Anda di halaman 1dari 14

Penggunaan 'TOnes Cards' (TOC) Dalam Meningkatkan Penguasaan

Kemahiran Operasi Tolak Nombor Hingga 50 Yang Melibatkan


Pengumpulan Semula
Oleh
Nor Idzma binti Mohamad
idzmaskpj13@yahoo.com
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu tiga orang murid Tahun 1 dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula
menggunakan 'TOnes Card'. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada murid Tahun 1 di sebuah
sekolah kebangsaan di daerah segamat Johor. Dalam kajian ini, ativiti-aktiviti dalam sesi
rawatan disusun secara berperingkat dengan menggunakan bahan manipulatif ini dapat
menarik minat dan perhatian murid. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis melalui ujian
pra dan ujian pasca, pemerhatian , rekod kemajuan murid dan sesi temubual. Analisis ujian
pra dan ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan skor bagi ketiga-tiga subjek
kajian. Penyemakan data turut dibuat menggunakan Triangulasi kaedah. Bedasarkan hasil
pemerhatian, rekod kemajuan murid dan temubual mendapati bahawa penggunaan "TOnes
Card' ini berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula.
Kata kunci: 'TOnes Card', operasi tolak, pengumpulan semula, bahan manipulatif.

ABSTRACT
This action research was undertaken to assist the three pupils in Year 1 in improving
operational skills mastery minus involving regrouping using ' Tones Card ' . The target group
consists of Year 1 pupils in a primary school in the area Segamat Johor . In this action
research, activity in the treatment sessions are arranged in stages using manipulative
materials can attract the interest and attention of students. Data were collected and analyzed
through a pre-test and post-test , observation , student progress records and interviews .
Analysis of pre-test and post-test showed that there was an increase in scores for all three
subjects. Revision of data were made using triangulation method . Based on the results of
observations , student progress records and interviews found that the use of " Tones Card ' is
effective in improving the proficiency of operations minus involving regrouping.
Keywords : ' Bones Card ' , minus operating , regrouping , manipulative materials .

KONTEKS
Sepanjang tempoh mengajar murid Tahun satu ini saya mendapati subjek Matematik yang
banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu abstrak untuk difahami oleh murid Tahun Satu.
Tidak seperti pengalaman mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah menguasai
kemahiran fakta asas dan penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang lebih abstrak dan
menggunakan rumus. Setelah menjalankan sesi pembelajaran, saya mendapati wujudnya
masalah dalam tajuk operasi tolak melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa
dikalangan beberapa orng murid. kajian ini adalah untuk melihat membantu murid yang
bermasalah dalam menguasai kemahiran menolak dua nombor yang melibatkan proses
mengumpul semula. Kesalahan ketara yang dibuat oleh murid-murid ini dalam menolak
menggunakan bentuk lazim ialah menggunakan nombor yang besar untuk menolak nombor
yang kecil tanpa mengambil kira proses pengumpulan semula dan tidak mengumpul semula
nilai 10 dengan nilai sa yang sedia ada setelah mengambil 1 dari rumah puluh. Murid dilihat
mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan soalan walaupun cara tersebut salah. Sebagai
kesimpulan, isu ini bukanlah cabaran baharu untuk saya dan saya rasa tiba masanya untuk
saya mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Penyelesaian isu ini bukan sahaja penting
kepada saya sebagai seorang guru matematik, namun juga penting kepada anak-anak murid
saya kerana penyelesaian isu ini akan membawa kepada peningkatan penguasaan murid dalam
kemahiran tolak ini akan membantu mereka menguasai kemahiran matematik yang lain
seperti operasi bahagi dan penyelesaian masalah.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Sepanjang tempoh mengajar murid Tahun 1 ini saya mendapati subjek Matematik yang
banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu abstrak untuk difahami oleh murid Tahun 1 di
sekolah ini. Tidak seperti pengalaman mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah
menguasai kemahiran fakta asas dan penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang
menggunakan rumus. Setelah menjalankan sesi pembelajaran, saya mendapati wujudnya
masalah dalam tajuk operasi tolak melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa. Hal ini
dapat dikesan melalui pemerhatian, dan semakan hasil kerja murid serta ketika sesi soal jawab
di dalam kelas . Walaupun bukanlah kesemua murid menghadapi masalah ini namun timbul
tanda tanya di hati saya mengapa hal ini boleh berlaku terhadap beberapa orang murid. Oleh
kerana sudah agak lama mengajar murid tahap 2, pada mulanya saya beranggapan kesilapan
yang berlaku akibat kecuaian semata seperti yang biasa dilakukan oleh murid tahap 2 namun
setelah diteliti kesilapan itu berpunca dari salah tanggapan konsep atau miskonsepsi. Antara
miskonsepsi yang berlaku ialah terdapat murid tidak faham unsur pinjam atau ambil untuk
dikumpulkan semula di dalam nilai tempat yang betul.
Mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid kerana
ia melibatkan kemahiran pertukaran antara nilai tempat dan gabungan nilai asal dengan nilai
yang dipinjam. Melalui permerhatian saya, murid cenderung menolak secara sembarangan
dengan mengabaikan fungsi nilai tempat. Sebelum menguasai kemahiran menyelesaikan
operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula ialah murid perlu menguasai kemahiran
mengenal nilai tempat dan nilai digit bagi nilai tempat tersebut, perubahan nilai yang berlaku
apabila berlakunya pertukaran nilai tempat, kemahiran menambah dan kemahiran asas tolak
dalam lingkungan 10. Walaupun kaedah tolak dengan mengumpul semula dimana nilai 10
yang dipinjam dan tambah nilai asal yang ada telah diajar di dalam kelas, namun masih
terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut
ketika
menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula.
2

Fokus Kajian
Dalam Matematik, terdapat empat jenis operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi
tambah merupakan operasi yang paling mudah difahami dan dipelajari oleh murid-murid.
Masalah timbul apabila murid-murid mula mempelajari operasi tolak. Murid seringkali
mencampur adukan atau keliru dengan operasi tolak dan operasi tambah. Kesalahan umum
yang sering dilakukan oleh murid adalah mencari hasil tambah pada soalan penolakan
ataupun murid hanya tahu menolak nilai kecil daripada nilai besar sahaja. Kemahiran menolak
adalah antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Sekiranya murid tidak
menguasai kemahiran ini dari peringkat asas, maka mereka akan menghadapi masalah apabila
kemahiran operasi asas seperti tolak ini semakin berkembang dengan menggunakan nombor
yang lebih besar. Selain itu sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini, murid ini akan
menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran seterusnya seperti operasi bahagi dan
operasi bergabung. Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah mengenal pasti tiga
orang murid yang dipilih sebagai subjek kajian . Mereka dipilih kerana kesalahan yang
mereka lakukan adalah sama semasa menjawab soalan Ujian Diagnostik yang diberikan.
Ketiga-tiga subjek kajian ini boleh melakukan operasi tolak tanpa mengumpul semula tetapi
menghadapi masalah dalam kemahiran menolakyang melibatkan pengumpulan semula.
Dalam kajian ini saya telah memilih penggunaan 'TOnes Card' untuk membantu subjek
kajian menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.'Tones Card'
ialah set kad jalur nilai puluh dan kad nilai sa. Bahan ini dibina menggunakan warna yang
terang bagi menarik minat dan perhatian subjek kajian. Bahan ini dipilih kerana penggunaan
bahan manipulatif amat sesuai bagi pembelajaran pada peringkat umur seperti mereka iaitu 6
hingga 7 tahun (Jean Piaget,1970). 'TOnes card' juga dsertakan dengan tapak bentuk lazim
untuk membantu mereka mengenal nilai tempat dan memudahkan proses mengumpul semula.

Kad nilai sa

Kad jalur nilai puluh

Tapak bentuk lazim

Rajah 2: Contoh 'TOnes Card' dan tapak bentuk lazim yang digunakan

Tinjauan literatur
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila murid
mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982;
McDermott 1984; Resnick1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar
sesuatu perkara yang tidak betul,kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Sering berlaku
kesilapan dalam memahami konsep operasi asas ini kerana guru selalu beranggapan bahawa
3

muid dapat menguasai sesuatu konsep itu dengan mudah melalui penerangan semata-mata.
Hal ini menyebabkan berlakunya salah faham atau miskonsep di kalangan murid-murid. Salah
satu kelemahan dalam operasi asas ini yang dikenalpasti ialah operasi tolak dengan
mengumpul semula. Ia bersifat abstrak dan sukar difahami oleh murid terutama murid tahun
satu. Walaupun murid telah menguasai operasi tolak yang melibatkan dua digit dengan dua
digit tanpa mengumpul semula, mereka masih menghadapi masalah tidak memahami nilai
pertukaran antara nilai tempat semasa proses mengumpul semula (Cauley,1987).
Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan alat bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu untuk
meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid
terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981) Konsep nombor boleh
dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertama ialah peringkat konkrit diikuti oleh
peringkat gambar kemudian peringkat separa konkrti dan barulah peringkat abstrak( Mok
Soon Sang, 2005). Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang
diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat
mencapai sesuatu tahap. Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan
kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadap apa yang dipelajari.
Bagi Mengatasi masalah operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dengan
penggunaan Bahan manipulatif juga telah digunakan dalam kajian yang dijalankan oleh Ra
Fiona Anak Raban (2008) dan Susie anak John (2012)..
Dalam kajian ini saya memilih untuk menggunakan bahan manipulatif iaitu penggunaan kad
mengikut nilai tempat (TOnes Cards) bagi membantu murid menguasai kemahiran penukaran
nilai tempat sebelum menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula ini. Bahan
manipulatif ini dipilih oleh saya kerana ia merupakan bahan yang boleh di aplikasikan
kepada deria manusia terutama kanak-kanak, yang sangat memerlukan bahan manipulatif
sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk :
mengkaji kesan penggunaan 'TOnes Cards' dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula
di kalangan 3 orang murid tahun 1.
Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
i. Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian
dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula.
ii. Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam
kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula.

Kumpulan Sasaran.
Kajian ini melibatkan tiga orang murid Tahun Satu dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah
Segamat Johor. Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan
pada 27 Januari 2015. Subjek kajian ini terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan seorang
murid perempuan yang berbangsa melayu.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Dalam kajian ini saya menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart sebagai asas kepada
pelaksanaan kajian. Menurut Kemmis dan Mc Tagagart (1988), kajian tindakan merupakan
satu proses kitaran dan berterusan.
Perancangan Tindakan
Post (1992) mengatakan bahawa penambahan dan penolakan merupakan dua operasi yang
pertama sekali dikemukan kepada murid dalam pembelajaran Matematik mereka secara
formal. Jadi, penguasaan kemahiran penolakan asas adalah penting untuk menarik minat
murid dan membentuk cara berfikir secara matematik. Sekiranya kemahiran asas ini tidak
dapat dikuasai, bagaimana mereka hendak memahami dan mempelajari tajuk yang seterusnya
nanti? Dengan ini, saya telah mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah bahan bantu
mengajar yang dapat saya gunakan dalam membantu murid saya yang bermasalah dalam
menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Justeru itu saya
mula merancang dan membina bahan manipulatif yang saya namai 'TOnes Card' iaitu set kad
jalur nilai puluh dan kad nilai sa yang disertakan dengan tapak bentuk lazim. Selain itu saya
juga turut menyediakan instrumen-instrumen yang akan digunakan untuk kajian ini seperti
soalan ujian pra dan ujian pasca, borang pemerhatian dan soalan-soalan untuk sesi temubual.
Pelaksanaan Tindakan
Setelah selesai menyediakan instrumen-instrumen yang diperlukan, saya melangkah ke
kitaran kedua iaitu bertindak. Saya mula bertindak dengan mengadakan ujian diagnostik
pada 27 Januari 2015 dan hasilnya saya telah memilih 3 orang murid untuk dijadikan subjek
kajian. Setelah memilih subjek kajian, ujian pra dan sesi temubual pertama telah dilaksanakan
untuk mendapatkan data awal sebelum sesi rawatan dijalankan. Saya telah mengadakan empat
sesi rawatan bersama subjek kajian.
Sesi rawatan pertama adalah sesi pengenalan antara subjek kajian dengan penggunaan 'TOnes
Card'. Subjek kajian juga diperkenalkan dengan tapak bentuk lazim. Dalam sesi ini saya
memberi penerangan tentang kad jalur nilai puluh dan kad nilai sa sebelum tata cara
menggunakan 'TOnes Card' ditunjukkan. Pemahaman tentang nilai tempat adalah sangat
penting bagi membantu mereka dalam proses mengumpul semula. Sebelum menggunakan
'TOnes Card' soalan berbentuk ayat matematik akan diberi dan subjek kajian dibimbing
menulis soalan tersebut pada tapak bentuk lazim dan meletakkan kad jalur nilai puluh (Tens
card) dan kad nilai sa(Ones card) pada kedudukan yang betul. (Rujuk rajah 3).

Rajah 3: Subjek kajian dibimbing ketika menulis


soalan yang diberi dalam tapak bentuk lazim dan
menyusun 'TOnes Card'

Setelah itu barulah subjek kajian didedahkan dengan cara pengumpulan semula menggunakan
'TOnes Card'. Menggunakan 'TOnes Card' subjek kajian akan dapat melihat dengan jelas
bilangan kad sa sebelum menentukan sama ada boleh tolak atau perlu kepada pengumpulan
semula. Untuk pengumpulan semula, subjek kajian perlu ambil 1 kad jalur nilai puluh dan
dibawa ke dalam rumah sa dan menjumlahkan semua sa. Setelah itu bolehlah ditolak dengan
cara mencabut atau mengeluarkan bilangan yang hendak ditolak. Tulis jawapan yang
dipeolehi diruang jawapan. Ulang langkah penolakan pada nilai tempat puluh dan tuliskan
jawapan pada ruang jawapan.

Rajah 4: Subjek kajian dibimbing menjawab soalan


yang diberi menggunakan 'TOnes Card'

Kaedah Mengumpul Data


Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian pra diberi kepada sampel kajian sebelum tindakan pembelajaran menggunakan kaedah
'TOnes Cards' ini dilaksanakan. Dalam kajian ini saya telah memastikan kertas ujian bagi
kedua-dua ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) adalah sama dan setara dari segi soalan,
peruntukan masa dan situasi ujian.Ujian Pra diberi kepada sampel kajian sebelum sesi rawatan
dilaksanakan menakala Ujian Pasca selepas sesi rawatan menggunakan kaedah 'TOnes Cards'
selesai di jalankan. Data daripada ujian ini juga di kumpul dan dianalisis untuk melihat sejauh
mana penggunaan kaedah rawatan yang dipilih dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh
sampel kajian.
Pemerhatian.
Kaedah pemerhatian tertumpu kepada pemerhatian sepanjang proses rawatan berlangsung.
Pemerhatian dilakukan melalui senari semak dan rakaman foto serta video. Dr
Fadhillah(2008) menyatakan pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih
mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian
tanpa bantuan orang lain. Kaedah pemerhatian juga boleh digunakan dalam kajian untuk
tujuan pengumpulan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam (2002), pemerhatian
adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal first hand encounter tentang perkara yang
6

hendak dikaji. Penggunaan senarai semak adalah untuk mengenalpasti perkembangan subjek
kajian dari segi pengetahuan, sikap, dan kebolehan subjek kajian. Sepanjang aktiviti proses
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di dalam lokasi yang dipilih, respon subjek
kajian dan hasil kerja mereka diperhatikan. Gambar diambil semasa mereka menyelesaikan
soalan operasi tolak dengan mengumpul semula untuk di telti. Senarai semak ditanda semasa
dan selepas sesi rawatan berdasarkan rakaman foto dan video. Sepanjang sesi rawatan
pemerhatian dilakukan oleh saya sendiri dan dengan bantuan orang lain. Butiran pemerhatian
akan dicatat di dalam borang catatan pemerhatian yang disediakan.

