Anda di halaman 1dari 11

Kepelbagaian Sumber Bumi

Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar


yang didiami oleh hidupan.
Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup
adalah sumber yang paling penting di bumi.
Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber
yang tidak hidup.
Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan
proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup
di bumi.
Air
Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya
kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira
97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk
glasier dan kawasan kutub.
Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup.
Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi
(dehydration).
Udara
Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil
atmosfera (atmosphere). Udara mengandungi gas penting
yang menyediakan bahan-bahan untuk menyokong
kehidupan.
Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas.
Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan
fotosintesis (photosynthesis).
Tanah dan mineral
Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah
bumi dipanggil kerak (crust). Tanah adalah suatu

campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma


mati, air dan udara.
Bahan api fosil
Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan
dan haiwan berusia ratusan juta tahun. Bahan api fosil
terdiri daripada petroleum (minyak), gas asli dan arang
batu.
Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan
pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang.
Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk
menghasilkan elektrik.
Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk
memanas, memasak, atau sebagai bahan api kenderaan.
Benda-benda hidup
Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan
dan tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia
untuk mendapatkan makanan, bahan pakaian dan
bangunan, dan bahan api.
Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan
makanan laut dan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit
haiwan (seperti biri-biri, ulat sutera, dan buaya) dan
tumbuhan (seperti kapas, pokok getah).
Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan,
casuarina, nibung, dll.
Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan
pokok getah.
Unsur / Elemen
Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling
ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh
dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apaapa
komponen
yang
lebih
ringkas/mudah
lagi.
Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu

jenis

atom

sahaja.

Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis


yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis
unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20
dicipta
oleh
para
saintis.
Contoh-contoh unsur:
1. Emas (gold).
2. Zink (zinc).
3. Besi (iron).
4. Oksigen (oxygen).
5. Karbon (carbon).
6. Nitrogen.
7. Hidrogen (hydrogen).
8. Aluminium.

Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom


adalah sama.
Unsur-unsur
boleh
dikelaskan
dan bukan logam (non-metal).
Logam

kepada logam (metal)

87 jenis logam telah dikenal pasti.


Contoh-contoh logam:
Kalium (potassium)
Kalsium (calsium)
Magnesium
Merkuri/raksa (mercury)
Natrium (sodium)
Perak (silver)
Kuprum/tembaga (copper)
Platinum
Emas (gold)
Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh bukan logam:
Hidrogen (hydrogen)
Oksigen (oxygen)
Fluorin (fluorine)
Klorin (chlorine)
Karbon (carbon)
Fosforus (phosphorus)
Bromin (bromine)
Iodin (iodine)
Nitrogen
Sulfur (sulphur)
Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu
bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga beberapa bukan
logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair.
Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu
bilik:
1. Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus)
2. Cecair (cth: bromin)

3. Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon, klorin,


argon, krypton, xenon, radon)
Sebatian
Sebatian (compounds) terbentuk apabila dua atau lebih jenis
unsur (element) bergabung secara kimia (combine chemically).
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul (molecule).
Contoh: Air (water) adalah suatu sebatian. Molekul air terdiri
daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang
bergabung
secara
kimia.
Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian
serta komponen-komponennya.
Karbon dioksida (Carbon dioxide)

Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.


Natrium

Komponen:

klorida

Satu

atom

(Sodium

natrium,

satu

chloride)

atom

klorin.

Benzena

(Benzene)

Komponen: Enam atom karbon, enam atom hidrogen.


Metana

(Methane)

Komponen: Satu atom karbon, empat atom hidrogen.


Ammonia

Komponen: Satu atom nitrogen, tiga atom hidrogen.

Air

(Water)

Komponen: Satu atom oksigen, dua atom hidrogen.


Komponen-komponen sebatian tersebut tidak boleh dipisahkan
secara
fizikal
(cannot
be
physically
separated).
Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh
dipisahkan
secara
kimia,
sebagai
contoh,
dengan
menggunakan haba
yang
tinggi
(pemanasan) atau menggunakan
tenaga
elektrik
(elektrolisis).
Memecahkan (breaking down) sebatian dengan pemanasan
1. Memecahkan
sebatian
gula
(sugar)

Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang


kering dan dipanaskan dengan kuat (heated strongly).
Pemerhatian:
1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan.
2. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk.
3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air
terpeluwap (condense) pada dinding tabung uji.

Kesimpulan:
Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian)
apabila dipanaskan.
2. Memecahkan sebatian merkuri oksida (mercury oxide)

Sedikit merkuri oksida (mercury oxide) dimasukkan ke


dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan.
Pemerhatian:
1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan.
2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati
boleh
menyalakan
kayu
uji
berbara.
2. Merkuri berwarna perak (silver) terbentuk pada dinding
tabung
uji.
Kesimpulan:
Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan
oksigen (unsur) apabila dipanaskan.
Memecahkan (breaking down) sebatian dengan elektrolisis
1. Memecahkan sebatian air tulen (pure water)

Pemerhatian:
Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua

tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji


berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop'
apabila diuji dengan kayu uji yang menyala.
Kesimpulan:
Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur
hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis
menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen
dalam tiub Q.
2. Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II)
chloride)

Pemerhatian:
Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan
berbau sengit (pungent smell) dikeluarkan pada elektrod
positif. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan
(reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada
elektrod negatif.
Kesimpulan:
Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsurunsurnya, iaitu klorin (gas berwarna kuning kehijauan) dan
kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila
arus elektrik melaluinya.
Campuran
Campuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau
lebih bahan (substances) yang digabungkan secara fizikal
(combined physically), contohnya, dengan mengacau
(stirring).

Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not


unite) oleh tindak balas kimia. Jadi, komponen-komponen
di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara
fizikal
(physical
means).
Campuran homogen (homogenous mixture) terbentuk
apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti
setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah.
Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan.
Campuran heterogen (heterogenous mixture) terbentuk
apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah.
Contohnya,
udara.
Keterangan
di
bawah
menunjukkan
beberapa
jenis campuran serta komponennya.
Udara
Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas
lengai (inert gas), habuk, mikroorganisma, wap air.
Tanah
Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut,
kerikil, humus.
Air
laut
Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium,
oksigen.
Air
limau
Komponen: Garam, gula, limau.
Jeruk
buah-buahan
Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.

Kari
Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah,
serbuk cili.
Makanan
ringan
Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna,
pengawet.
Darah
Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air,
plasma, oksigen.
Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh
dipisahkan secara fizikal dengan menggunakan prosesproses berikut:
Penurasan (Filtration)
Pengayakan (Sieving)
Penyejatan (Evaporation)
Penyulingan (Distillation)
Kromatografi (Chromatography)
Pengekstrakan (Extraction)
Menggunakan magnet (Using a magnet)
Pemendakan (Precipitation)
Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan
cara pemanasan (heating). Sebagai contoh, serbuk besi
(ferum) dan sulfur membentuk suatu sebatian yang
dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan.