Anda di halaman 1dari 38

1.

BIODATA

1.1

NAMA

: NORAZLINDA BINTI ADAM

1.2

NO. K/P

: 850902-XX-XXXX

1.3

MAJOR

: PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN

: AMBILAN KHAS DISEMBER 2011

TARIKH PBS

: 6 -16 OGOS 2012

1.4

1.5

2.0

PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1

Sebelum PBS

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami


telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Ismail selaku
pensyarah penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami
diadakan di Dewan Seri Budiman IPTHO. Ini merupakan kali pertama kami guru
pelatih semester 2 menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan untuk memberi
kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami
perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat

melalui pemerhatian, penelitian

dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik
darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan
secara

teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan


menjalani program PBS, guru pelatih

akan dapat

memahami bagaimana guru

mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah


mentadbir sekolah.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman
kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di
sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi
pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk
memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung,
pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul


maklumat tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Pendidikan Seni Visual dan
maklumat yang berkaitan dan pengurusan bilik darjah. Di samping itu ia dapat
2

membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal. PBS membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion
keguruan.

Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan


tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki
membuat PBS selama dua minggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS
mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di
kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di
kampung halaman, sekolah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah Kebangsaan
Ayer Limau. Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini kerana ini
bukan kali pertama saya ke sekolah. Namun PBS ini adalah untuk membiasakan
saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti. Oleh itu, tidak menjadi
masalah jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di
kawasan pedalaman.

Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami


serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu
menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus
Aspek Pedagogi Dalam PSV dan juga tugasan bagi kerja kursus Psikologi
Pendidikan serta tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi, kami
dikehendaki membahagikan masa yang ada selama dua minggu untuk mengkaji dan
mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.

Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat
bagaimana perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran
pembelajaran, bagaimana murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan, bagaimana
pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan, bagaimana cara guru
memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagaimanakah murid digerakkan untuk
melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru menangani gangguan luar
jangkaan semasa proses P&P sedang berjalan, bagaimanakah guru menangani
masalah tingkah laku murid dalam proses P&P, adakah aktiviti berkumpulan
3

dijalankan? Jika ada, bagaimanakah aktiviti kumpulan diurus dan dijalankan dan
bagaimana sesi P&P ditamatkan.

Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau bermula


dari 6.08.2012 sehingga 16.08.2012. Saya harap saya dapat menjalankannya
dengan sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih
dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

2.2

Semasa PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah


melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4
orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar,
Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru perempuan. Guru-guru
yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian


mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah
saya dapat memasuki kelas 5 Bestari dan 3 Bestari. Setiap darjah hanya mempunyai
1 kelas setiap satu kecuali darjah 6 mempunyai 2 buah kelas. Melalui pemerhatian
tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan
tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual
guru kelas tahap dua serta guru penanda kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab
soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Selain itu, semasa PBS juga saya
turut

melakukan

tugasan

Psikologi

Pendidikan

EDM

2203,

tugasan

ini

mengkehendaki saya melakukan perbezaan murid ekstrovert dan juga introvert.

2.3

Selepas PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul


dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai
beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa
hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan
berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk
memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan
teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila
kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat
penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi
seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal
menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar
sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu,
seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan
saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap
semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah
serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina
perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi
mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik
dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan
merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar.
Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang
tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.
5

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan
kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil
akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang
masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam
ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan


beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak
tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan
komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan
sepanjang tempoh PBS di SK Ayer Limau

Bil.
1.

Tarikh

Tindakan

6 Ogos

- Melapor diri melalui Guru Besar

2012

- Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK

(Isnin)

Pentadbiran
- Menghadiri perhimpunan rasmi
- GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guruguru dan staf sekolah.
- GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia
Pendidikan Seni Visual untuk membimbing.
- Mendapatkan buku perancangan sekolah melalui GPK
Pentadbiran.

2.

7 Ogos

- Menghadiri perhimpunan tidak rasmi

2012

- Mengambil gambar perjalanan sekolah

(Selasa)

- Mengumpul maklumat sekolah


Sejarah

Carta organisasi
Kemudahan
- Mendapatkan maklumat sekolah selanjutnya dengan
guru data emis Pn. Noryusniza bt. Md. Yusup
- Mengambil gambar persekitaran sekolah

3.

