Anda di halaman 1dari 27

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

HBSE 3303

CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS

NO. MATRIKULASI

810818095128-002

NO. KAD PENGENALAN

810818-09-5128

NO. TELEFON

019-4545121

E-MEL

noorsiah_ahmad@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS PERLIS

1.0 PENGENALAN
Setiap manusia mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses ini bermula
seawal mungkin iaitu dari bayi meningkat kepada dewasa. Perkembangan bayi dapat dilihat
apabila seseorang bayi tersebut mula untuk tersenyum, meniarap dan sebagainya. Semua
perkembangan ini dapat dilihat dan berlaku mengikut turutan. Begitu juga dengan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Mereka juga mengalami proses perkembangan, tetapi adakalanya
mungkin mengalami kelewatan atau perkembangan mereka tidak mengikut turutan yang betul.
Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran dan merupakan individu yang telah menjalani rawatan dan telah diakui
oleh pakar perubatan bahawa mereka ini mempunyai masalah kecacatan yang akan
mempengaruhi proses pembelajaran. Masalah kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini
boleh dikelaskan mengikut tahap kebolehan seperti berikut:
Kemahiran dalam matematik
Kognitif
Penguasaan untuk membaca
Kemahiran bertutur
Perkembangan sosial atau tingkah laku sosial
Kemahiran perkembangan
Mari kita lihat beberapa pendapat tentang perkembangan manusia:
Eggan dan Kauchak (1997)
......the concept of development, the orderly, durable changes in a leaner resulting from
a combination of learning, experience and maturation.

Oleh itu, jelaslah bahawa perkembangan merupakan suatu perubahan yang mempunyai
turutan dan akan kekal berada dalam diri seseorang individu hasil daripada proses pembelajaran,
pengalaman dan kematangan menurut Paul Eggan dan Kauchak.
Slavin (1997)
....orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.
Menurut Slavin (1997), proses perkembangan mempunyai kaitan tentang bagaimana
individu tersebut membesar dan berkembang. Selain daripada itu, individu juga akan mengalami
perubahan sepanjang hayat dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional, kognitif serta bahasa.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini mempunyai pelbagai ciri-ciri yang
membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain. Antara ciri-ciri yang dikenalpasti
dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam proses mengenalpasti atau membuat diagnostik
seperti doktor dan juga guru adalah seperti berikut:

Aspek fizikal

Jika dilihat dari bentuk badan, terbukti kanak-kanak ini mempunyai persamaan dengan
kanak-kanak normal, tetapi dari segi koordinasi motor pula, adakalanya kanak-kanak
berkeperluan khas ini mempunyai koordinasi motor yang agak rendah. Perbezaan yang paling
ketara ialah, kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang rendah jika dibandingkan dengan
kanak-kanak normal yang lain di mana mereka sukar mengingati apa yang telah diajarkan oleh
guru dalam jangka masa yang lama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keupayaan
mental kanak-kanak ini seperti faktor endogen iaitu baka, pemakanan, kesihatan ibu semasa
mengandung, cara hidup ibu semasa mengandung, emosi ibu dan umur ibu.
Selain daripada itu, ciri-ciri perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dari aspek
fizikal ialah, tumbesaran mereka agak kecil jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Ciri
yang ketiga ialah, kanak-kanak berkeperluan khas ini mengalami proses kematangan yang agak
lewat. Ini kerana umur kronologi mereka tidak setara dengan umur biologi.

Aspek kognitif

Dari aspek pemikiran atau kognitif, dapat dilihat

bahawa kognitif kanak-kanak

bermasalah pembelajaran ini mempunyai keupayaan kognitif yang agak rendah. Ini dapat dilhat
daripada cara mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Jika diperhatikan
semasa proses pembelajaran, apabila guru bertanyakan soalan berbentuk penyelesaian masalah,
kadangkala kanak-kanak ini memerlukan masa untuk menjawab pertanyaan guru. Ini
menunjukkan bahawa kognitif kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini amat rendah jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal.
Selain daripada itu, kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini memerlukan kesediaan
untuk belajar iaitu mereka akan menerima pelajaran apabila minda mereka telah bersedia untuk
berbuat demikian. Jika diperhatikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang berumur 9
tahun hanya mampu menerima pelajaran bagi kanak-kanak normal yang berumur 6 tahun.
Terdapat perbezaan yang ketara daripada aspek kognitif kanak-kanak normal dan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Bagi kanak-kanak normal, aspek kognitif tidak menjadi masalah bagi
mereka dalam menerima pengajaran dan pembelajaran kerana tahap pemikiran mereka berada
pada tahap normal. Tetapi bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, aspek kognitif ini sangat
penting untuk diberi perhatian.
Jika dilihat dari aspek kognitif juga, kanak-kanak berkeperluan khas ini juga mempunyai
masalah dari segi mentafsir maklumat. Ini dapat dilihat terdapat kanak-kanak berkeperluan khas
ini sering kali membuat kesilapan ketika aktiviti menulis. Ada di antara mereka yang menulis
huruf secara terbalik. Ini berlaku akibat daripada proses mentafsir kod sesuatu maklumat. Hal ini
tidak terkecuali bagi kanak-kanak normal, tetapi kesilapan mereka ini akan dapat dibetulkan
apabila mereka membesar.