Temu bual murid


Menurut Chow dan Jaizah (2012), temubual adalah satu teknik yang amatberkesan untuk
meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai, dan pendapatnya. Untuk kajian
ini, saya menggunakan temu bual berstuktur kerana saya ingin mendapatkan pendapat dan
tahap penguasaan subjek kajian dalam masalah yang dihadapi. Temu bual berstruktur juga
difikirkan sesuai dengan tahap keupayaan murid saya. Soalan-soalan dalam sesi temu bual
telah disediakan terlebih dahulu dengan merujuk kepada dua kajian yang lepas (Ra Fiona
Anak Raban (2008) dan Susie anak John (2012)). Temubual diajalankan sebelum dan selepas
sesi rawatan dijalankan. Hasil dari temu bual ini turut dijadikan sokongan untuk
menunjukkan sama ada murid berminat dan menguasai kaedah dan bahan 'TOnes Card' yang
digunakan dalam kajian ini. Selain itu, saya menemubual seorang dari subjek kajian pada
satu masa supaya subjek kajian tidak meniru jawapan seperti yang dijawab oleh subjek kajian
yang lain. Objektif temubual adalah untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan
kajian iaitu bagaimana 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam
kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Saya
menggunakan rakaman foto, dan catatan nota tangan untuk merekod maklum balas daripada
subjek kajian. Kandungan temubual ditranskripkan seterusnya dianalisis secara manual.

Rekod Kemajuan Murid


Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) menyatakan dokumen dapat memberikan maklumat
yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. PSaya menggunakan pendekatan analisis
kandungan terhadap ujian pra, lembaran kerja, dan ujian pasca daripada subjek kajian. Selain
itu saya juga menilai kemajuan subjek kajian dan mengesan kesilapan mereka dalam
penyelesaian soalan latihan yang diberi. Rekod ini adalah sebagai penanda aras bahawa
subjek kajian telah mencapai objektif pembelajaran dan sesi rawatan boleh ditamatkan.

Rajah 4: Subjek kajian menjawab soalan dalam


lembaran kerja menggunakan 'TOnes Card'.
Keputusan dicatat dalam Rekod Kemajuan
Murid.

Analisis dapatan
UjianPra dan Ujian Pasca
Proses menganalisis data dimulakan dengan menganalisis data kauantitatif iaitu keputusan
ujian pra dan ujian pasca. Ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang pertama iaitu
adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian
dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula.
Melalui keputusan tersebut dapatlah dilihat bahawa berlakunya peningkatan yang
memberangsangkan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Melalui keputusan ini didapati
tahap penguasaan subjek kajian telah meningkat selepas sesi rawatan menggunakan 'TOnes
Card' dilaksanakan. (Rujuk Rajah 5).

Perbandingan Markah100%
Ujian
Pra Dan Ujian Pasca
100%
90%

100%
80%
60%
40%
Markah Ujian 20%
0%

Ujian Pra
Ujian Pasca
0%

0%

0%

Subjek Kajian

Rajah 5:Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bagi menjawab soalan kajian yang kedua iaitu: Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50
yang melibatkan pengumpulan semula, analisis data daripada Rekod Kemajuan Murid,
Pemerhatian dan Temubual digunakan.
1. Rekod Kemajuan Murid
8

Analisis data seterusnya adalah analisis Rekod Kemajuan Murid. Melalui Rekod Kemajuan
Murid ini dapat membantu saya untuk melihat perkembangan prestasi subjek kajian dalam
setiap sesi rawatan yang dijalankan. Pada setiap sesi rawatan, subjek kajian akan menjawab
soalan dalam lembaran kerja. Hasil keputusan latihan dalam lembaran kerja ini akan di catat
dalam Rekod Kemajuan Murid. Rajah 6 menunjukkan hasil dapatan yang direkod dalam
rekod kemajuan murid. Data rekod kemajuan murid daripada Jadual 6 menunjukkan bahawa
prestasi ketiga-tiga subjek kajian semakin meningkat sepanjang sesi rawatan dilaksanakan
selepas menjalani Ujian Pra. Subjek Kajian 1 dan 2 didapati dapat menjawab soalan lembaran
dengan menggunakan 'TOnes Card' dengan lebih cepat berbanding subjek kajian 3. Walau
bagaimanapun masih berlakunya kecuaian semasa menjawab soalan.

Data Rekod Kemajuan Murid

Markah

10
8
6
4
2
0

Ujian Pra
Lem. 1
Lem. 2
Lem. 3
Ujian Pasca
Subjek 1

Subjek 2

Subjek 3

Subjek Kajian

Rajah 6: Data Rekod Kemajuan Murid


Rajah 6: Data Rekod Kemajuan Murid
2. Pemerhatian
Saya menggunakan senarai semak sebagai instrumen pemerhatian untuk mengenalpasti
perkembangan subjek kajian dari segi minat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan penguasaan
sepanjang sesi rawatan berlangsung. Saya menandai senarai semak semasa dan selepas sesi
rawatan berlangsung. Saya menandai senarai semak berdasarkan apa yang saya lihat
sepanjang sesi rawatan berlangsung, foto yang diambil oleh rakan dan berdasarkan rakaman
video. Terdapat tujuh kriteria yang di ambilkira bagi mengesan perkembangan penguasaan
9

subjek ketika menjalani sesi rawatan. Berikut (Rajah 7) adalah perbandingan hasil analisis
pemerhatian semasa sesi rawatan kedua dan keempat dijalankan.
Pemerhatian sesi rawatan kedua

Pemerhatian sesi rawatan keempat

Rajah 7: Perbandingan hasil pemerhatian semasa sesi rawatan kedua dan keempat
3. Temubual
Sesi temubual diadakan secara berasingan antara ketiga-tiga subjek kajian. Hal ini bagi
mengelakkan mereka meniru jawapan. Temubual antara saya dan subjek kajian telah
ditranskripkan untuk mngenalpasti keberkesanan Penggunaan 'TOnes Card' dalam
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Hasil daripada temubual yang dijalankan terdapat tiga tema yang
dikenalpasti untuk membantu saya menganalisis data yang di peroleh. Hasil analisis adalah
seperti berikut:
i) Persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula
sebelum dan selepas sesi rawatan.
Contoh transkrip temubual bersama Subjek kajian 1
Sebelum rawatan:
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1

:Awak suka dengan operasi tolak ?


:diam....menggeleng...diam...tak suka sangat
:Kenapa tak suka sangat?
:emmm....diam... susah sikit..
: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?
: Buang..senyum.
: Kalau 5 - 2 berapa?
:...diam seketika... 3 cikgu....
: Kalau 2 - 5 pula berapa?
:...diam... mengangkat bahu.....
10

Selepas rawatan:
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1

:Adakah awak suka operasi tolak?


:Suka....(senyum)
: Kenapa?
: Sebab..(senyum)..... dah pandai buat....

2) Kefahaman subjek kajian dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula
selepas rawatan.
Contoh transkrip temubual bersama Subjek kajian 1, selepas sesi rawatan.
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1

: Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3


tolak 7 berapa?
:Tak boleh cikgu...tak cukup.... kena ambil dari
rumah puluh...
: Ambil berapa?
: Ambil 1 je... letak dalam rumah sa....
: 1 puluh masuk rumah sa, jadi berapa?
: jadi 10...
: Lepas tu?
: 10 tambah 3...jadi 13... lepas tu tolakla...

