Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

,


Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2014 peringkat Sekolah Kebangsaan Pekan
Kota Marudu pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah
hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai
ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi
dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka
kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha
menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan
ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah
sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak
yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa
menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami ,
kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara
tercinta .

.

Anda mungkin juga menyukai