Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1. PROFIL PESERTA

2-4

2. TAJUK INOVASI

3. OBJEKTIF INOVASI

4. TEMPOH PELAKSANAAN

5. LOKASI

6. KEDUDUKAN SEBELUM PROJEK INOVASI


DILAKSANAKAN

7. PENYATAAN MASALAH

8. FUNGSI PROJEK INOVASI

9. KEBAIKAN DAN POTENSI KOMERSIL

10. CARTA ALIR PROSES

11. METODOLOGI PROJEK INOVASI

12. JANGKAAN HASIL PROJEK INOVASI

10

13. KESIMPULAN

10

14. LAMPIRAN

PROFIL PESERTA
Nama

Asma Laily binti Md Hanafiah

No. Kad Pengenalan

800205-06-5058

Tarikh Lahir

5 Februari 1980

Tempat Lahir

Jengka 14, Bandar Jengka, Pahang

Alamat

Lot 1075, Kampung Seberang Guai


28200 Bera
Pahang Darul Makmur.

No. Telefon

014-8060083

Jawatan

Pensyarah

Tempat Bertugas

Kolej Komuniti Bera

Taraf Pendidikan

Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Bidang Mengajar

Sijil Akuakultur

PROFIL PESERTA
Nama

Nor Dini binti Abdullah

No. Kad Pengenalan

830930-11-5174

Tarikh Lahir

30 September 1983

Tempat Lahir

Kuala Terengganu, Terengganu.

Alamat

No 4, Jalan Emas 8, Taman Emas, 28300 Triang,


Pahang

No. Telefon

019-9412815

Jawatan

Pensyarah

Tempat Bertugas

Kolej Komuniti Bera

Taraf Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan


Kepujian

Bidang Mengajar

Sijil Akuakultur

PROFIL PESERTA
Nama

Siti Norihan binti Mohd Alias

No. Kad Pengenalan

820315-03-5616

Tarikh Lahir

15 Mac 1982

Tempat Lahir

Kota Bharu, Kelantan

Alamat

No 78, Lorong 12, Taman Merbau Indah, 28300


Triang, Pahang

No. Telefon

017-9298232

Jawatan

Pensyarah

Tempat Bertugas

Kolej Komuniti Bera

Taraf Pendidikan

Bacelor Sains Perhutanan

Bidang Mengajar

Sijil Akuakultur

TAJUK INOVASI
Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

OBJEKTIF INOVASI
1. Pelajar boleh melihat dengan jelas proses formasi telur tilapia di dalam mulut
induk.
2. Meningkatkan penghasilan rega tilapia setiap kali proses pembenihan dilakukan.
3. Mudah di bawa ke mana-mana seperti pameran dan sebagainya.

TEMPOH PELAKSANAAN
Dua minggu.

LOKASI
Kolej Komuniti Bera.

KEDUDUKAN SEBELUM PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN


Sebelum produk inovasi ini dilaksanakan, pelajar melakukan pembenihan secara
semulajadi. Proses penghasilan rega tilapia secara semulajadi mengambil masa lebih
kurang dua minggu setiap kali pembenihan dilakukan. Ia bermula dari proses
persenyawaan antara induk betina dan induk jantan sehingga rega yang terhasil
dibebaskan oleh induk betina. Dalam tempoh penghasilan tersebut, telur ikan yang
telah tersenyawa akan berada di dalam mulut induk betina sehingga telur-telur tersebut
menetas dan menjadi rega.
Rega-rega ini akan diasuh oleh induk betina di dalam mulut sehingga rega
tersebut mampu berdikari. Oleh yang demikian, pelajar tidak dapat melihat prosesproses yang berlaku di dalam mulut ikan di mana di dalamnya telah berlaku proses
formasi terhadap rupa bentuk telur-telur tersebut sebelum bertukar sepenuhnya menjadi
rega. Keadaan ini agak merugikan pelajar sekaligus menyukarkan proses pengajaran
dan pembelajaran di mana sebelum ini pelajar hanya mempelajarinya secara teori
sahaja tentang bagaimana perubahan rupabentuk telur tilapia tersebut.
Dalam proses pembelajaran tradisional banyak tangki diperlukan untuk proses
pembiakan tilapia. Tangki digunakan antaranya untuk proses seperti persenyawaan,
pengeraman dan penetasan. Justeru itu, induk perlu ditempatkan ke dalam tangki
berasingan. Kekangan ruang di kolej menyebabkan tidak banyak tangki yang boleh
disediakan untuk proses tersebut. Permasalahan inilah yang membawa kepada punca
penghasilan rega ikan tilapia yang terhad oleh pelajar Sijil Akuakultur Teknik Pembiakan
Ikan (SMK 1) di Kolej Komuniti Bera.

PENYATAAN MASALAH
1. Pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar proses yang berlaku terhadap telur
di dalam mulut induk tilapia.
2. Tangki yang tidak mencukupi untuk proses penghasilan rega tilapia.
3. Penghasilan rega tilapia yang amat rendah untuk diasuh oleh pelajar Sijil
Akuakultur Teknik Asuhan Ikan (SMK 2).

FUNGSI PROJEK INOVASI


1. Boleh menjangka jumlah penetasan telur tilapia.
2. Boleh menambah bilangan rega.
3. Boleh menjangka tempoh rega dihasilkan.

KEBAIKAN DAN POTENSI KOMERSIL


1. Mudah alih serta ringan.
2. Tidak memerlukan ruang yang besar.
3. Kos yang rendah.
4. Bahan yang mudah didapati.

CARTA ALIR PROSES

Telur ditempatkan di dalam balang


penetasan dan air dialirkan ke dalam
balang secara berterusan.

Kelajuan air yang terhasil oleh motor


dilaraskan untuk membentuk tekanan ke
atas telur bagi membolehkan telur berolak
bergerak ke atas dan ke bawah.

Selepas beberapa hari dieramkan telur


-telur tersebut akan menetas menjadi rega.

Rega akan berolak bergerak mengikut


arus air.

Rega yang cergas akan keluar dari balang


berenang menentang arus aliran air ke
permukaan & memasuki dulang rega.

METODOLOGI PROJEK INOVASI


Projek Inovasi Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih ini melalui
beberapa fasa, iaitu :
i.

Fasa I : Penyiasatan Awal


Fasa ini merangkumi penyiasatan awal secara umum terhadap projek yang akan
dibangunkan.

Fasa ini adalah penting bagi mengenalpasti masalah-masalah

yang timbul sebelum projek inovasi dilaksanakan. Elemen-elemen yang diambil


kira adalah menyenaraikan objektif, mengenalpasti skop projek dan seterusnya
mengkaji sumber atau maklumat yang diperolehi.
ii.

Fasa II : Analisa produk yang dibangunkan


Dalam fasa ini, projek lebih tertumpu kepada produk yang dibangunkan. Ianya
merangkumi kepada beberapa bahagian penting iaitu mengenalpasti masalah,
membina perancangan produk dan mendapatkan maklumat yang diperlukan.

iii.

Fasa III : Rekabentuk


Merekabentuk inkubator yang akan dihasilkan.

iv.

Fasa IV : Implementasi
Peralatan-peralatan yang terdapat di dalam inkubator dihubungkan agar setiap
peralatan dapat berinteraksi antara satu sama lain.

v.

Fasa V : Pengujian
Pengujian perlu untuk menentukan kesahihan dan kemampuan produk yang
dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

JANGKAAN HASIL PROJEK INOVASI


Jangkaan hasil projek ini adalah pelajar akan lebih memahami proses pengeraman dan
pembentukan awal rega yang sebelum ini tidak dapat dilihat melalui pemerhatian mata
kasar. Selain daripada itu, dijangkakan hampir 90% telur tilapia mampu bertukar
menjadi rega. Ini sekaligus akan menambah kuantiti penghasilannya. Dengan
terhasilnya inkubator mudah alih ini, unit promosi Kolej Komuniti Bera juga boleh
membawanya ke mana-mana sahaja promosi diadakan bagi memberi pendedahan
awal kepada masyarakat tentang bidang akuakultur seperti di pameran-pameran dan
sebagainya.

KESIMPULAN
Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih ini dihasilkan
adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar melihat dengan jelas proses pengeraman
telur tilapia. Di samping itu, inkubator tersebut dapat membantu dalam penghasilan
rega yang lebih banyak.
Implikasi daripada projek inovasi ini juga, diharapkan dapat menjadi salah satu
alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk Sijil Modular
Kebangsaan Teknik Pembiakan Ikan khususnya, dan mampu menjadi alat bantu
mengajar bagi Sijil Akuakultur amnya. Selain itu ia juga diharap dapat membantu pihakpihak lain yang berkaitan dalam industri ini.
Untuk perancangan masa hadapan, produk ini akan ditambahbaik dari semasa
ke semasa serta berpotensi untuk dikomersialkan bagi tujuan membantu memenuhi
keperluan teknologi industri akuakultur di Malaysia.

10

Anda mungkin juga menyukai