Anda di halaman 1dari 3

Soalan 3

Peranan interaksi antara tamadun Cina, Jepun dan Islam dalam menghadapi
cabaran global.
Interaksi antara tamadun merupakan salah satu cara sesuatu tamadun untuk
berkembang dari pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran global. Interaksi antara
tamadun mempunyai pelbagai peranan dan boleh dilihat melalui tamadun Cina,
Jepun dan Islam dan hasil interaksi antara tiga tamadun tersebut.
Antara peranan interaksi antara tamadun adalah ia boleh menyediakan suatu
tamadun itu untuk bersedia dalam menghadapi interaksi dengan tamadun yang lain.
Hal ini adalah kerana apabila manusia menemui sesuatu yang baru, mereka akan
menjadi terkejut dengan perbezaan sesuatu perkara itu kerana samada perkara itu
merupakan sesuatu yang baru ataupun amat berbeza sekali dengan budaya
mereka. Apabila seseorang itu gagal mengasimilasikan diri dengan sesuatu yang
baru, dia akan membawa satu masyarakat dan apabila suatu masyarakat itu gagal,
ia akan membawa satu negara dan apabila negara itu gagal, ia akan membawa satu
tamadun.
Selain itu, interaksi antara tamadun juga membolehkan suatu tamadun itu
untuk tidak ketinggalan zaman dalam peredaran masa yang kian berlalu. Sebagai
contoh, interaksi antara tamadun Cina dan Islam telah memberikan tamadun Islam
kaedah untuk membuat kertas dan ia memudahkan pedagangpedagang arab untuk
menyebarkan agama islam dengan meletakkan perkara yang ingin disebarkan di
atas kertas dan apabila mereka telah menguruskan hal perdagangan mereka, para
penduduk tamadun yang lain boleh merujuk ajaran mereka melalui helaian kertas
yang ditinggalkan oleh pedagang-pedagang tersebut.
Selepas itu, apabila dua tamadun berinteraksi, satu jalinan persahabatan
akan

terjalin

antara

dua

tamadun

tersebut.

Hubungan

persahabatan

ini

membolehkan kedua-dua tamadun tersebut untuk membantu antara satu sama lain.
Sebagai contoh, apabila tamadun Cina menghadapi suatu masalah seperti
kekurangan bahan mentah untuk berdagang, tamadun Jepun boleh berkongsi sedikit
barang

perdagangan

mereka

dengan

tamadun

Cina

membahagikan hasil dagangan mereka dengan sama rata.

dan

mereka

boleh

Selebihnya, dengan berinteraksi dengan satu tamadun, tamadun itu dapat


mengenali tamadun lain dengan mudah. Dengan ini, suatu tamadun itu dapat
mempelajari pelbagai perkara dari tamadun yang lain serta memperluaskan lagi
perhubungan dengan tamadun lain. Oleh itu, pelbagai masalah boleh dielakkan
dengan adanya jumlah kenalan yang banyak.
Kesimpulannya, interaksi antara tamadun merupakan satu aspek yang
penting supaya suatu tamadun itu tidak akan ketinggalan dalam suatu perkara serta
boleh mencegah beberapa masalah dengan mudah. Oleh itu, tanpa interaksi antara
tamadun, perkembangan suatu tamadun itu akan terbantut dan akan menjejaskan
prestasi tamadun itu.

PERSEDIAAN
BERINTERAKSI
DENGAN
TAMADUN
LAIN

MEMPERLUASK
AN BULATAN
PERHUBUNGA
N ANTARA
TAMADUN

PERANAN
INTERAKSI
ANTARA
TAMADUN CINA,
JEPUN DAN
ISLAM DALAM
MENGHADAPI
CABARAN
GLOBAL

MENJALINKAN
PERSAHABATA
N DENGAN
TAMADUN
LAIN

BERKONGSI
ILMU DENGAN
TAMADUN
YANG LAIN