Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

ASSIGNMENT
JANUARI 2015 SEMESTER

SUBJECT CODE

EEM 421

SUBJECT TITLE

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAMME

BACHELOR OF EDUCATION

STUDENTS NAME

HAZURAN BIN HASIMAN

MATRIC NO.

E30103120092

ACADEMIC FACILITATOR

PUAN PARIMALAGANTI

LEARNING CENTRE

AEU KUANTAN

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


BAHAGIAN A.
PERANAN ETIKA DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN.
Dalam pengurusan pendidikan terdapat beberapa kepentingan beretika dalam
pengurusan pendidikan. Ia menjadi teras utama di dalam kita membentuk pemimpin
pendidikan yang berakauntabiliti. Pengurusan pendidikan yang mentitikberatkan kepentingan
beretika merupakan satu usaha kearah pembentukan konsep tanggungjawab dan akibat
tingkahlaku seseorang atau profesion itu dilaksanakan dengan sejujur mungkin. Perkataan
etika itu sendiri berasal daripada perkataan Greek iaitu ethic atau sikap mengadaptasi sesuatu
golongan. (Mohd Tap et al 1999). Manakala menurut Mackninnon (2001) etika bermaksud
kajian moral yang mengkaji perlakuan sebenar ilmu dan etika menerangkan perlakuan
sebenar seseorang itu dalam membuat keutusannya. Ia juga membantu pengurus pendidikan
meneliti keputusan iaitu dengan memikirkan sebab dan akibat sesuatu keputusan dan
tindakan yang akan dilaksanakan. Di sini menunjukkan sesuatu tindakan itu ialah untuk
kebaikan bersama dan bukanlah kemahuan individu semata-mata.
A) Kepentingan etika dalam pengurusaan pendidikan.
Etika begitu penting dalam pengurusan pendidikan kerana ianya dapat menghasilkan
pendidik dan pentadbir serta pengurus yang berkualiti yang dapat menerapkan ilmu
pengurusan mereka. Menurut Art (1994) pelanggaran etika berlaku apabila manusia berusaha
untuk mencari kesenangan dan kemewahan. Manakala Muhammad Ruslan (2001)
pelanggaran etika ini berpunca daripada beberapa faktor :

Berpeluang melakukannya.
Ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan materialistik.
Kurang penghayatan nilai agama.
Kurang penyeliaan pegawai atasan.
Kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan perlaksanaan kerja.

Etika guru telah dipandang remeh menyebabkan Profesionalisme guru agak tergugat akibat
tekanan media massa mahupun elektronik berkenaan kelemahan pendidikan sistem
pendidikan malahan secara tidak langsung menggugat ketokohan seorang guru daripada
pandangan masyarakat. Terdapat juga perkara-perkara lain yang menyebabkan perkara ini
berlaku:

Tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.


Untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.
Menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Kepentingan kewangan.
Kurangnya dendaan, teguran pihak atasan.
Kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan perlaksanaan kerja.
Sering berkelakuan melanggar undang-undang.
Dipengaruhi oleh golongan luar bidang.
Rasa kecewa dengan organisasi sama ada kerana prestasi atau tidak dinaikkan
pangkat.

Kepentingan etika-etika ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu mempunyai niat jahat
melalui mencari kemewahan dan kesenangan diri. Pelanggaran etika juga boleh berlaku dari
dalaman atau dimensi organisasi itu. Calabrese dan Roberts (2001) menyenaraikan beberapa
faktor dalaman sesebuah organisasi itu menyumbang kepada pelanggaran etika. Diantaranya
ialah bosan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Bentuk komunikasi yang
tertutup juga akan menyebabkan kepentingan rakan-rakan pentadbir lalu membuatkan guruguru merasa bosan dengan pihak pengurusan yang tidak mengambil kira human factor atau
perasaan kakitangan. Dominasi politik dalam pendidikan juga boleh membuatkan perasaan
memerintah dan bukan lagi berkhidmat dikalangan majikan yang sepatutnya bersifat
pembimbing agar rasa hormat kepada mereka dapat ditambah baik. Pengabaian kepada
kebajikan juga menyebabkan guru tidak lagi hormat kepada majikan dan sering malakukan
kesalahan.
Kesimpulannya di sini, pemimpin sebagai role model secara zahir dan rohaniahnya
perlulah diimplementasikan agar dapat menjalankan corak kepimpinan dan pengurusan yang
dihormati. Mereka juga boleh dijadikan contoh ikutan orang bawahan dari segi beretika
dalam bersahsiah dan perbuatan. Ini penting agar gutu-guru dapat membezakan antara etika
dan peraturan yang dijelmakan oleh majikan sepertimana semua manusia perlu beretika
walaupun dalam bersendirian kepada dirinya sendiri. Tanpa pemantauan dan penyeliaan jika
seseorang itu beretika, pastinya pelanggaran peraturan dapat dielakkan lalu menyumbang
kepada pembentukan ketamadunan keguruan yang berintegriti.

B) Perbezaan antara etika dan undang-undang.


Etika adalah sebahagian daripada undang-undang yang mesti dipatuhi oleh seseorang
pekerja atau kakitangan. Undang-undang pula adalah satu peraturan yang ditentukan oleh
3

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


sesebuah organisasi. Etika sebenarnya lahir dari hati nurani manusia dan perbuatan
melanggar etika itu boleh menimbulkan rasa bersalah. Peraturan dengan mematuhi etika
selalunya dapat mengelakkan seseorang kakitangan melanggar undang-undang. Etika juga
menyebabkan seseorang itu tidak akan mengulangi perbuatan yang bertentangan manakala
undang-undang pula walaupun dikenakan hukuman masih lagi berulang tanpa rasa serik.
Dendaan dan hukuman boleh mendatangkan konflik antara pekerja dan majikan. Etika
mementingkan perlakuan dan tindakan yang baik serta cuba mengelakkan pekerja daripada
melakukan perkara yang melanggar undang-undang. Etika yang diajar kepada murid jika
tidak diberi penekanan agar diamalkan dikalangan pentadbir dan pendidikan mungkin tidak
akan berkesan dari segi penghasilan manusia itu sendiri. Etika dan pendidikan mempunyai
konsep yang sama iaitu untuk menghasilkan pelajar seimbang selaras dengan falsafah
pendidikan negara.
Setelah saya meneliti artikel ini bolehlah dibuat kesimpulan bahawa etika dan
peraturan itu adalah dua perkara yang berbeza. Etika lebih kepada tatacara atau peradaban
dalam melaksanakan sesuatu isu, pekerjaan atau permasalahan. Manakala undang-undang
pula adalah satu set siri protokol yang perlu diakuri dalam menjalankan sesuatu tugas.
Pelanggaran etika lebih kepada kurang berhemah tetapi tidaklah menjadi permasalahan yang
besar berbanding pelanggaran peraturan yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan
sesuatu profesion, generasi atau kelompok manusia itu. Greenfield (1997) menjelaskan
bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pengurus akan disokong oleh pihak guru.
Menurut Starrat (1994) pula menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab pengurus
untuk membentuk istitusi yang beretika. Di sini dapatlah saya simpulkan pendekatan daripada
pihak pentadbir untuk mengambil langkah yang terbaik dalam menentukan penghasilan
dendaan dan peneguhan untuk memotivasikan guru agar kembali beretika dan akur kepada
peraturan yang ditetapkan. Sepertimana umum mengetahui guru-guru terikat dengan
perjanjian yang telah ditandatangani agar sentiasa menjaga etika keguruan dan peraturan
sebagai pegawai penjawat pendidikan. Terdapat juga konflik atau dilemma etika apabila
berlaku ketidakadilan dan ketelusan dalam menentukan dendaan serta pengimplementasian
etika dan peraturan dalam pekerjaan. Perkara ini harus dikuasai oleh pengurus agar boleh
berlaku adil kepada semua guru serta melahirkan iklim pekerjaan yang tenteram kerana
pengamalan etika dan peraturan ini sepatutnya memberikan kepuasan semua pihak. Jika kita
renungi lebih dalam, undang-undang serta etika ciptaan manusia ini masih boleh
dipertimbangkan dengan budibicara sesama manusia agar suasana persekitaran kerja yang
lebih kondusif akan menyumbang kepada kualiti kerja yang lebih efisyen.
4

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

C) Konsep sekolah beretika.


