Anda di halaman 1dari 4

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Jum surah : 114


Surah yg ke : 36
Juzuk : 22

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam alQuran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam
Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira
masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mubmah (pemberi berita baik) di dalam kitab
Taurat kerana ia mengandungi manafaat kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat,
seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan
akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai Rafiah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang
yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya
langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,Umat dimana Al-Quran
diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan
dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Rasulullah SAW bersabda, Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati
Ummatku.
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN


Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis.
Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan
dipenuhi.
2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.
3. Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala
membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.
4. Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang
dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang
mati.
5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal
dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.
6. Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa
kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan
menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya
semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan,
makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan
maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang
sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.
7. Maqri rahmatullah alaih berkata, Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut
pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.
8. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan
memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.
9. Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia
adalah orang-orang yang munafik.

10. Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya.
11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
12. Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan
mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Quran 12 kali. Jika Surah
Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu
huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan
untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya,
menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau
menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan
membawa minuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di
katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga
para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13. Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi
perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan
mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di
perkuburan itu. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14. Imam Jafar Ash-Shadiq: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati AlQuran adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari
sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang
terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah
mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan
dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga,
3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan
ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya
para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan
kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan
dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari
kuburnya kelak. (Kitab Tsawabul Amal).
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau
sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada
dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.

Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan
Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk
mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada AlQuran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui
ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai