Anda di halaman 1dari 8

ISU DAN CABARAN SEMASA GURU DI PEDALAMAN.

1.0 INTEGRASI NASIONAL.


Integrasi nasional merupakan satu proses yang dinamik untuk merapatkan masyarakat
negeri-negeri di Malaysia khususnya negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak. Tujuannya adalah membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti
berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan dan bersatu-padu. Perpaduan
wujud apabila pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup bersatu dengan memberi
komitmen kepada identiti kebangsaan.
Guru-guru yang bertugas di pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak mempunyai
tugas besar yang perlu dilaksanakan. Guru-guru ini berhadapan dengan kumpulan etnik
tertentu, yang kurang berinteraksi antara kumpulan etnik kerana faktor geografi dan budaya
etnik masing-masing. Proses integrasi perlu dipupuk secara tidak langsung kerana hampir tiada
percampuran etnik dalam sekolah. Guru-guru berhadapan cabaran terutama jika guru-guru
tersebut bukanlah dari kumpulan etnik tersebut. Guru perlu cepat menyesuaikan diri dengan
kehidupan dan budaya etnik tersebut agar mudah melaksanakan proses pemupukan integrasi.
2.0 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan
supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta
kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan
setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis
sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum ,
agama atau latar belakangnya.
Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat
membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju,
keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang
memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian
pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan
peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas
sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.
Dalam

melaksanakan

pendemokrasian

pendidikan,

guru-guru

di

pedalaman

menghadapi cabaran
1. Kekurangan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.

2. Kekuangan kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat
sumber dan sebagainya.
3.0 GLOBALISASI PENDIDIKAN
Cediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas
dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh
dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik
bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk
mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.
Guru-guru di pedalaman perlu menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan
memenuhi hasrat Wawasan 2020:
1. Guru perlu melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
2. Guru perlu berusaha membuka minda pelajar agar mampu berfikir pada aras tinggi,
meneroka idea dan mencipta inovasi dalam keadaan serba kekurangan dan tanpa pengetahuan
sediada pelajar yang terbatas.Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan
profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus
perkembangan.
4.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan
dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turuntemurun. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
perlbagai kaum.
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai
bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Apabila anak orang Melayu, Cina,
India dan kaum lain dapa berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan
lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya
Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk
menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

Guru di pedalaman perlu menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi
bilik darjah mesra budaya:
1. Guru perlu mendalami mengenai budaya murid
2. Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar
3. Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik.
4. Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain
5.0 PENGARUH PERKEMBANGAN TMK
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi
ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata
dan kayu, sebaliknya alam .
Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan,
perhubungan

dan

perkongsian

bahan

pengajaran-pembelajaran.

Cabaran

guru

atau

masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara
berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.
Namun, guru-guru di pedalaman hanya mampu menceritakan kepada pelajarnya kerana
tiada kemudahan apatah lagi capaian kepada teknologi sedemikian.
6.0 GEJALA SOSIAL
Gejala sosial berpunca daripada sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak, sikap pelajar,
pengaruh media massa, iklim bilik darjah, pengaruh rakan sebaya terhadap sikap agresif,
ponteng sekolah, dan merosakkan harta benda sekolah. Guru di pedalaman kurang
berhadapan dengan gejala sosial dan masalah lebih tertumpu kepada amalan atau kebiasaan
sesuatu kaum atau etnik yang kurang sesuai dengan kehidupan sebagai pelajar.
7.0 PENCAPAIAN PENDIDIKAN DALAM NEGARA
Berdasarkan pengalaman sistem persekolahan yang terbaik di seluruh dunia, terdapat empat
perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar dan salah satunya adalah memastikan
setiap kanak-kanak berjaya. Menetapkan tahap pencapaian tinggi bagi semua pelajar (tanpa

mengira latar belakang) dan menyediakan bantuan yang sistematik serta sokongan kepada
kanak-kanak yang ketinggalan.
Dalam serba kekurangan, guru perlu berusaha mencapai matlamat ke arah memastikan
seiap kanak-kanak berjaya bagi membantu pencapaian hala tuju pendidikan negara. Keadaan
ini sudah pasti memberikan tekanan yang tinggi kepada guru sedangkan guru itu sendiri perlu
berhadapan dengan situasi yang sukar dalam menjalani kehidupan seharian.
8.0 ANALISIS PUNCA TEKANAN EMOSI
Terdapat banyak punca berlakunya tekanan emosi di kalangan guru yang berkhidmat di
kawasan pedalaman. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;

Faktor diri.

Faktor interpersonal.

Faktor organisasi.

Faktor kekurangan sumber.


8.1 Faktor Diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk
diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa
mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesa, mudah, dan menjanjikan
gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini
dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional
yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai
dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan
profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan
asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan
disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik
sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi
tidak seperti apa yang diramalkan terutama bagi guru-guru yang dihantar mendidik di
kawasan pedalaman. Kesukaran menjalani kehidupan sebagai seorang guru di kawasan
pedalaman jauh dari jangkaan awal kehidupan yang selesa mula menjadi tekanan hebat

kepada guru.Guru perlu menyesuaikan diri dengan budaya, cara hidup yang asing dari
kehidupannya.

8.2 Faktor Interpersonal


Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor
interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih
daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta
tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini kurang berlaku kepada guru-guru yang berkhidmat di pedalaman, kerana
jumlah guru yang berkhidmat tidak ramai. Perhubungan anara guru biasanya lebih
akrab. Namun, jika berlaku keadaannya lebih teruk kerana bilangan yang tidak ramai
pasti menyebabkan seseorang itu berasa lebih tersisih.
8.3 Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan tekanan emosi
di kalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam
selain guru. Antara faktor-faktor tekanan emosi yang dikategorikan sebagai faktor
organisasi ialah;

Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

Tugasan kerja berterusan (kronik).

Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.

Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

Perubahan dasar yang drastik.


Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam

profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Capaian antara sekolah dengan
Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
amat terad bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Guru-guru sering ketinggalan
dalam mendapatkan maklumat tetapi dalam masa yang sama perlu memenuhi
kehendak organisasi terutama sekolah.
8.4 Faktor Kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah


tekanan emosi yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya
diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menambahkan lagi
bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus.
Di kawasan pedalaman, seseorang guru perlu bersedia menggalas beban yang
berat terutama apabila rakan sekerja terpaksa meninggalkan sekolah bagi urusan
tertentu. Adakalanya, hanya terdapat seorang guru di sebuah sekolah. Tahap tekanan
emosi guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan
tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul
tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

9.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU


Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah tekanan emosi di kalangan guru
seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara
yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu
bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal tekanan emosi. Oleh itu, guru
perlu bijak dalam mengendalikan tekanan emosi.
Kegagalan guru untuk mengendalikan tekanan emosi memberikan kesan negatif kepada
kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan
bidang pendidikan negara. Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan
mengelakkan seorang guru daripada tekanan emosi. Antara langkahnya ialah:
1.Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional
(asertif).
2. Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.
3. Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
4. Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh
dipercayai.
5. Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
6. Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.
10.0 MENGURUS PERUBAHAN PENDIDIKAN DARI ASPEK STRATEGI PENGAJARAN
GURU YANG INOVATIF

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Perubahan yang berlaku


kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian dalam pendidikan mestilah dielakkan
kerana jikalau berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda pada masa akan
datang. Perubahan juga adalah berbentuk kompleks di mana perubahan itu dikaitkan dengan
proses Evolusi dan Revolusi.
Evolusi ialah proses perubahan yang berlaku secara perlahan tetapi dalam jangka masa
yang panjang atau lama manakala Revolusi pula ialah proses perubahan yang berlaku secara
drastik dan pantas. Proses revolusi akan meninggalkan kesan yang membinasakan. Selain itu,
perubahan merupakan multidemensi iaitu sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan
perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal
pasti semua dimesi yang berkaitan dengan perubahan.
Inovatif membawa maksud kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu
yang baharu sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan
semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Sistem pendidikan
masa kini menuntut guru untuk lebih bersifat membimbing agar murid dapat mengaplikasikan
bakat

dan

kebolehan

mereka

secara

optimum

seterusnya

menyelesaikan

masalah

pembelajaran dengan lebih berkesan Kelebihan dan kepakaran guru boleh diterjemahkan
dalam bentuk pengajaran yang berunsurkan teknologi. Guru yang pakar dalam bidang teknologi
maklumat boleh melakukan inovasi dengan menghasilkan modul atau aplikasi pembelajaran
menggunakan multimedia. Guru tidak seharusnya mengajar hanya berpandukan sukatan
pelajaran serta bahan pengajaran semata-mata. Hal ini demikian kerana pengajaran yang
disampaikan akan menjadi kurang berkesan sekiranya tidak dapat difahami dan menjemukan
murid. Oleh itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Guru hendaklah
bertindak sebagai seorang pelakon yang bijak dan memainkan peranannya dalam pelbagai
situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pelajaran. Penghasilan, penciptaan dan
pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih berinovasi
Strategi pengajaran pula merangkumi pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian.
Pemilihan ini ada kaitannya dengan gaya belajar murid. murid yang bercirikan visual lebih
berminat pada gambar, objek, video dan bahan dimensi (3D) dapat dilihat untuk memenuhi
keperluan mereka dalam pembelajaran. Murid yang memiliki kecerdasan audio berminat pada
bahan pengajaran yang mempunyai bunyi seperti muzik dan kesan bunyi-bunyian.

10.1 Pelan Tindakan

Anda mungkin juga menyukai