Anda di halaman 1dari 19

WAJ 3143 BINA INSAN GURU

TUGASAN SEMESTER 5

TAJUK/AKTIVITI : LAWATAN BENCHMARKING

Lawatan ke sekolah Cemerlang / Sekolah Harapan Negara / Sekolah Inovasi.


Ciri-ciri kepimpinan
- Jenis kepimpinan
Pengurusan
- Sistematik
- Misi sekolah
- Visi sekolah
Iklim sekolah / Budaya sekolah
Infrastruktur / Infostruktur
- Makmal : bahasa, sains, biologi, fizik
- Pusat sumber
- Pembelajaran kendiri
- Bilik-bilik khas mata pelajaran
- Kios pembelajaran

KERTASKERJA LAWATAN PENANDA ARAS


(BENCHMARKING)

LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH


CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG,
08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

TARIKH : 15.03.2015 (AHAD)

ANJURAN : PELAJAR PROGRAM


PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
TESL 6 G, IPSAH SUNGAI PETANI KEDAH.

KANDUNGAN

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN
RASIONAL
MATLAMAT
OBJEKTIF
TARIKH
MASA
TEMPAT
SASARAN
ANJURAN
ANGGARAN KEWANGAN
PENGANGKUTAN
SENARAI NAMA PENSYARAH PENGIRING
JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM
TENTATIF PROGRAM
BORANG SEMAKAN DAN SOKONGAN KETUA JABATAN
PENUTUP
SENARAI NAMA PELAJAR

PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) telah mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk
memenuhi keperluan Latihan Perguruan di seluruh cawangan IPG di Malaysia. Pembinaan
Insan Guru adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan Negara Bangsa. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru yang
berkualiti, berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi. Program ini juga adalah amat penting untuk membentuk ketahanan fizikal serta mental
para guru yang bakal berdepan dengan dunia yang penuh cabaran dan rintangan. Ini adalah
kerana program Bina Insan Guru meliputi semua aspek kepentingan yang perlu dipelajari oleh

seorang guru masa kini. Tanpa seorang guru, mustahil lahirnya seorang peguam, polis, ahli
bomba dan sebagainya yang berperanan membentuk seorang individu yang bersifat baru.

RASIONAL
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga Model Konseptual
Pendidikan Guru, elemen-elemen yang meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
perlulah diberi penekanan terutamanya dalam proses pembentukan insan guru yang
menyeluruh dan seimbang. Di atas kesedaran bahawa bidang keguruan ini adalah mulia dan
insan guru adalah penjana generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan sentiasa menjadi rolemodel kepada masyarakat, guru seharusnya mampu untuk menangani cabaran era globalisasi.
Seorang guru yang sepenuhnya menjunjung aspirasi negara amat diinginkan untuk lahir ke
dalam dunia pendidikan di negara kita.

MATLAMAT
Dengan adanya program lawatan penanda aras ini, para pelajar akan dapat
meningkatkan lagi kefahaman dengan adanya pendedahan cirri-ciri kepimpinan sekolah
cemerlang, system pengurusan serta infrastruktur dan budaya sekolah. Melalui program ini
juga para peserta akan lebih jelas bagaimana hendak mewujudkan satu suasana sekolah n
yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dari segi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek yang semestinya bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mengamanahkan anak-anak murid kepada para guru untuk di bimbing
sebaiknya.

OBJEKTIF
Program lawatan penanda aras ini dijalankan untuk memenuhi aktiviti Bina Insan Guru
yang diperlukan untuk seorang guru demi melengkapkan penganugerahan ijazah ke atasnya.
Walaubagaimanapun objektif utama adalah seperti berikut :
i) Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama serta memainkan peranan secara

aktif di dalam kumpulan.


ii) Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial
di dalam apa jua keadaan.
iii) Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.
iv) Menunjukkan minat terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti dengan
menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan yang
terpuji.
v)

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran dengan
mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai budaya dalam komuniti
pendidikan.