Aspek tingkah laku

Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran aspek tingkah laku merupakan aspek yang
perlu di beri perhatian oleh guru-guru yang terlibat dalam bidang pendidikan khas. Ini kerana
masalah tingkah laku adalah masalah yang sinonim dengan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Boleh dikatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan mempunyai masalah

tingkah laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Sebagai contoh kanak-kanak hiperaktif.
Kanak-kanak hiperaktif ini mempunyai masalah tingkah laku yang agak sukar untuk dikawal.
Antara masalah tingkah laku yang sering ditunjukkan ialah tidak boleh duduk diam, mengganggu
kawan, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Tingkah laku sebegini memang jauh berbeza
jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak normal, mereka juga
mempunyai masalah tingkah laku, tetapi tidaklah seperti kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran yang memerlukan kawalan dan perhatian yang rapi.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme, mereka juga mempunyai masalah
tingkah laku iaitu seperti suka mencederakan diri sendiri, gemarkan kepada pengulangan sesuatu
perkara. Perkara sebegini perlu diberi perhatian oleh guru dan juga ibu bapa. Ini untuk
menghindarkan kanak-kanak ini dari mencederakan diri mereka sendiri.
Selain daripada itu, kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga mempunyai masalah
tingkah laku seperti tingkah laku mengganggu rakan. Tingkah laku ini sering ditunjukkan untuk
menarik perhatian dari guru. Lazimnya masalah ini berlaku ketika

sesi pengajaran dan

pembelajaran sedang berlangsung.

Aspek bahasa dan komunikasi

Dari aspek bahasa dan komunikasi, kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengalami


kesukaran untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa dengan betul. Ini dapat dilihat terdapat
kanak-kanak berkeperluan khas ini masih bertutur dengan pelat yang tersediri. Ada juga di
kalangan mereka yang masih belum boleh bertutur. Ini menyebabkan berlakunya kesukaran
untuk guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi kanak-kanak khas yang mengalami masalah pendengaran, kod tangan Bahasa
Melayu (KTBM) digunakan untuk memudahkan proses komunikasi. Tetapi, tenaga pengajar
perlu menguasai kemahiran ini, untuk memastikan keberkesanan pembelajaran. Selain daripada
itu juga, bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, guru perlu menggunakan ayat-ayat yang
mudah untuk memudahkan mereka memahami arahan yang diberikan oleh guru.
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, kanak-kanak normal
mempunyai perkembangan bahasa yang sejajar dengan perkembangan mereka. Di usia 6 tahun

kanak-kanak normal sudah boleh membaca dengan baik, manakala bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, adalah sesuatu yang sukar untuk mereka lakukan. Oleh itu, perbezaan yang jelas
dapat dilihat dari aspek bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak berkeperluan khas ini juga
mempunyai masalah untuk menyusun ayat dengan baik. Terdapat di antara mereka yang masih
tidak dapat menggunakan ayat yang baik ketika berkomunikasi.

2.0 SENARAI SEMAK


Untuk tugasan kali ini, penyelidik telah memilih responden yang mempunyai masalah
hiperaktif untuk menyempurnakan kajian yang akan dijalankan. Untuk kajian ini, penyelidik
telah menggunakan kaedah temuramah yang dijalankan kepada ibu bapa, senarai semak yang
berfungsi sebagai instrumen yag akan dapat meyakinkan ciri-ciri hiperaktif yang ada pada
responden. Melalui senarai semak, penyelidik akan dapat mengetahui masalah yang terdapat
pada responden. Selain daripada itu juga, rujukan ilmiah yang berkaitan turut digunakan untuk
menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Pemerhatian ke atas responden bermula pada
minggu awal persekolahan. Pemerhatian ini merupakan sebahagian daripada perkara yang perlu
dilakukan bagi merekod sebarang perubahan tingkah laku responden. Bagi memudahkan
penyelidik melakukan pemerhatian, kaedah senarai semak digunakan memudahkan penyelidik
melihat aliran perubahan yang berlaku.
Pemerhatian ini mengambil masa selama 3 bulan untuk dilengkapkan. Tetapi, ia
bergantung kepada responden itu sendiri. Jika masalah yang dihadapi agak kritikal, maka masa
yang lebih lama diperlukan untuk memastikan segalanya berada pada tahap yang normal.
Di bawah adalah senarai semak yang disediakan oleh penyelidik ke atas responden
bermula pada 5 Januari 2011 sehingga 5 April 2011.

BORANG SENARAI SEMAK


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Nama murid: Intan Zulayha binti Zulkifli

Umur : 5 Tahun

Tarikh Lahir :

Jenis Masalah : Hiperaktif

Tarikh Mula : 5 Januari 2011


Peringkat

Aspek

perkembangan
(minggu)

perkembangan
Fizikal

Kognitif

Tingkah laku

Bahasa dan
komunikasi

Minggu 1
hingga
Minggu 3

1.bentuk badan

1.perkembangan

1.selalu keluar dari

1.penggunaan

seperti kanak-

kognitif yang agak

kelas.

bahasa tidak

kanak normal.

terbatas.

2. Dapat

2. tidak dapat

mengeluarkan

2. tidak dapat

menguasai

memahami konsep

perkataan babi

memahami arahan.

kemahiran motor

nombor.

apabila diajak

kasar. Contoh:
berlari, melompat
3. menguasai

3. penguasaan

2. sering

berbual.

kosa kata yang

3. sering menggigit

agak kurang.

rakan yang lain.

kemahiran motor

berkembang.

4. sentiasa

halus. Contoh:

mengganggu rakan

memakai seluar

ketika proses

dan baju.

pengajaran dan
pembelajaran.

Minggu 4
hingga

1.mahu

1. boleh membuat

1. boleh

1.boleh menyebut

berkomunikasi

penilaian mudah.

membezakan ahli

sesuatu benda

keluarga dengan

dengan bantuan

dengan guru dan

Minggu 6

rakan.
2. menguasai
kemahiran

2. dapat
memahami konsep
nombor.

menulis. Contoh:

orang lain.

atau rangsangan.

2. bergaul dengan

2. mempunyai

rakan dan guru

kemahiran menyoal.

kelas lain.

menyambung
titik.
Minggu 7
hingga
Minggu 9

1.dapat

1. boleh membuat

1. boleh duduk

1. suka menyoal

menguasai lebih

perbezaan saiz

diam dalam masa 5

berulang kali untuk

banyak

sesuatu objek.

minit.

mencari kepastian.

kemahiran motor
halus. Contoh:
aktiviti koordinasi
mata-tangan.

