Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Masalah sosial dalam kalangan remaja bermaksud salah laku sosial yang dilakukan oleh
golongan remaja. Masalah sosial seperti membuli rakan, mencuri, terlibat dengan lumba
haram dan sebagainya bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan remaja pada hari ini.
Malahan,

masalah

ini

semakin

menjadi-jadi

dari

hari

ke

hari

sehingga

telah

membimbangkan banyak pihak.


Misalnya, sepanjang tahun 2010 sebanyak, 5,165 kes yang melibatkan remaja
dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan
pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.

Sesungguhnya

terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan fenomena ini terus berleluasa.


Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu
bapa, khususnya bagi ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Akibat keletihan, mereka
langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk
meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka.
Menurut Asnah Hamid (2007), beliau telah mengatakan media massa merupakan
satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam
pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan
peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan yang tidak
berakhlak di dalam masyarakat.
Selain itu, golongan remaja terjebak dalam gejala negatif juga akibat bergaul dengan
kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang
yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya
tahu bahawa kasih sayang tidak dapat ditukar ganti dengan wang.
Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, masalah dadah yang merupakan
masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara. Hal ini membuktikan,betapa
seriusnya masalah dadah. Lebih-lebih lagi, gejala ini melibatkan golongan remaja.
Sementara itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan
perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa
keluarga mereka. Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka dan pengaruh rakan
sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita

Penglibatan golongan remaja dalam kegiatan jenayah ini dapat diatasi jika semua
pihak memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan
penting dalam membentuk keperibadian yang unggul dalam kalangan para pelajar di
sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu
mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.
Kesimpulan, guru-guru juga mesti menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh
dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di
samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan dalam kalaangan anak-anak sejak
mereka kecil lagi. Pendidikan Moral dan agama amat perlu dipertingkatkan kerana semua
agama mendidik penganutnya supaya berkelakuan baik.