Anda di halaman 1dari 3

Minit Mesyuarat Bil.

2/2015
Pengelolaan Karnival Permainan Tradisional Antara IPG Kampus Raja Melewar

Tarikh

: 17 Januari 2015 ( Sabtu)

Masa

: 10.45 a.m.

Tempat

: Astaka

Kehadiran

55 orang guru pelatih unit PISMP Semester 5 PJ (SJKC), PJ ( SK) dan PJ (SJKT)
Ambilan Januari 2013

Agenda 1 : Ucapan Daripada Pengerusi


1.1

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh saudara Nor Amirul Akmal bin Hisham.
Beliau bersyukur atas kehadiran kesemua ahli jawatankuasa yang terbabit
dengan pengelolaan karnival ini dan berharap semua ahli jawatankuasa
dapat memberi kerjasama yang penuh semasa dalam mesyuarat .

Agenda 2 : Perbincangan Tarikh, Masa dan Tempat semasa Karnival


2.1.

Semua ahli jawatankuasa bersetuju dan membuat undian untuk memilih

2.2.

tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk karnival.


Berikut merupakan perkara yang dibincang:
Tarikh

: 11 Februari 2015 ( Rabu )

Masa

: Jam 2.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat

: Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Agenda 3 : Perbincangan Jenis Permainan Tradisional


3.1. Semua ahli jawantankuasa memberi kerjasama semasa membuat undian
untuk pemilihan permainan tradisional dari pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, India dan lain-lain lagi.
3.2. Keputusan pemilihan jenis permainan tradisional :
3.2.1. Permainan Baling Selipar
3.2.2. Permainan Kabadi
3.2.3. Permainan Konda-kondi
3.2.4. Permainan Tarik Upih

3.2.5. Permainan Bowling Padang


3.2.6. Permainan Sepak Bulu Ayam
3.2.7. Permainan Lubang Tukus
3.2.8. Permainan Lompat Getah
3.3. Pengerusi membuat keputusan jika pemenang mencapai sesuatu tahap
yang ditetapkan, akan mendapat hadiah yang disediakan oleh ahli
jawatankuasa hadiah.
Agenda 4 : Yuran Ahli Jawatankuasa :
4.1.

Bendahari membuat keputusan semua ahli jawatankuasa memberi yuran


karnival sebanyak RM10.00.

Penutup
Pengerusi telah merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama
semua ahli yang menghadiri mesyuarat pada pagi itu . Beliau berharap agar semua
ahli jawatankuasa boleh bekerjasama dan teruskan usaha masing-masing supaya
karnival yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________

____________________________

(TAN SHIN HOOI)


Setiausaha,
Karnival Permainan Tradisional
Antara IPG,
IPG Kampus Raja Melewar.

(NOR AMIRUL AKMAL BIN HISHAM)


Pengerusi,
Karnival Permainan Tradisional
Antara IPG,
IPG Kampus Raja Melewar.

Anda mungkin juga menyukai