TARIKH :
15.03.2015 (AHAD)

MASA :
10.00 PAGI - 02 PETANG

TEMPAT :
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.
KBA 3031
No. Telefon : 04-4375487

Email : skrpanjang.ppdkmy@gmail.com

KUMPULAN SASARAN :
Kumpulan sasaran didalam program lawatan Benchmarking ini adalah terdiri dari Pelajar
Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas Februari 2013 iaitu kelas TESL 6G seramai
5 orang.

ANJURAN :
TESL 6G
Dengan kerjasama
SK. RANTAU PANJANG, KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

ANGGARAN KEWANGAN
Dari segi kewangan, pihak organisasi pelajar telah bersetuju untuk mengumpul wang
daripada dana pelajar sendiri memandangkan kos yang ditanggung adalah tidak seberapa.
Jumlah anggaran kewangan adalah seperti berikut :
BIL
1.
2.
3.

PENDAPATAN
RM 25.00 x 5 Orang

RM
125.00

4.
JUMLAH :

125.00

PERBELANJAAN
Frame Gambar (1 keping)
Mug (3 biji) x RM10.00
Banting (3 keping) x RM 12.00
HADIAH :
Lain-lain perbelanjaan
JUMLAH :

RM
50.00
30.00
36.00
116.00
9.00
125.00

PENGANGKUTAN
Memandangkan ahli kumpulan kami adalah seramai 5 orang sahaja, maka kami
bersetuju untuk membawa 2 buah kereta sahaja iaitu :
a) Kereta Rafizah - PLH 2699
b) Kereta Suriyati - KDE 1311
dengan tanggungan sendiri.

PENSYARAH PENGIRING / PENSYARAH PENGENDALI


BIL
1.

NAMA PENSYARAH
En. Sajahan bin Abdul Majid

JABATAN
Unit Kokurikulum

JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM


Penaung

Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Pengerusi

Penyelaras Program PPG

Naib Pengerusi

Ketua Unit Kokurikulum

Mentor

Pensyarah Penasihat
Encik Sajahan bin Abdul Majid (Unit Kokurikulum)

Bahagian Pelajar
Pengerusi

Pn. Rafizah binti Mohamad Sanusi

Naib Pengerusi

Pn. Suriyati binti Ahmad

Setiausaha

Pn. Vignesvri Nair a/p Krishnan

Naib Setiausaha

Pn. M.Shanti

Bendahari

Pn. Sharifah binti Hashim

JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Pengangkutan
1. Pn. Rafizah binti Mohamad Sanusi

Jawatankuasa Pendaftaran
1. Pn. Suriyati binti Ahmad

Jawatankuasa Brosur / Dokumentasi


1. Pn. Vignesvri Nair a/p Krishnan
2. Pn. M.Shanti

Jawatankuasa Hadiah / Cenderahati


1. Pn. Sharifah binti Hashim

TENTATIF PROGRAM
TARIKH

MASA

AKTIVITI

8.00 Pagi

Bertolak dari rumah peserta lawatan ke SK. Rantau

9.45 Pagi
10.00 Pagi

Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah.


Tiba di SK. Rantau Panjang.
Penerangan dan taklimat tentang sekolah dan

11.00 Pagi

Program-program yang telah dijalankan.


Taklimat tentang corak kepimpinan dan sistem
pengurusan sekolah.

15.03.2015
(AHAD)

12.00 Tengah hari

Iklim dan budaya sekolah


Infrastruktur dan infostruktur
Penerangan berkaitan kejayaan yang telah dicapai

1.00 Tengah hari

oleh SK. Rantau Panjang menuju kecemerlangan.


Lawatan ke Perpustakaan, Makmal Sains, surau

2.00 Petang

dan kelas Tahun 6.


Sesi pemberian cenderahati.
Bertolak balik ke rumah masing-masing.

BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN KETUA JABATAN


Penyedia Kertas Cadangan Aktiviti :
Nama

: Suriyati binti Ahmad

Unit / Opsyen

Tandatangan

Tarikh

PPG TESL 6G Ambilan Khas Februari 2013 (Semester 6)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Semakan oleh Pensyarah Penasihat / Mentor :


Nama

: Encik Sajahan bin Abdul Majid

Jabatan

: Unit Kokurikulum

Ulasan


Tandatangan

Tarikh

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Semakan dan Sokongan Ketua Jabatan :


Nama

Jabatan

Ulasan

:
..

Tandatangan

Tarikh

PENUTUP
Program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat keempat ini banyak memberi pendedahan
tentang bagaimana cara dan prosidur untuk menganjurkan sesuatu bengkel juga lawatan
penanda aras ke sekolah di luar kawasan IPG. Diharap program ini akan dapat mengeratkan
lagi kerjasama diantara pelajar dan pensyarah juga dapat menimba sebanyak mungkin sumbersumber ilmu yang ditemui sepanjang pengendalian program ini sama ada yang berbentuk
ilmiah ataupun riadah. Pihak jawatankuasa kerja yang terdiri dari pelajar PPG TESL 6G ingin
memohon kerjasama dan tindakan dari Unit Kokurikulum supaya dapat mempertimbangkan
permohonan Bina Insan Guru kami ini.
Kesimpulannya, dapatlah diambil iktibar bahawa segala faedah yang telah dinyatakan
diatas tadi mampu membentuk sahsiah terpuji seorang guru dalam mengemudi sistem
pendidikan di negara kita. Segala pengalaman yang akan dirasai oleh kami nanti akan menjadi
satu perkara yang penting di dalam kehidupan sebenar seorang yang bergelar guru. Adalah
diharapkan dengan penglibatan di dalam aktiviti yang positif ini negara akan terhindar dari
pelbagai gejala sosial yang acapkalinya dihebahkan melalui akhbar juga media massa terkini.

Moga dapatlah menjadi teladan dalam usaha membentuk generasi yang bakal memimpin
negara kearah satu matlamat yang gitu.

SENARAI NAMA
PESERTA
LAWATAN PENANDA ARAS

PROGRAM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


TESL 6G AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

PENSYARAH PENASIHAT / MENTOR :


ENCIK SAJAHAN BIN ABDUL MAJID

BIL

NAMA

NO KAD PENGENALAN

1.

RAFIZAH BINTI MOHAMAD SANUSI

750828-02-5068

2.

SHARIFAH BINTI HASHIM

740520-02-5804

3.

SURIYATI BINTI AHMAD

670118-02-5880

4.

VIGNESVRI NAIR A/P KRISHNAN

811215-14-5346

5.

M.SHANTI

801117-08-5168

LAPORAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN

Program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat 4 (Semester 5) bagi aktiviti Lawatan Penanda
Aras telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah iaitu
sebuah sekolah cemerlang dari segi pencapaian akademik yang mendapat anugerah NKRA
selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2010, 2011 dan 2013. Pada pukul 9.45 pagi
para peserta lawatan berkumpul di laman perhimpunan untuk tujuan pendaftaran. Semasa
pendaftaran, setiap peserta lawatan telah diberikan sekeping brosur program lawatan
Benchmarking yang telah disediakan oleh jawatankuasa brosur dan dokumentasi.
Bagi sesi pendaftaran ini, saya Suriyati binti Ahmad dipertanggungjawabkan untuk
melengkapkan tugasan ini. Peserta program ini adalah terdiri dari pelajar Program
Pensiswazahan Guru kelas TESL 6G seramai 5 orang. Semua peserta hadir dengan menulis
nama, nombor Kad Pengenalan seterusnya menandatangani borang pendaftaran yang telah
disediakan oleh jawatankuasa pendaftaran.
Selepas pendaftaran, semua peserta lawatan menunggu kehadiran Tuan Hj Salim bin
Salleh iaitu Guru besar, SK Rantau Panjang yang dalam perjalanan untuk ke sekolah.
Seterusnya, menanti untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang sekolah cemerlang itu.