8 Ogos

- Mendapatkan maklumat mengenai maklumat pusat

2012

sumber sekolah dan juga bilik BBM Dari En. Azmi bin

(Rabu)

Abdullah
- Mengemaskini laporan
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua
kelas termasuk kelas prasekolah, pemulihan khas dan
juga pendidikan khas.

4.

9 Ogos

- Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan

2012

pembelajaran murid tahun 3 bagi subjek Pendidikan

(Khamis)

Seni Visual
- Menemu ramah pelajar berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan.
- Mengemaskini laporan dan maklumat

5.

10 Ogos

- Menghadiri bacaan yasin

2012

- Taklimat mengenai sumbangan anak yatim dan juga

(Jumaat)

pelajar miskin sempena Hari Raya


- Taklimat Ujian bulanan pada 12, 13, 14 Ogos 2012.

6.

13 Ogos

- Menghadiri perhimpunan rasmi

2012

- Menemu ramah Panitia Pendidikan Seni Visual

(Isnin)

- Melihat fail-fail Panitia Pendidikan Seni Visual


- Menemu ramah GPK Ko-kurikulum
- Menemu ramah GPK HEM

7.

14 Ogos

- Mengemaskini laporan dan maklumat

2012

- Melihat persekitaran murid di dalam perpustakaan.

(Selasa)

- Menemu bual murid.


7

8.

15 Ogos

- Mengambil rekod pelajar untuk dijadikan kajian bagi

2012

9.

tugasan psikologi pendidikan.

(Rabu)

- Melihat guru menjalankan gerak gempur murid tahun 6

16 Ogos

- Tadarus Al-Quran oleh murid

2012

(Khamis)

Program sumbangan duit raya serta sumbangan anak


yatim

- Relief kelas 5 Bestari


- Menyerahkan lampiran sahsiah kepada Guru Besar
- Berjumpa dengan GPK Pentadbiran berkaitan struktur
organisasi sekolah.
- Bersalam-salaman sesama guru dan murid
Catatan :.

2.5 Penilaian dan Laporan

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani


bermula dari 6 Ogos 2012 hingga 16 Ogos 2012 banyak memberi pengetahuan baru
kepada saya. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang terletak di Kg.
Ayer Limau, Masjid tanah, Melaka. Seperti yang kita semua tahu, sekolah
merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam
kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya
menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai
aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis
akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam
persekolahan berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah
dalam teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini
tidak mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang
murid sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang
dialami tidaklah sama seperti semasa

menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman

yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya
8

dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Melalui persekitaran sekolah,


saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan para guru yang menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat
sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para
guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda
yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui peranan
kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik.
Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan
masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat
kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas
sangat penting ketika guru sedang mengajar. Ini kerana purata saiz kelas di sekolah
ini ialah sebanyak 20 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan
terhadap murid-murid yang berada di kerusi belakang. Dalam melunaskan tugasan
PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul
akan direkodkan dalam senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut.
Dengan aktiviti pengumpulan data ini, tugasan ini melatih kami supaya lebih bersikap
proaktif. Data-data yang ingin dikumpul termasuklah mengenai organisasi sekolah,
prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di sekolah. Hal ini sekaligus
memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang sewajarnya ada dalam satu
sekolah.

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan


sekolah,

guru-guru,

kakitangan

sekolah,

dan

murid-murid. Berdasarkan

isi

perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka


terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami
ke atas para pelajar. Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap
berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak


membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya
tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman

bagi memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai
seorang guru kelak.

3.0

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa


kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah

sempurna

dan

mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.


Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang
hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur
bangunan yang lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk
mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di
persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dindingdinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini

mengajar

dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut
akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan.

3.2 Temu Bual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.
Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru
penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru
10

penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan
sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan
beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik.
Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini

3.3 Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan


kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah
ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang
menarik mengenai sekolah ini.

4.0

KOLABORASI

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama


beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi
yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa,
kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di
samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga
meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.
Rujuk Lampiran Kolaborasi di muka surat sebelah.

4.1 Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah


4.2 Perbincangan dengan Guru-guru
4.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah
4.4 Interaksi dengan Murid

11

5.0

ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi


pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program
ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar
IPG. Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ditugaskan untuk mengikuti
PBS pada semester kedua. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman
awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah


sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti
sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS
pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar
dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan


yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus
tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi
mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur
dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah :

Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.

Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan


dengan sistematik.

Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan


aktiviti yang difokuskan.

Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /


tindakan susulan.

12

Objektif :

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :

Memahami budaya sekolah

Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah

Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim


pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan


analitikal

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan

Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa


sesi refleksi

5.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman
tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan
bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan
mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited.
Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih
sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding
pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan
sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek
agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati
dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Ayer Limau yang telah
dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut
menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat
13

ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap
selamat kepada guru ketika melintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan
guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk
modal insan yang gemilang.

Meskipun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman yang kurang sempurna


kemudahannya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan
cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong
kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi
sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran
Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam
perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak
perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak
seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak malu untuk
menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran yang baru,
tetapi ia cuba diadaptasi.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan


Pengalaman Berasaskan Sekolah

ini.

Antara yang telah saya perolehi adalah

peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi,


rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses
perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas
atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan
yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal
ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalansoalan juga turut ditanyakan.
14

Antara soalan yang ditanyakan ialah:

Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?

Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?

Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?

Apakah

mata

pelajaran

yang

menyumbang

kepada

kecemerlangan

akademik?

Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?

Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam


memantapkan akademik murid?

Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?

Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?

5.3 Soal Selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah.
Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas
menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni
di kalangan murid-murid.

Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam
seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat,
keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik
hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan
sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja, kami
memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang
sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan para
pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan
maklumat ini pada masa kelas ganti

15

5.4 Pengalaman Di Sekolah

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Ayer Limau

Alamat Sekolah

: BT 19 Kg. Ayer Limau 78300


Masjid Tanah, Melaka

Kod Sekolah

: MBA 007

No Telefon

: 06-3845496

E-Mail

: mba0007@ppdalorgajah.edu.my

Homepage

: www.sekolah.mmu.edu.my/skayerlimau/

Gred Sekolah

: A (Luar Bandar)

Sesi Sekolah

: Pagi Sahaja

Bilangan Kelas Biasa

:7

Bilangan Kelas Pra Sekolah

: 1 Kelas

Bilangan Kelas Pemulihan

: 1 Kelas

Bilangan Kelas P.Khas

: 2 Kelas

Bilangan Guru

: 25 Orang

Bilangan Jaga

: 4 Orang

Guru Besar

: Tuan Haji Mohd Hatta bin Kechil

Penolong Kanan Pentadbiran

: Pn. Noor Aini binti Othman

Penolong Kanan HEM

: En. Mansor bin Maalip

Penolong Kanan Ko-Kurikulum

: En. Mansor bin Maalip (Memangku)

Guru Media

: En. Azmi bin Abdullah

16

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1951 sekolah pertama dibina oleh penduduk kampung secara
gotong-royong dan terletak di Jalan Sekolah Lama

Nama asal Sekolah ini ialah SEKOLAH MELAYU AYER LIMAU.

Beralamat : Bt. 19 Jalan Sekolah Lama , Kampung Ayer Limau ,Masjid Tanah,
78300 Melaka.

Pengasasnya ialah Datok Pawang Haji Karim Tamby. Disokong oleh


penduduk tempatan iaitu 4 orang pengasasnya, 4 orang ketua adat dan 2
orang lembaga serta seorang kepala tukang iaitu En. Lasim bin Tamby.

Sekolah ini merupakan sekolah atap.

Bangunan dibina secara sukarela oleh penduduk dan mendapat sokongan


kuat daripada Tn. Haji Hassan Yaakop J.

Tapak bangunan seluas ekar dengan harga RM 300.00

Tiang dan alang dari kayu gelam, berdinding papan dan beratap rumbia serta
berlantai simen.

Pada mulanya hasrat murni penduduk-penduduk tempatan untuk mendirikan


sekolah ditentang oleh kerajaan British. Tetapi dengan penuh tekad dan
semangat ingin maju, maka bangunan sekolah tersebut dapat didirikan.

Mengandungi 3 buah kelas tetapi sebuah kelas diadakan di bawah pokok.

Bangku dan meja panjang murid disediakan oleh kerajaan dan penduduk
tempatan.

Seramai lebih kurang 108 orang murid kampung Ayer Limau yang sedang
bersekolah di Sekolah Melayu Masjid Tanah ditarik dan dihantar ke sekolah
ini.

