Anda di halaman 1dari 1

UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG


FORMAT & CONTOH CATATAN REFLEKSI PdP
Mesti ditulis tangan. Disediakan sebaik sahaja tamatnya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dan lampirkan bersama RPH yang berkenaan
ISU/PERKARA
YANG DIBERI
FOKUS
KEKUATAN/
KELEBIHAN:
Pelaksanaan
Set Induksi

KELEMAHAN/
KEKURANGAN:
Penyebatian
Unsur
Kemahiran
Berfikir

BUKTI/ANALISIS/PENJELASAN
Dengan menggunakan teknik bercerita saya telah berjaya
mewujudkan kesediaan dan memotivasikan murid-murid saya.
Cerita tentang Dua Sekawan yang saya sampaikan dengan
iringan muzik latar telah berjaya menarik tumpuan dan
perhatian semua murid. Nampaknya saya telah berjaya
memotivasikan mereka. Cerita tersebut juga sememangnya
amat berkaitan dengan tajuk yang saya ajar hari ini.

Eloklah jika saya gunakan puppet semasa menyampaikan cerita


agar ianya lebih realistik dan dapat menarik lebih perhatian dan
tumpuan semua murid.

Pemilihan kemahiran berfikir, iaitu kemahiran Membanding


Beza adalah kurang berkaitan dengan isi kandungan
pelajaran yang saya ajar pada hari ini. Nampaknya saya
kurang memberi perhatian tentang penerapan unsur
kemahiran berfikir semasa merancang Rancangan
Pengajaran Harian. Di samping itu, saya juga lupa
menyediakan alat berfikir dan bahan rangsangan yang sesuai
dengan kemahiran berfikir tersebut.

Saya hendaklah memastikan bahawa kemahiran berfikir yang dipilih


mestilah sesuai dan berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran yang
saya akan sampaikan.

Disemak oleh Mentor


Tandatangan :
Nama
:

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


(PENCEGAHAN/PENAMBAHBAIKAN)

Saya juga perlu pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk mengenal pasti
jenis-jenis bahan sumber yang ada dalam pusat sumber tersebut.

Saya harus menyediakan bahan rangsangan yang relevan dengan


kemahiran berfikir yang hendak diterapkan dan bahan rangsangan
tersebut juga seharusnya berkaitan dengan isi pelajaran.

Disemak oleh Guru Besar

Tarikh:______

Tandatangan :
Nama
:

Tarikh:________

71