengekalkan permainan tradisi supaya boleh dilaksanakan kepada muridmurid di sekolah. Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi
kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan
sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan
tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari
ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap
kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usahausaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada
generasi muda.
Pada pendapat saya, usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan
sekolah agar mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh
permainan tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak
raga. Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini di
sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja kita. Tindakan ini bertujuan
memastikan semua pelajar di sekolah akan menyertai satu permainan tradisional sebagai
aktiviti kokurikulum mereka. Hal ini demikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba
perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan
permainan tradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainan
tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenal permainan
tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini. Oleh itu, tindakan

mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional di sekolah berupaya


mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yang panjang.
Adalah penting bagi seorang pelatih guru untuk menguasai pelbagai jenis permainan
tradisional yang terdapat di negara kita supaya dapat diajar kepada murid-murid di sekolah.
Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan. Permainan
tradisional telahdiwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional semakin
dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan komputer.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak
formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di
samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan
permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan
kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam rumah dan kampung pada papan
congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan
rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negaradaripada dijajah oleh anasir jahat dari
luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat
perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.
Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang
dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional pada
waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktu persekolahan dengan bermain
permainan ini. Seterusnya, permainan tradisional dapat menegeratkan perhubungan antara
satu sama lain. Kita boleh bermain permainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan para
pemainnya. Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang menarik. Kita tidak
memerlukan peralatan yang mahal atau kawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,
permainan tradisional memberikan kita keseronokan tanpa perlu berbelanja besar.
Permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini.
Kita hendaklah menghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisional dapat membentuk
generasi yang bepekerti mulia. Permainan tradisional perlu diterapkan dalam kalangan muridmurid. Pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan
yang perlu diajar di sekolah. Di samping itu,di sebalik setiap permainan tradisional itu pasti
tersirat

nilai-nilai

murni

yang

boleh

dipelajari

seperti

semangat

kerjasama

dan

kesabaran.Perkara inilah yang menjadi medium dalam mendidik anak-anak sebelum kewujudan
sekolah.
Adalah wajar untuk institusi pengajian tinggi menganjurkan karnival seperti ini kerana
permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Pada masa dahulu,
permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat. Contohnya,
pertunjukan permainan tradisional diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa
pesta kebudayaan. Hal ini dapat memberi hiburan kepada orang ramai di samping memupuk
minat mereka terhadap permainan tradisional. Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana
mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan
Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai jenis permainan tersebut.
Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu
dimainkan. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar

akan berminat

untuk melibati permainan

tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan
dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar

secara langsung dalam

permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada
membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja.
Sebagai seorang guru, adalah tanggungjawab mereka untuk terus mengekalkan
permainan tradisional dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana sekolah adalah rumah kedua
bagi pelajar yang rata-ratanya daripada golongan remaja. Pihak sekolah perlulah melancarkan
minggu permainan tradisional. Secara tidak langsung pelbagai pertandingan akan dianjurkan.
Contohnya pertandingan permainan gasing, congkak atau permainan galah panjang. Selain itu,
acara-acara permainan sebegini juga boleh diselitkan dalam majlis-majlis tertentu seperti
kejohanan olahraga sekolah dan majlis sambutan Hari Guru. Bak kata pepatah, sambil
menyelam minum air. Pendekatan sebegini hakikatnya lebih efektif. Sesi pengajaran dalam
kelas juga perlu diberi perhatian. Tajuk permainan tradisional juga boleh dijadikan tugasan
kepada golongan pelajar contohnya bagi mata pelajaran sivik. Secara tidak langsung, para
pelajar akan mengkaji dan menyelidik tentang sesuatu permainan tradisional hingga ke akar
umbi. Oleh itu, mereka tidak akan cetek informasi dan hal ini dapat mendaulatkan permainan
tradisional dalam kalangan remaja.

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat


dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi
sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman.
Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan
tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak
faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim
sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara
warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan
tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong
yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya
anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan
dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga
juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa
yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang
Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang
berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan
memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan
kepada masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya permainan tradisional
dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak
dikekalkan akan melenyapkan identiti bangsa.

Anda mungkin juga menyukai