Anda di halaman 1dari 5

1.

Tajuk-tajuk adalah seperti berikut:


a) Bincangkan kegunaan konsep-konsep statistik
berikut:
i.
pengumpulan dan pengurusan data
ii. perwakilan data
iii.
sukatan kecenderungan memusat
iv. sukatan serakan
9-3-14

24/2/2014
9/3/2014

Statistik merupakan satu disiplin yang menguruskan kesemua


aspek dalam pengumpulan, pemprosesan, pewakilan dan penafsiran
data. Domain statistik terdiri daripada graf, carta dan jadual berserta
dengan

perkataan statistic seperti purata, trend dan korelasi.

Statistik adalah berguna dalam bayakn bidang seperti bidang


pendidikan, bidang perniagaan, bidang sains dan teknologi dan juga
bidang perubatan.
i-PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA
Dalam pengumpulan data, kita dapat meringkaskan maklumat
dan juga mengkategorikan data-data yang terkumpul. Ia juga
memudahkan kita untuk membuat bandingan, menyenaraikan kelaskelas dan kekerapan-kekerapan dan juga memudahkan pemaparan
data dalam bentuk graf atau carta pai.
ii-PEWAKILAN DATA
Pewakilan

data

pula

merupakan

proses

memudahkan

mengiraan dengan penggundalan. Ia juga membolehkan kita


membaca data dan mendapat maklumat dengan cepat serta tepat.

iii-SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT


Sukatan kecenderungan memusat merupakan ukuran purata
yang

menunjukkan

ukuran

pusat

sesuatu

taburan

data.

Ia

menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada


sesuatu kumpulan nombor.
iv-SUKATAN SERAKAN
Sukatan serakan digunakan untuk menerangkan taburan
sesuatu set data. Dalam pengiraan sukatan serakan, terdapat
beberapa cara yang digunakan iaitu julat, sisihan piawai dan varian
serta sukatan serakan berdasarkan kuartil dan persentil.

Salam sejahtera. Penjelasan cikgu amat jelas


dan memanfaatkan saya. kami sebagai guru perlu
menguasaai kemahiran dalam bidang statistic kerana
ia amat berguna bila kita hendak membuat analisis
tentang keputusan murid dan seterusnya membantu
mereka meningkatkan prestasi mereka. sebagai
contoh, dalam melaksanakan Headcount, kita perlu
terlebih dahulu mengumpul data-data yang diperlu.
Selepas itu kita perlu menganalisiskan data-data

tersebut dan kemudian menukarnya kepada bentuk


graf atau carta di mana ia lebih mudah difahami.
Sekolah saya telah melaksanakan Headcount
selama beberapa tahun. Kami akan mengambil
keputusan akhir tahun sebagai TOV murid dan
seterusnya membuat analisis untuk menentukan
sasaran. Ia amat berguna kerana guru dan murid
dapat bekerja sama untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan.
Salam satu Malaysia. Saya memberi sokongan
yang

sepenuhnya

kepada

pandangan

cikgu.

Penjelasan cikgu berkenaan denga topic ini amat


berfaedah untuk saya.
Pada zaman kini, penggunaan statistik semakin
luas.

Ia

melibatkan

pelbagai

bidang

seperti

pendidikan, perubatan, perindustrian, politik dan


sebagainya. Sebagai guru, saya rasa adalah penting
bagi kita untuk menguasai kemahiran mengendalikan
statistik kerana ia amat berguna untuk mendapatkan
maklumat yang penting seperti menganalisiskan

keputusan pelajar, kes ponteng, kes buli dan


sebagainya.
Statistik

adalah

menganalisiskan

amat

keputusan

berguna
murid.

Ia

dalam
dapat

membantu guru menangani masalah-masalah yang


dihadapi dengan member gambaran yang jelas
tentang kekuatan dan kelemahan pelajar. Ini adalah
kerana dengan menganalisiskan keputusan pelajar
dengan menggunakan kemahiran statistik, kita dapat
nampak dengan lebih jelas apabila data-data yang
kita kumpulan dijadikan graf atau carta.

Salam satu Malaysia. Saya amat kagum dengan


penjelasan yabg dibuat oelh cikgu. Ia adalah tepat
dan jelas dan memanfaatkan saya. sebagaimana kita
tahun, statistik berfungsi dalam pelbagai bidang
seperti

pendidikan,

perubatan,

perniagaan

dan

sebagainya. Sebagai seorang pendidik, kita harus


menguasaai kemahiran mengendalikan data-data
supaya kita dapat member bantuan kepada pelajar-

pelajar yang memerlukan prihatin kita. Sebagai


contoh, kita boleh membuat analisis keputusan
pelajar dengan menggunakan kemahiran statistik.
Dengan adanya data-data yang berbentuk gambar
dan graf, kita akan nampak dengan lebih jelas
kekuatan atau kelemahan pelajar kita.

Anda mungkin juga menyukai