Cadangan untuk menubuhkan sekolah beretika adalah lebih kepada memilih satu
watak bagi sekolah berkenaan. Setiap sekolah terikat dengan undang-undang sama ada
melibatkan murid, guru, pentadbir dan semua warga sekolah. Walubagaimanapun, terdapat
beberapa sekolah yang melakukan sedikit perubahan dengan memilih etika yang bersesuaian
mengikut persekitaran sekolah agar lebih kondusif.
Sichel (1993) mencadangkan agar pihak pengurusan sekolah hendaklah menubuhkan
satu jawatankuasa etika yang berperanan bukan sebagai penggubbal undang-undang tetapi
sebagai badan penasihat guru yang menghadapai masalah etika atau melanggar peraturan.
Kewujudan jawatankuasa itu, secara tidak langsung dapat menjadi badan perantara di antara
pihak pentadbir dengan guru serta ia juga boleh mengurangkan konflik antara guru, pekerja
dan majikan.
Sergiovani (1992) sekolah yang berkesan adalah sekolah yang mempunyai perjanjian
(convenant) yang mementingkan nilai-nilai etika yang cemerlang. Ia melaksanakan apa yang
telah dibincangkan oleh pihak pentadbir dan guru. Gardner (1995) kepimpinan beretika
adalah melalui teladan untuk dibawa watak berkenaan agar menjadi role model bagi semua
guru dan kakitangan.
Richardson et al. (1992) kejujuran adalah kunci kepada keberkseanan kepada
hubungan pengurus dan pihak guru. Di sini pengurus sebuah sekolah berperanan
bertanggungjawab untuk memikul kesalahan dan bukan melarikan diri dengan hanya
menuding kesalahan kepada pihak guru. Akauntabiliti dan cara menyelesaikan masalah
melalui perkongsian bersama dan bukanlah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk
mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi (Block, 1993).
Berdasarkan kajian-kajian di atas, etika sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang
jelas tertulis tetapi sebaliknya diamalkan dalam kehidupan sebagai pengurus, guru mahupun
murid. Menyelesaikan sesuatu masalah dalaman secara beretika bukanlah membuka
permasalahan tersebut kepada umum sebaliknya pendekatan perkongsian maslah itu dan
diselesaikan bersama-sama adalah jalan terbaik untuk semua.
Model Sekolah etika oleh Starrat (1994) meletakkan terdapat tiga garis utama yang
perlu diteliti oleh semua pemimpin pendidikan.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

A. Dimensi etika mengambil berat


Mementingkan hubungan dalam organisasi seperti
guru yang mengambil berat terhadap pelajar dan
pengurus yang mengambil berat terhadap guru.

B. Dimensi etika keadilan


Menekankan layanan yang adil oleh pihak
pengurus kepada guru dan guru kepada pelajar. Ia
merangkumi konsep penyediaan persekitaran yang
kondusif kepada pembelajaran. Konsep bukanlah
keceriaan bangunan semata-mata tetapi peluang
belajar untuk semua.

C. Dimensi etika kritikan


Golongan pemimpin pendidikan memikir sejenak
siapa yang memperoleh keuntungan jika seseuatu
program dijalankan di sekolah. Keuntungan
bukanlan untuk mempopularkan individu tetapi
perbincangan dikalangan guru-guru boleh
mengurangkan konflik apabila majikan
mementingkan hubungnan kemanusiaan.
Kellog
Foundation (2000) menyenaraikan beberapa dimensi utama yang menjadi garis panduan
6

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


serta perlakuan yang boleh diikuti oleh pihak pengurusan sekolah dimana ia memeberi
penekanan kepada dimensi pengetahuan, perlaksanaan dan tumpuan kepada perlakuan
bersifat etika.
Dimensi pengetahuan pemimpin sesebuah sekolah hendaklah menumpukan kepada
tumpuan matlamat serta peranan dalam kepimpinan ketika bermasyarakat dan memberikan
perlakuan beretika ketika membuat keputusan. Dimensi perlaksanaan pula mengambilkira
penggunaan etika didalam membuat keputusan seterusnya membawa sekolah kearah yang
berguna kepada masyarakat dilakukan. Dimensi pencapaian pula lebih kepada memberi
tumpuan kepada memberikan penilaian konsep etika serta menilai kesan tindakan pentadbiran
kepada corak kepimpinan bawahan. Pengurus juga menggunakan sumber yang ada untuk
kepentingan sekolah dan bukan peribadi.
Terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikkan konsep etika di sekolah.
Kontrak sosial menjelaskan bahawa penyedia perkhidmatan hendaklah memberikan layanan
yang terbaik untuk pelanggan iaitu pelajar. Di sekolah konsep kepimpinan utama ialah
shared leadership yang menkankan beberapa konsep utama:

Kepimpinan adalah perkara utama dalam


memperbaiki organisasi
Kepimpinan melibatkan kepercayaan kepada orang
lain
Semua warga sekolah adalah keluarga yang
bekerjasama
Komuniti perlu dilibatkan dalam menjalankan
program sekolah

Konsep shared leadership sebenarnya menekankan penghasilam keputusan hasil


daripada keputusan bersama. Ia tidak bermaksud seratus peratus keputusan terletak dibawah
kuasa seorang pengetua. Rebore (2001) menjelaskan perjalanan sekolah memenuhi keperluan
etika dengan pelanggan kita. Konsep berkenaan ialah :
Pengurus memastikan guru yang diminta mengajar bekelayakan dan bersedia untuk
mengajar subjek berkenaan.
Penilaian prestasi adalah berdasarkan pencapaian dan kelayakan yang diperolehi.
Penilaian aprestasi hendaklah adil bagi mengelakkan hilang motivasi kerja secara
tidak langsung boleh mengelakkan konflik kerja.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


Kesedaran etika penting bagi memperbaiki kelemahan, merefleksi diri sendiri
(muhasabah) dan menjadikan sekolah untuk membentuk peribadi mulia kepada
pelanggan kita.
Tidak menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh juga dianggap tidak
beretika kerana tidak akur dengan perjanjian.
Pemimpin yang dohormati adalah pemimpin yang mementingkan tanggungjawab dan
amanah serta mempunyai perwatakan dan keperibadian yang cemerlang agar dapat menjadi
model terbaik dikalangan guru. Covey (1997) menjelaskan bahawa pemimpin yang bermoral
adalah pemimpin yang menyenangkan hati orang bawahan ketika berbincang. Pemimpin
yang mengamalkan konsep syura iaitu dengan menerima pandangan serta teguran orang lain
bersesuaian dengan konsep shared leadership yang dijelaskan.
Mc Dermontt dan Oconnor (1994) menjelaskan perkara utama yang perlu dilakukan
oleh seorang pengurus ialah meletakkan keprcayaan kepada orang yang dipimpin secara tidak
langsung ahli kumpulan akan melakukan yang terbaik kerana adanya kepercayaan daripada
pihak pemimpin. Pemimpin harus dilihat bukan sebagai musuh tetapi rakan sekerja secara
tidak langsung konflik kerja dapat dielakkan. Manakala Kuzes dan Posner (1993) pula
melihat bahawa jika kepercayaan hilang daripada pentadbir maka kejujuran dan keikhlasan
ketika menjalankan tugas juga akan hilang. Konsep doing the right thing iaitu membuat
sesuatu perkara yang betul dapat membantu pengurus dan kakitangan menjalankan tugas
dengan lebih efisyen dan tidak berlaku pelanggaran etika. Pendidikan sebenarnya adalah
role model kepada pelanggan iaitu pelajar atau pewaris masa akan datang. Pelanggaran
etika dismpulkan penulis adalah berpunca daripada pemimpin sendiri bahawa pemimpin
sering melakukan pelanggaran etika menyebabkan ia memberi kesan kepada orang yang
dipimpin.
Etika dalam pendidikan mencakupi kepentingan, perbezaan antara etika dan peraturan
dan juga pembentukan konsep sekolah beretika. Terdapat banyak kajian dan teori-teori yang
dambil sebagai rujukan untuk membahaskan konsep beretika dalam pendidikan. Secara
umumnya pengamalan etika adalah perkara yang baik dan boleh membawa sesuatu kumpulan
yang dipimpin itu kearah kondisi pekerjaan yang lebih berkualiti. Terdapat juga pengamalan
etika yang membuatkan sesuatu perkara itu menjadi terlalu cerewet sehingga menyukarkan
pengurusan lalu boleh mendatangkan konflik kerana mamakan masa yang terlalu lama untuk
menguruskannya. Di sini bergantung kepada kepekaan dan kecekapan sesuatu organisasi
melalui pengurus dan mana-mana orang bawahan yang tahu untuk melakukan apa yang perlu
dibuat tanpa meengambil kira etika dan peraturan setelah budi bicara diambilkira sebagai cara
8

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


membuat keputusan. Terdapat organisasi yang rosak kerana pengamalan etika yang terlalu
banyak dan ujudnya golongan yang dipimpin terlalu rigid dengan etika kerja tetapi
memberikan kesan buruk jika terdapat satu permasalahan yang memerlukan tindakan segera
diambil. Pemimpin semestinya menampilkan pengamamalan etika yang baik manakala orang
bawahan pula perlu mencontohinya agar memperolehi kualiti kerja yang lebih baik. Jika
pemimpin melakukan pelanggaran etika ianya tidaklah bermaksud orang bawahan juga boleh
melakukannya kerana setiap orang sama ada pengurus, guru dan warga sekolah dibekalkan
ilmu dan akal dari tuhan agar tahu membezakan yang baik dan buruk untuk diamalkan.

BAHAGIAN B
9

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Etika dan moral yang diutarakan oleh Agama Islam dan Kristian.
Etika dan moral Agama Islam.
Etika dan moral agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia adalah lebih
kepada aturan hidup sebagai manusia sesama manusia. Umumnya pengamalan agama Islam
ini adalah berkaitan aturan hidup yang mengaitkan dua komponen utama iaitu
Habluminallah iaitu hubungan dengan tuhan (Allah) dan Habluminannas yang
membawa maksud hubungan sesama manusia.
Penganut agama Islam meyakini bahawa apabila sesorang Islam itu menjaga
hubungannya dengan tuhan maka dia juga secara natural akan menjaga hubungan sesama
manusia. Seseorang yang menganut agama Islam bermula dengan mengenal tuhan (Allah)
dan melaksanakan lima rukun Islam (amalan sebagai perjanjian amalan ibadat wajib
dilaksanakan sebagai penganut Islam). Selain daripada rukun Islam terdapat pula rukun Iman
(perjanjian wajib keyakinan agar tidak terpesong sebagai penganut Islam). Sebagai rakyat
Malaysia kita juga mempunyai Rukun Negara agar layak diiktiraf sebagai warganegara
negara ini.
Jika kita mencari satu persamaan, rukun-rukun ini sebenarnya menyumbang kepada
pembentukan ketamadunan manusia yang menganuti agama agar mempunyai peradaban
ketika menjalani kehidupan seharian.
Rukun Islam

Mengucap dua kalimah Shahadah.


Sembanhyang lima waktu sehari semalam.
Berpuasa pada bulan Ramadhan.
Membayar zakat .
Menunuaikan Haji di Kota Mekah.
Rukun Iman

Percaya keujudan Allah (tuhan)


Percaya kepada keujudan malaikat-malaikat.
Percaya kepada kitab suci Al-Quran.
Percaya kepada Nabi
Percaya Qada dan Qadar (ketentuan takdir)
Percaya kepada hari kiamat.

Perkaitan rukun Islam dan rukun iman kepada etika dan moral dalam kehidupan sesama
manusia :

10

ISLAM

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Rukun Islam

Rukun Iman

Adab (etika dan moral)

Perkara yang baik


(Mahmudah)

Perkara yang dilarang


(Mazmumah)

Pengamalan nilai
murni dalam
kehidupan
Keakuran kepada
undang-undang.

Pelanggaran nilai
murni dalam
kehidupan
Pelanggaran
undang-undang.

Hubungan sesama manusia dalam


kehidupan moden

Etika dan moral diri dan keluarga


Etika dan moral sesame jiran
Etika dan moral sebagai warganegara

Peradaban dan aturan.

Rajah 1.1

Agama Islam meletakkan syarat wajib bagi penganutnya agar menghayati dan
mengamalkan rukun berkenaan. Apabila seseorang Islam itu cuba melaksanakan kedua-dua
rukun tersebut, mereka terikat dengan tatacara dan peraturan agama. Sebagai contoh
11

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


seseorang yang menghayati rukun Iman itu hendaklah mengakui bahawa Allah itu tuhan dan
Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang terakhir. Walaubbagaimanapun seorang
Islam tidak boleh memaksa orang lain bukan beragama Islam agar mengikut keyakinan
tersebut. Islam ini adalah bersifat akhlak terpuji (etika) seseorang penganutnya yang
memberikan kesan kepada kehidupan seharian sesama manusia tanpa melupakan Allah.
Agama ini juga bersesuaian untuk tinggal setempat dengan agama lain kerana pengamalan
agama Islam sebenarnya tidak mengganggu penganut agama lain. Jika kita perhalusi
penganut agama Islam ini boleh dilihat kebaikan-kebaikan akhlaknya sesama Islam mahupun
bukan Islam. Apabila seseorang itu memeluk Islam barulah dia akan mengenal bagaimana
untuk mencapaian ketinggian budi dan keseimbangan untuk mengejar kejayaan dunia dan
akhirat. Seorang muslim akan tahu apa yang tuhan dan nabi suka mahupun sebaliknya setelah
mempelajari asas akhlak (etika) dan adab (cara bersosial).
Setelah memeluk Islam barulah mereka dapat melihat apakah perkaitan Islam dan
undang-undang dunia ciptaan manusia yang diperakui malahan di sokong seratus peratus oleh
semua golongan. Saya ambil contoh kes-kes penagihan dadah adalah dilarang keras dalam
Islam (Sifat mazmumah) kerana seorang penagih dadah adalah orang yang mencampakkan
dirinya ke dalam kebinasaan. Kesan buruk kepada seorang Islam yang menagih dadah akan
menyusahkan diri, keluarga dan negara. Kerosakan ini jika merebak akan merosakkan
ketamadunan sesuatu masyarakat yang dibina. Contoh lain, merokok juga telah diharamkan
kerana Islam mengiktiraf ilmu perubatan moden iaitu rokok boleh memudaratkan kesihatan
dan berlaku pembaziran. Jika kita perhatikan istilah nikotin, marijuana, extacy, heroin tidak
terdapat dalam Al-Quran tetapi pakar agama Islam dan pengkajinya berjaya menemui
perkaitan daripada Al-Quran iaitu orang yang melakukan kerosakan kepada diri dan dunia
ini dalah sifat-sifat dilarang. Kajian doktor pengubatan moden disokong oleh para mufti dan
ulama yang membuat keputusan pengharamannya kerana boleh menyebakan kemudaratan
dalam jangkamasa panjang kerana ketagihan. Manusia ini didapati telah mencampakkan
dirinya ke dalam kebinasaan kerana memilih gaya hidup tidak sihat sebagai amalan seharian.
Islam adalah satu gaya hidup sihat dimana seseorang Islam itu perlukan hidup yang sihat
untuk melaksanakan perintah tuhan dan nabi.
Perkaitan Islam dan etika serta moral dalam kehidupan adalah bermula dengan
seorang individu dengan keluarga, jiran dan pembentukan negara. Etika dan moral diperlukan
oleh seorang penganut Islam untuk memperbaiki dirinya yang sentiasa dituntut untuk mencari
kabaikan demi kebaikan. Umum mengetahui etika dan moral ini menjurus kepada kebaikan
tetapi untuk mencapai kualiti hidup beretika dan moral tinggi memerlukan tempoh masa
12

