Anda di halaman 1dari 14

PSV 3107

Soalan struktur
1. Micheal 1983 dan feldmen 1970 .jelaskan maksud penggunaan pendekatan
kemanusiaan. Jawapan rujuk modul

Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni:


Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru
menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan
pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan
dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses
perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri,
mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran
mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas
dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media.
Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap
maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada
mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.

2. John a micheal dlm bukunya art dan adolescense ada dua pendekatan dlm
apresiasi seni iaitu:
a. pendekatan secara logic
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek sematamatadan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat
sesuatukarya seni tersebut.

i.

Secara Penerangan:
membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilainilaiestetika dan pengaruh.

ii.

Secara Pemerhatian:
Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

iii.

Secara Perbandingan:
Analisa, penilaian perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan
perasaan.

iv.

Secara Penghasilan:
Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai
khas,kepuasan, menghubungkan diri konsep dan zaman.

b. pendekatan secara psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan
peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan
penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan
satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan
dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih
terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

Secara perbincangan dan perbandingan.

Secara proses inkuiri atau penemuan.

Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerjaseni.-

Secara menyediakan setting / set induksi.

Secara membesarkan gambar.

Secara mengolah bahan-bahan sebenar.

Secara aktiviti permainan seni.

Secara lawatan / pameran.

Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

3. pembelajaran kontekstual
a. ciri-ciri
- Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yangberm
akna dalam
rangka minda.
- Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada
murid
.
- Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran
untukmenghasilkan pembelajaran
yang berkesan
b. kaedah-kaedah pembelajaran secara kontekstual

jawpan : kaitkan penggunaan kaedah ini dlm pengajaran PSV


Berikut adalah contoh modul pengajaran Pendidikan Seni Visual dan
huraianpendekatan pembelajaran secara Kontekstual.

Tahun : 4
Bidang : Reka bentuk Persekitaran Landskap
Tajuk : Taman Mini Sekolah
Masa : 180 Jam
Aktiviti secara berkumpulan . Aktiviti :
1. Penerangan guru tentang tajuk berdasarkan contoh yang disediakan; ABM guru ,
contoh murid atau situasi sebenar .
2. Murid memberi pendapat.
3. Murid mencari maklumat berkenaan tugasan.
4. Murid membuat lakaran idea,lukisan perspektif, dan lukisan pelansecara
berkumpulan. 5. Murid menghasilkan model
.6. Sesi apresiasi hasil kerja.
7. Melaksanakan projek pada situasi yang sebenar (jika boleh)
Melalui aktiviti 1 dan 2 akan berlaku aktiviti memproses maklumat apabilamurid
dan guru berbincang berkenaan pengalaman melihat reka bentukhiasan dalam dan
landskap di sekitar mereka atau dari majalah danmenghubungkaitkannya dengan
kehidupan masyarakat dan peranannya dalam alam pekerjaan

4.Jelaskan kaedah-kaedah menurut Edward m Anthnony

Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara
atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan
sistematik. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain, kaedah

mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun.

5. jelaskan tiga fasa kembara visual.


6. pemilihan serta contoh koleksi penggunaan Alat Bantu Mengajar yg sesuai
dan relevan dengan perancangan P & P.

Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ;


- mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas,
- relevan serta mudah difahami.
- Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.
- Persembahan menarik dan kemas.
- Dapat menjelaskan konsep dengan tepat.
- Kekukuhan dan boleh diguna selalu.

Koleksi ABM PSV


a) Hasil kerja pelajar yg baik
b) Hasil kutipan benda maujud
c) keratan akhbar
d) koleksi gambar
e) koleksi transparensi
f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu komputer.

7. Tujuan penggunaan Alat Bantu dalam P & P?


- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman
- Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
- Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
- Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
- Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
- Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan

Soalan esei :
1 . Huraikan dari langkah awal hingga kepada sesi refleksi dalam penggunaan
ICT yg memberi nilai tambah , bermutu dalam komunikasi visual bagi sesuatu
hasilan seni.
Peringkat Awal-dapatkan contoh unsur seni dan motif seperti jalinan, clip dan
lain-lain daripada program cakera padat, scanner atau kamera digital.
Peringkat Pertengahan-proses eksperimentasi dan perkembangan idea
menggunakan kemudahan dari menu dan tools sesuatu program untuk membuat
gubahan seperti mewarna, copy,paste dll.
Peringkat akhir-hasil kerja seni digital catan ataupun grafik mesti dicetak
menggunakan pencetak.

Huraikan kelebihan atau kebaikan teknik tunjukcara kepada murid dalam P&P
PSV KBSR.

Teknik tunjuk cara


Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu

aktiviti mengikut prosedur.


Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk

menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.


Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau

proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.


Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak

dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.


Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu

eksperimen.
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru

kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.


Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah
mematuhi prinsip-prinsip berikut:

Sebelum demonstrasi
Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.
Alatan dan bahan disediakan.
Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.
Semasa demonstrasi

Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.


Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.

3. huraikan secara ringkas dan contoh tujuan strategi strategi konsep 5P


penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.
(focus kepada penggabungjalinan)
5.1.2 Aplikasi 5P dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV KBSR
Konsep 5P
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan seni Visual. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang
kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan.

Konsep

5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,

pengayaan, dan pemulihan.

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya
bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang
baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

hal ini,

Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan :
i.