3) Penggunaan 'TOnes Card' meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran


operasi tolak yang mlibatkan pengumpulan semula.
Contoh transkrip temubual bersama Subjek kajian 1, selepas sesi rawatan.
Guru
Subjek
Guru
Subjek 1
Guru
Subjek 1

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?


: ya....guna 'TOnes Cards' tu..senyum
: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?
: Suka... (senyum)
: Kenapa?
: Sebab senang nak kira...

Kesimpulannya, transkrip temu bual daripada ketiga-tiga subjek kajian ini telah menunjukkan
pandangan dan perasaan mereka terhadap penggunaan 'TOnes Card' dalam menyelesaikan
soalan yang diberikan. Berdasarkan temubual yang dilaksanakan, saya dapati dengan
penggunaan 'TOnes Card, ketiga-tiga subjek kajian ini telah dapat menguasai kemahiran
operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Penggunaan 'TOnes Card' ini juga dapat
memotivasikan dan dapat meningkatkan keyakinan subjek kajian dalam menyelesaikan soalan
yang diberi.
REFLEKSI

11

Refleksi terhadap prestasi murid


Kajian tindakan ini telah mendatangkan kesan positif terhadap subjek-subjek kajian yang
terlibat. Melalui kajian tindakan ini, tiga orang subjek telah menunjukkan kemajuan dalam
menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Dari kesilapan
melibatkan konsep hingga kekeliruan prosedur penolakan , kini murid telah berjaya
membuktikan bahawa dengan menggunakan 'TOnes Card' ini benar-benar berkesan terhadap
kefahaman mereka. Mereka dapat menyatakan langkah penyelesaian dan menjawab soalan
dengan betul. Sikap rendah diri dan tidak yakin diawal sesi rawatan telah berubah sama sekali
apabila sampai ke sesi rawatan terakhir. Keseronokan dan keyakinan jelas terpancar dari sikap
dan tingkah laku ketiga-tiga subjek kajian
apabila mereka telah berupaya untuk
menyelesaikan soalan yang diberi di akhir sesi rawatan. Hal ini jelas membuktikan bahawa
prestasi dan keupayaan mereka dalam menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula telah meningkat dengan penggunaan 'TOnes Card'.
Refleksi terhadap amalan pengajaran guru
Setelah menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya telah mendapat satu kepuasan dalam
hidup saya dimana saya telah berjaya membuat satu pembaharuan dalam pengajaran dan
pembelajaran saya dengan menghasilkan 'TOnes Card'. Kemajuan yang dicapai oleh murid
saya dengan menggunakan 'TOnes Card' telah menyedarkan saya bahawa setiap manusia
berpotensi untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada kita sahaja sama ada kita mahu
mengusahakannya atau tidak. Saya memahami bahawa sebagai seorang guru, saya perlu
menjadi pendidik yang bukan sahaja berilmu dalam pelbagai aspek tetapi bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan. Dalam kajian ini saya menggunakan bahan manipulatif iaitu
'TOnes Card' untuk membantu murid memahami konsep pengumpulan semula dan
melaksanakan cara pembelajaran berpusatkan bahan dan murid. Hasil dapatan kajian ini
menyedarkan saya bahawa peri pentingnya menggunakan bahan bantu belajar sama ada dalam
bentuk maujud atau menggunakan aplikasi teknologi. Sesungguhnya dengan menggunakan
bahan bantu akan dapat membantu murid untuk lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih
jelas. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman
pelajar . Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami
perkara yang abstrak. Adalah diharapkan selepas kajian ini saya akan terus membina bahan
bantu yang menepati keperluan pembelajaran, menarik, tidak memerlukan kos yang tinggi
dan tahan lama untuk membantu murid mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran
matematik dengan lebih berkesan. Noraini Idris (2005) yang mengatakan bahawa pemberian
penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam menyelesaikan masalah
matematik amat penting.Justeru itu saya akan terus mengamalkan pemberian penghargaan ini
kepada murid-murid saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, melalui
kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu menambah baik amalan pengajaran saya
kelak.

