BAB 1
KONSEP PENDUDUK
Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manausia yang penting dan
berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti.
Sumber manusia diukur dari aspek bilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang
dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk
mempunyai tenaga kerja yng cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz
pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai.
sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran,
keterbukaan, mobiliti. Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancanagan sumber manusia yang berkesan
seperti peranacangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan
ekonomi yang matang.
Pendudukan sebagai sumber tenaga penting menukarkan ekonomi tradisional kepada ekonomi
moden- pertanian kepada industri dan perkhidmatan
Dari segi sosial sektor pendidikan, kesiahatn, teelekomunikasi berkembang kerana adanya
penduduk yang berkualiti dan mencukupi
Manusia bertindak terhadap persekitaran fizikal dengan pelbagai cara. Manausia bertindak
terhadap tanih, air, udara, flora dan fauns. Penggubahan ini mendatang kesan ke atas landskap
fizikal seperti penebukan bukit, penarahan dan pemotongan bukit, aktiviti penyahhutanan seperti
pembalakan, pertanian, penorokaan tanah baru, pembinaan empangan dsb.
BAB 2
TABURAN PENDUDUK
Taburan penduduk bermaksud sebaran atau agihan penduduk di atas ruang bumi . Sebaran ini
menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat,
sederhana padat, dan berpenduduk jarang
Kepadatan penduduk pula bermaksud nisbah diantara jumlah penduduk di sesebuah kawasan
berbanding dengan keluasannya. Formula kepadatan penduduk dikira dengan kaedah berikut :
Contoh Soalan
Berdasarkan jadual di bawah kira kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia tahun 1996 dan
lukis peta koroples yang menunjukkan taburan penduduk Malaysia pada tahun 1996.
a) Faktor Fizikal
b) Faktor Ekonomi
i. pusat perindustrian
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perniagaan
c) Faktor Politik
i. pusat pentadbiran
ii. dasar kerajaan
d) Faktor Sosial
i. pusat pendidikan
ii. pusat kegiatan budaya dan social
f) Faktor Sejarah
BAB 3
PERTUMBUHAN PENDUDUK
- merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan satu arah pertambahan penduduk sama
ada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesbuah negara dalam suatu tempoh tertentu.
Angka ini diukur dalam unit % atau per/1000 orang. Misalnya pertumbuhan penduduk Malaysia
pada tahun 1999 ialah 2.5% atau 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000
orang penduduk)
- Kadar pertumbuhan penduduk dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
a) kadar pertumbuhan penduduk semula jadi – kadar pertumbuhan kasar
b) kadar pertumbuhan bersih – mengambil kira perbezaan migrasi dan emigrasi
1. Malaysia telah melaksanakan satu dasar kependudukan iaitu untuk mencapai matlamat negara
Malaysia mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100 tahun akan datang.
2. Dasar kependudukan ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan pertumbuhan penduduk
adalah seiring dengan daya pengeluaran negara
i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung
kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan negara yang kuat dari
segi pertahanan.
PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau
sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk
bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang
rendah
Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada
PENDUDUK KURANG
MAKSUD PENDUDUK KURANG : Sumber yang banyak untuk dimajukan tetapi tidak
mempunyai penduduk secukupnya untuk meneksploitasi sumber-sumber tersebut.
1. Taburan penduduk tidak sekata- kawasan luar bndar kurang penduduk, penduduk tertumpu di
kawsan Bandar, kerajaan sukar menyediakan kemudahan asas di luar Bandar kerana
penduduknya yang sedikit.
2. Sumber kurang dimajukan kerana kekurangan tenaga kerja.- hanya sumber yang
mendatangkan keuntungan sahaja dimajukan-sumber lain terbiar dan membazir seperti menjadi
tanah terbiar atau menjadi stok sumber sahaja.
3. Perkembangan perusahaan lambat kerana masalah kekurangan tenaga kerja.
4. Terpaksa bergantung kepada buruh asing untuk membangunkan ekonomi negara- pengaliran
keluar wang ke negara luar.
