Anda di halaman 1dari 8

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)

PEKERJAAN, BURUH & MODAL


TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO
1.0 Pendahuluan
Tahun 1700-an dan awal 1800-an merupakan era berlakunya perubahan secara
besar-besaran dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perubahan-perubahan ini
adalah hasil daripada ledakan industrialisasi. Kesan utama daripada perubahan
tersebut adalah ekonomi yang mengubah penggunaan tenaga manusia yang
asalnya menggunakan tangan manusia kepada penggunaan tenaga mesin dalam
proses menghasilkan sesuatu produk. Perubahan yang sama juga berlaku di Tanah
melayu iaitu perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosialnya yang merubah
tingkah laku masyarakat dalam dunia pekerjaan. (Rosliha Muhammad, 2000).
Selain itu, Kesan daripada revolusi industri itu juga telah melahirkan ahli-ahli
fikir yang telah melontarkan teori-teori yang tersendiri dalam semua bidang
termasuk bidang ekonomi dan sosial. Antara tokoh yang telah menyumbang kepada
perubahan ekonomi dan sosial khususnya adalah Adam Smith, Karl Marx, Recardo,
John Maynard Keynes, Hartwell, dan lain-lain. Kebanyakan daripada mereka
merupakan golongan kapitalis yang memyokong perubahan ekonomi pada masa
itu. Akan tetapi teori yang banyak mempengaruhi perubahan status buruh adalah
Adam Smith, Karl Marx dan John Maynard Keynes .
2.0 Analisis Artikel
Melalui

artikel

ini,

ia

menjelaskan

perubahan

dalam

pengkhususan

dan

perdagangan yang berlaku pada awal revolusi industri sehingga sekarang.


Perubahan pengkhususan dan perdagangan ini dapat dilihat dalam konteks
penggunaan tenaga manusia yang amat ketara dalam menghasilkan pengeluaran.
Perubahan-perubahan ini banyak berlaku diperingkat pertengahan dalam proses
pengeluaran sesuatu produk dan perkhidmatan. Jika dahulunya proses pertengahan
pengeluaran sesuatu produk itu memerlukan banyak tenaga kerja manusia dalam
menghasilkan barangan siap dan berkualiti terutamanya industri yang berkaitan
dengan teksil dan besi. Akan tetapi, proses pertengahan pengeluaran produk ini
mengalami perubahan apabila berlaku revolusi industri yang menjadi penyebab
utama kepada lahirnya penggunaan mesin yang berfungsi sebagai gantian kepada
penggunaan tenaga kerja manusia. Ledakan daripada revolusi ini telah memberi
keuntungan kepada golongan pemodal kerana secara automatiknya mereka dapat
1

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO
memaksimumkan keuntungan kerana penggunaan tenaga manusia dihadkan.
Revolusi

indutri

ini

juga

telah

membuka

lembaran

baru

terhadap

bidang

pengangkutan, perbandaran, perdagangan dan perkhidmatan.


Artikel ini juga membahaskan tentang kitaran pengeluaran yang mempunyai
tahap-tahap yang boleh dikatakan stabil dan tidak stabil. Kitaran pengeluaran ini
mula diperkatakan dan dibincangkan apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada
1930-an secara besar-besaran.

Kemelesetan ekonomi di sesebuah negara akan

menyebabkan berlaku pembuangan pekerja apabila golongan pemodal atau


majikan ini mengamalkan housing Contruction bagi mengekalkan keuntungan
mereka. Peristiwa ini berlaku disebabkan ketiadaan campur tangan golongan
pemerintah atau kerajaan dalam mengawal selia aktiviti ekonomi seperti mana
yang diperkatakan oleh Keynes. Pengawalan terhadap pasaran memerlukan campur
tangan kerajaan supaya kadar inflasi berada pada tahap yang rendah dengan
menggunakan full employment supaya ianya memberi banyak kesan yang positif
kepada aktiviti ekonomi semasa berlakunya kemelesetan ekonomi.
Dalam konteks dunia ekonomi hari ini, pengambilan pekerja dalam seseorang
syarikat atau organisasi itu merupakan satu pelaburan baru terhadap organisasi
yang

akan

memberikan

keuntungan

jangka

masa

panjang.

Setiap

negara

mempunyai cara yang tersendiri dalam mengolah ekonomi mereka dan tidak semua
teori yang dikemukan itu bersesuai dan dipersetujui. Menurut perspektif Austrian,
polisi Keynes itu gagal dalam menjelaskan dan memberi penyelesaian apabila
berlaku ketidakstabilan ekonomi. Hal ini disebabkan golongan pemerintah tidak
mempunyai

banyak

insentif

untuk

membentuk

kestabilan

ekonomi

semasa

berlakunya krisis.
3.0 Pasaran Kapitalis( Tanpa Campur Tangan Pemerintah)
Pasaran merupakan satu tempat yang menjalankan proses pertukaran diantara
golongan pembeli dan golongan penjual. Melalui aktiviti pasaran ini telah berlaku
kitaran kewangan di dalam sesuatu pasaran. Dengan kata lain, pasaran merupakan
mekanisme sosial yang berfungsi sebagai satu jaminan untuk memenuhi keperluan
peribadi. Pasaran memainkan peranan penting dalam menentukan turun naik aliran
perniagaan dan perdagangan dan ia memberi kesan kerugian kepada seseorang
2

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO
peniaga tetapi kesan tersebut tidak begitu ketara apabila mereka ini berada dalam
satu kesatuan. Hal ini kerana, para pemikir ekonomi klasik menyatakan bahawa
kesulitan yang dialami oleh seseorang peniaga itu hanya bersifat sementara. Selain
itu,

pengeluaran

mengelakkan
memberi

sesuatu

lebihan

kesan

produk

pengeluaran

terhadap

itu
yang

pembayaran

perlu

berdasarkan

mengakibatkan
upah

kepada

pemintaan

bagi

kerugian

sehingga

pekerja

sehingga

mengakibatkan pengangguran. Hal ini membuktikan bahawa, kitaran kewangan di


dalam pasaran itu tidak stabil dan gagal ( Muhadi Sugiono, 1996).
4.0 Teori Nilai dan Pengagihan
4.1 Pembahagian Kerja dan Pertukaran
Pembahagian kerja atau pengkhususan kerja mempunyai perkaitan yang ketara
dengan pertukaran. Hal ini kerana, proses pembahagian kerja itu dilakukan dengan
adanya permintaan dan ia memerlukan pertukaran daripada penggunaan tenaga
kepada bentuk upah yang diperlukan oleh seseorang buruh bagi memenuhi
keperluan-keperluan mereka. Perkara ini dinyatakan oleh Adam Smith dalam
bukunya Wealth of Nation(1937:22) iaitu dalam sesuatu pengkhususan pekerjaan
itu, semua orang akan menjadi pedagang secara semulajadinya. Ahli pemikir
ekonomi samada Smith, Ricardo dan Marx memandang bahawa wujud perkaitan
secara langsung antara pengkhususan kerja kerana sebahagian besarnya harga itu
ditentukan oleh tenaga kerja sosial. Dengan kata lain, penentuan upah atau harga
itu ditentukan oleh penghasilan pengeluaran yang dilakukan oleh buruh tersebut.
Oleh itu, teori nilai dan tenaga kerja ini menyatakan wujud perhubungan
secara langsung diantara pengkhususan pekerja dengan pertukaran secara adil.
Namun, toeri ini mempunyai beberapa masalah sehingga para ahli pemikir ekonomi
moden yang berpegang dengan pendekatan klasik cuba mencari beberapa fakta
untuk menjelaskan konsep pertukaran dengan menggunakan konsep materialistik
yang dikenali sebagai harga pengeluaran ( Abdul Ghani Kanesan Abdullah et. al.,

2007).
4.2 Pengagihan Pendapatan
Teori upah merupakan salah satu pendekatan ekonomi klasik yang bergantung
kepada pengkhususan kerja dan kehendak keperluan yang tinggi. Konsep upah ini
3

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO
dipandang sebagai satu variable dalam industri iaitu sesuatu yang boleh berubahubah dan bukannya sebagai magnitud yang tetap iaitu terdapat juga faktor lain
yang tidak dapat ditentukan di dalam pasaran. Perkara ini mempengaruhi
pendapatan

apabila

wujud

ketidakadilan

pengagihan

pendapatan

yang

membahagikan masyarakat kepada beberapa kelas sosial. Setiap kelas sosial ini
mempunyai

hubungan

pengeluaran.

dengan

kelas

sosial

yang

lain

melalui

pembiayaan

Oleh itu, pengagihan pendapatan ini ditentukan oleh pertarungan

diantara kelas sosial untuk merebut hasil atau keuntungan dari tenaga kerja yang
telah mereka sumbangkan dalam kegiatan pengeluaran ( Abdul Ghani Kanesan

Abdullah et. al., 2007).

5.0 Hak Pemilikan


Dalam pendekatan neoklasik, hak pemilikan ini diberi keutamaan. Para ahli ekonomi
neoklasik mula membahas tentang hak pemilikan dimana mereka memandang hak
ini bukan hanya sebagai sebahagian daripada kerangka yang mendasari kegiatan
ekonomi tetapi sebagian daripada sistem hukum yang dibentuk melalui sistem
ekonomi. Hak pemilikan (property right) adalah hak untuk memiliki, menggunakan,
menjual dan mencapai kekayaan yang dapat diukur secara fizikalnya seperti mesin,
tanah dan sebagainya. Namun begitu, tenaga kerja manusia juga dianggap sebagai
hak pemilikan secara mental dan psikologi (Purbayu Budi Santosa. 2010).
6.0 Teori Keynesian
Pendekatan Keynesian yang meengkritik teori klasik dan neoklasik iaitu mengatakan
bahawa pasaran yang mengawal keadaan pasaran ekonomi. Keynesian ini memberi
kritikan disebabkan oleh kegagalan dalam menentukan pengeluaran yang hanya
menfokuskan kepada kelancaran mesin semata-mata. Bagi Keynesian, sistem yang
dilakukan semasa zaman klasik dan neoklasik itu tidak melihat dari sudut
permintaan iaitu pengeluaran berdasarkan permintaan. Namun begitu, aliran
pemikiran

Keynesian

ini

menyatakan

bahawa

perekonomian

kapitalis

akan

mengakibatkan ketidakstabilan jika ianya berlaku untuk jangka masa panjang.


4

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO
Disebabkan itu, aliran Keynesian ini mengatakan bahawa perlu ada peranan
kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal kestabilan pasaran dan penyerapan tenaga
kerja secara memadai (Budiono Sri Handoko, 2001).
6.1 Pasaran Kapitalis dan Kestabilan Ekonomi
Keynes juga berpendapat bahawa perbezaan pendapat oleh para pelaku pasaran
dari perspektif jangka masa panjang ke perspektif jangka masa pendek akan
menganggu kestabilan dalam kitaran ekonomi kapitalis. Hal ini kerana, beliau
memandang bahawa perbezaan ini berlaku disebabkan oleh perkembangan
keselamatan pasaran yang memberi tarikan kepada golongan pemodal untuk
melakukan perlaburan (Hans Hermann Hoppe, 2007).
6.2 Ekonomi Politik dari Pasaran Tenaga Kerja dan Pasaran Kapitalis
Ciri utama yang dinyatakan dalam pendekatan Keynesian adalah keputusan
pelaburan lebih dipengaruhi oleh perkiraan terhadap permintaan di masa hadapan.
Namun, pandangan ini mempunyai ketidakstabilan dari sudut pasaran yang
dinyatakan oleh ahli ekonomi klasik iaitu pasaran akan bertindak mengawal kitaran
pengeluaran secara semula jadi. Ketidakstabilan ekonomi politik akan memberi
masalah terhadap pasaran tenaga kerja kerana pasaran tenaga kerja merupakan
mekanisme yang menggunakan sebahagian besarnya individu atau buruh dalam
menggerakkan

aktiviti

ekonomi

kapitalis

untuk

mendapatkan

nafkah

begi

menampung kehidupan mereka. Disamping itu, kontrak upah juga memperlihatkan


perkaitan antara permintaan produk dengan upah dan penyerapan penggunaan
tenaga kerja (Hans Hermann Hoppe, 2007).
Analisis pendekatan Keynesian terhadap pasaran tenaga kerja difokuskan
kepada implikasi dari rundingan upah terhadap permintaan. Hal ini kerana, beliau
melihat akan ada kemungkinan bahawa keputusan yang dibuat diantara pelaku
pasaran ( pekerja dan perusahaan) akan memberi impak negative. Selain itu, beliau
juga melihat bahawa kegiatan menabung itu juga mampu menyumbang kepada
berlakunya konflik diantara tindakan individu dan sistem secara keseluruhannya.
6.0 Kesimpulan
5

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO
Secara keseluruhannya, golongan buruh merupakan satu golongan yang berada di
peringkat bawahan dalam sesuatu kegiatan ekonomi. Namun begitu, golongan
bawahan ini memainkan peranan yang penting dalam melancarkan proses ekonomi
walaupun telah dipengaruhi oleh penggunaan mesin. Akan tetapi, kewujudan
perubahan dalam sektor buruh atau pekerjaan ini sebahagian besarnya akibat
daripada revolusi industri. Kebanyakkan perubahan terhadap sektor buruh ini
bermula dengan aliran pemikiran ekonomi sosialis yang menyatakan bahawa nilai
sesuatu barangan itu bukan hanya ditentukan oleh modal fizikal sahaja tetapi ia
juga memerlukan modal spiritual dan modal mental.

Rujukan
Eamonn Butler. 2011. The Condensed Wealth Of Nations: And The Incredibly
Condensed Theory
Of Moral Sentiments. England. Adam Smith Institute Research Ltd.
Budiono

Sri

Handoko.

2001.

Ringkasan

Pemikiran

Keynesian

Baru.

Yogyakarta. Universiti Gadjah


Mada.
Rosliha Muhammad. 2000. Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu:
Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajahan British. Kuala Lumpur. Universiti Melaya.

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO

Hans Hermann Hoppe. 2007. Teori Umum Keynes Dalam Pandangan


Mesesian. Ciputat
Indonesia. Sanctuary Publishing.
Muhadi

Sugiono. 1996.

Adam Smith dab Sistem Moral Kapitalisme:

Tanggapan untuk A. Sonny


Keraf. Majalah Kajian Ekonomi Sosial. Yogyakarta.
Indriati Ismail; Mohd Zuhaili Kamal Basir. 2012. Karl Marx Dan Konsep
Perjuangan Kelas Sosial.
International Journal Of Islamic Thought. Vol. 1. June. Diakses pada
Mach 9, 2015,
6:08PM.
Abdul Ghani Kanesan Abdullah; Tang Keow Ngang; Aziah Ismail. 2007.
Keadilan Organisasi,
Keprcayaan Dan Altruisme. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Jil. 22; 7592. Diakses Pada
Mach 11, 2015. 12:38PM.
Purbayu Budi Santosa. 2010. Kegagalan Aliran Ekonomi Neoklasik Dan
Relevansi Aliran Ekonomi
Kelembagaan Dalam Ranah Kajian Ilmu Ekonomi. Pidato Pengukuhan.
Semarang.
Universitas Diponegoro.

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)


PEKERJAAN, BURUH & MODAL
TUTORIAL SOALAN 1
PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO

Anda mungkin juga menyukai