Disediakan oleh :

(SURIYATI BINTI AHMAD)


JAWATANKUASA PENDAFTARAN

BORANG PENDAFTARAN

LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH CEMERLANG


SK RANTAU PANJANG, KOTA KUALA MUDA, KEDAH.
TARIKH : 15.03.2015 (AHAD)
MASA

BIL

10.00 PAGI - 2.00 PETANG

NAMA PESERTA

NO KAD PENGENALAN

1.

RAFIZAH BINTI MOHD SANUSI

750828-02-5068

2.

SHARIFAH BINTI HASHIM

740502-02-5804

3.

SURIYATI BINTI AHMAD

670118-02-5880

TANDATANGAN

4.

VIGNESVRI NAIR

811215-14-5346

5.

M.SHANTI

801117-08-5168

PELAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG


SK. RANTAU PANJANG, KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

Dalam proses untuk melengkapkan diri menjadi seorang guru yang cemerlang dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan penglibatan yang penting
didalam beberapa aspek dan salah satunya adalah menghadiri program Bina Insan Guru yang
diwajibkan keatas setiap guru di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Program ini

diadakan untuk melatih seorang guru supaya berkebolehan didalam bidang akademik juga
kokurikulum dan tidak ketinggalan demi menggarab kemajuan era globalisasi. Demi mencapai
matlamat tersebut, seramai 5 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dari kelas
TESL 6G Ambilan Khas Februari 2013 telah berusaha menganjurkan lawatan penanda aras ke
sekolah cemerlang, SK. Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah.
Sebelum sesi pelaporan ini, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana
dengan izin, limpah dan kurniaNya dapatlah juga saya menyiapkan tugasan lawatan penanda
aras ini mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum dalam program Bina

Insan Guru dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Pensyarah

Penasihat untuk kumpulan TESL 6G, Encik Sajahan bin Abdul Majid di atas segala bantuan
serta tunjukajar beliau dari awal pembabitan kami di dalam program ini sehinggalah kami dapat
melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Juga kepada rakan sekelas yang telah banyak
memberi idea dan sumbangan demi menjayakan program ini. Pada semester lima ini, kami
diwajibkan untuk menjalankan program BIG iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke
sekolah cemerlang. Dan pada hari Ahad 15.03.2015 yang lalu, terlaksanalah hasrat kami bagi
melaksanakan tugasan ini.
Pelaporan saya bermula disini, sebelum itu kumpulan TESL 6G telah beberapa kali
berjumpa dan bermesyuarat untuk menentukan organisasi bagi menguruskan aktiviti di dalam
program BIG ini. Perbagai persiapan telah dilakukan antaranya pemilihan tempat, kertaskerja,
bajet dan urusan surat-menyurat kepada pihak sekolah juga pensyarah penasihat.

Setelah

perbincangan dibuat, kami sepakat umtuk memilih SK. Rantau Panjang, Kota Kuala Muda,
Kedah destinasi lawatan penanda aras kami iaitu sebuah sekolah cemerlang akademik yang
telah mendapat anugerah NKRA selama 3 tahun berturut-turut. Ahli jawatankuasa program ini
telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan ke sekolah ini dan pihak
sekolah juga telah member maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami
juga merasa bangga dan terharu dengan penerimaan ini.
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah merupakan sebuah
sekolah cemerlang akademik. Untuk makluman sekolah ini telah mendapat anugerah NKRA
selama 3 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2010, 2011 dan 2013 di atas pencapaian yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Dalam sesi lawatan ini, kami telah diberi peluang untuk
mengupas bagaimanakah sekolah ini dapat mengekalkan kecemerlangannya selama 3 tahun
berturut-turut serta mengenalpasti apakah program serta aktiviti yang telah mereka lakukan di
sekolah.

Kami juga didedahkan kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana

pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin
produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.
Apabila sampai di SK Rantau Panjang, Kota Kuala Muda kami telah disambut dengan
ramah mesra oleh warga sekolah.
mendengar taklimat dan penerangan.