5. Saiz pasaran domestic terhad- jumlah penduduk sedikit , kuasa beli penduduk rendah maka
pasaran barangan dan perkhidmatan sukar dikembangkan.
1. Taraf hidup tinggi, pendapatan yang lumayan kerana persaingan untuk mendapatkan pekerja
menyebabkan kadar upah tinggi.
2. Sumber tidak diancam kepupusan atau kehabisan, tekanan terhadap umber berkurangan kerana
jumlah sumber yang ada berupaya menampung dan memenuhi keperluan penduduk.
3. Pendapatan perkapita meningkat
4. Taraf social penduduk meningkat-kemudahan pendidikan berkualiti, kadar buta huruf rendah,
kualiti kesihatan meningkat, perhubungan dan pengangkutan maju dan lain-lain kemudahasan
asas cukup.
5. Pendidikan yang tinggi- masyarakat yang berpengetahuan
6. Menggalakan penggunaan teknologi dalam industri untuk mengelakkan masalah kekurangan
tenaga kerja.
7. Makanan berlebihan
8. Tempat tinggal mencukupi dan selesa.
9. Peluang kerja banyak/ pengangguran rendah
1. Melaksanakan dasar keluarga kecil- langkah perundangan seperti yang dilaksanakan di negeri
China- dasar satu keluarga satu anak-tindakan undang-undang seperti cukai pendapatan tinggi
2. pelbagai insentif diberikan kepada mereka yang memiliki seorang anak seperti keutamaan
memiliki rumah ,biasiswa dan subsidi rawatan
3. program preancangan keluarga melalui pencegahan kehamilan seperti pil perancang,
penjarakan kelahiran
4. menggalakkan migrasi keuar dan transmigrasi – bekerja di negara lain
5. meningkatkan teknologi pengeluaran dan r & D bayak sumber alam dapat doeksploitasii dan
dibangunkan intuk keperluan penduduk- membuka peliung pekerjaan
6. mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara agar tidak terllalu bergantung kpada satu sumber
sahaja- seperti industri, perhidmatan, perniagaan, perdaganagan –meningkatkan pendapatan
perkapita dan menignkatkan taraf hidup rakyat
PENDUDUK OPTIMUM
MAKSUD PENDUDUK OPTIMUM: Sesebuah negara dikatakan berada pada paras penduduk
optimum apabila bilangan penduduknya bersama-sama faktor pengeluaran yang lain
menggunakan sumber semula jadi yang ada, dan dapat mengeluarkan hasil yang optimum.
Bilangan penduduk yang ada sama dengan sumber-sumber yang ada an mengelaurkan hasil yang
optimum
Keseimbangan antara penduduk dengan sumber pengeluaran di sesebuah negara
Sumber seperti manusia, sumber alam, ekonomi, modal dan teknologi dijana ke tahap maksimun
untuk mencapai tahap sosio ekonomi dan dapat menanpung taraf hidup yang tinggi.
KESAN POSITIF
1. Membekalkan tenaga kerja untuk pelbagai sektor di Bandar- pembinaan, perindustrian,
perdagangan dll
2. Mempercepatkan pembangunan ekonomi Bandar-
3. Pasaran yang luas/kuasa beli pnduduk Bandar
4. Kemudahan prasarana yang mencukupi untuk menampung perkembangan penduduk Bandar
seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam, kemudahan riadah, hospital dll
untuk menampung penduduk yang semakin bertambah
KESAN NEGATIF
1. Tekanan terhadap sumber tanah- persaingan penggunaan sumber tanah untuk petempatan,
perindustrian, perdagangan dll
2. Kesesakan tempat tinggal- setinggan
3. Masalah pengangguran- penduduk ramai peluang kerja sedikit
4. Taraf hidup yang rendah- golongan yang tidak mampu bersaing kerana pendidikan rendah
5. Pencemaran alam sekitar- air, udara, sampah sarap – kesan kepada penduduk- kesihatan
6. Masalah dalam penyediaan kemudahan asas-kesesakan lalu lintas
7. Masalah social- penyakit-penyaki social seperti jenayah, pelacuran penyakit-penyakit denggi,
malaria dll
1. Menggalakkan industri perlombongan kerana tenaga kerja yang cukup- perlombongan emas,
berlian, batu arang dll
2. Mempercepatkan pembangunan kawsan luar Bandar bila sumber dapat dimajukan – proses
pembandaran akan berlaku dengan cepat menjadikan kawasan luar sebagai Bandar
KESAN NEGATIF
1. Tekanan terhadap tanah pertanian- saiz tanah pertanian semakin sempit penduduk semakin
ramai- tanah menjadi tidak ekonomik
2. Hasil pertanian semakin berkurangan- penduduk ramai , penduduk menjadi miskin dan
mengalami masalah kekurangan makanan dan kebuluran.
