Anda di halaman 1dari 3

S.J.K.

HENG EE
31, JALAN MACALISTER
10400 PULAU PINANG

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Ketiga Tahun 2014 SJK (C) Heng Ee
Tarikh
: 07.05.2014 ( Rabu)
Masa
: 2:00p.m. - 3:30p.m.
Tempat : Bilik AudioVisual
Yang Hadir
: Pengerusi En Lim Chew Kooi ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1. Pn Teow Geik Hong
2. Pn. Kok Pooi Fun
3. Pn Loh Keng Keng
Setiausaha Cik Lim Li Hua
Ahli Ketua Panitia Mata Pelajaran
Yang Tidak Hadir : Tiada
1. Ucapan Aluan Pn. Teow Geik Hong-GPK 1
1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli.
1.2 Memaklumkan kepada semua guru bahawa mesyuarat ini adalah penting untuk kecemerlangan
akademik. Tindakan : Makluman
2. Ucapan Guru Besar En.Lim Chew Kooi
2.1
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan.
2.2
Meminta guru-guru melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan supaya dapat mengecapi
kejayaan dan memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran.
2.3
Meminta setiap ketua panitia mengadakan mesyuarat panitia masing-masing.
2.4
Guru-guru diminta agar elakkan mengajar sambil duduk.
2.5
Perlu ada perancangan awal sebelum memulakan pengajaran.
2.6
Kenalpasti murid bagi tujuan mengkategorikan mereka mengikut aras pencapaian mereka.
2.7
Pemantauan kelompok akan diadakan pada bulan Ogos.
Tindakan : Makluman
3. Pembentangan Minit Mesyuarat Pertama
3.1
GPK 1 membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Dicadang oleh : Pn. Lau Sie Hoon
Disokong oleh : Cik Khor Hooi Teng
Tindakan : Makluman
4. Perkara Berbangkit
4.1
GPK 1 memberitahu masih ada guru tidak Log In Ke Laman Web VLE FROG, peratusan
kebarangkalian log in bagi sekolah agak rendah. .
Tindakan : Guru-Guru
5. Pengajaran dan Pembelajaran

5.1
5.2

Guru-guru harus menepati masa masuk ke kelas.


Guru-guru diseur agar menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik
pengajaran.
5.3
Guru-guru digalakkan banyak menggunaakan perisian SWIPE yang disediakan.
5.4
Guru-guru harus mempelbagaikan pendekatan mengajar supaya murid dapat belajar dengan
aktif dan seronok.
Tindakan : Makluman
6. PPSMI & ICT
6.1
Subjek sains harus diajar dengan kaedah eksperimen.
6.2
Pengajaran berpandukan ICT haruslah dilaksanakan memandangkan peralatannya memang
mencukupi.
6.3 PPSMI pada tahun ini hanya tinggal Tahun 5 dan Tahun 6, guru-guru yang mengajar mesti
diajar dalam Bahasa Inggeris manakala penggunaan bahasa ibunya hanya digalakkan untuk
penerangan sesuatu topik.
Tindakan : Guru-guru PPSMI
7. Panitia-Panitia
7.1
Setiap fail panitia perlu dikemaskinikan dan dihantar kepada GPK 1 sebelum atau pada
23.05.2014
7.2
Minit mesyuarat dan surat-menyurat harus difailkan secara sistematik.
7.3
Guru-guru harus memastikan agar Guru besar dan GPK 1 turut serta dalam sebarang mesyuarat
yang dikendalikan oleh guru.
Tindakan : Ketua Panitia
8. Headcount Murid
8.1
Guru-guru diminta melengkapkan TOV berpandukan ujian bulan Februari yang telahpun
dijalankan.
8.2
ETR yang telah siap bagi setiap matapelajaran perlu ditampal pada bahagian belakang Buku
Rekod Mengajar.
Tindakan : Guru-guru subjek
9. Peperiksaan dan Ujian Bulanan
9.1
GPK 1 telah membentangkan keputusan ujian bulan Mac.
9.2
Guru Besar memberitahu bahawa keputusan sekolah masih di tahap yang rendah dan meminta
kerjasama guru-guru untuk meningkatkan prestasi pejalar.
9.3
GPK 1 memberitahu tarikh-tarikh ujianPKBS dan Pra UPSR.
Tindakan : Semua Guru
10. Kelas Pemulihan
10.1
Bilangan murid pemulihan harus dikurangkan. Guru pemulihan harus menggunakan teknik
pengajaran yang sesuai untuk menarik minat murid-murid.
10.2 Guru pemulihan membuat analisa ujian pemulihan dan berjanji serta berusaha mengurangkan
bilangan murid pemulihan.
Tindakan : Guru Pemulihan
11. Kelas Linus
11.1 Guru-guru LInus telah membentangkan analisa tentang pencapaian murid-murid Linus.
11.2 Guru-guru Linus juga telah memberitahu kaedah, teknik, buku rujukan dan buku panduan yang
digunakan oleh mereka.
Tindakan : Guru-guru Linus
12. Hal-hal lain

12.1
Karnival Bahasa Inggeris akan diadakan pada 09.07.2014.
12.2
Guru-guru yang bertanggungjawab melatih murid dalam pertandingan yang diagihkan
diminta membuat persediaan yang secukupnya.
12. PENUTUP
Mesyuarat ini tamat pada pukul 3:30 p.m. dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________________
Setiausaha
Cik Lim Li Hua

_______________________
Pengerusi
En Lim Chew Kooi

Anda mungkin juga menyukai