Anda di halaman 1dari 8

PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN SATU AL-KHINDI


SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana telah selesainya program


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester yang ketiga selama lima hari di Sekolah
Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor dengan jayanya. Saya telah memilih di
sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal dan menjalani kursus wajib ini secara
bersendirian. Alhamdulillah kerana semuanya dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini. Rasa syukur saya panjatkan buat Ilahi sekali lagi kerana
pengalaman ini banyak membantu saya untuk manambah ilmu pengetahuan dan memberikan
saya pendedahan sebenar tentang situasi di dalam alam pendidikan.
Pada semester ini, tugasan yang diberikan ialah secara individu dan soalan tugasan
kali ini dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu mata pelajaran PJ3103 iaitu Anatomi dan
Fisiologi. Hal ini kerana, pada semester yang lalu, tugasan kami ialah dibawah Jabatan Ilmu
Pendidikan yang melihat perkembangan kanak-kanak dan melihat sejauh mana keberkesanan
sistem pendidikan baru KSSR yang dilaksanakan. Bermula dari hari pertama melaporkan diri,
saya telah diberikan panduan bagaimana untuk memperolehi maklumat dan apakah yang
diperlukan untuk melengkapkan tugasan mengikut kriteria yang diinginkan.
Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap
berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bagi kelas pendidikan jasmani. Selain itu, saya perlu menjawab beberapa soalan tugasan yang
diberikan berkaitan dengan asas anatomi dan fisiologi melalui pemerhatian yang saya jalankan
terhadap kelas pendidikan jasmani. Sebagai bukti tugasan saya perlu mengambil beberapa
keping gambar semasa aktiviti dan menemubual guru yang mengajar kelas tersebut.
Berdasarkan pemerhatian, temu bual, soal selidik dan interaksi di antara guru-guru di sekolah
tersebut, saya dapati bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.

Soalan Tugasan
1.0

Semasa Aktiviti Memanaskan Badan


i.
Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
Ya,
Sebelum memulakan aktiviti permainan guru telah membimbing murid untuk
melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti pemanasan badan ini dilakukan
dengan pergerakan asas bermula dari anggota bahagian kepala hingga ke
bahagian kaki. Guru telah memainkan lagu untuk mengiringi aktiviti pemanasan
badan supaya murid lebih seronok dan bersemangat untuk memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan jasmani. Guru telah memilih
lagu yang sesuai dengan pergerakan untuk pemanasan badan.

Gambar

1 : aktiviti
pemanasan

badan

ii.

Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan


diberikan kepada pelajar?
Aktiviti pemanasan badan ini sangat penting kepada sistem tubuh sebelum
melakukan aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu guru perlu memberi
penerangan tentang kepentingan aktiviti pemanasan badan kepada murid agar
murid jelas dan faham tujuan melakukan aktiviti pemanasan sebelum
memulakan aktiviti pergerakan yang lain. Semasa melakukan permerhatian

dalam sesi PdP pendidikan jasmani bagi kelas tahun satu Al-Khindi saya dapati
guru pendidikan jasmani telah memberi penerangan terlebih dahulu mengenai
kepentingan aktiviti pemanasan badan kepada murid. Guru menyatakan kesan
buruk ke atas tubuh badan jika aktiviti pemanasan badan tidak dilakukan
sebelum memulakan sebarang aktiviti.

Gambar 2 : Guru Memberi penerangan kepada murid


iii.

Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?


Ya. Otot-otot besar seperti otot Bisep, Trisep dan Quardisep telah diberi tumpuan
semasa aktiviti pendidikan jasmani dijalankan. Hasil temubual dengan guru
pendidikan jasmani saya dapati guru kelas 1 Al-khindi telah memberi tumpuan
terhadap otot-otot tersebut semasa melakukan aktiviti permainan.

iv.

Adakah
aktiviti
yang
diberi
membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?
Tidak, aktiviti yang diberikan semasa pemanasan badan tidak membayakan otototot sendi dan lain-lain anggota badan kerana guru telah membimbing murid
untuk melakukan pergerakan otot dan sendi dengan pergerakan yang ringan.
Murid diajak melakukan pergerakan sambil menyanyi dan mengikut iringan
muzik sambil mengangkat kepala dan memandang ke arah kanan dan kiri. Untuk
pergerakan bahagian anggota tangan seperti otot Bisep guru melakukan aktiviti
menghayun tangan ke ahdapan dan ke belakang serta melipat siku ke atas.

2.0

Adakah Keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?
Keperluan warm down telah dijalankan dan guru pendidikan jasmani telah memberi
penerangan kepada pelajar mengenai cara pergerakan warm down yang betul. Guru
juga memberi penjelasan tentang kepentingan melakukan warm down selepas aktiviti
sukan atau permainan. Kepentingan warm down kepada sistem tubuh selepas sesuatu
aktiviti perlu dititikberatkan oleh guru pendidikan jasmani kerana peredaran darah yang
tidak stabil ke seluruh sistem badan akan memberi kesan yang buruk kepada sistem
4

tubuh seperti kekejangan dan sesak nafas. Masalah ini berlaku kerana proses
peredaran darah yang membawa oksigen gagal sampai ke otak.

3.0

Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang
dirancang?
Sebelum melakukan aktiviti pendidikan jasmani guru pendidikan jasmani perlu
merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemahiran pelajar.
Peralatan yang digunakan juga perlu sesuai dengan setiap aktiviti yang dirancang serta
selamat digunakan. Hasil pemerhatian yang saya jalankan saya dapati guru pendidikan
jasmani Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bangi telah menggunakan peralatan yang
sesuai dengan aktiviti dan tahap kemahiran pelajar. Antara peralatan yang digunakan
ialah gelung rotan, bola, dan bakul. Saya dapati juga guru pendidikan jasmani ini telah
menggunakan kertas terpakai untuk dijadikan bola kecil yang digunakan semasa aktiviti
permaianan. Kreativiti guru ini bertujuan untuk keselamatan semasa menggunakan
peralatan.

Gambar 4 : peralatan yang digunakan


4.0

Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang
dirancang?
Hasil pemerhatian saya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan
jasmani bagi tahun 1 Al-Khindi ini pembahagian masa untuk setiap aktiviti adalah
bersesuai dengan masa yang diperuntukkan. Susunan bagi setiap aktiviti mengikut
masa yang diperuntukkan. Hasil temubual bersama guru pendidikan jasmani iaitu cik
Nur Hafizah saya dimaklumkan setiap aktiviti telah diperuntukkan masa antara 10
hingga 15 minit.

5.0

Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran


tersebut.
Pada pemerhatian saya ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan
oleh guru tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani antaranya
ialah penambahbaikan dari aspek pengurusan susun atur kedudukan murid semasa
aktiviti permainan dijalankan. Ini kerana saya dapati jarak kedudukan antara murid
terlalu rapat dan menyukarkan pergerakan mereka.
Selain itu, penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah dari aspek memberi
arahan kepada murid sebelum memulakan aktiviti. Saya dapati guru tersebut tidak
memberi arahan yang lebih jelas dari segi peraturan-peraturan dalam permainan.
Keadaan ini menyebabkan murid keliru dengan peranan masing-masing semasa aktiviti
permainan.
Penambahbaikan yang seterusnya ialah dari aspek penggunaan peralatan
semasa aktiviti pendidikan jasmani. Alat yang digunakan semasa aktiviti pendidikan
jasmani kurang efektif kerana bola yang digunakan tidak kondusif. Sepatutnya guru
perlu memastikan peralatan berada dalam keadaan kondusif dan sesuai untuk murid
tahun satu.

Anda mungkin juga menyukai