Seramai 4 orang guru disediakan iaitu :


1. Cikgu Yaakob bin Ab. Manap ( Guru Besar )
2. Cikgu Ahmad bin Hassan
3. Cikgu Md Yaasin bin Ali
4. Cikgu Salmah bte Udin

17

Pada tahun 1955 sekolah ini ditukarkan namanya kepada:SEKOLAH UMUM AYER LIMAU.

Bentuk pentadbiran : Guru Besar dan J/Kuasa Penasihat Sekolah.

PERKEMBANGAN SEKOLAH.

Oleh kerana bangunan sekolah Umum Ayer Limau telah buruk dan rosak dan
murid-muridnya bertambah ramai , maka Allahyarham Datuk Pawang Hj.
Kasim bin Hj. Tambi , menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mendirikan
sekolah baru.

3 orang jawatankuasa Perunding telah dilantik :1. Allahyarham Datuk Pawang Hj. Kasim bin Hj. Tambi
2. Datuk Sidang Lasim bin Jaamat
3. Tuan Hj. Janom bin Latif

Supaya membuat perundingan dengan Jabatan Pelajar Melaka yang pada


masa itu bertempat di Jalan Kota Melaka

Berjaya mendapatkan sebidang tanah di tepi jalan di Batu 19 Kg. Ayer Limau ,
Masjid Tanah, Melaka seluas ekar daripada tuan punya tanah En. Kasim
bin Tahir dan En. Shamsudin bin Abdullah.

Pembinaan sekolah baru dimulakan oleh kerajaan negeri pada awal tahun
1956 mengandungi 2 buah bilik darjah separuh simen, beratapkan adek dan
berlantaikan simen.

Pada 27.11.1956 sekolah ini siap pembinaannya dan dirasmikan oleh En.
Baba bin Othman, Guru Pelawat Kawasan Kuala, disertakan dengan doa
selamat oleh Pegawai Pentadbir Sekolah dan Guru Besar.

Hanya 2 darjah sahaja berpindah ke situ


i . Darjah 5 seramai 33 orang diajar oleh Cikgu Ahmad bin Hassan
ii. Darjah 2 seramai 40 orang diajar oleh Cikgu Siti Rahmah bte Ali.

Darjah-darjah lain masih lagi belajar di sekolah lama. Keramaian murid ialah :Lelaki - 87 orang } dari 6 aliran darjah
Perempuan - 55 orang

18

SEKOLAH TAMBAHAN NO.2410

Memandangkan kesusahan guru besar mentadbir dua buah sekolah dan


keramaian murid yang semakin bertambah maka Lembaga Pengurusan
Sekolah Mendesak kerajaan mengizinkan lagi sekolah tambahan.

Pada akhir tahun 1957 pembinaan sekolah tambahan bermula dan siap pada
05.02.1958 mengandungi 4 buah bilik darjah.

Pada 09.02.1958 semua murid daripada 6 aliran daripada seramai 277 orang
telah mula belajar di sini.

Perasmian diadakan pada 03.05.1958, kerjasama daripada LPS dan


masyarakat serta guru.

Sekolah ini dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LIMAU.

Dirasmikan oleh YB. Datuk Nik daud setiausaha kerajaan negeri. Turut serta
ialah YB. Datuk Mohd Sudin Ab. Rahman DKSJ, BKT, MBE, SP, Ahli Majlis
Mesyuarat, Penolong Pengarah Daerah Alor Gajah, Datuk Penghulu Masjid
Tanah, Guru Pelawat Kuala dan 300 penduduk tempatan.

Oleh kerana pertambahan murid-murid dan kurangnya bilik darjah , maka


pada 01.07.1958 bermulanya sesi pagi dan petang :Pagi - Darjah 1A, 1B, 2A ,4 dan 6
Petang - darjah 3 dan 5.

SEKOLAH TAMBAHAN LAGI JKR NO. 2495

Dalam Rancangan Pembangunan Malaysia yang Ke 2 , Sekolah baru


tambahan dimasukkan untuk sekolah ini. Jadinya pada akhir tahun1971,
pembinaannya dimulakan dan pada 28.02.1972 bangunan ini siap dibina dan
keadaannya :- konkrit bata setinggi 2 tingkat
- mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik rehat, 2 buah stor , 4 bilik tandas
guru dan murid.
- Lengkap api dan air

Pada tahun1988 sebuah bangunan baru 4 bilik darjah didirikan yang berharga
lebih kurang RM 50.000. bangunan ini di kenali sebagai Projek Gotong
Royong Jabatan Pendidikan Melaka bersama PIBG.
19

Untuk meningkatkan lagi serta galakkan kepada murid-murid sebuah


bangunan pusat sumber telah dibina, bangunan ini ditaj oleh Bank Dunia pada
tahun 1990. Bangunan ini merupakan pusat kegiatan dan ilmu murid-murid
dan guru-guru di sini.

Pada tahun 2000 ini sebuah makmal komputer akan didirikan berhadapan
Pusat Sumber. Bangunan ini berukuran 30` x 80`. Peruntukan dari
Kementerian Pendidikan.

NAMA-NAMA GURU BESAR YANG BERTUGAS


Tahun

Nama

1951 1955

En. Yaacob b. Ab. Manap

1956 1957

En. Shamsudin b. Bujal

1957 1967

En. Yaakob b. Ab. Manaf

1967 1978

Tn. Hj. Ab. Manaf b. Manan

1978 1979

En. Bujang b. Mahmud

1980 1985

En. Shaaban b. Abu

1986 1995

En. Mohd Kamal b. Ab. Samad

1995 - 13.10.95

En. Isa b. Hj. Ahmad

1996 - 28.01.98

Tn. Hj. Ideris b. Hj. Latif

1998 - Feb. 2000

Tn. Hj. Abu Samah b. Baba

2001 2008

Pn. Hjh. Kalsom bt Muhamad

2008 2010

Pn. Hjh. Zuleikha bt. A. Rahman

2010 sekarang

Tn. Hj. Mohd Hatta b. Kechil

20

BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LIMAU

LOGO SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

BELAJAR BERSATU
KATA HIKMAH KITA
BERSUNGGUH TUNTUT ILMU
BEKALAN MASA DEPAN KITA

TULUS DAN IKHLAS


MENDIDIK BANGSA
ANAK BANGSA
BERLANDASKAN RUKUN NEGARA
KE ARAH WAWASAN KITA

AYUH, SK AYER LIMAU


CAPAI CITA, CITA SEMUA
BERGERAKLAH PENUH TENAGA
BELAJAR DAN BERSATU

21

VISI KURIKULUM
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI KURIKULUM
Membangun potensi individu melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT KURIKULUM
i.

Membina pelajar yang bercita-cita tinggi, beriltizam, dan mampu


mencapai

kecemerlangan

akademik

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan Negara.
ii.

Menyerlahkan keterampilan pelajar dalam bidang akademik.

iii.

Memperluas pengetahuan pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam dan


luar bilik darjah.

iv.

Mempertingkat pencapaian keseluruhan akademik ke tahap yang boleh


dibanggakan.

OBJEKTIF KURIKULUM
Pelaksanaan perancangan kurikulum diharapkan akan dapat :
i.

Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik

ii.

Membina golongan pelajar yang berkebolehan dan berfikiran positif

iii.

Mampu menyerap ilmu dari pelbagai sumber serta digunakan dalam


pelbagai aspek kehidupan.

iv.

Meningkatkan prestasi sekolah dalam semua jenis peperiksaan dan


penilaian.

STRATEGI KOKURIKULUM
i.

Memastikan

setiap jawatankuasa

yang dilantik menyediakan

perancangan dan dilaksanakan mengikut takwim.


ii.

Mematuhi segala arahan dan bertindak seperti yang ditetapkan oleh


pihak pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah dan Jabatan
Pelajaran Melaka.

iii.

Menyedarkan murid akan kepentingan pencapaian akademik seiring


dengan pencapaian emosi dan sahsiah.

22

iv.

Memastikan segala kemudahan dan peluang belajar tersedia dan


efisien.

v.

Melaksanakan aktiviti berbentuk kurikulum dengan penglibatan


semua pihak serta kerjasama daripada ibu bapa.

