Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Kajian:

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3 NEPTUNE DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SMK UNDANG REMBAU
PERNYATAAN MASALAH
Pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik
darjah sering kali dianggap sebagai pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah disiplin. Memang terdapat pelbagai
sebab perlakuan mereka itu sebegitu. Kurangnya kesedaran
tentang
nilai-nilai
murni
seperti
hormat
dan
bertanggungjawab adalah antara faktor yang menyebabkan
para pelajar ini bersikap sedemikian. Selain itu, kurangnya
motivasi dalam apa yang diajarkan oleh guru juga menjadi
penyebab utama masalah di dalam bilik darjah. Sikap seperti
ini amat biasa dalam kalangan para pelajar tahap pertengahan
di SMK Undang Rembau. Pelajar-pelajar ini rata-rata lemah
sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar Kelas Rancangan
Khas (KRK) dan banyak kesabaran diperlukan untuk mendidik
mereka. Pembelajaran Kooperatif pula mempunyai dasardasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan
pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif
berupaya mengajarkan nilai-nilai murni seperti hormat,
bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berguna kepada pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga
memperkukuh kesedaran tentang nilai hormat dan
bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran
Kooperatif. Ini dilakukan dengan 'mengajarkan' nilai-nilai ini
ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing.
Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu
giliran masing-masing untuk mengemukakan pandangan,
tanpa membuat celahan. Maknanya, pelajar-pelajar dalam
kumpulan harus bekerjasama dan bertanggungjawab untuk
membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan
saling membantu rakan yang dipilih untuk mewakili kumpulan
dalam
memberikan
jawapan/pembentangan.
Nilai
bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang
menginginkan setiap ahli kumpulan memegang peranan
khusus demi memastikan tugasan yang diberikan kepada

OBJEKTIF KAJIAN
1. Melihat keberkesanan Pembelajaran
Kooperatif dalam meningkatkan
motivasi pelajar dalam mempelajari
subjek Matematik

2. Melihat keberkesanan Pembelajaran


Kooperatif sebagai pendekatan
untuk menangani masalah gangguan
pembelajaran
dalam
subjek
Matematik di bilik darjah..

SOALAN KAJIAN
1. Adakah Pembelajaran
Kooperatif dapat
menambahkan minat dan
motivasi pelajar terhadap
pembelajaran?

2. Adakah masalah gangguan


pembelajaran di bilik darjah
dapat ditangani melalui
Pembelajaran Kooperatif?

HIPOTESIS
Tiada
( Kajian Tinjauan)

Tiada
( Kajian Tinjauan)

kumpulan itu terlaksana dengan sebaik mungkin secara


bekerjasama. Selain itu, melalui Pembelajaran Kooperatif,
pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai
motivasi
tersendiri
untuk
belajar.
Strategi-strategi
Pembelajaran
Kooperatif
juga
membantu
pelajar
bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dan
guru bertindak selaku fasilitator. Aktiviti-aktiviti yang menarik
dalam strategi Pembelajaran Kooperatif membantu pelajar
lebih fokus terhadap apa yang dipelajari, justeru mengelakkan
mereka daripada melakukan gangguan-gangguan di bilik
darjah, di samping meningkatkan motivasi mereka dalam
pembelajaran Matematik. Dengan adanya motivasi
sedemikian, sama ada motivasi intrinsik mahupun ekstrinsik,
pelajar akan lebih fokus dalam pembelajaran, dan ini dapat
membantu mengurangkan masalah gangguan yang dinyatakan
tadi.

Anda mungkin juga menyukai