Cadangan Tindakan untuk Kitaran Seterusnya


Bagi mengembangkan lagi kajian ini pada masa akan datang , terdapat beberapa cadangan
telah dikenalpasti. Antara cadangan tersebut ialah dengan memperluaskan penggunaan 'TOnes
Card' kepada lebih ramai murid, terutamanya murid-murid pemulihan yang berada di tahun 2
12

dan tahun 3. Ia adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan 'TOnes
Card' dalam membantu murid-murid ini dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Hasil keputusan yang sama dengan kajian ini akan memperkukuhkan
kenyataan bahawa penggunaan 'TOnes Card' berkesan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dikalangan murid-murid dan
boleh digunapakai oleh guru-guru lain dalam usaha membantu murid-murid mereka.
Selain operasi tolak penggunaan 'TOnes Card'
juga boleh digunapakai untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran penukaran nilai
tempat dan kemahiran operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Melalui
penggunaan 'TOnes Card' ini murid-murid akan dapat lihat dengan lebih jelas kedudukan
nilai tempat dan perubahan nilai yang berlaku. Tajuk-tajuk ini merupakan kemahiran asas
dalam bidang nombor. Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas ini akan
menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran seterusnyaseperti operasi darab dan operasi
bahagi. Penggunaan bahan manipulatif seperti 'TOnes Card' ini akan membantu murid
memahami dan mengingat seterusnya boleh mengaitkan operasi konkrit dengan proses
algorithma setelah beberapa latih tubi diberikan.
'TOnes Card' dalam kajian ini juga boleh dikembangkan kepada nilai ratus, dan boleh
digunakan untuk operasi tolak atau tambah yang melibatkan pengumpulan semula nombor
yang lebih besar iaitu nombor hingga 1000. Oleh yang demikian, kajian ini boleh dijalankan
untuk murid-murid tahap dua yang menghadapi masalah tersebut.

RUJUKAN
Azizi Hj. Yahaya, Elanggovan A/L M. Savarimuthu. (n.d.). Kepentingan Kefahaman
Dalam
Matematik.
Retrieved
Mac
23,
2014,
from
http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.p
Hatta, N. b. (2007). Using Base Ten Blocks To Help Year Three Pupils Understand
Subtraction Involving Regrouping. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2010
anjuran pelajar PISMP ambilan Januari 2007.
John, S. a. (2012). Penggunaan PANT dalam mengajar kemahiran penolakan
mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihankelas Tahun 3.
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pemulihan amb. Januari 2009, ,

dengan
Koleksi
103-114.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011) Dokumen Standard KSSR Tahun 1. Putrajaya:


Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah ) Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Nik Azis Nik Pa ( 1997 ) , Pembentukan Model Pengajaran Matematik berlandaskan
Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education , 11 , 27 36 .
Noraziah Abd. Hamid. (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa, Kertas
kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti Malaya.
13

Noraini Idris. (2005) Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Abdul majid (2009) Siri Pendidikan Guru:
Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Abdul majid (2011) Siri Pendidikan Guru:
Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ra Fiona Anak Raban (2012). Penggunaan garis nombor dalam membantu murid
pemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10. Masalah
penolakan dalam lingkungan 10, 13(1) muka surat 1-11.
Ismail bin Saiman, Johar bin Jonid, et.al(2014). Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Tan Wui Gee (2011) Penggunaan Kit Manipulatif dalam pemahaman konsep
pendaraban
murid Tahun Dua Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb.
Januari 2008,
IPG KBL Tahun 2011, ms 163-176.
Wahah, H. b. (2012). Penggunaan Petak 100 Dalam Membantu Murid Tahun 3 Menguasai
Operasi Tolak Dalam Linkungan 50 Dengan Mengumpul Semula. Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari
2009.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 91-102.

14

Anda mungkin juga menyukai