Anda di halaman 1dari 5

H.

Aktiviti

Teori

kecerdasan

pelbagai

(Howard

Gardner)

a) Dapatkan intisari teori kecerdasan


pelbagai

(multiple

intellegences)

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983.
Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut
Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan
ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis
kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan
manusia,

kanak-kanak

Kecerdasan-kecerdasan

yang

telah

dan
dikenal

pasti

adalah

dewasa.
seperti

berikut:

i) Linguistik ("word smart"):

Sifat: Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara
berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik
melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar
membaca, bermain teka kata dan penulisan.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Perkataan

Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang


sastera)

Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare

ii) Logikal ("number/reasoning smart"):

Sifat: Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan


menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan
berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: nombor atau logik

Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.

Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.

iii) Bodily / Kinesthetic ("Body smart"):

Sifat: Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran


berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam
aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan
tumpuan dan fokus.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman fizikal

Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.

Contoh: Nicol David, Jackie Chan, Rosyam Noor.

iv) Visual / Spatial ("Picture smart"):

Sifat: Mereka yang mempunyai kecerdasan ini dikatan memerlukan visual bagi
membina kefahaman mereka. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan

menggunakan gambar dan imej. Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan
didengar kepada bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang dalam
pembelajaran bilik darjah.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Gambar

Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.

Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi

v) Muzik ("Music smart"):

Sifat: Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan
menggunakan muzik.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Muzik

Kerjaya: Komposer, Penyanyi

Contoh: Ajai, P. Ramlee, Siti Nurhaliza

vi) Interpersonal ("people smart"):

Sifat: Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang
paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:Pengalaman sosial

Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vii) Intrapersonal ("Self smart"):

Sifat: Mempunyai ciri yang sensitif. Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan
secara individu.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Refleksi Kendiri

Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.

Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.

viii) Naturalist ("Nature smart"):

Sifat: Mereka mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman


dengan alam semula jadi.

Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.

Contoh: Charles Darwin.

b)

Kaitkan

dengan

kreativiti

Menurut Megat (2009) penciptaan lagu adalah sesuatu yang memerlukan daya
konsentrasi dan kreativiti yang tinggi. Hanya mereka yang berupaya mengatasi
pelbagai kegagalan sahaja mampu menangani tekanan disebabkan kekangan
penceritaan semasa mencipta lagu maupun lirik. Seperti yang di katakan oleh
Patterson, kemahiran mencipta lagu dan lirik merupakan suatu ruang di mana pelajar
menggabung jalin kemahiran muzikal, aestetik dan bahasa. Para pelajar awal remaja
berupaya melakukan eksperimen dengan pengetahuan yang dipelajari sekaligus
mematangkan

kemahiran

berfikir.

c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran

komputer

Sebagai contohnya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran komputer guru boleh la
menggabungkan elemen muzik bagi menarik perhatian dan membangkitkan semangat
untuk terus mengikuti pembelajaran. Guru juga boleh menyediakan tugasan untuk
murid menghasilkan satu bentuk persembahan dalam bentuk video. Ia secara tidak
langsung dapat meningkatkan dan mengasah kemahiran serta kreativiti minda pelajarpelajar.

Anda mungkin juga menyukai