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


tertentu. Undang-undang ciptaan manusia memanglah tidak sempurna namun jika diteliti
perkara tersebut boleh meningkatkan kualiti akhlak masyarakat oleh kerana itulah etika dunia
ini diterima pakai dalam Islam.
a) Etika dan moral diri kepada keluarga.
Individu & Keluarga

Peraturan

Etika

Sebagai seorang Islam seseorang penganut itu perlu bertanggungjawab dan beretika
kepada dirinya dahulu. Seseorang yang menganut agama Islam sebanarnya perlu memastikan
dirinya tidak kontra dengan tuntutan umum masyarakat. Sebagai contoh seseorang yang
sedang berjalan berseorangan di kampung,bandar dan tempat-tempat umum masyarakat yang
lain adalah bertanggungjawab untuk memelihara etika dan imej Islamnya. Ketika di tempat
umum khasnya, seorang Islam yang beretika ini juga perlu mematuhi peraturan-peraturan
mahupun ianya adalah ciptaan manussia selama mana peraturan itu tidak membawa
kerosakan kepada manusia (dirinya) dan orang lain. Kempen menjaga kebersihan oleh semua
manusia yang juga terdiri daripada agama lain turut di implementasikan oleh penganut agama
Islam. Islam menyeru agar penganutnya menjaga kebersihan kerana ianya melambangkan
keimanan seseorang. Jika dia pengotor dan tidak menjaga kebersihan dengan membuang
sampah merata-rata, orang sepeerti ini hanya berpakaian dan mengaku seperti seorang Islam
tetapi gagal menjaga dan membawa imej yang baik sebagai penganutnya.
Individu dan keluarga dalam Islam juga ada etikanya yang tersendiri. Terdapat begitu
banyak etika antara seseorang dan ahli keluarganya, antaranya ialah etika pertuturan, etika
berpakaian, etika antara hak peribadi yang perlu dan tidak perlu ahli keluarga ketahui dan
etika pengurusan harta (perkongsian kepenggunaan). Di dalam pengurusan kekeluargaan
Islam, terdapat batas-batas dari segi pertuturan antara anak, ibu dan bapa serta adik beradik.
Contohnya, tatacara seorang anak berrtutur dengan kedua ibu bapanya adalah tidak sama
dengan tatacara sesama adik-beradik. Penerapan dan pengalaman hidup Islam juga berlaku di
13

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


luar rumah apabila sebagai serorang Islam, individu itu perlu menjaga bagaimana untuk
bertutur dengan orang lain dengan cara yang paling sopan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, perkara yang sama juga disentuh bagaimana
tatacara berpakaian ketika bersama-sama ahli keluarga. Pakaian yang terlalu menjolok mata
adalah tidak dibenarkan di dalam keluarga. Begitu juga apabila seseorang Islam yang tinggal
bersama orang yang beragama lain terdapat tatacara berpakaian yang ditentukan panduannya
supaya etika sebagai seorang Islam itu terjaga ketika bersama orang yang bukan ahli
keluarga. Islam juga meletakkan etika bagaimana seseorang itu tidak berkongsi semua hal
dengan ahli keluarganya. Perkara ini berubah mengikut kesesuaian umur dan didikan yang
diberikan kepada ahli keluarga. Sebagai contoh tidak semua perbualan anak-anak yang masih
kanak-kanak perlu dicampuri oleh kedua orang tuanya. Begitu juga apabila anak-anak
melangkaui usia remaja. Islam meletakkan etika agar mereka mempunyai apa yang di panggil
peribadi dan sulit. Ada beberapa kes tertentu sahaja ibu bapa perlu mancampuri urusan anakanaknya kerana sebagai seorang Islam mereka telah dididik bagaimana untuk hidup beretika
sebagai kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang beragama Islam. Etika tidak jauh lari
dengan etika nilai-nilai murni yang diamalkan oleh semua manusia. Di dalam Islam itu
sendiri keperibadian tinggi dan nilai murni adalah sangat dititikberatkan.
Penggunaan harta dalam sesebuah keluarga Islam juga ada hak-hak yang
membolehkan dan membataskan seseorang Islam itu sebagai individu untuk menggunakan
sebarang harta yang dimiliki atau diberikan kepada ahli keluarga yang lain. Islam
menggalakkan perkongsian harta dari segi kepenggunaan. Walaubagaimanaupun, etika untuk
menggunakan sesuatu kemudahan harta itu perlu mendapat keizinan dan restu daripada si
pemilik harta. Sebaggai contoh, seorang abang tidak boleh menggunakan pakaian atau
basikal kepunyaan adik sewenang-wenangnya melainkan dengan pengetahun adik (pemilik)
tanpa perlu mendapat keizinan ibu dan ayah. Ini kerana Islam telah mendidik tentang hak
kepenggunaan, perkongisn bersama serta bertanggungjawab kepada harta yang di amanahkan
daripada ibu dan bapa. Etika meminjam dan memulangkan kembali harta dalam keluarga
serta menggunakan dengan cermat adalah diberi penekanan yang sangat dalam bagi
mengelakkan pembaziran dan menghargai seseuatu kemudahan. Islam sangat cintakan rasa
bersyukur, menghargai serta berjimat cermat dalam berurusan.
Memang terlalau banyak jika kita kupas bagaimana individu dan etika dalam Islam
untuk diamalkan dalam konteks keluarga. Dari sinilah implementasi ini akan di amalkan
dalam kehidupan masyarakat seterrusnya kepada negara. Antara etika yang diberi penekanan
dalam Islam ialah :
14

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Etika waktu bangun pagi dan tidur.


