Anda di halaman 1dari 2

GSA 1072 STATISTIK

LYDIA YII JIA JIA, TAN YEN YIN, WONG CHIEW PING
PPISMP MX 2014
PENGHARGAAN

Kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keberkatan dan perlindunganNya,
kami dapat menyiapkan kerja kursus Statistik ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran kerana memberi peluang kepada kami untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti talian Internet untuk
mencari maklumat melalui komputer dan juga perpustakaan yang memudahkan saya untuk
mencari bahan rujukan yang berkaitan.
Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Benny
Kong Tze Loong yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada kami sepanjang
proses pelaksanaan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, kerja
kusus ini tidak akan terlaksana dengan sempurnanya.
Ucapan terima kasih juga ingin kami tujukan kepada kedua-dua ibu bapa kami yang
banyak memberi sokongan kepada kami sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini.
Dengan bantuan daripada ibu bapa kami seperti dorongan dan sokongan moral serta
meluangkan masa untuk membantu kami dalam proses penyediaan bahan yang diperlukan
untuk menyempurnakan kerja kursus ini, akhirnya kami dapat menyempurnakan kerja kursus
Statistik ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari dalam dan luar institut yang secara tidak
langsung telah memberi banyak ilham kepada kami dalam pelaksanaan kerja kursus ini.
Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada mereka kerana sentiasa memberi sokongan dan
berkongsi pengalaman dan ilmu dengan kami tentang tajuk yang berkaitan dengan kerja
kursus ini agar kami dapat menghasilkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Akhir sekali, kami berharap agar dengan terlaksananya kerja kursus ini, banyak
pengajaran, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat dipelajari dan diaplikasikan bukan
sahaja oleh diri kami sendiri tetapi juga semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru agar
dapat menjadi seorang bakal pendidik yang bertanggungjawab, beretika dalam profesion
sebagai seorang guru dan berdedikasi dalam mendidik generasi kita yang datang.

GSA 1072 STATISTIK

LYDIA YII JIA JIA, TAN YEN YIN, WONG CHIEW PING
PPISMP MX 2014

Anda mungkin juga menyukai