Anda di halaman 1dari 19

GEMA

MENGGEGAR
KOTA
PEN GA RANG:T imah Baba
SINOPSIS
Cikgu zaidah telah membawa lima belas orang pelajarnya
yang terdiri daripada tingkatan dua dan tiga dari Kelab Sejarah
Sekolah, menyertai suatu lawatan. Lawatannya adalah ke sebuah
kota lama, iaitu Kota Bukit Supai peninggalan penjajah Belanda.
Pelbagai peristiwa telah dirakamkan sepanjang perjalanan menuju
ke kota lama itu. Ragam para pelajar yang pelbagai telah mencuit
hati para peserta rombongan tersebut. Cikgu Zaidah telah
memberikan penerangan kepada pelajarnya tentang sejarah kota
tersebut. Para pelajar diminta membuat kajian dan laporan tentang
kesan sejarah tersebut. Rasyid telah menjumpai bom yang masih
aktif semasa beristirehat di pantai dan terus melaporkan kepada
pihak yang berkuasa.
TEMA & PERSOALAN
TE MA
Gema menggegar kota membawa tema tanggungjawab &
kegigihan pelajar melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.

PE RS OAL AN
Kerjasama & tolong-menolong
Kerjasama dan tolong-menolong dalam satu pasukan penting
terutama apabila berhadapan dengan masalah rumit dan berbahaya.
Contoh: Untuk mendaki Bukit Supai, kumpulan pelajar ini terpaksa
berdepan dengan masalah kerana mereka melalui jalan denai yang
kecil untuk menuju ke puncak bukit. Pelajar-pelajar lelaki kelihatan lebih
kuat berbanding pelajar-pelajar perempuan tetapi sikap kerjasama dan
tolong-menolong sebagai satu pasukan yang diterap oleh guru mereka
telah berjaya diamalkan oleh pelajar-pelajar terbabit.
Bertanggungjawab kepada guru.
Sebagai pelajar kita perlu patuh kepada guru.
Contoh:Cikgu Zaidah sentiasa mengingatkan pelajar-pelajarnya
supaya berhati-hati dan mengunci basikal masing-masing sebelum
mendaki Bukit Supai. Nasihat ini diikuti oleh semua pelajarnya.

 Bijaksana dan tidak cepat panik dalam menangani masalah.


Persoalan ini dikaitkan dengan peristiwa penemuan bom lama
yang masih aktif di pantai.
Contoh: Secara tidak sengaja Rasyid telah tersepak besi buruk
yang tersembul dari dalam pasir, yang akhirnya didapati bom lama yang
masih hidup. Cikgu Zaidah dapat menangani suasana genting ini
dengan menenangkan perasaan pelajar-pelajarnya dan menyuruh
Rahim melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.
WATAK & PERWATAKAN
RASYID
Rasyid ialah salah seorang ahli Kelab Sejarah, yang mengikuti
rombongan ke Bukit Supai. Rashid digelar Datuk Seri Selera
kerana sentiasa memikirkan makan, sepanjang perjalanan ke Bukit
Supai. Perwatakan Rasyid adalah seperti berikut:

 Kurang berhati-hati dan gopoh tingkah lakunya.


Rasyid kurang berhati-hati apabila melakukan sesuatu.
Sepanjang perjalanan dan aktiviti kajian Sejarah yang digambarkan
dalam cerpen ini, dia terjatuh sebanyak dua kali kerana sikap
gopohnya
 Tidak mudah panik.
Sifat ini memang jelas digambarkan oleh pengarang. Rasyid
tidak menjadi panik apabila menyadari besi buruk yang disepaknya
ialah bom lama yang masih hidup. Malah dia masih mampu
berjenaka dengan rakannya Rahim dan Salha.

 Baik hati dan tidak mudah marah.


Rasyid sedang memeriahkan suasana rombongan mendaki
Bukit Supai. Tingkah lakunya sering membuat orang ketawa. Dia
pernah disindir oleh Rahim dan Salha kerana kuat makan, tetapi dia
tidak pernah marah atau mengambil serius terhadap usikan rakan-
rakannya.
CIKGU ZAIDAH
Cikgu Zaidah ialah seorang guru yang menjadi penasihat kepada
Kelab Sejarah sekolahnya. Dia meminpin kumpulan pelajar Tingkatan
Dua dan Tiga sekolahnya membuat kajian di Bukit Supai.
Antara perwatakannya yang digambarkan dalam cerpen ini ialah:

Beramah dan mudah mesra


Walaupun guru, cikgu Zaidah tidak membataskan hubungannya
dengan pelajar. Dia sentiasa peramah dan mesra dengan semua ahli
rombongannya. Cikgu Zaidah sentiasa berbincang dengan pelajar-
pelajarnya dan bersedia mendengar pendapat pelajarnya.

 Mempunyai pengetahuan sejarah


Hal ini dapat dilihat sewaktu cikgu Zaidah menjelaskan sejarah
kota lama di Bukit Supai. Dia menjelaskan dengan jelas asal-usul
pembinaan kota lama di Bukit Supai dan peristiwa yang berlaku di Bukit
Supai pada zaman penjajahan Belanda.
Bertanggungjawab

Cikgu Zaidah sentiasa memberi nasihat dan panduan kepada


pelajarnya sepanjang perjalanan ke Bukit Supai. Tindakannya
menyuruh Rahim melaporkan penemuan bom lama di pantai juga
adalah salah satu tindakan bijak bagi menylamatkan keadaan.

RAHIM
Seorang pelajar sekolah menengah dan ahli rombongan ke
Bukit Supai. Dia juga ahli Kelab Sejarah. Rahim adalah rakan baik
Rasyid dan Salha. Antara perwatakannya ialah:

 Baik hati
Rahim seorang yang baik hati terutama terhadap rakan-
rakanya.Ketika nasi bekalan Rasyid tumpah, dia mengajak Rasyid
makan bersama-samanya.

Bertanggungjawab
Rahimlah yang bertanggungjawab melaporkan kejadian
penemuan bom hidup di pantai kepada pihak berkuasa.
SALHA
Salha seorang pelajar perempuan yang sama-sama mengikuti
rombongan ke Bukit Supai. Dia ialah rakan baik Rasyid dan Rahim.
Perwatakan yang digambarkan adalah seperti berikut:

 Baik hati
Walaupun suka mengusik Rasyid, tetapi Salha adalah seorang
yang baik hati. Dia juga sanggup berkongsi makanan dengan Rasyid
ketika nasi Rasyid tertumpah.

 Periang dan sentiasa menghormati guru


Salha seorang yang periang. Sepanjang perjalanan dia sentiasa
mengusik Rasyid yang sering menimbulkan suasana lucu. Salha juga
sentiasa menghormati cikgu Zaidah. Dia mengajak cikgunya terlebih
dahulu untuk bersiar-siar di pantai selepas makan tengah hari.
LATAR
LA TAR T EMPA T

a) Persekitaran Bukit Supai


Tempat ini terletak kira-kira empat puluh minit perjalanan
berbasikal dari sekolah mereka. Di kawasan ini digambarkan
terdapat pokok kelapa dan pokok kundang. Di sinilah semua pelajar
meletakkan basikal masing-masing.

b) Bukit Supai
Bukit Supai ialah destinasi kumpulan pelajar Kelab Sejarah
melihat kesan sejarah yang terdapat di atas Bukit Supai. Di sini
terletak kota lama peninggalan zaman pemerintahan Belanda. Kota
lama di Bukit Supai dikatakan menjadi tempat perjanjian antara
Belanda dengan Bugis.
c) Tepi pantai
Latar tempat ini merupakan latar penting kerana di sinilah berlaku
peristiwa yang mencemaskan apabila Rasyid, Rahim dan Salha terjumpa
sebutir bom lama yang masih aktif.

LA TAR M ASA

Cerita bermula pada pukul sembilan pagi ketika ahli rombongan mula
bergerak dari sekolah ke kaki Bukit Supai. Tengah hari mereka sampai ke
puncak Bukit Supai. Waktu petang memaparkan peristiwa penemuan bom
lama di pantai yang berlarutan hingga ke petang. Pada waktu malam,
semua rombongan sampai di rumah.

LA TAR M ASY AR AKA T

Latar masyarakat dalam cerpen ini ialah sekumpulan pelajar sekolah


yang membuat kajian sejarah di Bukit Supai. Mereka dibimbing oleh guru
sejarah yang berpengalaman iaitu Cikgu Zaidah. Cerpen ini juga
memaparkan penglibatan pihak polis dalam menjaga keselamatan orang
ramai. Antara gambaran pelajar yanga digambarkan dalam cerpen ini
ialah pelajar yang mempunyai pelbagai sifat dan perwatakan. Kehadiran
Rasyid dalam rombongan itu menjadikan suasana ceria, walaupun aktiviti
mendaki Bukit Supai memenatkan mereka.
PLOT
Perkembangan plot cerpen ini bergerak dari satu peristiwa ke satu
peristiwa mengikut urutan masa atau secara kronologi.

