Anda di halaman 1dari 10

Penetapan matlamat Diri dan akademik

- definisi

Asas menetapkan matlamat adalah satu rahsia terbuka yang biasa dikenali
dari kalangan atlet berkaliber, peniaga yang berjaya dan semua jenis
kejayaan melalui suatu bidang yang berbeza. Penetapan matlamat
memberikan anda motivasi jangka pendek dan jangka panjang. Ia dapat
membantu anda menetapkan fokus untuk mendapat pengetahuan serta
membantu merancang serta mengatur langkah-langkah yang sesuai
supaya anda boleh mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup anda.
Penetapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas
membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai
kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda
kelak. Kenal pasti carta kemajuan anda agar dapat melihat tahap yang
telah dicapai dan kaitkan dengan matlamat sebenar anda. Ini adalah cara
untuk menghindari permasalahan hilang fokus dengan melakukan perkara
yang sia-sia bagi mencapai matlamat anda. Tahap kecekapan dan

keyakinan diri juga akan bertambah baik kerana anda sedar tentang
keupayaan anda untuk mencapai matlamat.
Asas menetapkan matlamat akan melibatkan banyak keputusan yang perlu
dibuat berkaitan dengan kehidupan peribadi dan apakah matlamat jangka
panjang dan jangka pendek yang bakal dilakukan. Kemudian anda perlu
memecahkan matlamat kepada sasaran yang lebih kecil dan terurus bagi
melengkapkan cara untuk mencapai sasaran sepanjang hidup anda.
Setelah anda mempunyai senarai, anda tidak akan membuang masa untuk
mencapai sasaran anda.
Cara yang baik untuk mempunyai senarai terurus adalah dengan
menetapkan matlamat harian dan mingguan. Melalui cara ini, anda akan
sentiasa berada dalam kedudukan yang berterusan ke arah matlamat
anda. Setiap perkara yang dilakukan memberi anda peluang untuk
memenuhi matlamat tertentu bagi mencapai kejayaan.
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh diambil kira bagi menetapkan
matlamat.
1) Sikap memainkan peranan yang sangat besar dalam menetapkan dan
mencapai matlamat anda. Anda perlu tanya diri anda adakah ada manamana tingkah laku negatif yang bakal menghalang anda untuk mencapai
matlamat anda ? Jika anda mempunyai masalah sikap ini, maka anda perlu
segera menanganinya.

2) Kerjaya adalah sesuatu yang bersandarkan pengurusan masa yang


baik. Kegagalan dalam kerjaya sering dikaitkan dengan pengurusan masa
yang tidak sempurna. Rancang sejauh mana yang anda mahu tuju dalam
kerjaya anda.
3) Pendidikan ataupun ilmu adalah penting untuk mencapai matlamat
anda. Jika matlamat yang anda tetapkan memerlukan anda mempunyai
ijazah tertentu atau memerlukan pengkhususan dan kemahiran tertentu,
maka buatlah perancangan untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai.
4) Keluarga juga tidak harus ketinggalan dalam rancangan anda. Jika anda
baru bermula, maka anda perlu membuat keputusan ingin menjadi seorang
ibu bapa yang mementingkan kebahagian keluarga.
5) Situasi kewangan peribadi juga memainkan peranan penting dalam
mencapai matlamat anda. Tetapkan matlamat yang realistik untuk berapa
banyak wang yang ingin anda perolehi. Anda juga mesti berupaya untuk
melakukan perancangan bagi mencapai potensi pendapatan untuk anda.
Untuk mencapai matlamat seumur hidup, disarankan tetapkan matlamat
untuk 5 tahun akan datang, kemudian dikecilkan untuk setahun akan
datang, tetapkan perancangan untuk 6 bulan, bulanan, mingguan dan
harian.
Kemudian lakukan setiap perancangan yang ditetapkan.

Sentiasa bersedia melakukan kajian semula rancangan untuk suatu


perkara diluar jangkaan.
Asas penetapan matlamat hidup tidak menjadi sukar jika anda biasa
melakukannya dari masa ke semasa.
12 langkah untuk menetapkan matlamat diri
Bahagian ini memperkenalkan dua belas langkah penetapan matlamat
hidup yang terbukti berkesan.
Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan
yang berkobar-kobar. Semakin besar kemahuan anda , semakin anda
hendak mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi kebrangkalian anda
mencapai

matlamat

tersebut.

Kemahuan

yang

berkobar-kobar

menyemarakkan kekuatan untuk anda terus mara ke depan, mengatasi


sebarang bentuk masalah, resahan , kegagalan dan penghalang.
Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi. Setiap kali kita terfikir tentang
menetap matlamat hidup , tidak kira apa matlamat sekalipun; ia perlulah
milik anda. Ia boleh memotivasikan diri anda dan bukan menjadi ikutan
hajat orang lain. Anda perlulah jujur dengan diri sendiri. Tanya diri anda ,
apakahyang anda hajatkan. Tetapkan matlamat hidup diri anda sendiri.
Kedua , membina keyakinan diri. Setiap kejadian dunia uar adalah suatu
bayangan dunia dalaman anda, dan dunia dalaman anda adalah terbina
oleh hal-hal yang anda yakin. Satu lagi ialah kepercayaan, ini bermaksud

hal yang paling anda yakin dalam jiwa raga anda. Ia juga disebut cekal,
anda perlu memastikan diri anda boleh mencapai matlamat hidup anda.
Anda perlu percaya secara menyeluruh tentang keupayaan anda untuk
memerolehinya. Adalah baik jika anda boleh menetapkan satu matlamat
hidup yang kecil , capainya dan terus mengejar matlamat hidup ke tahap
yang lebih besar. Dengan ini , anda akan percaya untuk mencapai
matlamat hidup yang telah anda tetapkan.
Langkah ketiga, tuliskan matlamat hidup anda. Gunkan pen dan kertas
kosong. Hanya jika anda tuliskan matlamat hidup anda , anda dapat
corakkan rancangan secara teliti dan terperinci. Bila matlamat hidup ini
menjadi jelas, ia akan menjadi suatu gambaran yang menyeluruh di depan
anda. Minda Separa Sedar anda akan mula terjaga dan berkata, wow,
nampaknya ini suatu yang benar. Anda tidak akan lari dari janji untuk
mengejar matlamat hidup tersebut.

Kerana anda hendak mengejar

kejayaan, maka tiada ruang untuk pilihan anda.

Anda hendaklah

menuliskan matlamat hidup anda dan gambarkan secaramenyeluruh di


depan anda

Janji seratus peratus untuk dapat mencapai matlamat

tersebut.
Langkah keempat, tanya diri anda satu soalan, Mengapa anda hendak
melakukannya? Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama , ia
memastikan matlamat hidup ini sebagai matlamat hidup anda. kedua ,

soalan ini akan menguatkan azam anda untuk mengecapi matlamat hidup
anda. Semakin banyak sebab di sebalik tindakan anda , azam untuk
mencapai matlamat hidup menjadi semakin kuat, keupayaan anda juga
akan meningkat.
Langkah ke lima, fahami dan analisis kedudukan anda sekarang. Bila
anda tahu cara memulakan tindakan anda, maka langkah seterusnya
menjadi lebih mudah. Untuk mengetahui kedudukan anda sekarang, kaji
kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya senaraikan bidang yang perlu
anda pelajari. Satu dari kelemahan orang dalam membina matlamat hidup
ialah terlalu gopoh mengatur strategi tindakan tanpa menilai terlebih dahulu
landasan yang mereka miliki.
Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan.
Matlamat hidup yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai
suatu matlamat. Selain itu, anda perlu mendirikan tarikh pencapaian mini.
Ini bermaksud jika anda membentuk matlamat tahunan, anda juga perlu
mendirikan dua belas matlamat bulanan, dua matlamat setengah tahun dan
empat matlamat suku tahun. Anda juga perlu mendirikan sistem
penghargaan diri untuk menguatkan
kesungguhan yang berkobar-kobar.

kemahuan

dan

mencetuskan

Langkah

ketujuh

ialah

mengenalpasti

semua

penghalang

yang

membantutkan perkembangan anda. Makna kejayaan juga berlandaskan


penghalang. Tidak ada kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang.
Dalam masa anda berjuang menuju matlamat anda, setiap penghalang
yang anda temui adalah untuk membantu diri anda mencapai matlamat
anda. Maka, amatlah penting untuk mengenal dan menyenaraikan semua
penghalang dan kemudian aturkannya mengikut keutamaan. Penghalang
yang terpenting hendaklah diselesaikan dahulu dengan bersungguhsungguh. Ini kerana penghalang yang terbesar merupakan batu besar
yang bakal menghalang perjalanan anda.

Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu


anda miliki. Kita hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuna.
Tidak kita apa matlamat hidup yang anda hajatkan, anda pasti memerlukan
banyak ilmu pengetahuan untuk mendokong perlaksanaannya. Anda perlu
terus memajukan diri dengan membaca buku, mengikut seminar dan
menerap lebih ilmu pengetahun untuk mencapai matlamat anda. Terlebih
dahulu, anda perlu tahu bidang ilmu yang anda hendakkan. Seterusnya,
aturkan bidang ilmu yang perlu dicari mengikut keutamaan. Tambahan
lagi, anda perlu mengunakan teknik bertanya untuk mencapai kejayaan

anda. Sentiasa bertanya pada orang lain merupakan pendekatan penting


dalam kejayaan anda.

Langkah kesembilan , tanya diri anda siapakah pelanggan anda. Anda


dan saya mempunyai pelanggan yang tersendiri. Kita semua hidup dalam
dunia mengejar kepuasan pelanggan. Setiap orang yang boleh membantu
anda mencapai matlamat hidup anda adalah pelanggan anda. Rukun
balasan dan Rukun Menyemai menyatakan hasil menuai sentiasa lebih
tinggi dari apa yang anda semaikan. Jika anda berusaha dengan gigih
untuk menyemai, hasil anda pasti akan lebih lumayan dari apa yang anda
semai. Selain itu, Rukun balasan juga menyatakan , tidak kira siapa
pelanggan anda , hasil yang anda kecapi adalah sejajar dengan tahap
perkhidmatan yang anda berikan.

Jika anda hendak meningkatkan

pulangan , anda juga perlu meningkatkan

nilai perkhidmatan anda.

Rukun balasan juga menjelaskan , selagi anda berusaha meningkatkan


kualiti perkhidmatan anda, ganjaran anda tetap meningkat. Seterusnya,
rukun gandaan meminta anda sentiasa melakukan lebih dari apa yang
diperlukan, sentiasa berjalan lebih dari yang diminta.

Langkah ke sepuluh , tetapkan satu rancangan susulan dan sentiasa


memperbaharui rancangan ini. Setiap individu yang berjaya adalah individu

yang merancang. Merancang adalah bermaksud anda mendirikan jadual


tindakan yang meliputi semua aspek matlamat hidup anda. Kemudian ,
susunkan setiap tindakan yang dirancang mengikut keutamaan. Manakah
yang perlu anda lakukan dahulu, manakah yang terpenting dan manakah
yang kedua penting. Masa anda melaksanakan rancangan anda, anda
juga perlu memperbaharui rancangan tersebut mengikut keperluan
semasa.

Langkah ke sebelas ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu


gambaran minda. Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua
langkah sebelum ini. Teknik ini meminta anda menjadikan matlamat hidup
sebagai suatu turutan bersiri dalam minda dan bayangkan akibat yang
bakal dikecapi. Lihat diri anda pada tahap anda telah berjaya. Terus
bayangkan siri gambaran ini dalam layar minda anda. Terus lakukan
bayangan ini sehingga minda anda menerima kenyataan tersebut. Terus
lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendirikan imej minda yang
nyata. Anda juga perlu ulangi proses yang sama pada setiap ketika untuk
mengingatkan anda telah mencapai matlamat tersebut. Imej ini pasti akan
melekat dengan kuat dalam Minda Separa Sedar.

Langkah ke dua belas, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri


matlamat anda sehingga berjaya. Kejayaan anda berlandaskan keupayaan
anda meneruskan perjuangan anda lebih lama dari orang lain. Bila setiap
perkara di sekitar anda telah kecundang, satu pilihan yang perlu anda
tegakkan ialah meneruskan usaha dan tidak mengalah, ini bermaksud
kecekalan membuahkan hasil yang dihasrtkan. President Britain, Winston
Churchil diminta menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam suatu
persidangan universti. Beliau diminta menjelaskan sebab dan cara beliau
berjaya. Dalam ucapannya, beliau hanya menggunakan enam perkataan
untuk menggambarkan sebab kejayaan dirinya, iaitu, jangan, jangan sekali
anda melepaskan tangan
Akhirnya, sikap kecekalan merupakan syarat yang patut dimiliki oleh
sesiapa yang mahu berjaya. Ini kerana kecekalan merupakan garis
pengukur keyakinan diri sendiri. Setiap kali anda meneruskan perjuangan
dalam masa berhadapan dengan cabaran dan masalah, keyakinan untuk
berjaya akan meningkat. Ini perlu diteruskan sehingga anda tidak lagi
mempunyai sebanrang penghalang dan mencapai matlamat yang anda
hajatkan.