Etika makan dan minum (kudapan).
Etika berpakaian.
Etika pengurusan kendiri (pakaian/keperluan persekolahan/hiburan).
Etika bersosial sesama ahli keluarga.
Etika perkara peribadi dan sulit.
Etika beriadah bersama keluarga.
Etika keluar masuk rumah.
Etika menziarahi rakan dan diziarahi.
Etika meminjam dan memulang barangan.
Etika tegur-menegur sesama ahli keluarga.
Etika mengikuti program-program keluarga (kematian / perkahwinan / aktiviti

keagamaan).
Etika di tempat tidur.
Kesimpulannya etika dan moral individu Islam dan keluarganya adalah diacukan
sejak dari awal zaman bayi, kanak-kanak, remaja, alam dewasa dan alam perkahwinan. Jika
kita mendalami lagi etika moral individu dan keluarga terdapat juga etika dan moral ketika
menangani konflik rumahtangga. Sebagai seorang Islam, saya meyakini pembentukan
keluarga yang beretika dan moral Islam boleh menyumbang kepada masyarakat yang
kondsuif. Jika terlalu banyak pelanggaran etika dan moral antara individu dan keluarganya
lama-kelamaan hubung sesama ahli keluarga akan berjauhan lalu merosakkan isntitusi
keluarga yang mungkin menjadi keluarga bermasalah. Sebagai seorang Islam seseorang itu
adalah beretika jika dia mampu menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa terlalu bergantung
kepada ahli keluarga. Terdapat hal-hal peribadi yang boleh diselesaikan sendiri oleh individu
itu jika menghadapai masalah yang kecil. Jika telalu kerap mengadu domba kepada ahli
keluarga individu ini telah melanggar etika dan moral masa ahli keluarga yang sepatutnya
diluangkan untuk perkara yang lebih penting dalam institusi keluarga. Di sini kita dapat lihat
pengamalan etika dan moral dalam Islam boleh melahirkan masyrakat yang kurang nilai
kebergantungan kepada keluarga semata-mata dan mampu berdikari. Tetapi dalam soal-soal
tertentu etika untuk memberitahu atau mengambil pandangan ahli keluarga adalah sangat
penting contohnya individu yang ingin mendirikan rumahtangga. Etika dan moralnya ialah
kedua orang tua dan ahli keluarga perlu tahu serta mendapat keizinan dan restu agar etika dan
moral Islam dalam keluarga itu terjaga. Mungkin setelah mendalami apa itu Islam barulah
manusia akan lebih faham apakah etika-etika dan moral ini yang boleh diterimapakai oleh
semua manusia di muka bumi.
15

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

b) Etika dan moral sesama jiran


Di dalam subtopik sebelum ini ada dinyatakan etika dan moral individu sesame
keluarga. Kini saya akan membawa signifikan antara etika dan moral dalam keluarga yang
diimplementasikan dalam konteks hubungan dengan jiran. Ia bermula dengan mengenali jiran
anda yang terhampir dengan anda. Seorang muslim yang beretika dan bermoral tinggi tahu
bagaimana untuk membina hubungan dengan jiran yang terdiri daripada pelbagai agama
sambil mempraktikkan etika dan moral sesama manusia (jiran).
Ada persamaan antara etika dan moral individu dalam keluarga dan jiran. Sebagai
seorang Islam ada garis panduan dan etika ketika mengamalkan gaya hidup berjiran. Etika
dan moral sesama jiran adalah seperti berikut :

Etika berkenalan secara bermoral.


Etika hidup berjiran secara bermoral (ziarah/bantu-membantu).
Etika bekerjasama dengan peraturan kejiranan secara bermoral.
Etika ketika berurusan dengan hak jiran (harta).
Etika peribadi dan sulit jiran.
Etika beriadah sesama jiran.
Etika dan moral menghormati agama jiran.
Etika memahami budaya jiran-jiran.
Etika dan moral sesama jiran melalui perkenalan yang bermoral adalah dituntut dalam

Islam. Sesorang yang beragama Islam pastinya tahu bagaimana cara untuk mengucap salam
kepada semua jiran walaupun berlainan agama. Perkenalan ditempat yang baik dengan cara
yang baik itu adalah cara yang terbaik dalam gaya hidup etika dan bermoral Islam. Sebagai
contoh, sambutan hari raya dan mengadakan rumah terbuka adalah satu platform terbaik
sebagai permulaan untuk mengenali jiran yang ada secara beretika dan bermoral. Dari situ,
kesemua ahli keluarga jiran dapat dikenali dan hubungan yang baik akan terbina. Perkenalan
akan membawa seseorang individu itu mengamalkan etika dan moral serta memelihara hakhak peribbadi dan sulit agar tidak kesemuanya hal keluarga diberitahu kepada jiran. Selain
daripada itu juga terdapat waktu yang dibenarkan dan dilarang untuk menziarahi rumah jiran.
Antara waktu yang dilarang untuk berkunjung ke rumah jiran ialah senja dan waktu malam
kerana ini agak melanggar etika agama Islam dan juga tidak bersesuaian dengan penganut
agama yang lain. Waktu malam adalah waktu seserorang itu berehat bersama keluarga dan
bersosial. Begitu juga waktu senja, waktu ini didapati boleh menggangu etika seseoarang
yang beragama Islam kerana masa tersebut tidak digalakkan berada di luar rumah. Mungkin
16

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


ini juga sesuai dengan agama lain kerana waktu ini adalah waktu untuk kita membersihkan
diri setelah seharian bekerja ataupun belajar. Waktu senjalah yang sesuai agar semua orang
berada di rumah untuk meluangkan masa di malam hari bersama keluarga ataupun rakan
serumah. Setiap orang diberi tempoh waktu bekerja bermula di pagi hari dan berakhir di
waktu petang. Mengikut satu sumber waktu bekerja yang paling efisyen adalah di siang hari
jadi waktu senja ini adalah sangat beretika dan bermoral jika digunakan untuk pembersihan
diri serta rehat fizikal dan spiritual.
Perkaitan Islam dengan gaya hidup betetika dan berjiran juga dapat dilihat dari segi
kaeakuran dengan ketetepan undang-undang kejiranan yang telah dipersetujui. Umumnya
dalam satu kejiranan yang terdiri daripada pelbagai agama terdapat beberapa ketua yang di
amanahkan untuk mungurustadbir satu sistem kejiranan itu. Contohnya, etika dan moral
berkenaan kutipan bayaran utiliti bulanan dan peraturan menjaga kebersihan kawasan
kejiranan serta tanggungjawab terhadap keselamatan setempat. Sebagai seorang Islam, jika
sesuatu ketetepan itu telah diputuskan bersama ianya haruslah dipatuhi walaupun ianya hanya
undang-undang ciptaan manusia. Konsep akur kepada Amirul Mukminin (pemimpin
dikalangan manusia) adalah menjadi satu panduan dalam hidup beretika dan bermoral bagi
memastikan kebahagian masyarakat. Di sini jelas etika dan moral Islam tidaklah
mementingkan diri semata-mata malahan berusaha kearah pembentukan manusia yang lebih
cemerlang. Etika menziarahi jiran yang mengahadapi masalah juga menentukan moral
seseorang itu ketika mengimplementassikan kehidupan beretika dan moral tinggi selaras
dengan pengamalan agama Islam. Ziarah-menziarahi apabila ada keraian mahupun kematian
adalah menjadi satu akauntibiliti individu yang menghayati agama Islam. Budaya senyum
sebagai satu sedekah juga merupakan etika Islam kepada semua orang terutamanya yang
dikenali khusunya jiran. Satu etika dan moral tinggi yang remeh tetapi boleh memberi kesan
yang baik kepada kehidupan masyarakat yang harmoni walaupun berlainan agama. Oleh
kerana itulah budaya senyum juga menjadi agenda negara apabila ada iklan-iklan kempen
yang dijalankan agar semua orang patut senyum ketika berurusan. Inilah budaya etika dan
moral Islam yang sebenarnya. Pada pendapat saya ia juga bertepatan dengan aspirasi kerajaan
yang dimpin oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul
Razak. Senyum adalah etika dan moral tinggi dalam konteks suka dan ketika duka
menghadapi seseuatu musibah itu. Konflik dapat dikurangkan apabila ada individu-individu
yang tenang dan senyum bagi menjaga etika dan moral tinggi dalam kehidupan
bermasyarakat ketika sesuatu kelompok itu dilanda musibah ataupun kedukaan.
17