2. boleh mengingat 2. boleh melibatkan

2. dapat menguasai

turutan nombor 1-

diri dalam proses

sebutan bahasa

10.

pengajaran dan

biasa.

pembelajaran.
3. boleh
membezakan yang
betul dan salah.

Minggu 10
hingga
Minggu 12

1.dapat

1. dapat mengingat 1. tidak lagi

1. dapat

berinteraksi

turutan sesuatu

menyebut

menggunakan ayat

dengan rakan

cerita pendek.

perkataan babi.

pendek ketika

sebaya dengan

Contoh: berkaitan

lebih baik.

ahli keluarga.

2. dapat
melibatkan diri
dalam aktiviti
yang dianjurkan.
Contoh: sukan
dan aktiviti lain.

2. tidak lagi
menggigit rakan.
3. tingkah laku aktif
semakin berkurang.

berkomunikasi.
2. lebih banyak
menguasai
perbendaharaan
kata.

3.0 LAPORAN, CIRI-CIRI DAN TEORI-TEORI


3.1 laporan senarai semak
Intan Zulayha merupakan seorang murid yang mempunyai masalah hiperkatif. Intan
Zulayha juga mempunyai seorang kembar yang normal iaitu kanaknya yang bernama Intan
Zulayka. Menurut sumber yang diperolehi dari ibunya, Intan Zulayha lahir lebih lewat dari
kanaknya menyebabkan Intan Zulayha mengalami masalah ketika dilahirkan. Ini menyebabkan
Intan Zulayha mengalami hiperkatif. Murid ini menghadiri persekolahan pada umur 5 tahun.
Umumnya, murid hiperaktif ini mempunyai masalah tingkah laku seperti murid hiperaktif yang
lain.
Daripada pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik, jelas menunjukkan responden
menunjukkan perubahan dalam setiap aspek yang dinilai. Perubahan ini dapat dilihat dari
minggu ke minggu. Pemerhatian sebegini memerlukan masa atau tempoh jangka masa yang
panjang untuk memastikan adanya perubahan dari segi tingkah laku, penguasaan bahasa dan
sebagainya.
Responden yang dipilih merupakan murid bermasalah pembelajaran iaitu hiperaktif.
Sebagai mana yang kita semua sedia maklum, ciri-ciri hiperaktif adalah seperti tidak boleh
duduk diam, terlalu impulsif, mempunyai tumpuan yang singkat dalam melakukan sesuatu, dan
suka mengganggu rakan-rakan lain. Bagi responden yang dipilih ini, pada minggu pertama
hingga ke-tiga persekolahan, dapat dilihat dari aspek fizikal, responden sudah menguasai
kemahiran moror kasar dan juga motor halus. Ini kerana fizikal responden adalah seperti kanakkanak normal. Selain dari itu, responden juga mempunyai pasangan kembar yang normal. Hal ini
berkemungkinan membolehkan responden lebih cepat menguasai kemahiran motor halus dan
kasar.
Dari aspek kognitif pula, dapat dilihat bahawa responden masih belum dapat menguasai
atau belum dapat memahami konsep nombor. Ini menunjukkan bahawa responden belum
mempunyai kesediaan untuk belajar. Ini kerana utuk memahami sesuatu konsep nombor,
seseorang individu itu perlu mempunyai kesediaan untuk mengingat nombor yang telah
dipelajari. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui
kegiatan seharian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti matematik yang dapat membantu kanak-

kanak dalam mempelajari matematik iaitu, padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan.
Bagi responden, tahap ini belum boleh dicapai kerana belum mempunyai kesediaan kognitif
sepenuhnya.
Dari aspek tingkah laku pula, responden sangat menunjukkan sikapnya yang kadang kala
agresif. Dari maklumat yang diperolehi daripada ibunya, responden turut berkelakuan
sedemikian semasa di rumah. Ini merupakan pengalaman pertama responden memasuki alam
persekolahan. Berkemungkinan juga responden ingin meneroka persekitaran yang baru
menyebabkan responden bersikap sedemikian. Kelakuannya yang sering menggigit rakan,
menyebabkan timbulnya rasa takut rakan lain untuk datang ke sekolah. Daripada pemerhatian
yang dijalankan dapat dilihat bahawa responden memilih hanya seorang dari rakannya untuk
dijadikan mangsa.
Murid yang dimaksudkan adalah seorang kanak-kanak Down Syndrome. Murid Down
Syndrome merupakan murid yang agak pendiam, ini mungkin menyebabkan responden
menjadikan murid ini sebagai mangsa. Setiap kali responden menggigit rakan, guru mengenakan
time out kepadanya. Ini untuk memastikan responden dapat menenangkan dirinya. Begitu juga
dengan perkataan babi yang sering kali diucapkan oleh responden. Guru akan mengambil
tindakan ke atas responden untuk memastikan tingkah laku yang kurang menyenangkan dapat
dikurangkan sedikit masa lagi.
Dari aspek bahasa dan komunikasi, responden belum dapat memahami arahan lisan yang
diberikan. Apabila guru bercakap dengan responden, seolah-olah tiada proses komunikasi yang
berlaku. Responden tidak mengendahkan apa yang disampaikan oleh guru. Selain daripada itu
juga, penggunaan bahasa responden tidak lagi berkembang. Ini bermaksud responden belum lagi
dapat menggunakan bahasa dengan cara yang betul.
Pada minggu ke-empat hingga minggu ke-enam, dapat dilihat berlakunya sedikit
perkembangan pada aspek yang dikaji. Ini jelas bahawa responden menunjukkan sedikit
perubahan dan ini merupakan satu perkara yang baik. Kita lihat dari aspek fizikal. Pada minggu
keempat ini responden sudah mahu untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Di sini
dapat dilihat adanya perkembangan dari segi pergaulan dengan persekitaran. Ini menunjukkan
bahawa responden sudah serasi dengan persekitaran dan perasaan takut sudah mula berkurangan.

