Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN ANTARA INTERPERSONAL DAN

INTRAPERSONAL
Nama:MOHD ABDUL AKRAM BIN SUIP
AFIQ AFIFI BIN AHMAD ZAMRI
Sebelum kita mengenali maksud sebenar interpersonal dan intrapersonal ini kita perlu
mengetahui maksud awal sebenar komunikasi. Hal ini kerana interpersonal dan
intrapersonal ini berkait rapat antara satu dengan yang lain. Menurut Dewan Bahasa
dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan
perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan
(bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain), atau Seseuatu proses
pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu
kepada individu yang lain. Bidang-bidang komunikasi ini terbahagi kepada lima iaitu
interpersonal, interpersonal, kumpulan kecil ,awam, dan juga komunikasi masa. Apakah
perbezaan antara interpersonal dan intrapersonal?
Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa
atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri.komunikasi intrapersonal ini
Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik
dari pesan-pesan dan Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan,
memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan.
Selain itu,komunikasi intrapersonal ini berlaku di dalam diri seseorang atau seseorang
yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses
berkomunikasi dengan dirinya. Dalam erti kata lainya ialah Bermonolog dengan diri
untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi
intrapersonal ini mempunyai faedahnya tersendiri antaranya ialah dapat menjadi
pemacu bentuk komunikasi yang lainnya dan pengetahuan mengenai diri peribadi
melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat
berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator.
Komunikasi intrapersonal ini juga mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Antara cirinya ialah
Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri)dan komunikasi
ini merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan
komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita
dengan diri sendiri. komunikasi ini terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek
yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses
perkembangan dalam fikiran manusia dan mendapatkan perhatian besar dari kalangan
psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku). Antara contoh komunikasi intrapersonal
ini ialah muhasabah diri iaitu menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama

ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk
menjadi insan yang lebih baik, berdoa memohon sesuatu perkara yang diminta
daripada Allah Taala dan juga bersyukur berterima kasih di atas segala apa yang
diperolehi melalui pemberian Allah.
Seterusnya ialah komunikasi intrapersonal. R. Wayne Pace mengatakan bahawa
komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua
orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan
sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individuindividu lain. Selain itu, Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang
berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu
sama lain. Komunikasi interpersonal ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Antara ciri
yang ada pada komunikasi ini ialah biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua
orang atau berdialog. Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil
apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.
Untuk melakukan komunikasi interpersonal ini kita perlu tahu cara-cara untuk
melakukanya. Cara-caranya terbahagi kepada dua, iaitu antara dua individu dan
melebihi dua individu. Melebihi dua individu ini juga terbahagi kepada secara formal dan
secara tidak formal. Antara dua individu merupakan satu bentuk dialog berlaku apabila
seseorang berkomunikasi secara personal terus sebagai seorang individu contohnya
ialah Hani dan Yazed berbincang mengenai masa depan rumah tangga mereka. Dari
segi melebihi dua individu ialah. Pertama sekali ialah dari segi secara formal iaitu
berlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat tanpa
gangguan kepada satu kumpulan orang. Secara formal ini tidak banyak berlaku
komunikasi dua hala dan seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi
pendengar. Contoh bagi situasi tersebut ialah Harith menyampaikan tazkirah di
hadapan kelas sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi. Dari segi tidak formal pula
Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea, perasaan dan maklumatatau
dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan dengan gangguan iaitu mungkin akan
berlaku pro dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah. Contohnya ialah Melur
mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti Siti
Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti
pembantu rumah Siti Nurhaliza.
Seterusnya ialah kemahiran komunikasi interpersonal ,antaranya ialah kemahiran
mendengar membina hubungan dan kemahiran memberi perhatian . Rogers (1951)
merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman,
maka komunikasi tidak akan wujud. Model latihan mendengar membahagikan tingkah
laku mendengar kepada tiga komponen, iaitu memberi perhatian termasuk kontak
mata, gaya relaks, dan respon yang pula membawa maksud mendengar. Dalam
membina hubungan pula ianya dilihat melalui situasi kemesraan perhubungan dalam

pertemuan, penyampaian masalahnya tanpa keraguan dan tanda kepercayaan lahir


akibat penerimaan sepenuhnya tanpa syarat. Hubungan baik seperti ini hanya dapat
dicapai apabila perasaan empati kedua-dua dapat dirasai.Dengan berperasaan empati
ini, hubungan baik di antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan dikekalkan
sepanjang proses komunikasi itu. Di dalam proses komunikasi, memberi perhatian
merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi
lisan.Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa komponen,
iaitu gaya badan(posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.
Kesimpulanya jelas bahawa intrapersonal dan interpersonal ini mempunyai perbezaan
yang ketara dan ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita dengan masyarakat
sekeliling. Jadi, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengetahui kemahiran
berkomunikasi ini dengan baik agar kemahiran berkomunikasi dengan betul dan baik ini
tersu menjadi amalan kepada kita untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian kita .