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


c) Etika dan moral kepada negara.
Dalam perenggan seterusnya saya akan mengulas apakah perkaitan etika dan moral
serta nilai patroitisme dengan agama Islam. Semua negara Islam mempunyai identiti
nasionalismenya sendiri. Bagi masyarakat Islam di Malaysia khasnya, mereka juga terdapat
perkaitan bagi mengamalkan etika dan moral agama dalam konteks kenegaraan. Sebagai
rakyat Malaysia, semua rakyat yang beragama Islam juga perlu menghayati rukun negara.
Rukun negara yang dicipta manusia oleh pemimpin-pemimpin terdahulu ternyata tidak
memesongkan akidah penganut agama Islam. Menghayati rukun negara juga sebenarnya
mencerminkan seorang penganut agama Islam yang beretika dan bermoral.
Perkaitan rukun negara dengan etika dan moral penganut agama Islam:
Kepercayaan kepada tuhan

Sebagai seorang yang beragama Islam, seseorang itu wajib mempercayai bahawa
adanya tuhan. Allah S.WT adalah tuhan bagi penganut agama Islam sepertimana yang
terdapat didalam Rukun Iman yang pertama. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang
mempercayai tuhan mereka juga didapati mengamalkan etika dan moral ketika akur kepada
ajaran Islam yang meyakini Allah itu adalah tuhan dan tidak menyangkal keujudannya. Ini
tidak bermakna penganut agama Islam tidak menghormati penganut agama-agama lain yang
juga mempercayai tuhan-tuhan mereka. Umat

Islam sebenarnya tidak boleh menghina

kepercayaan penganut agama lain khasnya yang berada di negara Malaysia. Sebagai contoh,
di Malaysia penganut agama Islam mengamalkan etika dan moral tinggi terhadap penganut
agama lain dengan tidak malakukan apa-apa provokasi atau unsur-unsur menghalang
penganut agama lain ketika menjalankan aktiviti keagamaan mereka. Malahan seorang rakyat
beragama Islam yang beretika dan bermoral tinggi juga dibolehkan untuk turut sama berada
di majlis keagamaan berkenaan hanya sebagai tanda menghormati kepercayaan agama-agama
lain. Sebagai contoh, hadir sebagai tetamu pada hari terbuka perayaan Krismas di rumah
jiran. Kehadiran tersebut hanya melambangkan satu hubungan muhibah tanpa menghina
ataupun terdapat apa-apa unsur dakwah dari kedua-dua pihak.

Kesetiaan kepada Raja dan


Negara
18

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Rukun negagra yang kedua iaitu kesetian kepada raja dan negara adalah satu lagi
usaha agar penganut agama Islam ini dapat mengamalkan etika dan moral bertepatan dengan
pembentukan satu ketamadunan yang akur kepada pemerintah (Amirul Mukminin). Islam
memang menitikberatkan kepada melahirkan tanda hormat dan menunjukkan keakuran
kepada pemimpin di kalangan pemimpin. Raja di negara Malaysia ini adalah wajib beragama
Islam, maka secara tidak langsung pengamalan unsur patriotisme melalui rukun negara juga
boleh melahirkan masayarakat Islam yang lebih tersusun. Sebagai seorang raja terdapat
beberapa orang ulama yang dipanggil Mufti sebagai penasihat agama Islam di Malaysia.
Apabila menyentuh bab etika dan moral kepada pemerintah, rakyat sebagai golongan yang
diperintah mempunyai tatacara tertentu sebagai peradaban etika dan moral ketika bersama
pemimpin (Amirul Mukminin). Sebagai contoh, terdapat protokol-protokol tertentu di
dalam majlis-majlis yang melibatkan golongan raja perlu diamalkan sebagai tanda peradaban
penganut agama Islam kepada orang yang memerintah (Raja). Raja adalah ketua bagi
kerajaan Malaysia, ini menunujukkan kesetiaan kepada raja itu adalah setia kepada seorang
ketua yang beragama Islam. Kesetiaan dan kesanggupan mempertahankan tanah air (negara)
juga adalah dituntut dalam Islam. Ianya menjadi kewajipan setiap rakyat yang beragama
Islam agar beretika dan bermoral dengan pelbagai cara bagi menunjukkan kesesetiaan kepada
negara. Negara juga adalah tempat di mana seseorang penganut agama Islam itu beribadat
dan mencari rezeki. Islam sangat bertegas dengan mempertahankan tempat dimana
pengamalan agama itu di amalkan serta mempertahankan keadaannya yang tenang dan
konduusif untuk keselesaan beragama. Sebagai contoh, seorang rakyat yang beragama Islam
itu dianggap beretika dan bermoral kepada negara apabila sudi melakukan sesuatu
sumbangan dalam bentuk fikiran, tenaga dan pengorbanan apabila diperlukan demi
mempertahankan negara yang dikepalai oleh pemimpin (Amirul Mukminin).

Keluhuran perlembagaan

Sebagai seorang yang beragama Islam juga etika dan moral berkenaan hal-hal
keluhuran perlembagaan juga adalah mempunyai kesinambungannya dengan Fiqh AsSunnah (jurisprudence). Perlembagaan yang digubal di negara ini adalah berkonsepkan
muzakarah (perbincangan) dan diputuskan mengikut keputusan hasil daripada sesuatu
19

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


perbincangan. Keengganan akur kepada keluhuran dan perlembagaan sebenarnya
merosakkan etika dan moral penganut yang beragama Islam itu sendiri kerana menolak
keputusan perbincangan (muzakarah). Sebagai contoh, perlembagaan negara menetapkan
bahawa setiap rakyat Malaysia mesti mempunyai agama dan memepercayai tuhan tetapi jika
penganut Islam itu anti kepada agama-agama lain dan tidak mengiktirafnya lalu
menimbulkan konflik menjadikan mereka ini penganut agama Islam yang tidak beretika dan
bermoral tinggi. Ini menunjukkan individu tersebut telah mementingkan dirinya dan tidak
menghormati agama-agama lain sebagaimana perlembagaan tersebut diluluskan dengan
perkenan Yang Di Pertuan Agong yang juga beragama Islam. Begitu juga perkara sebaliknya,
jika penganut agama Islam membiarkan penganut agama lain berdakwah kepada penganut
agama Islam, individu tersebut telah melanggar etika dan moral sebagai rakyat beragama
Islam kerana membiarkan ianya berlaku memandangkan adalah menjadi kesalahan bagi
penganut agama lain menyebarkan ajaran agama mereka untuk penganut agama Islam di
Malaysia. Menghormati perlembagaan menunjukkan seorang penganut agama Islam itu
mempunyai etika dan bermoral tinggi. Perlembagaan negara adalah undang-undang asas yang
begitu luas dan mengambil masa yang panjang bagi membentuk peraturan-peraturan kecil di
dalam setiap kawasan. Perlembagaan ini sememangnya melibatkan perbincangan dan
keputusan oleh pemimpin-pemimpin Islam itu sendiri.

Kedaulatan undang-undang

Penganut agam Islam di Malaysia juga dianggap beretika dan bermoral dengan
memperakui kedaulatan undang-undang negara. Undang-undang ini secara amnya dicipta
manusia namun ianya tidak bercanggah dengan pengamalan agama Islam di Malaysia bahkan
lebih mempermudahkannya lagi. Sebagai contoh, terdapat undang-undang yang melarang
anak-anak remaja berkeliaran lebih jam sebelas malam di mana-mana kawasan sememangnya
mempunyai signifikan dengan pengamalan hidup Islam di rumah. Anak-anak remaja ini tidak
boleh tinggal atau berpisah daripada keluarga jika berada di bawah umur. Selain daripada itu,
undang-undang negara menetapkan kegagalan ibu dan bapa atau penjaga memberikan
pendidikan wajib di sekolah boleh didakwa dimahkamah juga adalah demi menjamin
kehidupan penganut Islam yang lebih bermoral dan beretika tinggi. Di sekolah mereka diajar
dengan pelbagai ilmu selari dengan pegangan panganut agama Islam yang cintakan ilmu.
Kewajipan menuntut ilmu adalah dituntut di dalam Islam.
20

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun negara yang terakhir juga adalah satu prinsip yang mesti diamalkan oleh
semua penganut Islam di Malaysia. Islam yang beretika dan bermoral tinggi juga menerapkan
pembentukan nilai-nilai murni melalui kesopanan dan kesantunan penganutnya. Islam agama
yang mementingkan kelembutan dan kesopanan dan ianya boleh dilihat melalui bagaimana
masyarakat Islam diajar melalui pelajaran agama agar menghormati antara satu sama lain
agar mencapai tahap kesopanan dan kesusilaan yang tinggi. Etika dan moral orang Islam ini
dapat dilihat bagaimana mereka berurusan dengan orang lain baik sesama agama mahupun
sebaliknya.