3. Penceobohan ke atas kawasan hutan simpan untuk menjadikan kawsan pertanian- mengancam
hidupan liar
4. Pengangguran meningkat – nisbah tanggungan tinggi menyebabkan kadar kemiskinan
meningkat.
BAB 4
PIRAMID PENDUDUK DAN MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
BAB 5
MIGRASI PENDUDUK
MAKSUD MIGRASI : Migrasi atau penghijrahan merujuk kepada perpindahan penduduk dari
satu tempat ke satu tempat yang lain melintasi sempadan daerah atau negeri atau negara.
Perpindahan ini mungkin di sebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan social
IMIGRASI : Merujuk kepada penduduk yang berpindah masuk ke sesebuah negara atau tempat
EMIGRASI : Merujuk kepada orang yang berpindah keluar dari sesebuah negara atau tempat
1. FAKTOR EKONOMI
i. berpindah dari kawsan yang lembab ekonominya ke kawasan yang pesat dengan pembangunan
untuk mencari peluang pekerjaan.
ii. Keluasan tanah yang sempit khususnya tanah petanian di luar bandar disebabkan pembahagian
tanah system pusaka menyebabkan tanah tidak ekonomik dikerjakan- penduduk berhijrah untuk
mencari pekerjaan lain
iii. Penggunaan jentera dalam pertanian- berlaku pengangguran di desa- terpaksa berhijrah ke
kewasan lain
2. FAKTOR SOSIAL
i. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi- terpaksa berhijrah ke bandar- bandar
utama
ii. Mengikut keluarga yang berhijrah.
iii. Faktor agama- tempat-tempat yang ada kaitan dengan agama- contoh Mekah bagi orang Islam
Ammritsar bagi orang sikh dan Banares bagi penganut hindu.
3. FAKTOR POLITIK
i. Dasar kerajaan – migrasi ke wilayah baru, dasar transmigrasi
ii. Perperangan – Vietnam, Bosnia, Afghanistan – lari meninggalkan kampung masing-masing
JENIS-JENIS MIGRASI
1. MIGRASI DALAMAN
A. MIGRASI MUSIMAN
i. berlaku secara bermusim atau berkala
ii. berlaku di kalangan pengembala kaum nomad- badwi di Arab, Mongol di gurun Gobi –
mencari air dan padang rumput untuk ternakan
iii. Kegiatan pindah ternak di Pergunungan Alps dan Pergunungan Himalaya- musim panas di
pergunungan dan musim sejuk di turun ke lembah
F. TRANSMIGRASI
i. Migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang oleh kerajaan
ii. Tujuan- mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu-satu pulau-
contoh pulau jawa ke pulau Sumatera dan Kalimantan.
MIGRASI ANTARABANGSA
FAKTOR EKONOMI
I
i. Di tempat asal imigran tidak ada peluang pekerjaan- kadar pengangguran yang tinggi kerana
bilangan penduduk yang ramai sedangkan peluang pekerjaan terhad- contoh India, Bangladesh,
Indonesia, dll
ii. Gaji dan upah yang rendah di negara asal- pekerjaan sedikit, bilangan penduduk ramai
iii. Pelung pekerjaan yang banyak di Malaysia – sektor perladangan, pembinaan, perkilangan-
penduduk tempatan tidak berminat
FAKTOR SOSIAL
i. Kebuluran di negara asal- abad ke 19 di benua China menyebabkan mereka datang untuk
bekerja di lombong-lombong di negara ini
ii. Kemudahan pengangkutan untuk datang ke Malaysia- melalui udara, laut dan darat
iii. Taraf hidup yang baik di Malaysia berbanding dengan tempat asal mereka- kadar upah yang
tinggi berbanding dengan negara asal mereka
FAKTOR POLITIK
i. Dasar penjajahan british yang menggalakkan kemasukan orang cina dan India masuk ke negara
ini untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan.
ii. Keadaan politik ayang tidak stabil di negara asal mereka menyebabkan mereka berhijrah ke
Malaysia – contoh Indonesia, Thailand dan kemboja
iii. Keadaan negara Malaysia yang aman damai- menjadi tarikan penduduk negara lain untuk
berhijrah ke sini
KESAN MIGRASI
KESAN KE ATAS TEMPAT ASAL
1. Kesan Positif
ii. Tanah pertanian dapat dikerjakan dengan lebih eknomik dengan tidak menggunakan tenaga
kerja yang ramai- hasil yang banyak untuk setiap petani akan diperelehi
iii. Masalah pengangguran di kawsan luar Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang
menganggur berpindah ke Bandar
iv. Menjadikan kawasan luar Bandar kurang padat- meringankan beban kerajaan untuk
menyediakan kemudahan asas- peruntukkan pembangunan dapat dikurangkan
v. Migran yang berhijrah keluar negara dapat menghantar balik wang ke negara asal mereka-
menguntungkan dari segi pulangan wang asing
vi. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk seperti penduduk pulau jawa yang menghadapi
lebihan penduduk
2. Kesan Negatif
ii. Penghijrahan keluar para professional atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana
kerajaan telah banyak menghabiskan duit untuk penddidikan mereka
iii. Berlakunya tanah terbiar- golongan belia luar Bandar berhijrah ke Bandar
iv. Berlaku ketidakseimbangan jantina di desa-desa- kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum
wanita berada di desa- wanita lebih ramai di desa
v. Pengaruh budaya kuning yang diperolehi di Bandar di bawa balik ke desa
KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU
1. Kesan Positif
ii. Dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan yang kurang penduduk
iii. Kemasukan tenaga profesioanal ke negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh
doctor dari India dll- kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan.
2. Kesan Negatif.
BAB 6
PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR
1.0. ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUMBER
1.1. KOMPONEN BIOSFERA
i. Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
dan mikro organisme , bakteria, protoza dll
ii. terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dll
iii.menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, dan kaya
dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balak
iv. kepentingan kepada manusia- makanan,perubatan, tadahan air, ekopleancongan, kayu dll
i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulau
ii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan
bumi dan 5 km di dasar laut.
iii. Komponen utama- batuan dan mineral
iv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium
i. meliputi laut, tasik,paya, kolam dan sungai meliputi 70% permukaan bumi. 97.2% air masin.
2.8% air tawar
ii. Lautan komponen terpenting- 5 lautan utama : hindi, atlantik, pasifik, antartik dan artik
iii. Lautan – sumber alam yang pentig- untuk bekal air hujan, menyerderhanakan suhu, protein
dan mineral
iv. Air tawar – sungai, tasik, kolam –sumbr air tawar terpenting
SOALAN-SOALAN LATIHAN
1. Bagaimana pertumbuhan penduduk semua jadi dikira?
2. Mengapa kadar kelahiran meningkat?
3. Mengapa kadar kematian merosot?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk lebihan, penduduk kurang dan penduduk
optimum?
5. Bincangkan masalah-masalah penduduk di negara membangun?
6. Terangkan masalah-masalah penduduk di negara-negara maju?
7. Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap alam sekitar?
8. Nyatakan sebab-sebab berlakunya migrasi dalaman dalam sesebuah negara?
9. Mengapa Malaysia menjadi tumpuan imigran dari negara-negara lain?
10. Apakah kesan migrasi ke atas negara yang ditinggalkan dan negara yang dituju?