Anda di halaman 1dari 26

DEFINISI & JENIS

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN


Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh
pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk
mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan,
pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang
kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada
penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah
pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajarannya.
Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi
mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami
sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan,
guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil,
diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan
atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi
membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan
ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk
masalah yang dihadapi. Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan
menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil
oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh
melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.
Terdapat beberapa definisi yang

sering

dirujuk

tentang

kajian tindakan:

Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka


penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang
digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk
memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial
yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain
yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan
situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam
lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia,
ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui
oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh
penyelidik akademik.
Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan
yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk
mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka
sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan


untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi
kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya.
Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping
melibatkan
guru-guru
lain.
Cochran & Lytle (1990) - Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai
penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan
dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru
meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga
membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan
seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur
pendidikan.
Kember & Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan
pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang
melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.
Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh
dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action
research), di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian;
kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang
dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi
atau yang setaraf dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan
yang melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah.
McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang
pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus
utama adalah untuk memperbaiki amalan kendiri.
JENIS KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan
teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action
research) dan kajian tindakan bebas(emancipatory action research) (Carr &
Kemmis 1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-pengkaji ini, tujuan kajian
tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan
atau lebih tertumpu kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan
jenis teknikal) dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamalpengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut.
Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal
menyelidik secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri
pengamal-pengamalnya. Sementara kajian tindakan bebas adalah masih
melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif.
Kajian tindakan bebas menggalakkan tanggungjawab dikongsi sama rata oleh

pengamal dan pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat
keputusan demokrasi.
Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga
senario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan
kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah
(school wide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang
dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula
dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti.
Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh
kakitangan dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian.
McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu,
pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang
mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam
kajian; kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu
pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah
dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat
teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan
mereka sendiri; dan ketiga, pendekatan teori hidup (living theory approaches)
iaitu pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan
penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.
Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang
dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan
secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh
dilihat sebagai peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian
tindakan . Kajian tindakan boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal,
perlahan-perlahan berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya
kepada kajian tindakan bebas.
TUJUAN
TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan
sesuatu kajian tindakan:
(a) Menambah baik - merujuk kepada penambahbaikan dalam tiga peringkat
iaitu:

penambahbaikan terhadap amalan;

penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal; dan

penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan.


(b) Melibatkan - merujuk kepada penglibatan pengamal yang mengamalkan
sesuatu bidang.

Dalam bidang pendidikan, sering kali akan terdapat sesuatu yang tidak kena
dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, dan ini menuntut pemulihan
keadaan. Misalnya, katakan sebilangan pelajar tidak berminat terhadap sesuatu
mata pelajaran apabila diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas
daripada guru lain. Situasi sebegini dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu
penyelidikan bagi mengembalikan minat kumpulan pelajar berkenaan terhadap
mata pelajaran tersebut, yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan.
Penyelidikan juga boleh dijalankan bagi memahami punca minat sekumpulan
pelajar menurun apabila berlaku pertukaran guru yang mengajar; untuk
mengetahui sama ada perubahan yang berlaku adalah berikutan ciri guru atau
ciri topik yang diajar oleh guru - suatu penambahbaikan terhadap kefahaman
guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga dapat dilaksanakan
bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku, contohnya
dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan bercerita
dalam pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap pengajaran.
Ini bermakna, kajian tindakan bukan sahaja membantu memahami amalan serta
menambah baik amalan, malah membantu menyesuaikan amalan dengan
perubahan yang berlaku di luar, serta mengubah apa yang berlaku di luar bagi
menambah baik amalan. Sebagai contoh, kemunculan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) menuntut guru menyesuaikan amalan pengajarannya dengan
mengemas kini fakta-fakta yang disampaikan; fakta-fakta terkini dapat dicapai
melalui internet. Guru juga boleh mencari jalan untuk mengesan dan
menghalang amalan memplagiat dalam kalangan pelajarnya dengan
menggunakan kemudahan internet; seperti mewajibkan pelajar menyertakan
senarai rujukan alamat URL laman web yang dirujuk oleh pelajar. Suatu lagi
matlamat kajian tindakan ialah memastikan penambahbaikan berlaku terhadap
guru dari segi kefahaman terhadap perubahan yang berlaku serta amalan
bertindak balas dengan perubahan itu.

Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses


penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru
menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi
mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan
kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin
diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai
hasil dan keberkesanan usaha itu.Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk
membuat keputusan dalam bilik darjahnya yang boleh menambah tingkat tahap
keprofesionalisme yang dimilikinya.
KONSEP & CIRI
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam
kajian tindakan iaitu:
1.
Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik
atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan
mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.
2.
Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu
berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri.
3.
Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (selfreflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada
merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang
sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek.
4.
Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan
mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi
memperbaiki suatu amalan pendidikan.
5.
Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul
dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan
terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.
6.
Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita
merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.
7.
Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis
kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem)
mereka bekerja.Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan
kemudian ke arah perubahan yang lebih besar.
8.
Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang
terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat
membantu untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.

Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan


Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:
1.
Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial
yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.
2.
Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap
pusingan terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati,
dan mereflek, yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait.
3.
Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab
ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjeksubjek kajian tanpa kehilangan kawalan
ke atas projek penyelidikan.
Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat
kajian tindakan yang dikemukakan oleh Grundy dan Kemmis (1981) untuk
diaplikasikan ke dalam bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek
penyelidikan layak dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi
syarat-syarat berikut:
1.
Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan
guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa.
2.
Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh
dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta
mempunyai dinamika dalaman untuk menjana kitaran-kitaran berikutnya.
3.
Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada
proses pengajaran dan pembelajaran secara jelas.
Henry dan Henry (1982) berpendapat bahawa projek penyelidikan yang
mempunyai satu kitaran tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan,
sebaliknya hanya sebagai satu projek penyelesaian masalah. Elliott (1991)
mencadangkan satu-satu projek penyelidikan kajian tindakan sekurangkurangnya mempunyai tiga kitaran atau satu tahun pengajian. Walau
bagaimanapun, Boomer (1980 dalam Grundy & Kemmis 1981) dalam
projek Negotiating the Curriculum menyatakan bahawa kebanyakan laporan
kajian tindakan dalam projek tersebut hanya menampakkan satu kitaran sahaja.
Ciri-Ciri Kajian Tindakan
Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada
penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang
perlu ada pada pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan
yang dijalankan, dan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara
berterusan.
(a) Elemen Reflektif

Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan


menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan
menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan
sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh individu pengamal
yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala tindakan yang
dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu
sentiasa mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa
pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas
kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku,
kajian tindakan tidak boleh berlaku.
(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan,
iaitu guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat
setempat (natural setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru

yang terlibat. hal ini bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya
bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan.
Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang dihadapi, maka
ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan
yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan
guru sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan, pemikiran serta
pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut. Oleh itu, bagi
mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan
wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil
sesuatu tindakan yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh
penyelidik luar.
(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian


ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun
kajian tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang
berterusan. Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek tidak akan berhenti, sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan
seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi
sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan refleksi,
maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut
kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru akan timbul yang
memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan sedia ada.

Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh


dilihat
dalam
dua
aspek
iaitu:
1. Aspek pendekatan kajian

Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan


melalui perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas


guru yang sistematik melalui kritikan yang membina

Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar

Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.


2. Aspek alam persekitaran kajian

Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau


sekolah

Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif

Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah

Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan


jangkaan
MODEL
MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu
menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan
diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik
tindakan.
1. Model Lewin (1946)
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkahlangkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat
langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek
(reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan
merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan
kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

2. Model Kemmis & McTaggart (1988)


Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang
sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti
mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal
refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu
situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan
dalam Rajah 2.

3. Model Somekh (1989)


Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti
masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data
dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan,
mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta
mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah


diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan
formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak
rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang
dinyatakan secara terperinci.
4. Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada
kajian tindakan iaitu:
1.
critical collaboration enquiry by
2.
reflective practitioners who are
3.
accountable in making the results of their enquiry public,
4.
self-evaluative in their practice, and engage in
5.
participative problem solving and continuing professional
development
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu
kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif,
yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri
dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi
pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak
menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan
penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses
kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada
penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap
sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara
kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap
datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan,
melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan
masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau
bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi
panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini

boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan


penyelidikan.
5. Model McKernan (1991)
Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua
lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat,
iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan,
pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu
diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut
telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna
pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan
proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan
serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau
bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana
yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga
tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.
6. Model Altrichter et.al (1993)
Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang
menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang
pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian,
pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi
penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan
dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan
dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan

penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan


strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang
ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.

7. Model McBride & Schostak (1994)


McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran
yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan
data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut.
Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi
melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis
dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan
bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.

8. Model Johnson (2002)


Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses
pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti
masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan
cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v)
berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu
kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan
persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah
menggambarkan model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur
dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel
kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh
dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau
bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak
mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.
PROSES
PROSES KAJIAN TINDAKAN
Ada lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:
1.
idea permulaan
2.
membina rancangan tindakan
3.
melaksana tindakan
4.
memerhati kesan pelaksanaan tindakan
5.
mereflek

1. Idea Permulaan
Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit
daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang
dihadapi.
Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian
topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu
dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya
tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat
guru ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran
lain menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam
kelas, dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya
diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru
tersebut mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang
diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang
pengamal (guru) akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila
nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan,
yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis &
Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk
memulakan suatu kajian tindakan.
Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi
menjalankan kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi
membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang
dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d)
mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk
merancang tindakan seterusnya.
Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses
pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:
1.
Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi
2.
merancang tindakan
3.
melaksanakan langkah-langkah tindakan
4.
meninjau dan mengutip data
5.
tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua
McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan
boleh digambarkan sebagai:
1.
meninjau amalan semasa
2.
mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki
3.
membayangkan langkah ke hadapan

4.
cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku
5.
mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan
meneruskan tindakan
6.
menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga
berpuas hati dengan semua aspek dalam kajian
Walau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan
ialah proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran
yang jelas yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.
2. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan,


penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah
penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada
bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan
yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan
gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang
soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat
ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi kandungan yang gagal difahami
oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan
topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat yang
terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:
1.
Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang
topik yang diajar?
2.
Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami
aspek-aspek tersebut?

3.
Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik
tersebut dengan kaedah pembelajaran masteri?
Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan
dibentuk, penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas
yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan
pelajar,serta beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran
semula. kemudian, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka
bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab
kesemua soalan yang dikemukakan.
3. Melaksana Tindakan
Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan.
Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi
mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka,
diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang
dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan
mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih
mudah difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi
setiap pelajar secara individu.
4. Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan


dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh
pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek
yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir
sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum
balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan
pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.
5. Mereflek
Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh
dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat
membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang
tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping
itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara,
berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang.
Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah retention
kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan
baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.

PERSAMPELAN
SAMPEL

Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi
sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah
mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali
sebagai populasi dan 240 orang pelajardaripada kumpulan itu yang dipilih
untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.
Realitinya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah
dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Tetapi, faktor-faktor seperti saiz
populasi yang besar, pelbagai dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan
pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli
populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang
demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.
POPULASI

Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat
daripada dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel.

POPULASI SASARAN
Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan
asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini
jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai
populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).
POPULASI CAPAIAN
Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan
pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi
dapatan kajian.
Contoh
untuk
memahami
konsep
capaian dan sampel adalah seperti berikut:

populasi

sasaran, populasi

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan


Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.
Populasi sasaran: semua murid tahun lima di Selangor
Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, Selangor
Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.
PERSAMPELAN
Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi,
tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji.

Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi,


tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili
kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.

Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu


populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).

Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang


mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan
pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk
tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili
oleh sampel tersebut.

Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili
pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

PROSEDUR PERSAMPELAN
Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu:

Persampelan kebarangkalian (secara rawak)

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)


Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis
kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek
sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciriciri yang terdapat dalam populasi kajian.
Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu
mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi.
Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah
persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan
kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)


Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh
pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan
kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah
dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di
sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi
guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru
berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang
daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa
penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah
berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi
sampel penyelidikan pengetua.
Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan
persampelan bukan kebarangkalian.

Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada


penyelidikan kualitatif, maka hanya jenis persampelan bukan
kebarangkalian yang dibincangkan dalam konteks persampelan ini.
(1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau


presampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience

Sampling, pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling


dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual.
Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta
seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka.
pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat
dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta
yang berada di bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Pesertapeserta lain terutamanya peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak
mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang
dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria
pemilihan responden, dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja, pengkaji tidak
dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah
bukan
merupakan
persampelan
rawak.
(2) Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk


kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri
tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan
tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam
populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.
Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar
sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang
merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih
subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, respondenresponden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang
tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan
merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada
seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua
pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan
subjek kajian yang dipilih sahaja.

(3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)


Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak
berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji
memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam
populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam
persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulankumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas kumpulan
subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan
subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain,
pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji.
Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu
kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan
untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua
kategori dipenuhi.
Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus
komputer tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji
membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang
sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali
seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah
(kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk
setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang ditemui dahulu dipilih,
sehingga kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun pengkaji
memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak
dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu,
keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah
prosedur persampelan kajian ini.
(4) Persampelan Dimensional
Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam
kajian kes. Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati
pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional
digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur
persampelan kuota. Di bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri
(faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih
sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai
semua ciri tersebut.
Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan
pegawai-pegawai lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf
pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan
subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.

Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih


berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri
tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.
(5) Persampelan Kes Kritikal
Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila
kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku
yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya
digunakan untuk kajian kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik
individu atau kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk
mengkaji kes-kes berikut;

seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika

beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang


didiami mereka mengalami tanah runtuh

cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu


yang kurang upaya
Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami
dan mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius,
yang mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang
digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.
(6) Persampelan Variasi maksimum
Dalam persampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individuindividu atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap
tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.
Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja
tahap IQ terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi
maksiimum dalam kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara
tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.
(7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur
persampelan iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain
yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini
digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama
subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini,
pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri
yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk
dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan
berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki.
Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian
tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang
sensitif,
atau
tidak
dibenarkan
oleh
pihak-pihak
tertentu.
Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah
organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan
ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau
kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik.
Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai
digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak
sesuai digunakan.
FORMAT PROPOSAL
FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN EPRD (KPM)
1.
2.
3.
4.

Abstrak
Refleksi P & P
Isu keperihatinan / Fokus kajian
Objektif kajian
a. Objektif am
b. Objektif khusus
5. Kumpulan sasaran
6. Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
b. Analisis tinjauan masalah

c. Tindakan yang dijalankan


d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
i. Pelaksanaan aktiviti 1 Pemerhatian, Refleksi
ii. Pelaksanaan aktiviti 2 Pemerhatian, Refleksi
7. Refleksi kajian
i. Penilaian pencapaian tindakan
ii. Rumusan hasil dapatan kajian
iii. Refleksi proses P & P
8. Cadangan untuk kajian seterusnya.