Sebagai contoh, akhir-akhir ini budaya amuk dan berdemonstrasi yang

diamalkan oleh sebilangan kecil orang agama Islam sebenarnya telah menunujukkan tahap
kesopanan dan kesusilaan yang rendah. Tanpa mereka sedari, memperjuangkan satu
perjuangan yang berbentuk peribadi sebenarnya telah mengganggu orang Islam itu sendiri.
Terdapat pegwai-pegawai kerajaan, peniaga-peniaga mahupun orang awam yang beragama
Islam turut menerima kesan kepada budaya berdemonstrasi ini. Beberapa orang anggota polis
yang beragama Islam turut tercedera akibat tindak-tanduk segelintir penganut agama Islam
yang tidak beretika dan bermoral tinggi.

Etika dan moral Agama Kristian.


Negara kita Malaysia juga terdiri daripada penganut agama Kristian. Etika dan moral
penganut agama ini juga terdapat beberapa persemaan yang boleh dikupas dalam konteks
undang-undang dunia mahupun pembentukan negara. Agama Kristian adalah agama terbesar
di dunia, kira-kiran 2.1 bilion penganut keseluruhannya, atau sepertiga jumlah penduduk
dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaranajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya
21

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


dalam Perjanjian Baru.Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang utama
yang setelah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu seperti:
Katolik Roma
Ortodoks
Protestan
Penganut-penganut agama kristian yang juga mempercayai tuhan sebenarnya menggunakan
beberapa kitab sebagai rujukan dan panduan untuk hidup. Di sini mereka belajar tentang apa
yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh mereka yang menganut agama Kristian. Di antara
kitab-kitab yang digunakan oleh penganut agama Kristian adalah seperti :

Wasiat Lama
Wasiat Baru
Gospel
Kanun
Kitab
Apokrifa

Setelah mendalami serba sedikit berkenaan agama Kristian ini mereka sebenarnya
mempunyai nilai-nilai murni dalam kehidupan dan selari dengan pembentukan diri, kejiranan
dan negara. Penganut agama Kristian tidak menolak seseuatu perkara yang baik asalkan tidak
mengganggu pengamalan agama mereka. Penganut agama Kristian ini bermula sejak dari
mereka dibaptiskan lagi sehinggalah mereka tua dan mati terikat dengan undang-undang dan
ketetapan kitab mereka khasnya Injil di Malaysia.

Etika dan Moral Penganut agam Kristian kepada diri.


Agama ini sebenarnya melahirkan pembentukan diri yang lebih berkualiti dan
kehidupan yang lebih teratur dengan mempelajarari apa yang patut dibuat dan apa yang tidak
patut dibuat. Sebagai penganut agama Kristian mereka dilarang untuk melakukan sesuatu
yang boleh merosakkan diri. Mereka percaya individu yang menganut dan mempelajari
agama ini dengan mendalam akan mencapai satu tahap keimanan dengan mempercayai tuhan
22

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


sentiasa ada bersama mereka . Individu yang gagal patuh kepada ajaran agama biasanya akan
menemui kegagalan hidup. Dari situlah paderi-paderi memainkan peranan dengan
memperbaiki kembali kualiti hidup penganut agam Kristian yang tidak beretika dan bermoral
melalui upacara taubat (confession) yang banyak dilakukan di gereja-gereja di bilik-bilik
khas.

Kristian mendakwa kehidupan adalah suci dan tidak boleh dikotorkan dengan

melanggar etika dan moral mengikut norma kehidupan manusia biasa. Di antara ajaran agama
Kristian kepada diri ialah :

Menyayangi diri dan keluarga


Membunuh diri dilarang sama sekali
Pengguguran dilarang sama sekali

Berdasarkan item di atas di sini menunjukkan Kristian mengamalkan gaya hidup sihat dan
tidak menyokong mana-mana aktiviti-aktiviti negatif seperti perlakuan seks sumbang,
keganasan, pengambilan dadah dan pengguran. Umum mengetahui bahawa agama Kristian
adalah aturan hidup dan panduan kepada pengikutnya agar menjalani kehidupan yang normal
dan berkualiti. Aktiviti membunuh diri sebagai langkah penyelesaian kepada permasalahan
yang dihadapi juga turut ditegah dan dihina kerana ianya membawa kepada keburukan. Ianya
membuktikan betapa ketinggian kualiti hidup amat dituntut supaya penganut agama Kristian
dapat dijadikan contoh kepada manusia yang lain. Dalam konteks undang-undang sivil dan
perlembagaan juga, agama Kristian adalah sangat signifikan dengan etika umum moden
dalam konteks pembinaan tamadun kawasan tersebut. Undang-undang ciptaan manusia
tidaklah bertentangan dengan ajaran agama Kristian kepada penganutnya
.

Etika dan moral agama Kristian kepada Masyarakat.


Setelah melalui proses pembaptisan dari zaman kanak-kanak penganut agama Kristian
ini akan mendalami lagi bagaimana untuk melalui kehidupan seharian mereka. Mereka diajar
tatacara untuk hidup dengna jiran-jiran sama ada sesama Kristian mahupun dengan agamaagama yang lain. Antara ajaran-ajaran agama Kristian yang patut diamalkan oleh seseorang
penganutnya ialah :

23

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

Membunuh dilarang sama sekali.


Menyayangi rakan dan jiran.
Perhubungan baik sesama manusia.
Euthanasia dilarang sama sekali.

Dalam kehidupan moden yang disusun oleh sesuatu kerajaan memerintah penganut agama
Kristian tidak dapat lari daripada keperluan untuk patuh kepada undang-undang tersebut.
Mengikut apa yang dipelajari oleh penganutnya, mereka tidak boleh mendatangkan mudarat
kepada mana-mana manusia seperti mencederakan atau membunuh orang. Penganut agama
Kristian juga perlu akur dengan undang-undang tersebut malahan mereka juga adalah
masyarakat yang peka dengan isu-isu keselamatan sesuatu kejiranan. Sebagai contoh, dalam
isu keselamatan setempat ada penganut agama Kristian yang memberi kerjasama agar semua
penduduk mahupun mereka terdiri daripada pelbagai agama dapat hidup dengan aman untuk
mengamalkan agama masingmasing. Etika dan moral penganut agama Kristian ini juga
sebenarnya telah ditunjukkan melalui kehidupan muhibah yang diamalkan di Malaysia
apabila mereka saling hormat-menghormati dan mengamalkan hubungan yang baik sesama
jiran. Penganut agama Kritian juga menunjukkan etika dan moral tinggi apabila berlaku satu
wabak penyakit yang tidak dapat dikawal dengan cara menyelamatkan mereka dan tidak
mengamalkan ethunasia (pembunuhan kerana wabak) sebagai langkah keselamatan. Hal ini,
jelas bahawa etika dan moral penganut agama Kristian ini dituntut untuk diamalkan oleh
penganutnya dengan menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagai panduan hidup tanpa
melakukan kekejaman dengan membunuh.

Etika dan moral agama Kristian kepada Sosial, Ekonomi, Perubatan dan Alam Sekitar.

Agama

Kristian

menekankan

pembentukan

kemahiran

interpersonal

dan

intrapersonal. Para penganutnya diajar bagaimana membina kekuatan ketika bersosial sesame
manusia untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Berbuat baik kepada semua golongan
manusia tidak kira apa pun keturunan mereka adalah satu contoh cara hidup yang diajar oleh
agama Kristian. Mereka dituntut untuk berkelakuan baik dan bersedia membantu ketika
manusia yang lain memerlukannya. Penganut agama ini juga tidak memandang rendah
24

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


kepada mereka yang memusuhinya dengan cara yang kasar kerana peradaban mereka adalah
menjadi ukuran utama ketika bergelar penganut agama Kristian. Sebagai contoh, kita dapat
lihat moral tinggi mereka dengan menggunakan saluran perundangan dan menghormati
sistem perundangan negara sebagai satu cara untuk menyelesaikan permasalahan. Etika dan
moral penganut agama ini dipelihara dengan tidak melakukan sesauatu yang menyalahi
norma kehidpan manusia setempat. Mereka tidak meletakkan emosi marah jika berlaku
sebarang konflik ataupun apa jua masalah kemasyarakatan.
Agama Kristian juga mempunyai etika dan moral berkenaan dengan cara-cara
menjalankan perniagaan. Berikut adalah prinsip-prinsip yang diamalkan oleh ajaran agama
Kristian.

Prinsip Perniagaan Menurut Agama Kristian

Pemberatan Yang Adil

Kejujuran

Hamba Tuhan

Keuntungan Yang Berpatutan

Tanggungjawab Peribadi
Rajah 1.2

Agama Kristian menitikberatkan prinsip-prinssip berkenaan agar pembangunan ekonomi


mereka lebih berakauntibilit dan tidaklah mementingkan keuntungan serta kekayaan sematamata. Mereka perlu beretika dan bermoral ketika menjalankan aktiviti perniagaan agar tidak
menzalimi mana-mana manusia khasnya orang miskin. Berniaga sebagai hamba tuhan
membuatkan mereka berniaga secara berhemah agar tidak membebankan mereka yang lain
seagama dengan mereka. Kejujuran dalam perniagaan adalah sangat dituntut oleh pegangan
agama mereka kerana tanpa kejujuran pembangunan ekonomi dan ketamadunan itu akan
rosak dengan korupsi dan ketamakan individu.

25

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


Dalam konteks perubatan dan pengamalan gaya hidup sihat, penganut agama Kristian
mengamalkan nilai etika dan moral tinggi dengan menjauhi penzinaan agar tidak dijangkiti
penyakit-penyakit seperti AIDS melalui virus HIV. Namun begitu mereka mencipta dan
melakukan kajian untuk manghasilkan vaksin agar Euthanasia (pembunuhan kerana
wabak) tidak dilakukan kepada mana-mana pesakit yang dijangkiti virus tersebut. Oleh itu
mereka memilih untuk tidak melakukan seks luar nikah yang dianggap zina dan
menggunakan kemudahan-kemudahan awam untuk bersenam bagi mengamalkan gaya hidup
sihat. Ada juga pengubatan moden yang dilarang mengikut ajaran agama Kristian seperti
persenyawaan buatan yang menggunakan sperma penderma dilarang kerana ia disamakan
dengan berzina. Namun persenyawaan buatan melalui si suami dibenarkan kerana ia tidak
melanggar batasan perkahwinan. Manakala ibu tumpang di mana si bayi tidak memiliki
perhubungan genetik kepada si ibu tumpang dianggap sebagai amalan yang tidak beretika
kerana akan timbul masalah dalam menentukan ibu sebenar bayi tersebut. Disini tidak semua
perubatan moden diterima pakai oleh penganut agama Kristian kerana ianya didapati
bertentangan dengan ajaran asal agama berkenaan.
Penganut agama Kristian juga dituntut untuk menjalani kehidupan dengan meletakkan
rasa cinta kepada alam sekitar. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan
memuliharanya untuk generasi akan datang. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa
manusia tidak berhak menuntut hak pemilikan ke atas mana-mana ciptaan Tuhan. Oleh itu
mereka tidak boleh melakukan sebarang keorsakan kepada alam sekitar sewenang-wenangnya.
Manusia tidak berhak mengeksploitasi alam sekitar sehingga ia terjejas demi mengaut
keuntungan dan mengejar kekayaan individu. Manusia juga patut berkembang dan menggunakan
alam ini dengan sebaik mungkin agar ekosistem terjaga dan kehidupan manusia yang bersifat
simbiosis terhadap alam yang membekalkan oksigen kepada manusia untuk terus hidup perlulah
dijaga. Secara keseluruhannya, agama Kristian ini mengamalkan etika dan moral kehidupan
bersesuaian dengan tuntutan umum sesmua golongan masyarakat agar tidak berlaku sebarang
kemudaratan. Mereka juga boleh menimbangtara berkenaan undang-undang ciptaan manusia
yang dirasakan tidak lagi relevan untuk kehidupan sesuatu golongan masyarakat itu agar
dimansuhkan.

Kesimpulan
Rumusan kepada tugasan yang diberikan, saya telah membuat satu penelitian
berkenaan dengan peranan etika dalam pendidikan serta perkaitannya dengan dua agama
26

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


yang dipilih. Dalam bahagian A dapat saya rumuskan beberapa perbezaan antara etika,
peraturan dan kepentingnanya dalam pendidikan negara. Penulisan beliau banyak membantu
saya untuk mencari kekuatan dan kelemahan sesuatu etika ciptaan manusia berdasarkan
keberkesanannya untuk diamalkan dalam iklim pekerjaan. Terdapat etika yang baik untuk di
amalkan dan terdapat juga etika yang terlalu protokol sehingga menyebabkan kelemahan
sesuatu sistem pengurusan. Selain daripada itu di dalam bahagian B, saya dapati etika dan
moral sejagat adalah tidak bertentangan dengan pengamalan kedua-dua agama tersebut iaitu
Islam dan Kristian. Walaubagaimanapun jika diperhalusi bagi kedua-dua agama tersebut
etika-etika umum masyarakat bolehlah diamalkan agar keakuran kepada undang-undang
dapat diimplementasikan. Jika dikupas lebih dalam sudah tentu terdapat etika-etika yang juga
boleh mendatangkan kemudaratan dalam beragama. Sebagai rakyat yang bermoral, apa
sahaja etika mahupun peraturan yang dicipta manusia bagi memastikan ketamadunan lebih
teratur dan tidak memesongkan akidah boleh saya persetujuinya untuk diterimapakai oleh
semua rakyat yang berbeza anutan agama.

Rujukan.
1. Modul Pembelajaran Aeu, Pengenalan Kepada Pendidikan Moral, Akhlak Islamiah,
Bab 3, 1-5
2. Dato Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indanhya Hidup
Bersyariat, Bab 3 Syariat Berkaitan Remaja, Akhlak, 49-57
3. Dato Dr Haron Din & Ishak Din & Abu Hassan Din (2013) Menjawab Persoalan
Fikah Harian Bab 29 Masalah Umum, 267-272

27

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)


4. Abu Mazaya Al Hafiz & Dr. Mohd. Puzhi Bin Usop & Hamzah Bin Raden Anwar
(2008) Sejarah Lengkap Nabi Dan Rasul Dalam Al-quran, Bab 25, Sayyid Al-Anbiya
Wal Mursalin, Muhammad Bin Abdullah, Sub. 11, Isra dan Mikraj, 967-974

28

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL EEM (421)

29