Kami seterusnya dibawa ke Bilik Guru Besar untuk


Sekolah ini diterajui oleh seorang guru besar yang

sangat berdedikasi serta mempunyai pengalaman yang sangat luas sebagai seorang pendidik
kerana beliau bermula sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Beliau adalah Tuan Hj. Salim bin

Salleh berasal dari Pulau Pinang dan dalam masa setahun lagi akan menamatkan
perkhidmatan beliau sebagai guru besar. Beliau memberi penerangan tentang sejarah sekolah,
jenis kepimpinan, iklim dan budaya sekolah, jenis-jenis infrastruktur juga infostruktur yang
terdapat di sekolah tersebut.

Sekolah ini mencapai kecemerlangan adalah hasil garapan

semua warga sekolah yang bertungkus lumus tanpa mengira penat dan wang ringgit. Guruguru memainkan peranan yang penting bagi menjayakan setiap program yang dirancang juga
dibantu sepenuhnya oleh waris murid terutamanya dari tahun enam. Dan tidak hairan lah jika
dilihat peratus pencapaian UPSR adalah seratus peratus (100%) dalam semua mata pelajaran.
Tuan Hj. Salim iaitu guru besar di sekolah ini mengamalkan prinsip demokratik di dalam
pentadbirannya dimana beliau bebas dan sentiasa memberi peluang kepada guru-guru
dibawahnya untuk melakukan setiap aktiviti serta program demi mencapai kecemerlangan
akademik. Beliau sentiasa memberi sokongan padu di dalam setiap program yang dirancang
oleh guru-guru dan meluluskan setiap cadangan kertaskerja yang dibentangkan.

Untuk

makluman, jumlah pelajar sekolah ini adalah sebanyak 213 orang, jumlah guru sebanyak 20
orang dan murid tahun enam seramai 41 orang yang ditempatkan di dalam satu kelas.
Persekitaran sekolah ini amat kondusif kerana di dalam kawasan kampung yang jauh dari
gangguan bising kenderaan. Suasananya aman damai dan sesuai sekali sebagai tempat untuk
menimba ilmu.

Terdapat kemudahan kantin, pondok rehat, surau, padang untuk beriadah,

taman permainan, makmal sains, makmal computer dan pusat sumber sekolah. Walaupun
sekolah ini tidak mempunyai bilangan kelas yang mencukupi untuk dijadikan bilik-bilik khas
tetapi ia lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.
Setelah itu, kami akhiri lawatan penanda aras ini dengan melawat kemudahan
infrastruktur dan infostruktur seperti perpustakaan, makmal computer, makmal sains, surau dan
juga kelas tahun enam ditingkat bawah. Sepanjang lawatan di sekitar sekolah tersebut, saya
amat tertarik dengan setiap lorong berbumbung yang dipamerkan pelbagai info dan maklumat
sebagai laluan ilmu.

Ianya nampak begitu menarik dan ceria dan dapat mengundang

keinginan murid untuk mendekati dan membaca. Bilik khas yang menarik minat saya adalah
makmal komputer yang menempatkan meja bulat yang begitu ceria dan didinding dipamerkan
pelbagai info seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Aktiviti Hem dan Kokurikulum,
Peristiwa SKRP dan anugerah pencapaian mereka.

Keadaan persekitaran sekolah tersebut

dapat menggambarkan betapa murid-murid sekolah itu juga amat berdisiplin dan mempunyai
daya saing yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti.

Dari segi kekuatan yang boleh dilihat di sekolah ini adalah konsep pentadbiran dimana
guru besar sekolah tersebut iaitu Tuan Hj. Salim bin Salleh adalah seorang yang merendah diri
dan berbudi pekerti mulia.

Beliau menyatakan bahawa sebarang perubahan dan budaya

kecemerlangan yang diterapkan di sekolah perlu disokong sepenuhnya oleh guru-guru kerana
mereka lah tunggak pencetus kecemerlangan tersebut tanpa mereka sekolah tidak mampu
berdiri segagah ini.

Slogan sekolah ini adalah Keseragaman dan Kesepakatan Menuju

Kecemerlangan, tepat sekali dengan budaya pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan
oleh mereka. Visi sekolah ialah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Misi
sekolah ialah Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Sahsiah terpuji datangnya dari guru barulah dapat

diikuti oleh murid kerana guru adalah role-model yang terbaik.

Guru juga menjadi agen

perubahan yang sentiasa mengikuti peredaran semasa dan bercampur dengan pelbagai lapisan
masyarakat serta dapat membetulkan sentimen minda masyarakat setempat.
Kekuatan pelajar pula ialah sanggup mengikuti setiap aktiviti dan program yang dilakukan
di sekolah seperti mengikuti kelas tambahan dari petang sampai lah ke malam hari.

Ini

bermakna sepanjang hari mereka akan duduk di sekolah, mereka datang ke sekolah dari pagi
untuk sesi pembelajaran normal, selepas sekolah rehat dan terus dengan kelas tambahan dan
pulang semula kerumah pada pukul 10.00 malam. Ditambah pula dengan kerjasama jitu para
waris yang sentiasa menyokong setiap program.

Untuk Tahun Enam setiap waris akan

membayar RM300.00 untuk aktiviti yang dijalankan.

Waris juga menyumbang tenaga

menyediakan makanminum pelajar apabila ada kem untuk pelajar sekolah ini. Prasarana waris
adalah amat menggalakkan dan ini juga menjadi faktor kecemerlangan sekolah ini.
Terdapat beberapa kekuatan dalaman yang boleh saya ambil iktibar sepanjang
melakukan lawatan penanda aras ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh
dalam melaksanakan program ini.

Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea,

fikiran dan tenaga supaya program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan.
Selain dari itu, secara jujurnya dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bagaimana
cara untuk menganjurkan lawatan juga berurusan dengan pihak luar.

Sekiranya saya diberi

tugasan semasa di sekolah nanti maka dapatlah saya melakukannya tanpa teragak-agak
kerana saya telah mempunyai pengalaman yang sangat bermakna semasa sesi lawatan ini.
Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman menjadi sangat penting.
Ianya bermula dari dalam diri serta persekitaran guru itu sendiri barulah ia mampu
mengendalikan seterusnya menguruskan setiap perkara yang diamanahkan kepadanya.

Disamping kekuatan terdapat juga beberapa kelemahan yang terpaksa dihadapi oleh
kami iaitu lawatan ini tidak dapat dilakukan pada waktu persekolahan akibat dari kekangan
waktu juga jarak tempat tinggal kami yang terlalu jauh diantara satu sama lain. Oleh sebab itu
kami terpaksa melakukannya dalam waktu cuti persekolahan dan dengan demikian kami tidak
dapat untuk berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut.

Selain dari itu,

bilangan dan juga tenaga kami yang terlalu sedikit iaitu seramai 5 orang sahaja jadi kami
terpaksa berkorban tenaga yang berlebihan demi untuk menjayakan program ini.

Bagi

mengatasi masalah dan kekangan ini kami berusaha untuk melakukan penambahbaikan tidak
kira dalam apa jua keadaan demi untuk menyiapkan tugasan ini.

Kami juga telah cuba

menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyurat yang diperlukan seawal mungkin supaya
tidak timbul masalah kelewatan yang akan menyukarkan tugasan kami. Kami juga berganding
bahu dan bergilir-gilir untuk menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan supaya tidak
berlaku sebarang pertelingkahan sesama ahli kumpulan kami.
Alhamdulillah, segala tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada
yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ribuan terima
kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan
tidak langsung bagi merealisasikan program ini. Pada pendapat saya, program Bina Insan
Guru ini dapat member pendedahan serta pengalaman kepada saya untuk lebih yakin dalam
profesion perguruan ini. Lawatan penanda aras ini juga dapat memberi ilham, info dan tips
kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bag memastikan institusi sekolah terus
berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya juga amat kagum dengan kesungguhan guru
besar sekolah ini iaitu Tuan Hj. Salim bin Salleh kerana amat tegas dengan prinsip hidupnya
untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang walaupun secara dasarnya beliau akan
bersara dalam masa terdekat. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa objektif
Bina Insan Guru Peringkat 4 ini telah tercapai dan diharapkan ianya akan dapat diteruskan
pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai