Anda di halaman 1dari 71

Skema Kertas Model

Asmawi bin Abdullah

1(a) Takrifkan maksud kesan rumah hijau.

Proses fizikal yang melibatkan [peningkatan suhu di permukaan bumi]


akibat [pemerangkapan bahangan bumi oleh gas-gas rumah hijau]
khususnya karbon dioksida yang bersifat [lutsinar kepada bahangan
matahari tetapi legap kepada bahangan bumi].
Kunci Idea:
1. peningkatan suhu di permukaan bumi = 1M
2. pemerangkapan bahangan bumi oleh gas-gas rumah hijau = 1M
3. lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi
= 1M

1(b) Bagaimanakah fenomena kesan rumah


hijau berlaku?
i.

Berpunca daripada pembebasan gas-gas rumah hijau


khususnya karbon dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida,
metana dilketroposferamelalui aktiviti perindustrian,
pengangkutan, penyahhutanan dan sebagainya.

ii.

Gas-gas rumah hijau bersifat lutsinar kepada (bahangan


matahari) tetapi legap kepada bahangan bumi (bahangan
terestrial). Oleh sebab itu, bahangan matahari dibenarkan
menembusinya tetapi menghalang pembebasan bahangan bumi
ke angkasa. Kesannya, bahangan bumi akan berkitar di dalam
ruang atmosfera yang sama yang menyebabkan berlakunya
peningkatan suhu.
3

1(c) Jelaskan dua punca yang menyebabkan


fenomena kesan rumah hijau terjadi.
i.

Aktiviti industrilkilang dan stesen jana kuasa. Penggunaan bahan


api fosil (petroleum dan gas asli) dalam industri perkilangan
banyak membebaskan "gas-gas rumah hijau" yang mampu untuk
memerangkap bahangan bumi (bahangan terestrial). Antaranya
seperti; karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan karbon
monoksida.

1(c) Jelaskan dua punca yang menyebabkan


fenomena kesan rumah hijau terjadi.
ii.

Aktiviti pengangkutan/ kenderaan. Meliputi sumber kenderaan


bermotor yang merupakan sumber utama pembebasan gas-gas
rumah hijau di bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan
gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum
dan hidrokarbon-hidrokarbon hasil daripada pembakaran bahan
apinya yang Jdak lengkap terutama minyak diesel dan petrol
berplumbum.

1(c) Jelaskan dua punca yang menyebabkan


fenomena kesan rumah hijau terjadi.
iii. Aktiviti penyahhutanan. Penebangan hutan yang berleluasa turut
menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dalam
atmosfera. Hutan gaga) berfungsi untuk menyimpan karbon bumi
sebaliknya karbon dioksida akan terkumpul di dalam atmosfera.

1(d) Bagaimanakah kesan rumah hijau


memberikan impak terhadap alam
sekitar fizikal bandar?
i.

Peningkatan suhu mikro dan pulau haba bandar. Apabila


bahangan bumi ticak capat dibebaskan ke angkasa maka,
tenaga haba akan berkitar di ruang atmosfera bandar. ini akan
meningkatkan suhu di pusat bandar dan semakin berkurang
menghala ke pinggir bandar.

ii.

Cuaca pangs dan kelembapan udara yang rendah terbentuk di


bandar. Peningkatan suhu akibat kesan rumah hijau
menyebabkan udara di bandar menjadi keying, proses sejatan
menjadi tinggi, kelembapan berkurang.

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah


menyebabkan berlakunya fenomena
pemanasan global?
Aktiviti industri/ kilang dan stesen jana kuasa. Banyak
membebaskan "gas-gas rumah hijau" yang mampu
memerangkap bahangan bumi; yang menyebabkan kesan
rumah hijau. Antara rumah hijau yang banyak dibebaskan
ialah; karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan
kloroflorokarbon. Di samping aktiviti industri yang banyak
membebaskan CFC dan halons yang menyebabkan penipisan
lapisan ozon seperti industri pencuci/ pelarut, penghawa dingin
dan peti sejuk.

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah


menyebabkan berlakunya fenomena
pemanasan global?
Aktiviti pengangkutan/ kenderaan. Meliputi sumber
kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama
pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar. Meliputi sumber
kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama
pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar. Ekzos keretamotor ini mengeluarkan gas-gas seperti karbon monoksida,
karbon dioksida, plumbum dan hidrokarbon-hidrokarbon hasil
pembakaran bahan apinya yang ticalk lengkap terutama
minyak diesel can petrol berplumbum.

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah


menyebabkan berlakunya fenomena
pemanasan global?
Aktiviti domestik. Aktiviti pembakaran terbuka cilakukan di
tapak pelupusan sampah, di tapaktapak pertanian yang juga
membebaskan gas-gas karbon dioksida dan monoksida.
Kegiatan pertanian dan penternakan membebaskan gas
metana dan nitrus oksida yang juga bertindak sebagai gas
rumah hijau. Penggunaan alat penyemburan; aerosol dan alat
pemadam api membebaskan CFC dan halon; menyebabkan
penipisan lapisan ozon.

10 10

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah


menyebabkan berlakunya fenomena
pemanasan global?
Aktiviti penyahhutanan. Penebangan hutan yang
berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan karbon
dioksida dalam atmosfera. Pembersihan hutan
menyumbang kepada pembebasan sebanyak 25% karbon
dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan
pemotongan kira-kira 34 juta ekar hutan setiap tahun.
Kemusnahan hutan tropika sahaja telah menyebabkan
pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera
setiap tahun. Lebihan karbon dioksida ini menyebabkan
dunia menjadi semakin panas.
11 11

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah


menyebabkan berlakunya fenomena
pemanasan global?
Ujian nuklear di kutub/benua Antartika. Ujian peluru
berpandu menyebabkan kebocoran lapisan ozon.
Bahangan matahari menerobosi lapisan atmosfera dengan
mudah. Suhu bumi meningkat.

12 12

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap slam sekitar fizikal
Mempercepatkan fenomena penggurunan
(desertification). Pemanasan global mempercepatkan
proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin dan
seterusnya memudahkan pembesaran saiz gurun.

13 13

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap slam sekitar fizikal
Pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan
tinggi. Cairan ais benua akan membanjiri laut,
meningkatkan isi padu dan paras air laut seterusnya
menambahkan kadar hakisan oleh ombak.
Kawasankawasan pantai yang rendah mudah ditenggelami.
Kecairan litupan ais pergunungan tinggi pula akan
menambahkan kadar hakisan glacier, fenomena salji
runtuh, gelangsaran tanah dan lain-lain.
14 14

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap slam sekitar fizikal
Menggalakkan kejadian EI-Nino. Pemanasan global
akan mempercepatkan kenaikan suhu lautan lagi
khususnya Lautan Pasifik. Kenaikan suhu lautan
Pasifiktelah menyebabkan tekanan udaranya menjadi
rendah. Keadaan ini telah melemah, mengubah atau
menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini
membawa 'iujan yang lebat khususnya di negaranegara
Asia Tenggara. Kesannya, negara-negara tersebut
mengalami cuaca panas,kemarau yang terik akibat
kekurangan hujan.

15 15

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap slam sekitar fizikal
Menggalakkan kebakaran hutan secara semula jadi
sekali gus menyebabkan pula fenomena jerebu seperti
yang dialami oleh Indonesia dan Malaysia.

16 16

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Pada skala mikro seperti kawasan bandar Pemanasan
global akan menyebabkan kejadian pulau haba bandar
dengan terbentuknya lapisan "selimut karbon dioksida" di
ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga
matahari terperangkap. kawasan bandar menjadi lebih
panas berbanding dengan kawasan luar bandar.

17 17

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Gangguan ke atas kitar hidrologi. Ketidakseimbangan
air benua, regim wilayah daripada sumber-sumber sungai,
tasik, kolam dan proses transpirasi tumbuhan. Hal ini
demikian kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan
cepat tidak sepadan dengan bekalan air yang ads. Di
camping itu simpanan air tanah juga akan berkurang, paras
mats air dalam tanah akan menurun, sistem akuifer
kekurangan sumber air.
18 18

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Gangguan ke atas sistem ekologi 'seperti ke atas
ekosistem hutan, ekosistem tasik, ekosistem muara,
ekosistem pays, ekosistem laut dan sebagainya yang
melibatkan peningkatan suhu dan kekurangan bekalan air.
Sebagai contoh, mengancam kepelbagaian spesis flora dan
fauna, kepupusan hidupan akuatik, terumbu karang dan
lain-lain.

19 19

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan cuaca
panas seperti memudahkan perebakan penyakit, strok haba
dan ketidakselesaan hidup serta gangguan kepada aktiviti
sosial penduduk.

20 20

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Gangguan kepada bekalan air penduduk; menjejaskan
aktiviti dan keperluan harian dan kualiti kehidupan
penduduk. Pemanasan global boleh menyebabkan
kemarau yang mengurangkan bekalan air kepada
penduduk.

21 21

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Menjejaskan aktiviti pertanian akibat cuaca panas;
kekurangan bekalan air, tanaman cepat mati terutamanya
tanaman padi sawah dan sayursayuran. Produktiviti
pertanian terjejas, petani mengalami kerugian.

22 22

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global


terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Risiko kebakaran yang tinggi khususnya di kawasan
pertanian dan kawasan hutan. Ancaman nyawa, harts
bends dan lain-lain. Kebakaran hutan boleh menghasilkan
jerebu yang mengganggu urusan ekonomi dan sosial harian
penduduk.

23 23

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah


menyebabkan fenomena kemarau
berlaku?
Faktor fizikal atau semula jadi sememangnya
menyebabkan kejadian kemarau. Namun begitu
faktor tindakan manusia juga boleh
menambahkan kekerapan kejadian kemarau
lagi. Antara faktor fizikal yang terlibat ialah:

24 24

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah


menyebabkan fenomena kemarau
berlaku?
Cuaca panas akibat el-Nino. Fenomena EI-Nino telah
mengurangkan jumlah hujan di sesebuah kawasan dalam
tempoh yang lama EI-Nino berpunca daripada kenaikan
suhu Lautan Pasifik yang mengubah, melemah dan
menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini
membawa hujan yang lebat di bahagian daratan. Kesannya,
udara menjadi kering, kadar sejatan tinggi manakala
hujannya amat sedikit. Suhu yang panas menyebabkan
lembapan tanih dan akuifer kekurangan air, sungai dan
tasik menjadi kering dan seterusnya menghasilkan
kemarau.
25 25

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah


menyebabkan fenomena kemarau
berlaku?
Perubahan cuaca mengikut musim. Fenomena kemarau juga
disebabkan oleh perubahan cuaca secara semula jadi seperti
perubahan suhu, hujan dan angin mengikut musim. Di Malaysia
contohnya, pada musim monsun timur laut kawasan negeri-negeri
pantai barat semenanjung mengalami kekurangan hujan akibat
halangan Banjaran Titiwangsa. Begitu juga keadaan sebaliknya berlaku
pada musim monsun barat daya, negeri-negeri pantai timur pula akan
mengalami pengurangan hujan. Jika pengurangan hujan berpanjangan
fenomena kemarau boleh terjadi di negerinegeri yang berkenaan
mengikut musim monsun tersebut. Selain itu, faktor angin juga boleh
mempengaruhi kemarau. Halaju angin kering yang kuat akan membawa
awan ke tempat yang lain lantas kawasan yang sepatutnya turun hujan
akan mengalami cuaca panas dan kemarau.
26 26

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah


menyebabkan fenomena kemarau
berlaku?
Selain faktor fizikal, faktor manusia juga
boteh menambahkan kejadian kemarau.
Antaranya ialah:

27 27

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah


menyebabkan fenomena kemarau
berlaku?
Aktiviti penyahhutanan. Penyahhutanan akan menyebabkan
kekurangan bekalan air yang ketara dialami oleh sungai, tasik,
kolam dan empangan. Hutan gaga) berfungsi sebagai kawasan
tadahan - yang menyebabkan simpanan air tanah semakin
berkurang. Apabila sistem akuifer kekurangan air, maka sungai,
tasik, kolam dan paya juga kekurangan air. Lama-kelamaan menjadi
kering kontang dan kemarau akan berlaku. Selain itu, pokok-pokok
di dalam kawasan tadahan ini juga menjalankan proses transpirasi
membebaskan wap-wap air ke udara, menjamin kelembapan udara
berterusan bagi membentuk awan guna untuk menurunkan hujan di
kawasan tadahan tersebut. Apabila pokok-pokok ini ditebang maka
kelembapan udara akan berkurang, persekitaran menjadi kering (dry
air), sejatan akan meningkat dan sebaliknya hujan pula akan
berkurang.
28

28

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah


menyebabkan fenomena kemarau
berlaku?
Aktiviti pembandaran. Kadar pembandaran yang tinggi
telah mempengaruhi imbangan air negatif. Pembangunan bandar
yang pesat telah menukarkan hutan semula jadi kepada hutan
batu, muka bumf telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Hal ini
menyebabkan kadar susupan air berkurang seterusnya
simpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin
sedikit. Kesannya, input air kepada sungai-sungai juga semakin
susut. Selain itu, keadaan pulau haba bandar menjadi faktor
utama untuk menghasilkan udara kering (dry air). Peratus
kelembapan udara menjadi rendah, gumpalan awan tebal untuk
menurunkan hujan tidak terbentuk yang sekali gus menyebabkan
input air dalam persamaan hidrologi semakin berkurang..
29 29

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Menjejaskan sistem ekologi akuatik. Ekosistem tasik,
kolam, paya, sungai akan terjejas akibat kekurangan
air/kemarau. Hidupan akuatik akan mati/ pupus. Rantaian
dan siratan makanan akan musnah. Habitat musnah.

30 30

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Menjejaskan ekosistem hutan. Tumbuhan layu dan
mati; memusnahkan ekosistem hutan. Hutan mudah
terbakar secara semula jadi akibat kemarau/ panas yang
berpanjangan. Habitat dan rantaian makanan musnah.
Kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora akibat
kekurangan air.

31 31

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Kesan terhadap proses geomorfologi. Proses luluhawa
fizikal dan hakisan layangan angin lebih cepat berlaku.
Persekitaran kering kontang, tandus-gersang
mempercepatkan proses penggurunan. Kawasan gurun
semakin membesar.

32 32

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Kesan terhadap cuaca setempat. Kekurangan hujan;
cuaca menjadi panas. Penurunan kelembapan udara; udara
kering (dry air). Memudahkan terbentuknya jerebu.

33 33

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Kesan kitaran hidrologi. Storan air dalam tanah
(akuifer) akan berkurang. Menjejaskan sumber air kepada
sungai, tasik dan paya. Kadar sejatan tinggi; cuaca panas.
Hujan kurang kerana kelembapan udara rendah/ udara
kering.

34 34

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Menjejaskan kesihatan manusia. Kemarau boleh
menjejaskan kesihatan manusia apabila dihidrasi (kehilangan
air dalam badan) cepat berlaku penduduk cepat letih, lesu dan
kehilangan tenaga. Selain itu, penyakit berjangkit seperti denggi
dan taun juga cepat merebak dalam keadaan cuaca panas..
Kemarau juga mempercepatkan kejadian jerebu. Fenomena
jerebu juga menjejaskan kesihatan seperti seperti batuk,
asma/lelah, sesak nafas dan sebagainya.

35 35

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Membataskan interaksi sosial dan kos hidup bertambah.
Kemarau dan cuaca panas mengurangkan pergerakan
Penduduk. Penduduk lebih suka tinggal di rumah. Aktiviti hadah
seperti bersukan, berjoging, berkelah dan sebagainya berkurang
kerana keadaan cuaca yang panas boleh memudaratkan
kesihatan mereka.. Cuaca panas akibat kemarau menyebabkan
penduduk banyak menggunakan alai penghawa dingin.
Kesannya, bil elektrik akan bertambah dan ini boleh
membebankan pengguna.
36 36

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Menjejaskan produktiviti pertanian. Kemarau menjejaskan
pengeluaran tanaman makanan khususnya padi sawah. Apabila
bekalan air tidak mencukupi pokok-pokok padi akan mati dan ini
pastinya akan menyebabkan hasil pengeluaran tanaman tersebut
merosot. Di sesetengah negara yang diancam kemarau yang
berpanjangan seperti Somalia, Ethopia dan Chad didapati
bahawa hasil pengeluaran pertanian amat sedikit untuk
menampung keperluan makanan penduduk. Justeru itu, masalah
kelaparan dan kebuluran di negara-negara berkenaan
meningkat.
37 37

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap


akam sekitar fizikal dan manusia
setempat.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
Krisis bekalan air kepada penduduk. Kemarau yang

berpanjangan akan menyebabkan krisis air kepada


penduduk terutamanya di kawasan berpenduduk padat
seperti bandar-bandar besar. Apabila jumlah air sungai dan
tasik berkurang maka somber air kepada empangan juga
akan berkurang. Paras air di empangan akan merosot
dengan ketara dan ini akan menjejaskan bekalan air
kepada penduduk. Bekalan air terpaksa dicatu dan air yang
dibekalkan juga mungkin tidak berkualiti.
38 38

4(a) Bezakan konsep liberalisasi ekonomi


dengan deregulasi ekonomi.
i.

ii.

Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan


peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing
memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah
negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan
menjadi terbuka dan bebas.
Deregulasi eknomi ialah dasar penghapusan segala peraturan dan
sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang
selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan
pemilikan modal. Contohnya penghapusan dasar perlindungan,
penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif, penghapusan
skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan
modal berpilih.

39 39

4(b) Jelaskan dua faktor yang


mempercepatkan proses globalisasi
ekonomi pada masa kini.
i.

Kepesatan perkembangan ICT Ledakan maklumat.


Perkembangan dan kemudahan ICT, telah
mempercepatkan lagi proses globalisasi ekonomi
peringkat global lagi. Teknologi ICT terutamanya
Internet dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan
dengannya memudahkan untuk berhubung terns di
mana-mana sahaja kits berada. ICT banyak membantu
untuk mengedalikan perniagaan, perdagangan dan
segala bentuk pengurusan. Kos pengurusan bertambah
murah dan mudah.
40 40

4(b) Jelaskan dua faktor yang


mempercepatkan proses globalisasi
ekonomi pada masa kini.
ii. Kemajuan pengangkutan global trans benua. Sistem
pengangkutan melangkaui benua juga menjadi
pemangkin kepada proses globalisasi. Proses
globalisasi menjadi bertambah mudah dengan
meningkatnya kecanggihan pengangkutan udara, iaitu
kemudahan pengangkutan yang sangat diperlukan oleh
sektor ekonomi masa kini. Sistem pengangkutan laut
juga bertambah cekap yang telah dapat memendekkan
masa pelayaran dan mengurangkan kos pengangkutan.

41 41

4(b) Jelaskan dua faktor yang


mempercepatkan proses globalisasi
ekonomi pada masa kini.
iii. Dasar terbuka kerajaan masa kini. Dasar buka pintu
kepada pasaran bebas telah diamalkan oleh
keseluruhan negara demokrasi. Kerajaan merasakan
penyertaan dalam aktiviti ekonomi di peringkat global
adalah satu perkara yang sangat penting supaya
negara tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan
sosioekonominya. Oleh itu, pihak kerajaan
menggalakkan institusi, syankat dan firma dalam
negara untuk menyertai aktivitiaktiviti ekonomi
melampaui sempadan negara bahkan juga melampaui
benua dalam konteks pelaburan, perluasan pasaran,
jaringan dan jalinan kerjasama dan sebagainya. .

42 42

4(c) Jelaskan dua kesan positif globalisasi


ekonomi terhadap negara Malaysia.
i.

Meningkatkan days saing ekonomi negara. Dasar


pasaran bebas telah mewujudkan persaingan yang
hebat dalam pasaran dalam dan luar negara. Malaysia
terpaksa meningkatkan kualiti produk yang berkos
rendah dalam usahanya untuk kekal berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Kesannya, aktiviti penyelidikan
dan pemoangunan (R&D) akan berkembang pesat.

43 43

4(c) Jelaskan dua kesan positif globalisasi


ekonomi terhadap negara Malaysia.
ii. Menambahkan keupayaan modal dalam negara. Dasar
pasaran bebas akan membawa masuk pelaburan luar
asing (FDI) yang sudah tentu mampu untuk
menggerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya
dengan suntikan modal asing sahaja membolehkan
industri berkembang pesat. Aliran masuk modal asing
(FDI) ini adalah datangnya dari syarikat multinasional
(MNCs dan TNCs).

44 44

4(c) Jelaskan dua kesan positif globalisasi


ekonomi terhadap negara Malaysia.
iii. Perluasan pasaran dan perdagangan antarabangsa.
Amalan pasaran bebas akar memberikan peluang
kepada produk negara menembusi pasaran negara
maju dengan hak yang sama rata. Hal ini demikian
kerana globalisasi menuntut mekanisme pasaran yang
terbuka, adil dan talus. Produk Malaysia bebas berada
di manamana pasaran dunia yang mengamalkan dasar
terbuka.

45 45

4(d) Bagaimanakah deregulasi ekonomi


memberikan kesan buruk terhadap
penduduk negara Malaysia.
Deregulasi ekonomi [menghapuskan dasar perlindungan dan subsidi]
kepada produk tempatan. Kesannya, [harga barangan akan meningkat
dan kos hidup penduduk akan bertambah]. Deregulasi ekonomi juga
menyebabkan [syarikat IKS yang kecil gulung tikar] kerana tidak
mampu untuk bersaing dengan syarikat multinasional.
Kunci Idea:
1. menghapuskan dasar perlindungan dan subsidi = 1M
2. harga barangan akan meningkat dan kos hidup penduduk
akan bertambah = 1M
3. syarikat IKS yang kecil gulung tikar = 1 M

46 46

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Mengelakkan kesesakan. Kesesakan jalan raya
dapat dielakkan kerana perkhidmatan rel bandar
menggunakan laluan khas. Seperti laluan LRT,
Monorel di ruang atas, tidak berkongsi dengan
laluan lain.

47 47

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Mengurangkan pencemaran. Pencemaran
udara berkurang. Sistem rel bandar bersifat mesra
alam. Menggunakan tenaga alternatif seperti
komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya
bahan bakar petroleum.

48 48

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Mengurangkan pencemaran. Pencemaran
udara berkurang. Sistem rel bandar bersifat mesra
alam. Menggunakan tenaga alternatif seperti
komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya
bahan bakar petroleum. Kadar pencemaran bunyi
juga berkurang berbanding dengan pengangkutan
awam yang lain.

49 49

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Mengurangkan pencemaran. Pencemaran
udara berkurang. Sistem rel bandar bersifat mesra
alam. Menggunakan tenaga alternatif seperti
komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya
bahan bakar petroleum. Kadar pencemaran bunyi
juga berkurang berbanding dengan pengangkutan
awam yang lain.

50 50

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Perkhidmatan yang berkualiti dan selesa.
Mementingkan keselamatan dan keselesaan
penumpang. Selesa; berhawa dingin dan ruang
duduk yang luas; lebih santai. Sistem tiket yang
cekap dan cepat. Boleh bawa ramai penumpang/
kapasiti tinggi dalam satu-satu masa.

51 51

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Ketersampaian tinggi/ cepat dan mudah sampai.
Cepat sampai; perkhidmatan laju seperti bullet
train. Banyak stesen hentian; memudahkan
pergerakan penumpang. Kekerapan perjalanan;
tempoh menunggu dijimatkan. Mengikut jadual;
tepati masa.

52 52

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Menjimatkan kos/tambang berpatutan. Kos
tambang berpatutan sesuai dengan jarak, mass
dan kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Menjimatkan kos petrol dan kos tol berbanding
dengan penggunaan kenderaan sendiri untuk
ulang-alik ke tempat kerja.

53 53

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan


rel bandar semakin meningkat dalam kalangan
penduduk metropolis Kuala Lumpur.
Risiko kemalangan rendah. Risiko kemalangan
yang rendah kerana ciri-ciri keselamatan yang
tinggi. Menggunakan laluan khas; tidak
bertembung dengan kenderaan lain.

54 54

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem


pengangkutan darat terhadap alam
sekitar fizikal di Malaysia.
Pencemaran udara meningkat. Perlepasan asap
kenderaan yang tinggi hasil pembakaran bahan api
fosil yang tidak lengkap. Perlepasan karbon
monoksida, plumbum oksida dan hidrokarbon yang
lain. IPU meningkat; menyumbang kepada kejadian
jerebu. Mengurangkan jarak penglihatan dan
menjejaskan kesihatan penduduk.

55 55

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem


pengangkutan darat terhadap alam
sekitar fizikal di Malaysia.
Pencemaran bunyi dan bau busuk. Bunyi bising
dari enjin kenderaan yang semakin bertambah
khususnya lori, bas dan kereta api. Mengganggu
ketenangan dan kualiti hidup terutamanya di
kawasan bandar. Bau busuk asap kenderaan.

56 56

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem


pengangkutan darat terhadap alam
sekitar fizikal di Malaysia.
Hakisan tanah dan tanah runtuh. Pembinaan
jaringan lebuh raya/ jalan raya di kawasan berbukit.
Aktiviti menebuk, meneres dan memotong bukit.
Penambakan paya; untuk dibina jalan raya,
lapangan terbang dan lain-lain. Risiko hakisan
tanah, tanah runtuh dan tanah mendap.

57 57

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem


pengangkutan darat terhadap alam
sekitar fizikal di Malaysia.
Perubahan landskap yang ketara. penggondolan
hutan untuk membina jaringan lebuh raya/jalan raya.
Pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, medan
letak kereta dan lain-lain. Pembinaan terowong,
pemotongan bukit; landskap hutan semula jadi
berubah.

58 58

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem


pengangkutan darat terhadap alam
sekitar fizikal di Malaysia.
Peningkatan suhu mikro. Pembebasan haba
terms dari enjin bas, lori dan teksi khususnya di
stesen hentian. Pemanasan setempat. Pembebasan
gas-gas rumah hijau dari asap kenderaan; karbon
monoksida, karbon dioksida, plumbum oksida dan
lain-lain. Memerangkap bahangan bumi
menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat.

59 59

6(a) Jelaskan kepentingan kerjasama


serantau ASEAN kepada negara-negara
anggotanya.
Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN.
Hal ini dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan
Perdagangan (PTA) dan pasaran bebas AFTA
dengan memberi pengurangan cukai atau
pelepasan cukai kepada sesetengah barangan dari
sesama negara anggota. Kesannya, semua negara
anggota dapat menikmati faedah seperti harga
barangan yang lebih murah, bekalan barangan yang
berterusan, dan mengurangkan defisit import
barangan dari negara maju.
60 60

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN


kepada negara-negara anggotanya.
Perluasan saiz pasaran. Kesan-kesan positif
perluasan pasaran diperoleh melalui pertambahan
penduduk dan peningkatan kuasa bell yang
menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh
dijual ke serata negara. Konsep pasaran bebas
bersama (AFTA) akan memberi keuntungan kepada
semua negara. Dengan adanya perluasan pasaran
ini barangan dan perkhidmatan akan dapat dijual
tanpa karenah birokrasi yang cerewet.
61 61

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN


kepada negara-negara anggotanya.
Perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baharu.
Saling keuntungan diperoleh melalui perkongsian
teknologi, R&D, dan inovasi baharu dalam pelbagai
bidang perindustrian, tenaga, pertanian, perhutanan,
pengangkutan, telekomunikasi, kewangan, can lainlain yang dapat memberikan kesan positif kepada
semua negara anggota. Apabila semua negara
mengeratkan kerjasama maka kekurangan teknologi
sesebuah negara boleh ditampung oleh kelebihan
teknologi negara lain.
62 62

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN


kepada negara-negara anggotanya.
Perkongsian pelaburan modal atau kewangan.
Perkongsian pelaburan modal atau kewangan
menerusi pelbagai konsep can kaedah seperti
pelaburan silang, pelaburan bersama, koperasi
kewangan ASEAN, dan lain-lain yang dilangsungkan
di bawah Jawatankuasa Kewangan dan Bank
(COFAB). Negara-negara anggota yang lebih teguh
keadaan ekonomi boleh melabur dan membantu
negara-negara yang lemah.
63 63

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN


kepada negara-negara anggotanya.
Saling melengkapi dari pengkhususan pengeluaran. Negara
anggota ASEAN juga memperoleh keuntungan melalui keadaan
saling melengkapi khususnya dalam konteks pengkhususan
pengeluaran barangan industri pembuatan, perkhidmatan, serta
sumber dan tenaga. Kekurangan aspek-aspek tersebut di
sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain. Sebagai
contoh, negara Singapura yang mengalami masalah kekurangan
sumber bahan mentah seperti bekalan air, minyak sawit, dan
petroleum ditampung oleh negaranegara jiran seperti Malaysia.
Thailand pula membekalkan bergs dan sumber perikanan kepada
Singapura. Sebaliknya Singapura membantu negara lain melalui
kepakaran perkhidmatan, kepakaran kewangan, serta kemudahan
pelabuhan dan pergudangan.

64 64

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN


kepada negara-negara anggotanya.
Pengaliran tenaga buruh dan kepakaran. Kekurangan buruh
can tenaga pakar dalam sesebuah negara juga boleh ditampung
oleh negara anggota lain. Sesetengah negara ASEAN capat
mengurangkan masalah lebihan tenaga buruh yang berlaku di
dalam negara melalui perkongsian tenaga buruh. Contoh yang
paling balk ialah antara Malaysia dengan Indonesia. Kekurangan
buruh di Malaysia dalam sektor pembinaan, perladangan, can
pembantu rumah ditampung oleh kemasukan tenaga buruh dari
Indonesia. Dengan itu, ekonomi Malaysia lebih pesat dan
berkembang maju. Negara Indonesia juga memperoleh
keuntungan dalam pengurangan bebanan lebihan tenaga buruh.
Masalah pengangguran di Indonesia juga boleh dikurangkan.
65 65

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN


kepada negara-negara anggotanya.
Faedah penjagaan alam sekitar. Negara anggota turut
memperoleh keuntungan melalui penjagaan alam sekitar secara
bersama khususnya dalam menangani permasalahan alam sekitar.
Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Singapura
bersetuju secara bersama untuk menjaga perairan Selat Melaka.
Negara-negara tersebut menjalankan usaha sama dalam membuat
pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan, dan
pemuliharaan jika berlaku keskes pembuangan enap cemar oleh
kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka. Selain itu, di atas
semangat ASEAN, semua negara anggota telah membantu
Indonesia menangani masalah jerebu yang berpunca di Indonesia
dan kesannya dirasai oleh negara ASEAN yang lain khususnya
Malaysia, Singapura dan Brunei.

66 66

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN


mampu untuk mengurangkan kesan negatif
globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.
Melalui AFTA. Mengurangkan monopoli pasaran
barangan dari negara-negara maju. la dilaksanakan
menerusi konsep kawasan pasaran bebas ASEAN
(AFTA). Barangan sesama Negara ASEAN menjadi
lebih murah berbanding dengan produk luar ASEAN.

67 67

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN


mampu untuk mengurangkan kesan negatif
globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.
Penubuhan Bank ASEAN. Mengurangkan
monopoli pasaran kewangan ASEAN oleh negaranegara maju khususnya Amerika Syarikat.
Pengurangan ini dapat dilakukan menerusi
penubuhan Bank ASEAN, Koperasi ASEAN,
penggunaan mata wang ASEAN, dan lain-lain.

68 68

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN


mampu untuk mengurangkan kesan negatif
globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.
Syarikat bersama ASEAN (usaha sama). Dapat
mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negaranegara kapitalis atau dari syarikat multinasional (MNCs)
sahaja yang jelas tidak menguntungkan negara-negara
ASEAN. Hal ini boleh dilakukan menerusi penggabungan
syarikat-syarikat negara ASEAN untuk menjadi konglemerat
yang memiliki modal yang kukuh.

69 69

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN


mampu untuk mengurangkan kesan negatif
globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.
Perkongsian pintar. Mengurangkan dominasi
teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju
.Ini dilakukan melalui konsep perkongsian pintar,
konsep saling melengkapi, prinsip menang-menang.
Selain itu, langkah pertukaran teknologi dan inovasi
baharu, dan latihan tenaga manusia secara
bersama dan bersepadu sesama negara anggota
ASEAN.

70 70

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN


mampu untuk mengurangkan kesan negatif
globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.
Prinsip ZOFPAN. Membendung campur tangan
politik dari negara-negara maju menerusi prinsip
Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOFPAN), dasar
tidak campur tangan negara-negara anggota, Berta
prinsip kemakmuran bersama ASEAN.

71 71

Anda mungkin juga menyukai