Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH RENDAH

Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan
mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.
Kajian ini menumpukan kepada empat buah sekolah harian aliran Jenis Kebangsaan
Tamil di sekitar Zon Tenang dan Chaah-Bekok sebagai sumber persampelan. Dalam
kajian ini, sekolah rendah harian yang terlibat adalah sekolah bantuan penuh kerajaan
yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dari segi kemudahan fizikal, tenaga
pengajar, bantuan buku teks, bantuan penyelenggaraan serta ditadbir dibawah Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Populasi murid dan guru di tiga
buah sekolah dalam zo ini tidak melebihi 650 orang bagi setiap sekolah. Walaupun
begitu, jumlah yang ini adalah siknifikan dan relevan dalam menguji keberkesanan
pengetua memimpin organisasinya terutama dalam aspek proses kepimpinan terhadap
guru-guru dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

GURU BESAR
Menurut Hussein Mahmood (1993) dalam kajian beliau, guru besar dirujuk
sebagai pemimpin organisasi pendidikan yang diamanahkan untuk menjalankan
tanggungjawab dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan institusi sekolah. Peranan
guru besar amat relevan dengan aspek pentadbiran dan pengurusan, penyeliaan,
kepemimpinan, pendidikan dan juga yang berkaitan dengan proses perjalanan organisasi
sekolah sebagai suatu institusi pendidikan formal. Guru besar berperanan sebagai
pemimpin pengajaran dan menjadi individu yang mencetuskan perubahan-perubahan di
peringkat sekolah. Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikan
rendah negara kita memerlukan para Guru Besar bersedia untuk berubah, bersedia untuk
menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan
kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan.
Kecemerlangan memerlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan
kepada faktor-faktor dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalanamalan,
tanggapan, sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaian
organisasi. Dalam kajian ini, guru besar dijadikan sandaran sebagai peneraju kepimpinan
di sekolah yang bertanggungjawab dalam mengetuai organisasi sekolah dalam semua
aspek pentadbiran mahupun kemanusiaan.

KT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) lagi, transformasional diertikan
sebagai suatu perubahan keadaan. Dalam konteks kajian ini, transformasional adalah
suatu kebiasaan di dalam amalan kepimpinan yang sedia ada dan diubah kepada suatu
amalan kepimpinan yang baru. Menurut Hallinger (2001), kepimpinan transformasional
diertikan sebagai kepimpinan yang dikongsi bersama dengan ahli-ahli lain. Halinger

melihat kepimpinan transformasional sebagai satu bentuk kepimpinan yang mencetus


iklim di mana guru-guru terlibat dalam proses pembelajaran yang berterusan dan saling
berkongsi pengetahuan sesama sendiri. Ab. Aziz Yusof (2003) pula mendefinisikan
kepimpinan transformasional sebagai kepimpinan yang memberikan perhatian dan
tumpuan kepada pembangunan keperluan individu. Menurut Abdullah dan Ainon (2006),
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional percaya bahawa
mereka boleh mendorong orang mengubah nilai dan sikap mereka supaya mereka
mempunyai komitmen terhadap matlamat organisasi dan perjuangan. Beliau juga
menyatakan bahawa kepimpinan transformasional bukan hanya mempunyai kebolehan
membangunkan minat pekerja tetapi minat yang dibangunkan melampaui minat peribadi
pekerja itu sendiri. Dalam konteks sekolah, kepimpinan transformasional bukanlah satu
bentuk kepimpinan individu sebaliknya seseorang guru besar sebagai pemimpin di
sekolah adalah berfungsi mengkoordinasikan dan mengawal organisasinya bermula dari
23
peringkat bawah. Ini bermakna kepimpinan transformasional memberi fokus supaya
merangsang perubahan melalui praktis bottom to up.

KEPUASAN KERJA
Kepuasan kerja dapat diertikan sebagai tindak balas emosi dan perasaan suka atau
tidak seseorang guru terhadap sesuatu kerja. Ia adalah pengembangan naluri keseronokan
seseorang guru yang boleh diperoleh daripada guruan. Dinham and Scott (2000) menerangkan
kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai
menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Manakala Locke (1976)
mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada
peghormatan atau pengalaman kerja seseorang. Selain itu, Locke (dalam Schultz dan Schultz,
2001) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai satu reaksi emosi individu terhadap sesuatu
guruan. Ini bermaksud perasaan keseronokan dari segi emosi diperolehi berdasarkan kepada
penilaian individu ke atas guruan dan pengalaman bekerja.
Ariffin (1997) menyatakan bahawa kepuasan kerja mempunyai pengertian yang
subjektif iaitu setiap guru memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang berbeza-beza. faktor
yang menentukan kepuasan kerja adalah berbeza-beza mengikut umur, jantina, jenis dan tahap
guruan dan juga taraf guruan seseorang. Szilayyl dan Wallace (1980), menjelaskan bahawa
kepuasan kerja terdiri daripada aspek emosi, kognisi dan tingkahlaku. Dengan ini kepuasan
kerja merujuk kepada penilaian individu terhadap unsur-unsur tertentu di tempat kerja. Unsurunsur
ini merangkumi sifat kerja itu sendiri, rakan sekerja dan penyeliaan serta ganjaran atau
gaji yang diperolehi.
Menurut MC Cormick dan Ilgen (1985), kepuasan kerja adalah satu set sikap atau
tindakbalas afektif seseorang guru terhadap kerjayanya. Tindakbalas afektif ini adalah hasil
daripada penilaian individu terhadap seluruh situasi kerja berdasarkan jangkaan atau nilai
kerjanya. Nilai kerja merujuk kepada apa yang guru jangkakan atau inginkan daripada
kerjanya (Mottaz, 1987).
Schultz dan Schultz (2001), menyatakan bahawa kepuasan kerja merujuk kepada sikap
individu tentang guruannya iaitu samada secara positif atau negatif terhadap kerjanya. Sikap
positif terhadap kerja menunjukkan individu tersebut mempunyai kepuasan terhadap kerjanya.

Sebaliknya sikap negatif menggambarkan individu yang merasai ketidakpuasan terhadap


kerjanya. Pendapat yang hampir sama diutarakan oleh Munchinsky (2000), kepuasan kerja
dirujuk sebagai darjah keseronokan yang diperolehi oleh seseorang daripada tugas yang
dilaksanakan. Dengan ini kerja melibatkan perasaan individu terhadap tugas yang
dilaksanakannya sama ada positif atau pun negatif dan ia berkait rapat dengan sikap guru itu
sendiri sama ada puas atau tidak puas.
Mahmood Nazar (2001) juga merujuk kepuasan kerja sebagai sikap dan perasaan
positif yang ada pada para guru terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan. Kepuasan kerja ini
bergantung kepada beberapa faktor dan kepuasan kerja amat berbeza di antara seorang guru
dengan seorang guru yang lain. Faktor-faktor ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
suasana kerja seperti keadaan fizikal tempat kerja, suasana sosial dan juga kaitannya dengan
faktor-faktor seperti umur, kestabilan emosi, status sosial, kesihatan, aktiviti rekreasi dan
pelbagai aktiviti lain. Dalam kajian ini kepuasan kerja guru diukur dengan soal selidik yang
dibentuk oleh Speed (1979).

supaya dengan dapatan ini mampu membantu para guru besar sekolah memahami keperluan dan
harapan guru-guru terhadap aspek toleransi, keprihatinan, pembangunan intelek dan profesionalisme
di sekolah-sekolah mereka. Kajian ini juga diharap dapat membantu guru besar melakukan
penambahbaikan terhadap amalan kepimpinan mereka dalam memenuhi keperluan serta
matlamat kepimpinan transformasi itu sendiri. Selain itu, diharapkan kajian ini berfungsi
memberi input dan manfaat di peringkat PPD dan JPN dalam merangka serta merancang
program-program latihan kepimpinan dalam kalangan guru besar dan seterusnya guruguru
selainnya pada masa-masa akan datang. Usaha ke arah menambahbaik kapasiti dan kapabiliti
kepimpinan dalam kalangan guru besar perlu diperbaharui secara
berterusan supaya sentiasa bersifat terkini bagi membolehkan mereka memimpin
sekolah dan dapat mencapai aspirasi Wawasan 2020 dan Program Transformasi
Pendidikan Negara.
Sekolah rendah di Daerah Petaling Perdana adalah sebanyak 87 buah sekolah dan jumlah sekolah
mengikut band adalah 31 buah band 1, 181 buah band 2, 328 buah band 3, 87 buah band 4, 11 buah
band 5, 3 buah band 6
Kenapa tak capai? Mungkin kerana GB tak amalkan kepimpinan yang berkesan
Sk 63
Sjkc 12
Skt 12

). Menurut Black & Porter (2000), contoh bagi pemimpin yang


mengamalkan kepemimpinan transformasional adalah Bill Gates dari
syarikat Microsoft, Steve Jobs dari syarikat Apple, Michael Dell dari syarikat
Dell Computer Corporation, Jeff Bezos dari syarikat Amazon.com, Lou
Gerstner dari syarikat IBM dan Jack Welch dari syarikat General Electric.
Kepemimpinan transformasional dikaitkan
dengan komitmen pekerja terhadap organisasi, kepercayaan terhadap
pemimpin dan gelagat organisasi. Jason (2000) mengatakan bahawa 20
pemimpin transformasional berkongsi norma, nilai dan kepercayaan dengan
pengikutnya dan sering memotivasi dan mempengaruhi pengikut. Pemimpin
transformasional mempunyai kebolehan untuk menggerakkan dorongan,
motivasi, semangat dan tenaga terhadap para pengikutnya. Kajian Chen
(1 997) mendapati kepemimpinan transformasional mempunyai hubungan
kuat dan positif dengan kepuasan kerja pengikut.

. Kepimpinan guru besar


yang membawa kepada kesan yang negatif terhadap aspek-aspek yang dinyatakan di
atas boleh menganggu gugat kecemerlangan sekolah terutama dalam aspek
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi indikator utama bagi menilai
prestasi pelajar, pencapaian sekolah berkesan dan sekolah berprestasi tinggi. Perubahan
yang perlu dibawa oleh kepimpinan guru besar di sekolah seharusnya tidak hanya
tertumpu kepada aspek-aspek yang bersifat teknikal seperti menyenarai tugas dan
tanggungjawab guru yang perlu dilaksanakan agar mencapai matlamat sekolah tetapi ia
sepatutnya menumpukan kepada perubahan sikap dan pemikiran guru yang lahir dari
kesedaran dan kebijaksanaan yang dijana melalui pembangunan intelek dan teladan yang
menjadi sumber inspirasi mereka untuk berubah atau bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu perubahan di sekolah.

Menurut Zaidatol Akmaliah (1 990),


kejayaan sesebuah organisasi sekolah dan gaya kepemimpinan adalah
berkait rapat. Kepemimpinan pengetua memberi kesan kepada pencapaian
murid dan kesanggupan guru dan mendorong kepada kejayaan yang lebih
(Ibrahim Mamat, 1 998). Zainab Abidin (1 999) mengatakan bahawa gaya
kepemimpinan pengetua sekolah memberi impak yang besar terhadap
kepuasan kerja guru dan keberkesanan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai