Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR-FAKTOR STRESS

Secara realiti setiap masyarakat atau individu mengalami masalah stres atau
tekanan secara tidak disedari mahupun disedari. Stress merujuk kepada suatu
tindak balas atau respons yang tidak positif dari badan terhadap tuntutan yang
diterimanya. Stress juga merupakan suatu fenomena umum yang tidak dapat
dihindari oleh masyarakat dan setiap orang mengalaminya. Stress boleh
menyebabkan kesihatan tubuh badan seseorang individu terjejas. Terdapat pelbagai
punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah stress atau
tekanan dalam diri.
Faktor Fizikal atau Kesihatan
Secara umumnya, pakar perubatan telah bersetuju bahawa kebanyakan pesakit
fizikal adalah disebabkan oleh stress atau tekanan emosi yang tidak boleh
ditanggung oleh diri seseorang individu tersebut. 1Stress berpunca daripada
masalah kesihatan yang disebabkan kekurangan aktiviti fizikal, kekurangan zat
makanan, dan kurang tidur. Sebagai contoh, seseorang individu yang belajar atau
yang bekerja tanpa berehat atau secara berlebihan akan menyebabkan tubuh
badan mengalami kelesuan. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi
tekanan terhadap tubuh fizikal mahupun mental untuk melakukan sesuatu kerja
dalam keadaan penat. Situasi yang berterusan seperti ini akan menyebabkan
berlakunya gangguan emosi atau tekanan dalam diri. Apabila tubuh badan
seseorang tidak sihat maka dengan muda boleh menyebabkan berlakunya
gangguan emosi. Dalam hal ini, kita tidak menyedari bahawa kita sedang
mengalami stress atau tekanan emosi. Kekurangan zat makanan dalam diet
seseorang juga boleh menjejaskan kesihatan dan seterusnya mudah mengalami
gangguan emosi serta stress.
Personaliti
Personaliti seseorang individu juga menjadi salah satu faktor berlakunya stress.
2
Individu yang memiliki personaliti tidak aktif lebih terdedah kepada risiko
mengalami stress. Dalam aspek ini, mereka yang memiliki personaliti tidak aktif
adalah golongan individu yang biasanya tidak selesa untuk meluahkan perasaan
marah atau berkongsi perasaan seronok dengan orang lain. Mereka lebih suka
memendam perasaan kerana tidak selesa untuk berkongsi atau menerima
pertolongan orang lain. Mereka juga lebih selesa jika dapat menanggung segala
1 Abdul Fatah Hasan, 2008, Pengurusan Minda Yang Optimum Dalam Kehidupan,
hlm. 139.
2 Mohd Taib Dora Hamdan Abd Kadir, 2006, Mengurus stres, hlm. 55.

beban atau masalah yang dihadapi secara bersendirian. Stress ini boleh berlaku
apabila seseorang individu berada dalam keadaan atau situasi terancam sama ada
dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang
sedang dihadapi. Apabila terlalu banyak masalah yang disimpan sendiri maka
kecelaruan fikiran mula menguasai diri. Keadaan ini yang seterusnya akan
menyebabkan mereka mengalami stress kerana tekanan mental yang berlaku
akibat terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan bersendirian. Selain
itu, Stress boleh berlaku apabila seseorang yang terlalu mencuba dalam mengejar
kesempurnaan. Dalam hal ini, kebanyakan masyarakat atau individu sering
menetapkan standard atau matlamat sesuatu kerja yang terlalu tinggi sehingga
menjadi mustahil untuk dicapai. Hal ini menjelaskan bahawa keinginan melakukan
sesuatu diluar kemampuan boleh menyebabkan seseorang individu merasa
tertekan apabila sesuatu yang diimpikan tidak dapat diperoleh. Sebagai contoh
seorang penoreh getah ingin memiliki sebuah kenderaan mewah tetapi tidak
mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan yang mencukupi
menyebabkan dia berada dalam situasi tekanan sehingga mewujudkan perasaan
kecewa, serba salah kerana cita-cita atau keinginannya yang sukar dicapai.
Kekecewaan ini yang akan memburukkan lagi keadaan sehingga individu tersebut
mengalami stress yang dapat menjejaskan kesihatannya.
Pekerjaan
3

Sesetengah pekerjaan berpotensi menjadi punca atau sebab seseorang individu


mengalami masalah stress. Dalam aspek ini, beban kerja yang terlalu banyak dan
perlu disiapkan dalam masa yang singkat menyebabkan pekerja terpaksa
berhadapan dengan masalah desakan masa. Keadaan atau situasi sedemikian akan
memaksa mereka untuk mengejar masa untuk menyiapkan tugasan tanpa
menghiraukan waktu rehat mereka. Hal ini yang membawa kepada masalah stress
kerana desakan masa menyebabkan waktu rehat mereka terganggu. Apabila
mereka tidak mendapat rehat yang mencukupi maka badan akan menjadi letih dan
mudah mengalami gangguan emosi. Ditambah lagi dengan suasana kerja yang
tidak selesa akibat ruang masa yang sentiasa memerlukan mereka mengendalikan
tugasan sepanjang masa dengan had masa yang terlalu terhad mengakibatkan
stress kepada mereka. Jaminan kerja yang tidak kukuh juga menyebabkan para
pekerja terpaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Situasi yang lebih
parah lagi apabila kita yang sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi
tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan
pangkat dan kenaikan gaji. Keadaan ini yang membawa kepada kekecewaan dan
perasaan bosan dengan tanggungjawab sehingga mengakibatkan produktiviti kerja
menurun dan dibebani pula dengan pengurusan kerja-kerja atau tugasan
melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar. Dalam keadaan-keadaan seperti
3 Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2004, EQ: Panduan Meningkatkan Kecergasan Emosi, hlm. 93.

inilah yang akan mengakibatkan stress kepada kita, lebih-lebih lagi apabila kita
sukar untuk mengurus masa dengan baik.
Persekitaran
Suasana persekitaran merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang
kepada stress. Suasana seperti kesesakan adalah contoh yang paling jelas apabila
kita memandu di jalan raya. Suasana yang sedemikian menyebabkan berlakunya
kelewatan. Lebih-lebih lagi apabila kita perlu ke destinasi dengan cepat. Suasana
bising yang berlaku sama ada di tempat kerja juga boleh mengakibatkan
stress. Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus juga
sering menimbulkan stress dalam kalangan masyarakat. Selain itu, tekanan di
tempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti
ruang tempat kerja yang sempit. Seterusnya, perubahan dasar dan prosedur di
tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya stress tambahan
pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa. Tekanan
dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan
terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji.
Semasa bekerja juga, mereka terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti
berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan
menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu di
luar keupayaan mereka. Keadaan seperti ini yang kadang-kadang boleh
mengganggu emosi seseorang individu dan secara tidak langsung mengalami
tekanan atau stress di tempat kerja.
Ekonomi dan Sosial
4

Masalah kewangan dan kemiskinan juga merupakan punca kepada berlakunya

masalah tekanan hidup atau stress dalam kehidupan seseorang individu. Masalah
ini adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat
walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya
ditafsirkan berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis
kemiskinan. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan
kerja

sampingan

lain.

Ini

akan

menjejaskan

kualiti

kerja

serta

kehidupan

mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama menyebabkan taraf kesihatan fizikal
dan mental terjejas. Keadaan seperti ini yang membawa kepada masalah stress.
Desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerja sampingan
menyebabkan mereka mengalami stress. Mereka terpaksa bekerja dengan lebih
masa untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Pendapatan yang tidak mencukupi
memaksa mereka untuk berhutang dan keadaan ini membebankan fikiran mereka
4 Azizi Yahaya, 2006, Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku, hlm. 67.

kerana malu dan tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling
mereka. Kadang-kadang ada keluaraga yang serba kekurangan namun masih dapat
hidup dengan gembira. Namun, bagi mereka yang meskin dan sering dipandang
hina oleh masyarakat luar menyebabkan kehidupan mereka berubah menjadi tidak
selesa dan tidak tenang. Keadaan seperti ini yang membawa kepada masalah stress
dalam kehidupan mereka. Selain itu, masalah peranan lelaki dan wanita pada masa
kini jauh berbeza berbanding dengan pada nenek moyang kita. Dalam negara yang
meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan
peranan memastikan ekonomi dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Lelaki perlu
bekerja untuk menyara keluarga. Isteri atau ibu berperanan menjaga anak dan
menguruskan kerja rumah. Namun peranan dan tanggungjawab ini semakin
berubah. Ramai wanita bersama-sama lelaki bekerja untuk mencari sumber
ekonomi dan membantu kesejahteraan keluarga. Terdapat juga isteri yang
berpendapatan

lebih

daripada

suami

mereka.

Pangagihan

tugas

dalam

menguruskan rumahtangga adalah penting. Wanita berharap suami mereka akan


bersama-sama

membantu

menguruskan

rumahtangga.

Bagi

lelaki

yang

menganggap peranan itu bukannya kebiasaan bagi mereka, ini akan menimbulkan
masalah tekanan atau stress bagi mereka.
Keluarga
Keluarga juga menjadi punca berlakunya tekanan atau stress dalam diri seseorang
individu. Dalam aspek ini, tekanan demi tekanan yang berlaku di tempat kerja
menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila di
rumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana
mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan
menyebabkan stress yang lebih teruk. Sebagai contoh, pasangan suami isteri
mungkin tidak sehaluan. Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada
memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau bekerja. Taraf pendidikan yang
dimiliki wanita serta desakan untuk mencari pendapatan yang lebih dalam
memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita melupakan peranan utama
mereka. Beban tugas di tempat kerja dan peranan membesarkan anak serta
menguruskan rumahtangga menyebabkan wanita rasa tertekan. Keadaan menjadi
lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga.
Stress boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika
masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan

mengakhiri ikatan sebuah keluarga. Selain itu, perubahan dalam keluarga seperti
kehilangan

orang

yang

dikasihi

yang

disebabkan

perceraian

atau

kematian. Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan


saling

mempercayai,

hormat-menghormati,

bertolak-ansur,

saling

bermaafan,

amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab. Namun sebagai dua insan
yang dilahirkan berbeza, perbezaan tetap wujud. Hanya berbekalkan ketabahan,
pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiap
perubahan mampu mengekalkan perkongsian yang mulia ini. 5Dalam situasi yang
melibatkan stress dalam diri kanak-kanak juga boleh berlaku apabila kongkongan
daripada ibu bapa yang meletakan harapan yang tinggi dalam pencapaian
akademik kanak-kanak. Bebanan akademik dan kongkongan ibu bapa menyebabkan
anak-anak

terpaksa

mengalami

tekanan

atau

stress

apabila

tidak

dapat

mengabulkan hasrat ibu bapa mereka. Kekecewaan dalam diri yang timbul
menyebabkan mereka menyimpan perasaan bersalah dalam diri. Keadaan seperti
ini adalah tidak baik untuk perkembangan minda kanak-kanak kerana akan
memberikan mereka tekanan dan stress.

RUJUKAN
Zaharin Bin Hj Othman, Faktor Tekanan Di Tempat Kerja, 12 Mac 2010.
Mohd Taib Dora Hamdan Abd Kadir, Mengurus stres, Selangor, PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd, 2006, hlm. 39-50.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, EQ: Panduan Meningkatkan Kecergasan Emosi, Kuala
Lumpur, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, 2004, hlm. 93.
Ahmad Zabidi Abdul Razak, Memimpin Diri Sendiri, Kuala Lumpur, PTS Millennia
Sdn. Bhd, 2003, hlm. 139.

5Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2003, Memimpin Diri Sendiri, hlm. 139.