PE RM ULA AN CE RI TA
Lima belas ahli rombongan daripada Kelab Sejarah bertolak ke
kaki Bukit Supai, diketuai oleh Cikgu Zaidah. Selepas empat puluh
minit perjalanan, mereka sampai di kaki Bukit Supai dan
meninggalkan basikal di bawah pokok kelapa dan pokok kundang.

PE RKE MBANG AN CE RIT A


Cikgu Zaidah memberi penerangan tentang kota lama kepada
semua ahli rombongan.Semua pelajar diarah membuat kajian
tentang kota lama dalam masa empat puluh lima minit.
PE RU MITA N CE RI TA
Waktu tengah hari, ahli rombongan bergerak untuk berehat dan
makan di pantai. Selepas makan tengah hari, Rasyid, Rahim, dan Salha
berjalan-jalan di pantai.

KLI MA KS
Rasyid tersepak bom lama yang masih aktif. Cikgu Zaidah
dimaklumkan tentang penemuan bom itu.Rahim diarah melaporkan
penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.

 PE LE RA IAN CE RITA
Menjelang petang pasukan pemusnah bom berjaya memusnahkan
bom tersebut dan ahli rombongan Kelab Sejarah balik dengan selamat.
GAYA BAH AS A
PE NG GUNA AN DIKS I

Dalam cerpen ini tidak ada perkataan asing yang digunakan oleh
pengarah. Terdapat penggunaan diksi atau kata yang diulang untuk
menegaskan maksud.
Contohnya:- …betul-betul malang, saya….
Unsur sinkof atau singkatan kata juga jarang digunakan dalam cerpen
ini, terdapat beberapa sahaja contoh seperti berikut:-
i)”Bukan tak sabar“
ii)”Kalau tidak, takkan dia digelar,Datuk Seri Selera”…

RE PI TI SI

Contohnya: Di kiri kanan denai penuh dengan pokok-pokok


getah tua; ada yang sudah mati dan ada yang sudah tua.
PE NG GUNA AN AY AT

Ayat-ayat dalam cerpen ini pendek dan mudah difahami. Terdapat


unsur humor dan sindiran yang digunakan oleh pengarang.Contoh unsur
ini ialah:-
“Kerana itulah dia di gelarkan Datuk Seri Selera, cikgu”
“Itulah cakap mengatas saja,” sindir Salha.

PE RS ON IF IKA SI

Unsur personifikasi atau perorangan dalam cerpen ini digunakan


dalam contoh ayat seperti berikut:-
“ Nasi di belakang aku ni dah meronta-ronta berteriak.”
Perbuatan meronta dan berteriak adalah sifat perorangan yang
diberi kepada ‘nasi’ yang memang benda mati.
NILAI & PENGAJARAN
Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen yang dapat
menjadi teladan kepada pelajar ialah seperti berikut:

NI LA I

 Kepentingan mengetahui dan menghayati sejarah silam negara


Contohnya: “ Kota ini,” sambung Cikgu Zaidah lagi,” didirikan di
zaman pemerintahan Belanda dulu,”…” Di sinilah dibuat satu
perjanjian di antara Belanda dengan Bugis.”

Bekerjasama dan saling membantu


Contohnya: Cikgu Zaidah segera menyela,” Begini lebih baik, kita
ada lima belas orang. Setiap orang beri Rasyid sesuap, boleh tak?”
“ Boleh! “ sambut mereka beramai-ramai.
Bertanggungjawab
Contohnya: Dia segera menyuruh Rahim melaporkan jumpaan itu
ke Balai Polis yang terdekat di tepi sungai tidak jauh dari situ.

Berwaspada
Contohnya: Cikgu Zaidah menyuruh murid-muridnya mengunci
basikal masing-masing dan meminta mereka menjadikannya
sebagai suatu kebiasaan.

PE NG AJA RAN

Kita hendaklah memahami sejarah tanah air kita.


Kita hendaklah mematuhi segala nasihat guru demi kebaikan
bersama.
Amalkan sikap bekerjasama dalam pasukan dan tidak
mementingkan diri sendiri.
Kita hendaklah bersikap tanggungjawab ke atas segala kerja yang
dilakukan.
Kita hendaklah sentiasa berwaspada untuk keselamatan.
Kami terdiri daripada:

• AiMi AthiRah Bt ABduL WaHaB


• ErNa EllYnA FaZieRa Bt MAt RuF
• SiTi NoR SuWaiBah Bt MOhaMmaD
• CHua KeLLy

Dibimbing Oleh:

ENciK JuHaiDi AbDulLaH


TaMAt