Anda di halaman 1dari 3

Apa maksud ?

Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah

K-ekonomi, ia menuntut agar

negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan
mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat
global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan
perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagat mencabar. Oleh yang demikian,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan
pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik
ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.1 Kemahiran yang dimaksudkan inilah yang dibincangkan dibab ini.
Kenapa perlu ?
Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita
dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut
peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing
dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan
generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan diperingkat global.
Ciri ciri
Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan
terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan
mengira, literasi abad ke 21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan
utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman
sesawang,

memilih

perisian

yang

sesuai

dan

mengumpul

serta

mengulas

maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital
sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat
2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa
antara bangsa
1 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan


Seharian
4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,
menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.
5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya

Peranan Guru
Guru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum
yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui
oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu
difokuskan ialah:

Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara


terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan
kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam


fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat
tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna
setiap guru seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya
bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu


perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses
yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal
ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar
dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah
menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.

Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan
ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan
sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan
faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal
ini bermakna tanpa menguasai kandungan kurikulum, boleh mengganggu
pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Peranan Murid
Murid yang memainkan peranan penting dan bertindak sebagai guru

Refleksi:
Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang
pelajar tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja. Berkeperibadian
tinggi sangat perlu pada diri pelajar. Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar
yang semakin jauh daripada keperibadian tinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana
mereka banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa
dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkan dalam diri
pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadian
yang tinggi

Anda mungkin juga menyukai