Selain daripada itu, responden juga sedang menguasai kemahiran menulis iaitu dengan
melakukan aktiviti menyambung titik. Aktiviti ini merupakan asas kepada kemahiran menulis.
Dalam usaha guru untuk memastikan responden ini mahu melakukan tugasan yang diberikan,
ada masanya guru memberikan ganjaran kepada responden tersebut. Ini adalah untuk
memastikan responden dapat menyiapkan kerja yang diberikan memandangkan responden ini
mempunyai tumpuan yang singkat dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, guru perlu bijak
untuk menarik perhatian responden untuk melakukan kerja yang diberikan.
Dari aspek kognitif pula, responden sudah boleh membuat penilaian mudah, iaitu
mengecam bentuk yang sama. Penilaian mudah ini merangkumi semua bidang. Ini bererti
kognitif murid dapat berfungsi dengan baik pada peringkatini. Oleh yang demikian,

ini

menunjukkan bahawa, kognitif responden sudah bersedia untuk menerima pembelajaran. Selain
daripada itu juga, responden sudah boleh memahami konsep nombor. responden boleh menyebut
nombor 1 hingga 5 dan

juga boleh menggunakan nombor dengan menggunakan simbol.

Pemerhatian ini juga menunjukkan kesediaan kognitif responden mula berkembang dengan baik.
Dari aspek tingkah laku pula, responden sudah boleh membezakan ahli keluarganya yang
lain. Responden juga boleh menyebut, abah, mama, kakak. Selain daripada itu juga,
responden juga boleh memanggil cikgu. Bagi penyelidik, ini adalah sesuatu yang sangat bagus
dan sangat memberangsangkan. Keadaan ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan
pemerhatian yang dijalankan pada minggu pertama. Selain daripada itu juga, responden lebih
gemar bergaul dengan guru dan rakan dari kelas yang lain. Responden suka bertanyakan soalan
kepada guru-guru dan bersikap manja dengan guru.
Ada ketikanya, responden gemar bermain bersama dengan rakan-rakan ketika waktu
rehat. Ini merupakan satu perubahan yang amat bagus. Dapat diperhatikan, melalui kaedah
senarai semak ini, pencapaian atau perkembangan responden dapat dicatat dengan sempurna.
Dari sudut bahasa dan komunikasi, pemerhatian menunjukkan bahawa responden boleh
menyebut sesuatu

benda dengan bantuan atau rangsangan dari guru. Perkara ini selain

membantu responden untuk berkomunikasi, ia juga dapat membantu responden untuk


meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain. Responden turut

mempunyai kemahiran menyoal. Sering kali responden bersoal jawab tentang rakan-rakan dan
nama guru-guru yang berada di sekelilingnya.
Pemerhatian pada minggu ke-empat hingga ke-enam ini banyak menunjukkan perubahan
positif untuk perkembangan responden. Bagi penyelidik, responden sangat komited dengan
tugasan yang diberi kepadanya. Walaupun responden mengalami hiperaktif, tetapi dengan
dorongan dari guru, responden dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.
Pada minggu ke-tujuh hingga ke-sembilan, responden menunjukkan perubahan yang
sangat bagus. Kita lihat dulu untuk aspek fizikal. Dari aspek fizikal, dapat dilihat responden
sudah dapat menguasai lebih banyak kemahiran motor halus, contohnya aktiviti koordinasi matatangan. Perubahan ini dapat dilihat ketika penyelidik menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ke atas responden. Tindak balas yang diberikan amat bagus.
Selain daripada itu, aktiviti lain yang memerlukan koordinasi mata-tangan turut
dijalankan untuk memantapkan lagi kemahiran motor halus responden seperti aktiviti menyucuk
manik pada tali, menyikat rambut dan sebagainya yang memerlukan penggunaan jari.
Dari sudut aspek kognitif, responden boleh membuat perbezaan saiz bagi sesuatu objek.
Ini termasukkan perbezaan besar-kecil, tinggi-rendah, panjang-pendek. Aktiviti ini memerlukan
responden untuk membuat penilaian yang sewajarnya iaitu untuk membezakan saiz objek
tersebut. Oleh itu, bagi penyelidik, responden menunjukkan perkembangan yang sangat
memberangsangkan dalam aspek kognitif ini.
Dari sudut angka pula, responden dapat mengingati turutan nombor 1 hingga 10.
Walaupun responden mengalami masalah sebutan, tetapi, penyelidik mengetahui responden
boleh menyebut turutan nombor dengan betul. Ini dapat dilihat ketika responden bermain
bersama rakan yang lain, responden akan meyebut turutan nombor bersama rakan dengan
menyusun objek yang dipegang. Melalui cara ini, secara tidak langsung akan dapat
mengukuhkan memori responden dalam mengingati turutan nombor.
Dari aspek tingkah laku pula, responden sudah boleh melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Responden juga sudah mahu untuk melakukan tugasan yang

diberikan iaitu menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh penyelidik. Ini akan dapat
memudahkan penyelidik untuk mengawal responden yang mempunyai masalah hiperaktif.
Responden juga boleh duduk dengan diam dalam masa 5 minit. Dalam masa 5 minit ini,
penyelidik perlu menarik dan mengekalkan tumpuan responden terhadap proses pembelajaran
kerana ini saja peluang yang ada untuk tumpuan sepenuhnya.
Selaian daripada itu juga, responden sudah boleh membezakan yang betul dan yang
mana salah. Perubahan ini dapat dilihat ketika penyelidik melakukan temubual biasa bersama
dengan responden. Melalui soalan-soalan yang ditanyakan mengenai keluarga, responden dapat
memberikan jawapan yang mana betul dan yang mana salah. Ini jelas menunjukkan bahawa
perkembangan tingkah laku responden semakin berkembang dengan baik.
Dari aspek bahasa dan komunikasi pula, menjadi hobinya untuk bertanya soalan yang
sama berulang kali untuk mencari kepastian. Soalan yang sering ditanya adalah berkaitan dengan
orang yang berada di sekelilingnya seperti berkaitan dengan keluarga dan guru. Selain daripada
itu, responden juga sudah dapat menguasai sebutan bahasa biasa. Ini bermaksud, responden
dapat menguasai bahasa yang sama seperti kanak-kanak normal walaupun tidak sepenuhnya. Ini
adalah satu perubahan yang sangat diharapkan oleh penyelidik. Melalui perubahan ini akan dapat
menjadikan responden seorang individu yang dapat berdikari dari segala aspek.
Pemerhatian untuk minggu yang teakhir iaitu minggu ke-sepuluh hingga minggu ke-dua
belas, respon yang dapat dilihat amatlah membanggakan di mana dari aspek fizikal, responden
dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dengan lebih baik. Daripada pemerhatian yang dilakukan
oleh penyelidik, di dapati bahawa, proses komunikasi ini berlangsung dalam keadaan yang baik
di mana, kedua-dua pihak dapat memberi dan menerima maklumat dengan baik. Itulah yang
dinamakan sebagai komunikasi. Selain daripada itu juga, responden dapat melibatkan diri dalam
aktiviti yang dianjurkan seperti sukan, dan sebagainya.
Dari sudut kognitif pula, responden dapat mengingat turutan sesuatu cerita pendek.
Contohnya berkaitan dengan ahli keluarga. Bukan mudah bagi murid berkeperluan khas untuk
mengingati turutan cerita pendek, tetapi dengan usaha dan berkat kesabaran segalanya akan
dapat dilakukan. Ini dapat dilihat ketika proses pembelajaran di mana setiap murid dikehendaki

menceritakan cerita pendek kepada rakan-rakan. Apabila tiba giliran responden, dengan mudah,
responden menceritakan tentang tajuk Keluarga Saya.
Dari aspek tingkah laku, responden tidak lagi menyebut perkataan babi. Tabiat ini
sudah berjaya diubah oleh penyelidik. Ini kerana setiap kali responden mengeluarkan perkataan
tersebut, hukuman atau dendaan akan dikenakan. Ini membuatkan responden semakin melupakan
perkataan tersebut.
Responden juga sudah tidak melakukan tabiat menggigit rakan. Responden semakin
mengerti mengapa dan kenapa tabiat itu perlu dihentikan. Daripada pemerhatian yang dijalankan,
dapat dilihat tingkah laku aktif responden berjaya dikurangkan. Ganjaran yang diberikan kepada
responden kerana dapat melakukan perubahan tingkah laku adalah guru telah membawa
responden mengikuti pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) ke Melaka pada bulan Oktober
yang lalu. Ini merupakan satu ganjaran yang sangat hebat untuk perubahan yang dilakukan.
Dari aspek bahasa dan komunikasi pula, responden sudah dapat menggunakan ayat
penden ketika berkomunikasi. Ini menunjukkan responden semakin faham tentang penggunaan
ayat. Biarpun hanya menggunakan ayat pendek, responden sudah menunjukkan kematangannya
dalam berkomunikasi. Untuk memastikan komunikasi berkesan, responden juga lebih banyak
menguasai perbendaharaan kata. Apabila responden dapat menguasai perbendaharaan kata,
sudah pasti responden akan dapat menggunakan ayat dengan betul.
Daripada pemerhatian yang dijalankan, dapat dilihat induvidu boleh mengalami
perubahan sekiranya diberi peluang dan ruang untuk berbuat demikian. Perubahan ini tidak
hanya untuk kanak-kanak normal, malahan untuk kanak-kanak berkeperluan khas juga yang
memerlukan perhatian dan bimbingan yang sewajarnya untuk berubah ke arah yang lebih baik
untuk masa depan mereka.
3.2 teori-teori perkembangan
Daripada ciri-ciri perkembangan yang telah dibincangkan di atas, dapat kita kaitkan
dengan teori pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan reponden tersebut. Antara teori
yang dapat kita padankan ialah teori Piaget dan teori Pelaziman Pelaziman Operan- Skinner.

Teori-teori ini dirasakan sesuai oleh penyelidik untuk digunakan bagi mengkaji perkembangan
responden yang terlibat.
Dalam teori Piaget, terdapat beberapa konsep yang telah dinyatakan oleh beliau. Konsepkonsep tersebut ialah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi. Oleh itu, Jean Piaget berpendapat
bahawa, kemampuan mental menusia akan wujud secara semulajadi pada tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang akan dilalui. Sehubungan dengan itu, Piaget telah mengkategorikan
perkembangan kognitif kepada empat tahap iaitu :

Tahap Sensorimotor (dari lahir hingga 2 tahun)

Tahap Praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)

Tahap Operasi Konkrit (7 tahun hingga 12 tahun)

Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Daripada senarai semak yang telah dijalankan, dapat dilihat terdapat persamaan dalam
perkembangan responden yang dipilih. Pada pemerhatian yang dijalankan, perkembangan ciriciri responden dapat dikaitkan dengan tahap praoperasi di mana pada tahap ini mengikut Piaget,
pemikiran kanak-kanak adalah bersifat egosentrik di mana, mereka melihat keseluruhannya dari
perspektif mereka sahaja. Menurut Piaget lagi, proses perkembangan kognitif kanak-kanak akan
menjadi lebih sempurna melalui tiga kebolehan asas iaitu:

Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku


seperti kebolehan mengira.

Rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan sehingga menjadi skema tingkah laku
yang stabil.

Perkara umum yang difahami individu untuk mewujudkan pengukuhan tingkah


laku.

Pandangan ini dapat dipadankan dengan responden yang sering mengeluarkan perkataan
babi tanpa menghiraukan arahan guru. Ini jelas menunjukkan sifat egosentrik yang ada dalam
diri responden.

Selain daripada itu juga, tahap operasi konkrit dalam teori Piaget dapat dikaitkan dengan
perkembangan responden iaitu responden dapat bergaul dengan rakan dan guru. Perasaan ingin
tahu responden menyebabkan responden gemar bersoal jawab dengan orang di sekelilingnya.
Selain itu, responden juga sudah boleh memahami konsep nombor. Namun begitu, bagi
responden pada tahap ini masih belum memahami proses taakulan.
Teori kedua yang bersesuain dengan perkembangan responden ialah teori pelaziman
operan- Skinner. Jika kita lihat pada perbincangan yang telah dinyatakan di atas, responden turut
di beri peneguhan positif dan peneguhan negatif dan juga dendaan. Peneguhan merupakan satu
bentuk galakkan untuk sesuatu perbuatan. Rachlin (1991), peneguhan bertujuan untuk
memuaskan kehendak individu dan keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang
otak. Untuk responden, guru turut memberi ganjaran atau peneguhan positif bagi sesuatu tingkah
laku baik yang ditunjukkan. Peneguhan positif ini akan dapat memberi dorongan kepada
responden untuk menunjukkan tingkah laku yang baik.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang akan meninggalkan kesan ialah:

Memuji secara ikhlas

Memuji dengan cepat

Memuji tanpa pilih kasih

Memuji usaha dan cuba jaya

Memuji tingkah laku yang spesifik

Memuji jawapan atau respons yang spontan

Bagi guru, peneguhan ini merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk memastikan
responden mengurangkan tingkah laku hiperaktifnya iaitu guru mempunyai matlamat untuk
membolehkan responden melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dendaan pula merupakan satu cara untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
Dendaan merupakan kesan yang negatif yang memberikan pengurangan kepada tingkah laku
yang tidak diingini. Dalam kajian yang dijalankan terhadap responden, guru turut menggunakan

time-out kepada responden untuk mengawal tingkah laku yang ditunjukkan. Cara ini didapati
berkesan untuk memastikan tingkah laku ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
3.3 perbandingan ciri-ciri
umur
0.4 bulan

bermain

Bahasa

Boleh menyokong

Komunikasi awal:

kepala tetapi berat

memberi

kepala

balas

menjadikannya

suara.

sukar

untuk

dilakukan

pergerakan

tindak
kepada

Bermain

dengan

tangan

sebagai

permainan
pertama.

Boleh

Boleh

pegang

menyatakan

objek

dengan

hasrat diketahui.

tangan tetapi tidak


melepaskan objek.

6-8 bulan

Boleh

duduk

tanpa sokongan

1 tahun

Boleh bergolek

Boleh merangkak

Boleh

berjalan

dengan

elok,

bukaan

lengan

dan langkah yang


luas

tiup buih.

Mula

mencapai

objek, tukar objek


dari

tangan

ke

tangan

Gembira dengan

permainan

Bermain
mainan
memberi

Mula suka kepada

dengan
yang
mereka

penggunaan yang

buku cerita

membantu

keseimbangan

Buat bunyi dan

betul.

Kepura-

Mengeluarkan

puraan yang biasa

suku katan yang

seperti

merenyah

makanan

menyuap
kepada

patung
18 bulan

Sensori
bermain

motor

Boleh

menyebut

10 perkataan

Boleh merangkak
laju dan berjalan

menjelajahi sifat-

sifat benda.

Kehendaknya

tetapi tidak boleh

untuk melakukan

melompat

sesuatu
2 tahun

Mula
dengan

bermain

Suka

Boleh

berjalan

kawan

memberontak dan

tetapi masih sukar

pada masa jangka

mengatakan tidak

untuk melompat

pendek

pada

sesuatu

perkara

Mula

memanjat

perabot

Boleh membuat 2
ayat

tapi

pemahaman ya
dan tidak sama
dengan
percakapan.
2 tahun

Perkembangan

Menggunakan

peramah terutama

kata

nama

ahli keluarga

menggunakan
past

dan

langkah
untuk

tense

dan

menambah

Menggunakan
bersama
memanjat

tangga

ed

kepada past tense


yang

dibuat

sendiri
3 tahun

Menyertai aktiviti

kumpulan

Faham giliran

Menggunakan

Boleh

ayat pendek yang

menunggang

kompleks

basikal roda 3 dan


memanjat tangga

Faham perkataan
yang senang dan

Boleh masuk dan

perbandingan

keluar kereta/ bas

mudah

secara sendiri

Boleh menangkap
bola yang besar

4 tahun

Faham alasan dan

perkembangan
ketakutan

nombor

terhadap

Tahu warna dan

ketidaktahuan

Boleh panjat dan


hayun benda besar

Boleh

Perkembangan

menerangkan

terhadap

peristiwa, harapan

keselamatan

dan kekecewaan

luar

Boleh dengar dan


fokus

rasa

Berenang

Boleh

di

melompat

bunny dan aktiviti


seimbang
5 tahun

Boleh memulakan
atau

menyertai

peranan

Boleh mengikuti

Boleh

berlari,

satu cerita tanpa

melompat,

gambar

tunggang basikal

Boleh

dan zip kot

membaca

perkataan

yang

senang

Faham

undang-

undang

dalam

permainan.
(sumber: Macintyre 2007)
Jadual 1: Aspek Perkembangan Fizikal

3.3.1 perbezaan perkembangan fizikal kanak-kanak hiperaktif dan kanak-kanak normal


Jadual di atas menunjukkan perbezaan antara perkembangan fizikal kanak-kanak
hiperaktif dan kanak-kanak normal. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah kanak-kanak

normal yang berusia 4 bulan telah boleh memberi tindak balas kepada komunikasi, tetapi kanakkanak hiperaktif kurang memberi tindak balas.
3.4 Pernyataan masalah
Kanak-kanak hiperaktif mempunyai perkembangan yang sedikit lambat daripada orang
lain yang sebaya dengannya. Walaupun begitu, individu yang mengalami hiperaktif ini
mempunyai masalah emosi dan sosial mereka. Ini seterusnya akan menyebabkan masalah
tingkah laku.
3.4.1 perkembangan fizikal
Perkembangan fizikal merupakan aspek yang perlu dilihat untuk mengenali individu
hiperaktif. Jika dilihat perkembangan responden adalah kurang sedikit berbanding dengan kanakkanak normal yang lain. Ini dapat dilihat secara terus kepada responden dengan pasangan
kembarnya yang merupakan kanak-kanak normal. Melalui temuramah yang dijalankan kepada
ibu bapanya, responden dapat berjalan pada usia 2 tahun berbanding kakaknya yang dapat
berjalan ketika berusia 18 bulan. Selain daripada itu, saiz tubuh badan responden juga kecil jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang lain.
3.4.2 perkembangan kognitif
Dari segi perkembangan kognitif, responden mengalami kesukaran untuk memahami
konsep nombor dan juga mengenal abjad dan nombor. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak
normal, responden jauh ketinggalan dari sudut kognitif ini. Pada umur 5 tahun, kanak-kanak
normal sudah boleh membaca, tetapi responden masih tidak mengenal huruf, apatah lagi untuk
membaca.

3.4.3 perkembangan tingkah laku


Aspek tingkah laku merupakan aspek yang amat penting yang perlu diperhatikan untuk
kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana masalah emosi dan sosial yang dihadapinya akan

menyebabkan masalah tingkah laku. Perkembangan sosial responden tidak serupa dengan kanakkanak normal. Menurut sumber dari ibu bapanya, responden sangat suka bercakap tentang hal
yang tidak difahami oleh orang lain. Selain itu juga, responden lebih gemar mengulang ayat
orang yang bercakap dengannya. Responden juga kurang berminat untuk bermain dengan rakan
sebaya. Menurut Gross (1999), minat bermain kanak-kanak sangat ditentukan oleh tahap kognitif
mereka.
3.4.4 perkembangan bahasa dan komunikasi
Komunikasi amat penting untuk setiap individu. Ini kerana melalui komunikasi, individu
akan dapat melahirkan apa yang terpendam. Bagi responden, penguasaan bahasa amat sedikit
jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Selain daripada tidak mengenal huruf, responden
juga memerlukan masa untuk berkomunikasi dengan bahasa yang terbatas. Ini kerana
penguasaan kosa kata responden amat sedikit. Jika dilihat pada kanak-kanak normal, pada usia 5
tahun, mereka sudah boleh membaca dengan lancar.
4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat beberapa faktor yang dikesan boleh menyebabkan terjadinya hiperaktif kepada
kanak-kanak. Faktor-faktor ini termasuklah faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor
dalaman adalah seperti faktor genetik, faktor neurologik dan juga faktor kultural dan psikologi.
Manakala faktor luaran adalah seperti faktor sekolah.
4.1 faktor genetik
Faktor genetik adalah merupakan faktor secara semula jadi. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah hiperaktif ini makan mempunyai hubungan di antara ahli keluarga. Seorang
bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelakinya. Umun mengetahui bahawa, kanakkanak lelaki lebih cenderung untuk mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda jika
dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan (Zuhayati Yazid, 2009).
4.2 faktor neurologik
Faktor neorologik merupakan faktor sekeliling yang mengganggu ibu semasa kehamilan.
Ini terjadi kerana ibu mengalami gangguan otak akibat daripada kesukaran untuk melahirkan dan

secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan bayi. Selain daripada itu, bayi yang
mempunyai masalah prenatal seperti proses kelahiran yang lama, distress fetal, dan sebagainya
akan menyebabkan terjadinya hiperaktif jika dibandingkan dengan kelahiran normal. Antara
punca-punca yang dikenalpasti menjadi penyebab ialah berat bayi kurang semasa lahir, ibu
terlalu muda, ibu yang merokok dan minum arak akan turut mempengaruhi bayi yang dikandung
untuk berpotensi mengalami hiperaktif (Norman Supadma, 2009). Raihanah Abdullah, (2004)
menyatakan tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan bayi lemas ketika proses
kelahiran akan mendedahkan bayi dengan risiko hiperaktif.
4.3 faktor kultural dan psikologi
1. pemanjaan
Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah perilaku yang memperlakukan anak
terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Keadaan ini berlaku
apabila ibu bapa hanya mengikut atau terlalu mempercayai anak mereka. Manakala si anak pula
hanya mahukan ibu bapa mengikut semua kehendaknya. Keadaan ini juga akan mendorong anak
menjadi hiperaktif dan bertindak liar.
2. faktor kurang disiplin dan pengawasan
Masalah ini terjadi berpunca daripada kanak-kanak kurang diberi perhatian dan
pengawasan. Keadaan ini berlaku kerana dari awal lagi ibu bapa hanya membiarkan anak mereka
melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati. Sikap ibu bapa yang tidak mempedukan tingkah
laku anak akan menyebabkan anak tidak mahu mendengar cakap ibu bapa mereka, tidak boleh
duduk diam dalam semua situasi dan tidak boleh memberi tumpuan dalam pembelajaran (Hamid
bin Arshat, 2010).
4.4 faktor sekolah
Faktor sekolah juga dikenalpasti turut mempengaruhi berlakunya hiperaktif di kalangan kanakkanak. Keadaan ini berlaku kerana murid menghadapi masalah dalam pembelajaran, masalah
dengan persekitaran dan juga berkemungkinan murid bosan ketika berada di dalam kelas.
Apabila keadaan ini berlaku, murid akan menimbulkan masalah dengan mengganggu rakanrakan lain, membuat bising dan juga tidak duduk dengan diam.

5.0 KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam usaha guru-guru pendidikan khas untuk mengawal tingkah laku murid hiperaktif,
terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan iaitu kaedah
belajar sambil bermain dan juga kaedah visual.
5.1 kaedah belajar sambil bermain
Kaedah ini boleh diguna pakai untuk mengajar murid hiperaktif. Bermain adalah satu
kaedah yang boleh menimbulkan keseronokan, bukan sahaja untuk murid normal tetapi juga
untuk murid hiperaktif. Selain itu juga, dengan bermain murid akan dapat menguasai
perkembangan dan pengusaan bahasa dan juga kemahiran fizikal.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
Almy (1984, Fagen menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka
sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat
tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam permainan. Kenyataan
Almy berpadanan dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Dapatan ini adalah amat sesuai digunakan oleh guru untuk membantu murid hiperaktif
dalam pembelajaran. Melalui keadah bermain, guru dapat menerapkan aspek akademik sebagi
contoh, guru boleh mengajar konsep pra nombor iaitu membezakan bentuk melalui aktiviti
mengasingkan bongkah kayu. Aktiviti seperti ini akan dapat menarik perhatian murid hiperaktif
untuk duduk di kerusinya dan mengikuti pembelajaran.

Guru juga perlu mempelbagaikan

aktiviti memandangkan murid hiperaktif ini mudah jemu dengan satu aktiviti sahaja.
Belajar sambil bermain juga akan menjadikan murid hiperaktif ini dapat membina
keyakinan diri. Pengusaan bahasa akan dapat dikembangkan melalui bermain. Pendekatan ini
juga disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003) merupakan satu pendekatan yang
terancang untuk memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang
menyeronokkan.

5.2 kaedah visual


Penggunaan kaedah visual turut berguna untuk diamalkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid hiperaktif. Ini kerana melalui gambar-gambar yang dipamerkan, murid
hiperaktif lebih mudah tertarik untuk mengikuti pembelajaran. Antara alat visual yang boleh
digunakan adalah seperti televisyen dan juga menggunakan teknologi ICT. Secara umumnya,
ICT mampu untuk meningkatkan motivasi, selain daripada dapat menerapkan rasa ingin bersaing
dengan diri sendiri dan juga dapat membina keyakinan murid itu sendiri (Thomas, 1992).
Selain itu juga, Florian (2004), telah menyatakan enam kelebihan menggunakan ICT
iaitu:

Sebagai alat bantu mengajar

Alat untuk menilai murid

Alat pengurusan pembelajaran

Sebagai alat untuk berkomunikasi

Alat untuk memperbaiki kaedah eksplorasi pembelajaran, dan

Sebagai alat pemudah cara

Melalui kaedah ini, murid hiperaktif akan dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik kerana, dengan adanya pergerakan gambar dan disertakan dengan
kesan bunyi akan dapat menarik minat murid ini. Oleh itu, tumpuan pada pelajaran akan
bertambah, dan guru juga perlu bijak untuk menyesuaikan kaedah ini dengan pelajaran yang
ingin disampaikan kepada murid.

6.0 KESIMPULAN

Oleh yang demikian, dapat dinyatakan di sini, melalui perbincangan yang telah
dinyatakan jelas menunjukkan terdapat perbezaan perkembangan kanak-kanak hiperaktif dan
juga kanak-kanak normal. Tetapi, walau apa pun perbezaannya, mereka masih memerlukan
pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa, dan guru untuk memastikan mereka mendapat apa
yang seharusnya mereka perolehi. Selain daripada itu, ibu bapa harus peka untuk memastikan
anak-anak mereka tidak di manjakan dan bertindak di luar kawalan.
Bagi guru-guru pula, kaedah pengajaran yang dinyatakan sedikit sebanyak akan dapat
membantu guru-guru untuk menanggani murid hiperaktif di dalam kelas. Segala usaha yang
dilakukan oleh guru adalah untuk memastikan hak untuk mendapat pendidikan dapat diberikan
kepada semua murid tidak kira apa masalah yang dihadapinya.

(4855 patah perkataan)

RUJUKAN

Almy, M. 1984. A Child Right To Play. In J. F. Brown (ED), Administrating For Young
Children. Washington:
Fagen R. 1981. Animal Play Behaviour. Oxford University Press.Educational Needs
Florian, L. (2004). Uses Of Technology That Support With Special Educational Needs,
in Florian, L. and Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: a Tool
For Inclusion, Open University Press, Buckingham. Pp.7-20.
Gross, M.U.M. (1999). Small Poppies Highly Gifted Children In The Early Years.
Rooper Review, 21 (3), 207-214.
Hamid bin Arshat. (2010). Kanak-Kanak Yang Hiperaktif. Diperoleh pada 6 Sept 2010
daripada http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184kanak-kanak-yang-hiperaktif.html
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007). Membimbing Anak Hiperaktif. Diperoleh pada 14 Sept
2010 daripada http://www.scribd.com/doc/21251028/membimbing-anak-hiperaktif
Norman Supadman (2009). Hiperaktif Pada Anak. Diperoleh pada 30 Ogos 2010
daripada http://baliforumotion.net.
Nurul Asiah bt Mohd Adnan. Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak
Pintar Cerdas.
Oripiaget.blogspot.com. dicapai pada 1 Nov 2011.
Raihanah Abdullah (2004). Anak Hiperaktif Berkurang Apabila Umur Menningkat.
Diperoleh
pada
25
Okt
http://www.mypendidikan.net/portal/modules-php

2010

daripada

Saayah bt Abu. Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika


Kawasan Melaka Tengah, Melaka.
Thomas, M. (Ed) (1992), I.T. and Students With Emotional And Behavioural Difficulties.
National Cuoncil For Educational Technology. Coventry.
www.ipislam.edu.my

www.harum.my
www.scribd.com
Zuhayati Yazid (24 Sept 2009). Menanaggani Anak-Anak Hiperaktif. Utusan Malaysia.
Diperoleh pada 4 Sept 2010 daripada http://www.utusan.com