Anda di halaman 1dari 11

BAB 1 MASALAH PEMBELAJARAN

1.1

Definisi Masalah Pembelajaran

Masalah Pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk
pelajari sesuatu. pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang
kemampuan belajar yang terdiri daripada:
a)
b)
c)
d)

masalah pemahaman,
pertuturan,
penulisan
penyelesaian masalah matematik.

Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran melihat, mendengar dan memahami perkaraperkara dengan kaedah yang berbeza. Ini boleh membawa kepada masalah penguasaan ilmu
dan kemahiran baru.
Punca-punca berlakunya masalah pembelajaran ialah susunan jaringan otak mereka
berlainan, kekurangan keupayaan kognitif atau intelek pada seseorang individu itu. Ia juga
boleh berlaku hasil daripada kekurangan upaya contohnya masalah kurang penglihatan, kurang
pendengaran atau masalah fizikal.
Adalah sukar bagi ibu bapa untuk menerima hakikat bahawa anak mereka menghadapi
masalah pembelajaran. Tidak seorang ibu atau bapa mahu melihat anak mereka menderita.
Ada yang akan tertanya-tanya tentang masa depan anak mereka dan bimbing bagaimana anak
mereka akan menghadapai dunia persekolahan. Mungkin ada yang bimbang anak mereka akan
dilabel sebagai lembam atau ditempatkan dikelas yang kurang mencabar.
Tetapi ibu bapa perlu diingatkan bahasa kebanykaan kanak-kanak bermasalah
pembelajran adalah mereka yang sama pintar dengan murid lain. Mereka hanya perlu di ajar
dengan kaedah yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka yang agak unik.
Kanak-kanak

yang

bermasalah

pembelajaran

tidak

melibatkan

kanak-kanak

ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, kerencatan akal dan gangguan


emosi. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah
pembelajaran.

1.2

Jenis-Jenis Bermasalah Pembelajaran

a. Bermasalah Bertutur

kecacatan suara, penyebutan bunyi-bunyi pertuturan, dan/atau kelancaran.

menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap.


b. Bermasalah Membaca (Disleksia)
Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi

masalah
kesukaran memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenal pasti perkataan

kurang dan kesukaran membaca secara lisan.


Kegagalan ini telah penyumbang kepada pengurangan harga-diri (self-esteem)

dan keyakinan diri (self-eficacy).


gagal untuk mengecam dan faham perkataan. bercakap

c. Bermasalah Matematik (Diskalkulia)


1 daripada 4 pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran

matematik
ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.

bermakna ketikupayaan untuk mengira.


Contohnya:
Kesukaran menyelesai masalah matematik bentuk ayat atau bahasa
Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab
Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa
kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang
salah secara konsisten.
Kesukaran mengingat kembali fakta (mengingat semula fakta lebih
perlahan berbanding pelajar biasa)
Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau
pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.

d. Bermasalah Menulis (Disgrafia)


Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa

ke dalam sistem simbol.


Antara masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar ialah
kesukaran memegang pensil
menulis huruf yang berlainan saiz bagi sesuatu perkataan
terdapat ruang di antara huruf bagi sesuatu perkataan
organisasi perenggan yang tidak teratur.

e. Bermasalah Memberi Tumpuan


memberi kesan terhadap situsai sosial di sekolah dan keadaan di rumah.
mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar

lain.
Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi

kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.


perlu ditegaskan bahawa tidak semua pelajar bermasalah pembelajaran

menghadapi Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD)


ciri-ciri umum masalah tersebut:
Sangat aktif (dipanggil hiperaktiviti)
Tidak boleh duduk diam
Kerap berjalan dalam kelas
Sukur memberi tumpuan kelas
Bertindak tanpa memikir (impulsif). Contohnya, tiba-tiba meluahkan jawapan
sebelum soalan ditanya
Tidak memberi perhatian kepada perkara terperinci
Tidak mengikuti arahan sepenuhnya
Tidak boleh mengelola aktiviti atau tugas yang diberi
Tidak menunggu giliran
Mencela ketika orang lain bercakap

Terlalu banyak bercakap

f.

Bermasalah Interaksi Sosial


berpunca daripada harga-diri (self-esteem) yang rendah.
menyebabkan kanak-kanak bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
Kompetensi sosial yang rendah dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan

mereka tidak dapat membaca situasi sosial di sekitar mereka.


Contohnya, mereka tidak faham apa yang mereka harus lakukan untuk
mempengaruhi orang lain, apa orang lain ingin mereka buat dan bagaimana
orang lain melihat mereka.

g. Bermasalah Kemahiran Motor (Dispraksia)


sejenis masalah pembelajaran yang melibatkan kemahiran motor halus (fine

motor skills).
mengalami kesukaran membuat tugas-tugas kemahiran motor halus.
Contohnya, mereka mendapati sukar memberus gigi, melambai dan
sebagainya. Bagaimana pun, kanak-kanak ini boleh dibantu dengan
mengaturkan kaedah-kaedah khusus.

h. Bermasalah Fungsi Eksekutif


i. sukar melakukan aktiviti-aktiviti seperti merancang, menorganisasi, mengingat dan
j.

pengurusan masa.
fungsi ingatan jangka pendek (short-term memory) mereka agak lemah dan ini boleh
menjejaskan pencapaian akademik.

1.3 Punca-punca Masalah Pembelajaran

GENETIK

kira-kira 35 hingga 45 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca

mempunyai ibu atau bapa yang juga menghadapi masalah membaca.


Risiko mempunyai masalah membaca akan meningkat sekiranya kedua-dua ibu

bapa mempunyai masalah yang sama.


Penemuan yang sama didapati bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah
pertuturan (Lewis, 1992) dan masalah ejaan (Schulte-Korne, Diemel, Muller,
Gutenbrunner & Remschmidt, 1996).

Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

KETAKSEIMBANGAN BIOKIMIA

Sesetengah ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca

kepada masalah hiperaktiviti


Isu ketidakseimbangan biokimia dan kaitannya dengan masalah pembelajaran harus

ditafsir dengan berhati-hati.


Salah tafsir bahawa kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran.
Akademi Pediatrik Amerika (The American Academy of Pediatrics) telah
mengumumkan bahawa terapi vitamin tidak wajar dijadikan rawatan bagi masalah

pembelajaran.
Hingga kini, tidak ada bukti yang kukuh dan konsisten bahawa sesuatu ubat-ubatan

atau makanan atau minuman dapat mengurangkan masalah pembelajaran.


Ubat-ubatan tertentu mungkin dapat mententeramkan kanak-kanak hiperaktif tetapi
ia tidak secara langsung mengurangkan masalah pembelajaran.

KECEDERAAN OTAK

Kecederaan otak atau trauma (kecederaan) pada sistem saraf pusat (central
nervous system) biasanya berlaku sebelum kelahiran bayi (posnatal) dan selepas
kelahiran bayi (posnatal).

Sebelum Kelahiran Bayi


ibu yang menghidap penyakit-penyakit seperti Rubella (sejenis deman
campak), herpes simplex, mengambil dadah (seperti herion, kokain), minum
alkohol dan merokok, terdedah kepada logam berat (seperti pelambam dan
merkuri) dan sinar X.

Semasa Kelahiran Bayi


kekurangan oksigen (anoxia), tidak cukup bulan (pramatang) atau kurang
berat badan, trauma yang diterima disebabkan oleh penggunaan alatan
perubatan seperti forsep (forcep) dan vakum.

Selepas Kelahiran Bayi

hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan, demam yang terlalu
tinggi, tumbuhan pada otak dan jangkitan seperti encephalitis dan meningitis.

Sepertimana kecederaan otak, genetik dan ketidakseimbangan biokimia sukar dipastikan


sebagai penyebab masalah pembelajaran
PERSEKITARAN

persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan (seperti pemakanan yang


tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekiatan yang kotor dan

bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi)
Contohnya, kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Hart dan Risely (1995)
dapati iaitu bayi dan kanak-kanak yang tidak banyak berkomunikasi dengan ibu
bapa mereka, mempunyai kosa kata dan pengusaan bahasa yang terhad sebelum

memasuki sekolah.
Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak
menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah
pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan
untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

1.4 Intervensi dan penempatan

Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran


sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial
mereka.

Bilik
Darjah
Biasa
Bilik Darjah
Berasingan

Guru Pendidikan
Khas sebagai
Penasihat

Pilihan
penempatan

Pengajaran
-Pengajaran Secara Langsung
-Memperkukuhkan Penguasaan
Isi Kandungan

Bilik
Sumber

Bilik Darjah Biasa

Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa dalam bilik darjah sama.
memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang

lengkap
kekangan: tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan

penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran.


Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa berkongsi tanggungjawab
dalam pengendalian kelas.

Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi


rancangan pengajaran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan

pelajar bermasalah pembelajaran.


mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan

tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran.


Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

Bilik Sumber

Pelajar bermasalah pendidikan yang ditempatkan dalam sekolah biasa akan pergi ke
bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka

dalam pembelajaran.
Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan.
Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah
daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi

dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah.


Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat
bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku,
membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan

keluarga.
Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan
tahap pembelajaran pelajar.

Bilik Darjah Berasingan

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (di

cadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa).


Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja
atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis

kategori ketidakupayaan.
Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan

kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas.


Antara kelebihannya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik

berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa.


Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria

yang tidak dapt dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran.


Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan

berbanding kelas biasa.


Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah
pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu

Pengajaran
pelajar bermasalah pembelajaran mendapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap
menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran
dengan berkesan.
Gerstein (1998) mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah:
Pengajaran Secara Langsung
Guru hendaklah:

mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.


Nyatakan kepada pelajar secara terus apa yang patut dilakukan, apa yang patut

disebut dan apa yang patut ditulis.


menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep.
Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan

langkah demi langkah.


sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir

maklumat.
Menyusun Aktiviti-aktiviti pembelajaran supaya menarik dan melibatkan pelajar untuk
mengambil bahagian secara aktif.

Memperkukuhkan Penguasaan Isi Kandungan


Selain menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira), pelajar bermasalah pembelajaran
juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran seperti sejarah, sains, geografi
dan sebagainya. Cara guru membantu pelajar menguasai fakta dan konsep sesuatu mata
pelajaran seperti berikut:
a. Nota Berpandu:
Ini edaran yang disediakan khas yang terdiri daripada isi-isi penting dan ruang

kosong untuk pelajar mengisi.


Sambil guru mengajar, pelajar diarah mengisi apa yang disampaikan dalam
ruang-ruang kosong disebelah poin-poin penting.

b. Penyusunan Grafik:

Untuk isi-isi penting. Sesetengah penyusunan grafik disampaikan secara lengkap


manakala yang lain disampaikan dengan meninggalkan ruang-ruang kosong
untuk diisi oleh pelajar.

c. Neumonik:

Neumonik membantu pelajar meningkat fakta-fakta penting.


Contohnya, neumonik PaReKi digunakan untuk membantu mengingat kembali
sungai-sungai terpanjang di Malaysia, iaitu; Sg. Pahang, Sg. Rejang dan Sg.
Kinabatangan.

Strategi Pengajaran

Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh

seseorang dalam penghadapi sesuatu tugas pembelajaran.


Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana

hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan.
Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah: membuat nota,
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi
mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai