Anda di halaman 1dari 3

NAMA

: JELVIN BIN MOHILING


KUMPULAN
: PISMP SEM 2 MUZIK AMBILAN JUN 2014
NO. KAD PENGENALAN : 930708-12-6401
______________________________________________________________

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana


dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya saya dan juga rakan-rakan telah
berjaya menjalani salah satu tugasan penting bagi kesemua kami yang
berada dalam semester 2 di IPG Kampus Perlis ini iaitu Program Bina Insan
Guru (Fasa 2) yang dijalankan selama 2 hari bermula pada 13 Mac 2015
hingga 14 Mac 2015. Program ini telah diadakan di lokasi yang dipilih iaitu di
Muzium Kota Kayang, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Setelah bertungkuslumus bersama menjalankan segala tugasan yang diberi diikuti pula dengan
semangat kerjasama antara dua kelas yang berbeza, kami semua berjaya
menghabiskan program dengan sempurna dan jayanya sekali. Hal ini
demikian kerana program sebegini sebenarnya telah mewujudkan pelbagai
nilai murni yang boleh diterapkan ke dalam diri masing-masing serta
pengajaran kepada kami semua.

Selaku ahli dalam biro peralatan untuk kali ini, apa yang boleh saya
katakan di sini bahawa program sebegini mempunyai matlamat dan tujuan
tertentu dalam mencapai misi dan visinya. Matlamat utama yang ingin dicapai
ialah berhasrat untuk membentuk personaliti guru yang berakhlak mulia, aktif,
dinamik, berdaya saing dan mampu menggalas amanah sebagai pembangun
generasi yang unggul selaras dengan nilai-nilai keguruan. Setelah saya dan
juga rakan-rakan yang lain selesai menjalani aktiviti ini, kami mendapati
bahawa objektif yang ingin dicapai seperti menambah pengetahuan tentang
ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan menjunjung tinggi ajaran agama dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan, memiliki kemahiran dalam setiap
sudut kehidupan, ketahanan fizikal, mental dan bersemangat juang yang
tinggi dan juga menerapkan semangat kerjasama dan persaudara dalam
usaha untuk menjadi guru yang professional.

Seterusnya, dengan adanya kerjasama dan komitmen yang diberikan


sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan, saya dan rakan-rakan
dapat menyempurnakan BIG kali ini dengan baik sekali. Terlalu banyak nilai
yang telah saya dapati dan cuba untuk menerapkannya ke dalam jati diri ini.
Antaranya ialah keberanian. Secara jujur saya katakan bahawa saya tidak
pernah menyandang jawatan sebagai ahli aktif mahupun penolong ketua biro
bagi sesuatu program. Lain pula pada kali ini apabila rakan-rakan memilih
saya sebagai calon yang sesuai untuk membantu ketua dan memimpin
mereka semua. Dengan semangat jitu yang tinggi dan sokongan daripada
rakan-rakan, saya menyahut cabaran untuk menggalas tanggungjawab
tersebut meskipun saya memahami jawatan tersebut amatlah berat untuk
dilaksanakan. Saya memberanikan diri untuk bersuara mengeluarkan arahan
walaupun perasaan takut dan gementar menyelubungi diri saya. Sepanjang
program tersebut, segala arahan yang diberikan oleh saya kepada rakan
yang lain adalah tepat dan betul tanpa sebarang silap.

Selain itu, saya juga turut mempelajari bagaimana mahu menjadikan


daya kempimpinan yang tinggi untuk diterapkan ke dalam diri. Melalui
pelajaran yang baru daripada pensyarah serta rakan-rakan, saya dapat
memperbaiki segala kesilapan demi kesilapan dan berjaya dibetulkan.
Walaupun saya hanya ahli biasa dalam biro peralatan, namun tidak
semestinya rakan-rakan yang lain tidak boleh menegur kesilapan saya kerana
itulah yang membina dan mengilatkan lagi daya kepimpinan saya pada masa
akan datang untuk menjadi lebih yang terbaik. Hal ini demikian kerana saya
perlu membalas kepercayaan mereka semua kepada saya untuk memimpin
mereka semua dan berada di samping ketua ketika waktu senang dan juga
duka.

Selain itu, saya turut mendapati bahawa nilai kerjasama antara kelas
saya dan juga kelas PISMP Sejarah menjadi lebih akrab setelah tamat
program. Hal ini demikian kerana kami semua saling tolong-menolong antara
satu sama lain untuk membantu menjayakan program ini. Mungkin sebelum

ini hubungan kami agak renggang dek kerana berbeza kelas dan jarang
bertegur sapa di tempat pengajian. Namun, melalui platform program
sebegini, ia sebenarnya telah memberikan kami semua satu peluang untuk
menjalinkan semula hubungan yang renggang itu supaya kembali lebih akrab
serta boleh bermesra antara satu sama lain dalam kerja berpasukan. Saya
mengharapkan supaya hubungan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga
ke akhir pengajian dan selama-lamanya kelak.

Tuntasnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak


IPGKP yang memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program.
Terima kasih juga diucapkan kepada Unit GERKO IPGKP terutama sekali
kepada semua pensyarah yang hadir dan menjadi fasilitator kepada kami
sepanjang program kerana sanggup membantu kami untuk mencapai
matlamat serta tujuan sepanjang menjayakan program ini. Seterusnya, terima
kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang berganding bahu bersamasama

bersusah-payah,

bekerjasama

dan

bertungkus-lumus

dalam

melaksanakan segala tugasan sebelum, semasa, dan selepas tamat program


ini. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa budi baik anda semua,

Anda mungkin juga menyukai