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH


SEK KEB AYER LIMAU.
CARTA ORGANISASI - 2012
TN.HJ.MOHD.HATTA BIN KECHIL
GURU BESAR

PIBG

KEBERSIHAN/KECERIAAN

HAL EHWAL MURID

KURIKULUM

EN MANSOR BIN MAALIP

PN.NOOR AINI BTE OTHMAN

SETIAUSAHA
PN SUHAINI BAKAR

SETIAUSAHA
PN.HASROLIZA BT M HASHIM

DISPLIN/ PENGAWAS

KOKURIKULUM

SETIAUSAHA
HJH NORAZLINA

JADUAL WAKTU

PANITIA B. MELAYU

PENYELARAS KELAB

KESEL JALAN RAYA

PN SUHAINI BT ABU BAKAR

PN NOR ASYURA

EN.MOHAMAD NOR

EN ASRUL HAKIM

PENCEGAHAN DADAH

KECEMERLANGAN PELAJAR

PANITIA B.INGGERIS

BAHASA

BOLA SEPAK

UTZ MOHD NIZAM

PN SITI WARDAH/MOHD NOR

PN.HASROLIZA

HJH. SALMIAH

MOHD NOR

PROG. BEBAS DENGGI

KEWANGAN SEKOLAH

PANITIA MATEMATIK

AGAMA ISLAM

BOLA BALING

PN JARA BT KOMING

PN ZAILAN BT A.GHANI

MOHD NOR

UTZ NIZAM

M.ASRAF

PN NOR ASYURA

EN MOHAMAD NOR

KESIHATAN & RAWATAN


PN JAMILAH
KESELAMATAN
PN RASILAH
KANTIN SEKOLAH

RMT DAN PSS

ICT/MAKMAL KOMPUTER

PANITIA SAINS

SAINS/MAT

BOLA JARING

PN SITI WARDAH

PN HJH SAMIAH

PN HASROLIZA/ASRUL HAKIM

PN SITI WARDAH

PN.SUHAINI

PN SITI RASILAH

EMIS & SMM

KWAPM/KEBAJIKAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PANITIA SAINS SOSIAL

SENI DAN BUDAYA

TAKRAW

NOR YUSNIZA BT YUSOF

PN ROHANI

EN AZMI BIN ABDULLAH

PN NUR YUSNIZA

PN.NORASYURA

ASRUL HAKIM

LAWATAN

SKIM BAUCAR TUISYEN

INVENTORI SEKOLAH

P.AGAMA ISLAM

RUKUN NEGARA

OLAHRAGA

PN.HJH SALMIAH

PN.HAMIDAH

PN HAMIDAH

HASROLIZA

PN HAMIDAH
BIMBINGAN

INSURAN/SIMPANAN

PEP. UPSR/DALAMAN/SAPS

LAT. DLM PERK.(LDP)

PENGAKAP

SU SUKAN

PN FAZLEHAYANTI

PN MASNIZA

PN SITI WARDAH/MASNIZA

PN.HAMIDAH

EN AZMI B ABDULLAH

UTZ M.NIZAM

KEBAKARAN

RIMUP

PIPP/NKRA

SIS.BIM.TAULAN(SBT)

TUNAS KADET REMAJA

MERAH

EN HALIS B AHMAD

EN AZMI ABDULLAH

PN JAMILAH WAHAB

PN HASROLIZA

PN.ELMA GAGOR

EN ASRUL HAKIM

BUKU TEKS(SPBT)

K.PENCEGAH JENAYAH

PERAN. STRATEGIK/PERAN.SK

PPSMI/ETeMS

BULAN SABIT MERAH

BIRU

EN.ASRAF BIN AZMI

EN ASRUL HAKIM

HJH AZLINA/EN HALIS

EN ASRUL HAKIM

PNMASNIZA

EN MOHD NOR

DOKTOR MUDA

DATA DAN EMIS

LINUS/MBMMBI

HIJAU

KUNING

HJH NORAZLINA

PN NUR YUSNIZA YUSOF

EN.MOHD ASRAF

EN AZMI ABDULLAH

EN MOHD ASRF

NKRA

PBS/KSSR

KOMPANG

HOKI

PN JAMILAH BT A WAHAB

PN NOR ASYURA

EN HALIS

PN YUSNIZA

23

KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

24

5.5 Pengalaman di Bilik Darjah

Saya berpeluang melihat perjalanan P&P seorang guru Pendidikan Seni


Visual di kelas 3 Bestari semasa menjalankan PBS di SK Ayer Limau. Dengan
memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengambil peluang untuk
mendalami suasana di dalam kelas dengan melihat aktiviti murid-murid
sepanjang aktiviti seni dijalankan. Pada hari itu mereka telah membuat aktiviti
membentuk dan membina arca mobail yang bertemakan mobail ikan.

Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana
pembelajaran kerana murid-muridnya begitu bersungguh-sungguh walaupun
kemudahan kelas adalah bersifat sederhana. Dari situ, saya dapat
mengetahui

kaedah

pengajaran

yang

digunakan

oleh

guru

untuk

memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya,


guru-guru

lebih

menggunakan

kaedah

pengajaran

tradisional

kerana

kebanyakan kelas tidak mempunyai kemudahan LCD melainkan bilik-bilik


khas.

Ia tidak menjadi satu halangan kepada guru-guru semasa menjalankan aktiviti


bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya untuk aktiviti bidang
membentuk dan membina ia sedikit sebanyak membantu saya dalam
pengajaran kelak. Ini kerana pengawalan kelas oleh guru ini amat baik
sehingga perjalanan pengajaran dan pembelajaran dapat dihabiskan dalam
tempoh yang telah ditetapkan.

25

Guru menerangkan isi pelajaran

Murid sedang mendengar arahan guru

26

Murid menyediakan alat dan bahan

Guru menunjukkan demonstrasi kepada murid

27

Guru membuat contoh

Murid mengikut contoh dan acuan yang diberikan oleh guru

28

Aktiviti murid

Antara Mobail murid yg dapat dibentuk

29

Murid membuat penggantung mobail

Arca Mobail yang dapat disiapkan oleh murid-murid

30

Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh


murid secara berkesan

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang
diberi oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran
juga memainkan peranan. Saya menjalankan pengalaman berasaskan
sekolah di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau selama 2 minggu. Sepanjang
menjalankan tugasan ini, saya dapat menjalankan pemerhatian

terhadap

guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas. Guru-guru menggunakan


pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah. Antara bahan pengajaran
yang digunakan adalah :

Papan Hitam

31

CD/ VCD Ilmiah

Carta

32

Buku Teks/ Modul

Bahan 3D

33

Alat dan bahan

Bahan Bantu Mengajar

34

Susun Atur Bilik Darjah


Sepanjang

pemerhatian

yang

dijalankan

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam kelas keadaan kelas bersih dan bersifat sederhana.


Rata-rata setiap kelas di sekolah tersebut mempunyai susun atur yang
hampir sama. Di bawah merupakan pelan susun atur kelas 3 Bestari :

PAPAN HITAM

MEJA
GURU

BAHAN
PAMERAN

35

6.0

REFLEKSI

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk menaakul,


memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian
kendiri.

Amalan

refleksi

ini

membolehkan

pelajar

menghayati

dan

meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap


tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi
sebagai asas untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti setiap tugasan
secara berterusan. Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan
keupayaan celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas
yang dijalankan. Secara langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti
insan guru yang mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi.
Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

36

7.0

LAPORAN AKHIR

Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan


Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini
memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah,
saya telah memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Kampung Ayer Limau,
Masjid Tanah, Melaka. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Ayer Limau.
Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada
berdekatan dengan rumah ibu bapa saya. Sekolah ini lebih menonjol ke arah KoKurikulum berbanding dalam akademik. Ini kerana pada tahun ini sekolah ini telah
memenangi pingat emas dalam acara lempar cakera peringkat kawasan zon Masjid
Tanah. Selain itu juga, telah merangkul tempat kedua dalam acara jalan kaki (800
meter) peringkat kawasan zon Masjid Tanah. Setelah beberapa hari menjalankan
tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara
sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul
dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan,
pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid, saya
belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya
juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan
di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti
kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan
sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit
beruniform.

Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah

menyeluruh. Setiap pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut.


Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan.

Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang


dalam akademik. Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun. Teknik
dan strategi pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar
di samping usaha mereka sendiri.

Pihak sekolah juga berperanan menjalankan

aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian para pelajar.

Sebagai contohnya,

program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.
37

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan
murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan
oleh pihak sekolah. Sepanjang bulan Ramadan, waktu rehat murid-murid diisikan
dengan program tadarus. Ia dijalankan bagi menggalakkan murid-murid menjalani
aktiviti bulan ibadah dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak


belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami
budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam
mewujudkan pembelajaran yang berkesan.

38