Anda di halaman 1dari 2

MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbangdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif denganmenyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakansukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah
melalui dua strategi iaitu Sukan untukSemua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di
bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalammembina kesihatan, sahsiah dan
kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yangberbakat dan
berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan
PrestasiTinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh
halyang demikian, penyertaan setiapmurid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,dinamik dan bersatu padu. Dasar ini
selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokongsemangat 1
Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan
demikepentingan bersama.Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui
penyertaan yang menyeluruh dari kalanganmurid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala
tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modalinsan yang bersahsiah unggul
dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung
dapatmembentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di
sekolah. Dasar ini bertujuan untukmembangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar
penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenissukan di sekolah. Setiap murid termasuk
murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklahwajib mengambil
bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4
hinggaTahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah
menengah. Walau bagaimanapunmurid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai
program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal inidikatakan demikian kerana kerajaan mahu
membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dannegara melalui sukan.
Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.Selain itu,
Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar
menjadiahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak
cerdas. Aktiviti sukanberupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi
naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Halini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar
semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalamkehidupan lantaran terlalu
sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap
masalahkegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan
kerana golongan ini biasanya tidakaktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya
kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyatMalaysia merupakan golongan terbanyak
mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yangkeenam di Asia.
Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat
padamasanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang
masa. Izharlah bahawaamalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.Jika kita singkap
dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan

antarakaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci


kejayaan Malaysia hingga dikena

Anda mungkin juga menyukai