Penggabungjalinan Kemahiran

K1

K1-Kemahiran Mewarna
K2-Kemahiran Memotong

K4

K3-Kemahiran Menampal
K3

PSV

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Pendidikan Seni Visual dalam Satu Mata Pelajaran

K1

PSV

K1-Kemahiran Pergerakan
K2-Kemahiran Muzik

K3

Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran


ii.

Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut


keperluan

dan

kesesuaian.

Untuk

melaksanakan

penggabungjalinan,

merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.


Contoh:
a. Berceramah mencatat isi
b. Bercerita berbincang menulis karangan
c. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan

anda

perlu

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian

murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu

adalah seperti yang berikut:


Contoh:
1. Berita ulasan
2. Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.
Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang
diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.

Penyerapan
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu contohnya unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa
depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek
utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.
Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui
aktiviti yang dijalankan
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan
c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati
d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu
e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif
f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati
g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,

pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang
lain mengikut konteks
h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan
diri
i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan
sebaya dan masyarakat
Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.
Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:
i. Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata
pelajaran untuk mata pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui
aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan
kerja projek.
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia ,
berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.
iii. Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual

mengutamakan

pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan
negara.
iv. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi proses, teknik dan penghasilan
karya seni masyarakat

Malaysia.

Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan

keperibadian masyarakat Malaysia.


v. Kemahiran Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar.
Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

4. Pilih satu bidang kegiatan dan tuliskan sebuah RPH PSV KBSR.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV KBSR DALAM BIDANG
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN

5 ANGGERIK

BIDANG

Membentuk dan Membuat Binaan

AKTIVITI

Membentuk Kereta

TAJUK

Kereta Idaman

MASA

8.30 hingga 9.30 pagi

OBJEKTIF PENGAJARAN

Guru dapat mendedahkan teknik membentuk dan


membuat binaan daripada bahan-bahan terbuang.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran murid dapat:
-

Membentuk dan membina sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan


buangan

Menghias model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan buangan

Menghasilkan sebuah model kereta secara kreatif dan inovatif (pelbagai rupa dan
bentuk)

Penerapan nilai dan kemahiran berfikir

KEPERLUAN
Alat - gunting
Bahan- bahan buangan (contoh: straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman,
dan gam)
Bahan Rujukan :

Kad gambar
Objek maujud model-model kereta mainan
Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Maklumat Internet

PROSEDUR
1. Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian
Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
2. Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil
menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab
4. Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta
dari bahan buangan
Apresiasi dan Kritikan
KBKK

PENERAPAN NILAI :
BUTIRAN KEGIATAN

Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan


Ketekunan dan Ketelitian
HASIL PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 1
(5 minit)
Guru mengedarkan kad
gambar berkaitan dengan
kenderaan pada masa dahulu

Aras 1

Menjangka
Murid memerhati dan membuat
analisa tentang gambar

Guru mengendalikan sesi soal


jawab

Apakah gambar yang terdapat


pada kad yang kamu pegang?

Teori Kajian Masa Depan

Fungsi produk

Teori Kecerdasan Pelagai


Murid memberikan pandangan
mereka tentang gambar
berkenaan

Verbal Linguistik

KBKK (Kreatif)
Apakah pandangan anda
tentang gambar tersebut?

Mereka cipta
Aras 2

Mensintesis

Murid memilih bahan yang


sesuai untuk digunakan dalam
menghasilkan model kereta

Penerokaan

Aktiviti 2 (20 minit)


Meneroka pelbagai bahan
yang boleh digunakan. Kesan
tindak balas bahan yang
digunakan
Guru menunjukkan cara
membuat model kereta

Murid mengetahui bahawa


prinsip imbangan dan unsur
ruang, bentuk dan warna
penting dalam membuat model
kereta

Membanding beza
Menilai akibat penolakan
angin. Kelajuan yang
dihasilkan
KBKK (Kreatif)
Menjana idea
Mereka cipta
Menghubung kaitan

Aktivit 3 (25 minit)


Guru membimbing murid
semasa menghasilkan model
kereta

Murid membuat model kereta


dengan

Memotong bentuk yang


diinginkan

Memotong

Menebuk tayar kereta

Menebuk

Mencantum bahan kereta

Mencantum

Menampal kertas warna

Menampa

Sesi Apresiasi dan Refleksi


(10 minit)
Sesi Apresiasi

Murid mempamerkan pelbagai


hasil kerja yang dibuat

Mempamerkan hasil kerja


Perlumbaan kereta
Membuat refleksi bagaimana
penghasilkan model kereta
dilakukan

KBKK (Kreatif)
Mereka cipta inovatif

Nilai

KBKK Kritis Membanding


beza
Menganalisis

Murid dapat menilai keupaaan


diri sendiri

Teori Kecerdasan Pelbagai


Verbal Linguistik

Refleksi Guru:
Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan
kesungguhan dalam menghasilkan sebuah model kereta. Pelbagai model kereta telah dapat
dihasilkan. Murid telah berjaya membuat penerokaan bahan. Objekif tercapai dengan jayanya.

Bagi penekanan :
1. Psiko analitik, termasuk kognitif yg ditekan
2. Stuffbeam (berkaitan dengan pendekatan)
3. Asas disiplin seni DBAE
4. kajian masa depan
5. Pembelajaran masteri
6. Teori piaget
7. Kaedah-kaedah /
8. teknik-teknik
9. Apa maksud micro teaching
10.Konsep penggabungjalinan
11.Susunan RPH
12.Brown j w 1933 BBM mengikut pendapat beliau
13.Tujuan refleksi jwpn: membuat postmortem

Anda mungkin juga menyukai