Anda di halaman 1dari 13

Isu Perang Jamal Pada

Zaman Pemerintahan
Khalifah ‘Ali b. Abi
Talib (r.a.)
PERANG JAMAL
Perang ini juga dikenali sebagai
Perang Basrah.
Ia berlaku setelah 25 tahun
kewafatan Nabi Muhammad
(s.a.w.).
Tarikh: 10 Jamadil Akhir 36H sama
dengan 4 Disember 656M.
Perang antara pihak Ali (r.a.)
dengan ‘A’ishah (r.a.).
PERANG JAMAL
Melibatkan sebahagian besar
Sahabat kanan (r.a.) seperti al-
Zubayr.
Puak Saba’iyyun menjadi dalang.
Antara punca perang meletus:
 Isu pembunuhan Khalifah ‘Uthman.
 Masalah membay‘ah Ali.
 Polisi Ali yang agak tegas.
PERANG JAMAL
Asalnya, pasukan Ali sedang
bersiap sedia untuk memerangi
puak Mu’awiyah di Sham.
Tetapi ‘A’ishah dan pasukannya
sudah berada di Makkah dan mula
menuju ke Basrah.
Tujuan: Menuntut bela atas
kematian ‘Uthman.
PERANG JAMAL
Ini memandangkan Ali sendiri tidak
dapat mengambil tindakan tegas
terhadap pembunuh ‘Uthman.
Malah puak pemberontak
(pembunuh) sudah masuk dalam
pasukan Ali.
Ali dituduh sebagai tali-barut yang
merancang pembunuhan ‘Uthman.
PERANG JAMAL
Persiapan perang perlu dibuat
kerana jumlah pemberontak di luar
Madinah tidak kecil.
‘A’ishah sendiri terlibat untuk
memberi penerangan berkenaan
keperluan menuntut kematian
‘Uthman.
Ramai penduduk Makkah sokong.
PERANG JAMAL
Keluarga Umayyah menyediakan segala
kelengkapan.
600 ekor unta digunakan dalam
ekspedisi ini; dikenali sebagai tentera
Jamal.
Awal Jamadil Akhir 36H: 3,000 orang
menuju ke Basrah dari Makkah.
Tentera Ali yang besar bergerak untuk
menghalang tentera Jamal.
PERANG JAMAL
Tentera Jamal tiba awal di Basrah dan
terus berkempen.
Tentera Ali terus ke Kufah; beliau
hantar ‘Uthman b. Hunayf untuk
berunding.
Utusan disebat dan janggutnya dicukur.
Jamadil Akhir 36H: Perang meletus
(Khamis) antara tentera Ali dan
‘A’ishah di al-Khuraybah.
PERANG JAMAL
Perang berlanjutan selama 6 hari tanpa
tanda akan berhenti.
Ali masih mengharapkan perang ini tamat;
beliau hantar Abu Musa al-Ash‘ari & ‘Abd
Allah b. al-‘Abbas untuk berunding.
Tentera Jamal tidak berminat. Perang
tamat pada hari ketujuh bila kaki unta
‘A’ishah kena panah.
‘A’ishah diselamatkan oleh Muhammad b.
Abi Bakr (saudaranya/orang kuat Ali).
PERANG JAMAL
Tentera Jamal telah jatuh semangat
dan meletakkan senjata.
Tentera Khalifah Ali menang. Tapi
beliau sedih kerana ramai tokoh
Sahabat terkorban.
Beliau ambil masa 3 hari untuk
kebumikan semua yang terkorban.
Harta yang dikumpul tidak boleh
dibahagikan kerana ia bukan ghanimah.
PERANG JAMAL
Ramai yang bersedih kerana orang
tersayang telah terkorban.
‘A’ishah sendiri berwasiat agar
jenazahnya tidak dikebumikan di
sebelah Baginda Nabi (s.a.w.).
Kita doakan agar semua yang
terkorban dimasukkan di kalangan
ahli syurga, Amin.
ANALISA PARA SEJARAWAN YANG TIDAK
TEPAT TENTANG PERANG JAMAL
Dendam lama ‘A’ishah terhadap Ali
merujuk kepada peristiwa Ifk.
Rasa tidak puas hati rakyat terhadap
pelantikan Ali sebagai Khalifah.
Hubungan Fatimah-‘A’ishah tidak baik.
Dendam ‘A’ishah terhadap Ali kerana
tidak memberi bay’ah kepada Abu
Bakar di SBS.
‘Aishah mahu anak saudaranya, ‘Abd
Allah b. al-Zubayr menjadi Khalifah.
RUMUSAN
Perpaduan umat Islam pada zaman
Ali mula musnah dengan berlakunya
Perang Jamal.
Umat Islam jangan salah anggap
terhadap peristiwa ini, termasuk
juga Perang Siffin (Ali-Mu’awiyah).
Umat Islam perlu mengambil iktibar
dan pengajaran dengan peristiwa
yang telah berlaku.